Make Our Own Fantasy World

Khamis, 22 September 2016

Jatuh Cinta? Macam Sakit Je


JATUH CINTA? MACAM SAKIT JE

Hari ini merupakan hari pertama aku menjejakkan kaki ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Aku merupakan pemegang diploma dalam bidang kesusasteraan melayu dan sekarang aku memulakan hari pertama sebagai siswi dalam bidang kesusasteraan melayu peringkat Ijazah Sarjana Muda. Pandangan aku dihalakan ke kiri dan ke kanan mengharapkan ada sesiapa yang aku kenali di sini.

            “Syiqah? Rasyiqahkan?”. Aku dengan pantas berpaling mencari suara yang memanggil namaku. Dia panggil akukan? Buat malu je kalau tiba-tiba bukan nama aku yang dipanggil.

            Sebaik sahaja berpaling dan memandang ke arah gerangan yang sedang menuju ke arah aku bersama seorang lelaki di sebelahnya membuatkan aku tersenyum lebar. Tidak kusangka, tidak kuduga, mereka satu universiti denganku. Aduh! Boleh buat lagu macam ni.

            “Izzati! Syafiq! Tak sangka korang masuk ke universiti ni juga”. Aku mendekati pasangan sejoli tersebut.

            Ek ehem! Dengan ini aku memperkenalkan sahabat baik aku sejak daripada sekolah menengah lagi iaitu Nur Izzati dan Muhammad Syafiq yang merupakan pasangan bercinta sejak daripada sekolah menengah. Bagus juga pasangan ni sebab mereka mampu mencapai markah yang tinggi dan diterima masuk ke universiti yang sama. Aku kagum dengan percintaan mereka yang membawa mereka ke arah kejayaan.

            “Ha ah. Aku pilih untuk ke universiti ni dan Syafiq turut ikut aku. Oh ye, kami ambil bidang Kesusasteraan Melayu memandangkan diploma kami juga dalam bidang tu semasa belajar di UPSI sebelum ini”. Patutlah aku baru nampak mereka tahun ni. Bertukar universiti rupanya.

            “Samalah dengan bidang aku. Korang belajar di bilik kuliah berapa? Aku belajar di bilik kuliah 3”. Ujarku sambil membetulkan beg sandang berwarna hitam yang semakin jatuh.

            “Oh! Bertuahnya kita. Aku dan Syafiq pun ditempatkan di bilik kuliah 3”.

            “Eh? Dah nak mula kelas ni. Jomlah gerak”. Aku sekadar menggangguk bersetuju dengan Syafiq dan mula melangkah masuk ke fakulti Kesusasteraan Melayu untuk mencari bilik kuliah 3 seperti yang dinyatakan.

            Aku memandang sekeliling bilik kuliah 3 dan memeluk tubuh. Kita di Malaysia ke atau di luar negara? Sejuknya dalam bilik kuliah ni? Aku mula mengira air-cond yang dipasang di dalam bilik tersebut. Empat buah penghawa dingin?! Gila kaya!

            Syafiq bersalaman dengan seseorang dan memperkenalkan Izzati kepada lelaki yang berpakaian kemeja biru serta dipadankan dengan seluar slack dan kasut sukan hitamnya. Lelaki tersebut terpandangkan aku.

            “Apa jenis manusia ni?”. What the?! Terkejut aku dengan tundingan yang ditundingkan ke arah aku. Aku memandang ke arah sekeliling. Nasib baik sahajalah yang ada dalam ni baru kami berempat. Aku mengetap bibir dan memejam mata seketika.

            “Hoi! Apa maksud kau dengan manusia ni? Kau fikir aku apa? Spesis manusia daripada planet lain, hah!”. Buku yang dipegang di sebelah kanan menjadi bahan untuk menepis jari yang masih tidak lepas menunding ke arah aku.

            “Yelah Fahmi. Tak elok kau kata begitu”. Syafiq menepuk perlahan bahu lelaki yang dipanggilnya Fahmi itu.

            “Gila tinggi perempuan ni”. Aku mengecilkan mataku dan memandang ke arahnya bengang.

            Baiklah, aku memperkenalkan diri aku secara formal kali ini. Nama aku Nurul Rasyiqah Farhana dan merupakan siswi Ijazah Sarjana Muda dalam bahagian bidang Kesusasteraan Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia dan merupakan gadis yang mencapai ketinggian setinggi 172 cm. Habis tu apa masalahnya dengan ketinggian aku?!

            “Apa masalahnya aku tinggi pun? Tak menyusahkan hidup kau lah, mangkuk! Kau pun galah, sedar diri sikit. Ada hati nak mengata aku”. Aku mengambil tempat bersebelahan Izzati yang membuatkan aku dan Fahmi menjadi jiran, manakala Syafiq mengambil tempat bersebelahan Fahmi.

            “Heh...aku tak rasa lelaki akan minat dengan perempuan tinggi macam galah ni. Kalau aku sekurang-kurangnya ada juga perempuan yang nak kan dengan ketinggian macam ni”. Rasa macam ada gunung berapi yang akan meletup dan aku rasa aku akan meletuskan lava yang banyak.

            Aku menepuk meja dan menunding jari ke arah Fahmi yang terperanjat dan memandang ke arah aku termasuklah Syafiq, Izzati dan beberapa pelajar lain yang mula memenuhi kuliah tersebut.

            “Diamlah galah tak guna. Tengok kau saja aku dah menyampah”. Dia ternganga dan turut bangun menepis jari aku dan memandang tajam ke arah aku.

            “Apa kau kata? Galah? Kau tu tiang elektrik! Sedar diri sikit minah hoi”. Tiang elektrik? Minah? Eh dia ni.
           
“Tiang elektrik? Minah? What?”. Kami saling bertukar pandangan tajam.

            Syafiq dan Izzati memandang sepi ke arah kami dan kemudian menggelengkan kepala mereka. Aku dengan ini mengisytiharkan perang dunia dengan mamat galah yang bernama Fahmi or whatever ni! Huh! Dengan serentak kami memalingkan badan serta wajah dan saling berpeluk tubuh. Perbalahan kami juga menerima tawaan daripada para siswa siswi yang lain.

            Waktu professor Aminah sudah tamat dan ini memberikan kami masa untuk pergi merehatkan diri daripada kuliah yang berlangsung selama empat jam sebentar tadi. Aku diheret oleh Izzati untuk makan bersama-sama dengan dia, Syafiq serta galah tak guna tu. Fahmi kemudiannya tersedak. Aku memandang ke arah dia. Oh? Tersedak sebab aku kutuk ke?  Patut tak kalau aku kutuk banyak-banyak sikit?

            “Dah kenapa kita makan di Fast Food Fadzley ni? Tambahan pula, kenapa mesti mamat galah tak guna plus plus ni ada di sini sekali?”. Dia kemudiannya meletakkan menu dan memandang tajam ke arah aku.

            “Syafiq ajak aku, kenapa? Kau yang tak puas hati dengan aku dah kenapa?”. Dia mula berdiri dan melemparkan pandangan tajam ke arah aku. Aku turut berdiri dan mendekatkan muka serta memberikan pandangan tajam juga.

            “Oi..oi..sudah-sudahlah tu. Aku macam nampak aura api kat korang. Duduklah Fahmi, Syiqah”. Kami kemudiannya duduk setelah ditarik duduk oleh Izzati dan Syafiq.

            “Boleh saya ambil pesanan?”. Salah seorang pelayan datang ke arah kami dan memegang pen bersedia untuk mengambil pesanan.

            Aku membuka menu dan terpandangkan menu unik khas untuk permulaan bulan Januari. Menarik menu ni! Aku nak rasalah!

            “Festive January satu!”. Ack! Aku dan Fahmi berkata serentak. Kami kemudiannya meletakkan menu serentak dan memandang tajam ke arah satu sama lain.

            “Jangan tiru akulah!”.

            “Eh kau! Kau yang tiru aku. Apahal aku pula?!”. Pastinya pelayan tersebut akan pening dengan perbalahan kami berdua.

            “Maaf...sila abaikan manusia ini. Festive Januari dua, teh lemon ais dua dengan set big burger empat”. Izzati memberikan pesanan manakala kami masih lagi bertekak.

            Aku tak tahu kenapa tapi bertekak dengan Fahmi membuatkan dunia aku terisi. Kehidupan aku di dunia universiti pada tahun ini agak terisi berbanding tahun-tahun sebelumnya. Suasana kembali tenang sebelum Fahmi memulakan perbalahan semula dengan kata-katanya.
           
            “Aku pasti kau tak pernah ada teman lelaki sebelum inikan? Maklumlah, perempuan tinggi macam kau ni mana ada orang nak”. Dia kemudiannya meletuskan tawaan yang besar membuatkan aku agak bengang dengannya.

            “Heh! Aku tak rasa kau pun ada orang nak memandangkan tinggi kau macam raksasa”. Aku memeluk tubuh dan sedikit bangga dengan perkataan yang aku keluarkan dengan tujuan untuk menyakitkan hatinya.

            “Aku ada je orang nak tapi aku je yang tak nakkan diorang. Kau kena faham konsep aku yang tidak minat bercinta sewaktu belajar ni”. Pergh! Aku macam nampak hidung dia meninggi je. He’s getting on my nerve!!

            “Hah! Kau tu dah tak laku tu tak laku jelah!!”.

            “Baik! Kita tengok siapa yang tak laku! Kalau aku dapat luahan perasaan daripada siswi universiti kita ni dalam masa sebulan ni kau kena belikan aku sepasang kasut sport yang mahal, lebih daripada 200 ringgit. Amacam?”. Aku memandang ke arah wajah Fahmi dengan riak terkejut. Aku mula menghitung-hitung duit yang aku perlu keluarkan andai aku kalah. Wah! Kopak aku nak!!

            “Tak nak. Macam budak-budak je”. Aku kembali duduk dan menghirup Festive January yang dihantar sebentar tadi.

            “Heh. Sedar pun yang diri kau tu tak laku”. Dia betul-betul membuatkan aku marah. Mamat galah ni...apa masalah dia?!

            “Ok fine! Aku join idea bodoh kau tu! Dengan syarat lain, kalau aku terima dahulu luahan perasaan daripada siswa dalam universiti kita ni juga dalam masa sebulan kau perlu belanja aku makan. Juga harga 200 ringgit Malaysia. Huh!”. Akhirnya aku join idea dia yang aku katakan bodoh. Tak sangka boleh tahan juga bodoh aku ni.

            “Mak ai! Dah lah tinggi lepas tu kuat makan pula. Kau ni raksasa ke apa?”. Soalan dia membuatkan aku ternganga dan marah aku mendadak.

            “Raksasa tu kau! Bukan aku!”. Akhirnya, kami meneruskan bertekak sehingga ke sudah.

            “Darling...I tak tahu nak buat apa dengan mereka ni”. Izzati menggelengkan kepalanya.

            “Korang ni sepatutnya bercinta bersama. Sesuai sangat dah. Tu! Tengoklah. Benda yang dipesan pun sama”.

            “Apa?! Tak mungkin!”. Serentak kami menjawab kata-kata Syafiq.

            “Jangan tiru akulah!”. Ayat yang ini juga kami sebut serentak.

            “Tengoklah. Sebut pun serentak. Korang memang ada chemistrylah!”. Ujar Izzati sambil memandang ke arah aku dan Fahmi silih berganti. Aku menarik muka toya.

            “Huh! Hodohnya!”. Kata-kata Fahmi membuatkan aku kembali melemparkan pandangan tajam. Mamat ni kerap sangat menyakitkan hati aku. Bencinya!

            Tengoklah! Aku pastikan aku dapat luahan perasaan sebelum dia supaya dia diam. Menyampah aku. Kerja dia asyik cari pasal dengan aku sahaja. Aku menggenggam tanganku memandang ke arah Fahmi yang sedang tenang menghirup Festive Januarynya.
***

            Aku menguap untuk kali yang ketiga. Semua ni disebabkan oleh adik aku yang merosakkan laptop aku dan membuatkan aku terpaksa bersengkang mata membaiki laptop tersebut semula. Nasib baik sahaja aku masuk Giatmara untuk bahagian elektrik dan elektronik dapatlah baiki laptop sendiri.

            Laptop dihadapan dipandang sepi. Cafeteria ni pun, tak ramai orang hari ini. Kerja aku masih tak siap walaupun hanya tinggal ulasan sahaja lagi tapi aku tak tahu cara nak menaip ulasan. Apa yang perlu aku ulaskan tentang kisah hikayat Hang Tuah tu? Baca buku tu pun aku tak ingin. Dah lah nak kena submit pukul 12.00 tengah hari ni.

`           “Oi MTE!”. Aku memandang ke arah lelaki yang segak berkemeja hitam yang sedang menuju ke arah aku. Aku mengecilkan mata dan memberikan pandangan tajam ke arahnya. Pagi-pagi lagi muka dia dah menyemak. Eh sekejap! Aku terpuji dia pula. Tarik balik..tarik balik.

            “Apa kau nak raksasa galah. By the way, apa benda tu MTE?”. Aneh juga dia bagi nickname baru dekat aku.

            “MTE merujuk kepada Minah Tiang Elektrik”. Dia kemudiannya ketawa kuat. Aku dengan pantas mengangkat buku teks dan melempar ke arahnya. Dia berjaya menangkap buku teks tersebut.

            “Weyh bahaya! Tebal kot buku ni. Agak-agaklah nak baling kat aku. Rosak badan aku yang macho ni”. Eh mamat ni. Gedik pula dia pagi-pagi ni. Nak muntah aku. Aku membuat muka loya dan kembali menopang dagu memandang ke arah siswa siswi yang mula menyemak di kafeteria ini.

            Dia memandang aku lama sebelum mengalihkan pandangannya ke arah laptop aku. Aku kemudiannya memandang ke arah dia yang kemudiannya kembali memandang ke arah aku. Apa dia nak?

            “Apa kau nak, pandang aku macam tu?”. Aku mengecilkan mata aku.

            “Tu thesis Hikayat Hang Tuah ke? Kau tak siap lagi?”. Dia menyoalku.

            “Ha ah. Thesis dah siap. Ulasan tu belum lagi. Laptop aku pula rosak malam tadi jadi aku ambil masa baiki benda alah ni. Ulasan tu je aku tak reti buat langsung. Aku dah blank sangat ni. Dahlah nak kena submit pukul 12.00 tengah hari nanti”. Tangan dibawa ke kepala dan memegang kepala. Seriously, I’m stress right now!

            Fahmi kemudiannya mengeluarkan laptopnya. Apahal mamat ni? Belum siap juga ke? Dia kemudian mengklik fail sebelum mengubah arah laptop itu agar skrin menghadap ke arah aku. Mataku memandang ke arah word yang ditunjukkan ke arah aku dan kemudian aku mengalihkan pandangan ke arahnya.

            “Tiru tu dan siapkan. Thesis kau buat sendiri, jadi kalau ulasan kita sama, sekurang-kurangnya hanya 30 markah sahaja dipotong”. Hah? Dia serius ke?

            “Tak perlulah, Fahmi. Kau buat ulasan tu sendiri, thesis pun kau siapkan sendiri. 30 markah tetap berharga. Tak naklah. Aku tak nak jatuhkan kau”. Aku menolak laptopnya ke tepi.

            “Aku juga tak nak kau gagal. Macam mana pun kita classmate. Sekurang-kurangnya kau tak gagal terus. Ambil dan salin lepastu submit. Aku dah submit dah”. Kenapa dia baik hari ini? Aku memandang ke arah skrin laptopnya dan mula menarikan jari di atas papan kunci untuk menaip ulasan tersebut agar dapat disiapkan dengan cepat.

            Aku menaip sudah hampir sejam. Walaupun meniru, aku tetap menukar serba sedikit agar dapat membezakan aku punya ulasan dengan dia punya ulasan. Aku tak mahu dia mendapat markah rendah disebabkan aku.

            “Fahmi, tak perlulah kau menunggu aku. Laptop ni aku boleh pulangkan. Lagipun hari ini tak ada kelaskan?”. Jari aku berhenti menaip dan aku memandang ke arahnya.

            “Saja aku menghabiskan masa di kampus. Aku tak tahu nak ke mana. Nak ajak Syafiq pun, dia tengah dating dengan Izzati tu. Buatlah kerja kau. Masa berjalan”. Mendengarkan kata-kata Fahmi membuatkan aku kembali menyambung kerjaku.

            Dapat aku lihat daripada ekor mata, Fahmi bangun menuju ke arah tempat untuk memesan makanan. Tak lama kemudian, dia kembali bersama dua gelas berisi air milo di tangan. Tangannya meletakkan salah satu gelas tersebut berhadapan aku.

            “Apa ni?’. Ok Syiqah, kau bertanyakan soalan bodoh. Terus-terang dia belikan air itu untuk kau.

            “Gelas yang berisi air untuk diminum”. Ujarnya selamba.

            “Er...untuk aku ke?”. Ok...soalan bodoh no 2.

            “Tak lah, untuk Si Belang sebelah kau tu”. Aku memandang ke arah kananku. Eik? Sejak bila kucing ni ada sebelah aku? Aik? Heish! Main-main betul Fahmi ni.

            “Untuk kau lah. Minumlah”. Geh macam tak ikhlas je.

            “Ter...terima kasih”. Aku menghirup milo ais tersebut dan kembali menyambung kerja aku.

            Setelah lama menaip, akhirnya dapat aku siapkan ulasan aku. Kedua-dua belah tangan aku, dibawa ke belakang dan menggeliat. Akhirnya, Syiqah! Siap pun!

            “Dah siap!”. Aku kemudiannya menekup mulut dan memandang sekeliling. Aku terpandangkan Fahmi yang meletakkan kepalanya di atas meja. Aik? Tidur ke? Mesti bosan tunggu aku. Aku menilik wajahnya. Bulu mata dia agak panjang, cantiknya. Hidung dia pun, bibir dia merah, nampak sangat tak merokok. Boleh tahan kacak juga dia ni. Badannya bergerak sedikit membuatkan aku memandang laptop dan berpura-pura menggeliat.

            “Hmm? Kau dah siap?”. Soalnya sambil tangan kanannya menggosok matanya.

            “Oh? Ah..ha ah. Dah siap. Ter..terima kasih sebab tolong aku”. Aku menolak laptopnya ke arahnya.

            “No hal lah. Macam mana kau MTE pun, kau tetap manusia walaupun daripada planet lain”. Eh dia ni! Baru bangun terus nak cari pasal.

            “Dah submit ke?”. Aku sekadar mengangguk dengan tujuan agar aku tak membuka mulut dan mencetuskan perbalahan di kafeteria yang mungkin bakal menarik perhatian para siswa dan siswi yang sedang tenang belajar dan makan di sini.

            “Aku nak gerak pergi makan. Kau nak ikut?”. Soalnya perlahan.

            “Tak apalah. Aku tak lapar”. Sebaik sahaja aku melafazkan kata-kata tersebut, dapat aku dengar bunyi yang datangnya daripada perut aku. Lelaki yang baru sahaja berdiri ini kembali memandang aku dan menarik senyuman sinis.

            “Aku tahu kau lapar. Jomlah. Aku belanja kau. Kalau kau tak nak pun, kau teman aku makan dan tengok”. Ha?! Teman makan dan tengok? Tak nak!! Aku mengejar langkahnya.

            “Dah alang-alang kau belanja, aku ikutlah. Rezeki jangan ditolak”. Sengihan dilemparkan ke arahnya.

            “Eh kau MTE. Boleh tahan juga kau ni”. Aku kemudiannya ketawa.

            Tanpa sedar, ada sebuah perasaan yang menyelinap ke dalam dasar hati aku. Aku meletakkan tanganku ke arah dadaku. Tak mungkin. Tak mungkin aku jatuh hati pada mamat raksasa galah ni. Aku menggelengkan kepalaku dan mengikut langkahnya.
***

Aku kini berada di dalam situasi yang tidak dapat aku hadam. Aku memandang ke arah jejaka di hadapan aku dan gadis yang berpakaian baju kurung biru serta dipadankan dengan shawl biru silih berganti. Kenapa wajah Fahmi macam terkejut? Kenapa nampak macam terluka?
            “Dah lama tak jumpa, Fahmi. Awak sihat?”. Mak aih! Lemah lembut gila. Dahlah comel, lemah lembut pula tu. Boleh cair aku. Walaupun aku perempuan.

            “Alhamdulillah sihat. Dah lama juga kita tak jumpa. Awak sihat Ainul? Erm..masih dengan Kalish lagi?”. Apa ni? Aku berada di dunia mana ni? Aku tiba-tiba sahaja rasa macam tak dapat faham bahasa Fahmi.

            “Kalish dengan saya dah berakhir”. Gadis comel yang bernama Ainul tersebut menundukkan wajahnya.

            Fahmi membuat wajah terkejut untuk kali kedua dan memandang ke arah aku. Dia terundur ke belakang sedikit. Mungkin terkejut dengan aku yang sedang memandang tajam ke arahnya. Ainul turut memandang ke arah aku.

            “Maaflah mengganggu awak berdua. Cantik teman wanita awak, Fahmi”. Fahmi ternganga dan sudah tentu aku juga turut ternganga.

            “Haha...bukan, bukan. Saya bukan teman wanita dia ni. Tidak sama sekali dan tidak akan sekali-kali”. Aku bersungguh-sungguh menidakkan kata-kata gadis comel ini.

            “Saya gerak dahulu”. Dia kemudiannya meminta diri dan berlalu pergi. Aku memandang ke arah Fahmi yang kembali menundukkan kepalanya memandang ke arah meja dengan pandangan kosong sambil menari-narikan jarinya pada permukaan bibir gelas.

            “Maaf kalau aku bertanya. Siapa gadis tu?”. Soalku perlahan.

            “Seseorang yang hadir dalam hidup aku dan hilang daripada hidup aku. Dia bekas teman wanita aku”. What? Bekas teman wanita? Err!

            “Gadis tu? Gadis tadi tu?”. Fahmi sekadar mengangguk menjawab pertanyaanku. Aku memandang ke arah Fahmi lama.

            Memang layak pun gadis tu dengan Fahmi. Memang patut pun Fahmi jatuh cinta dengan gadis tadi tu. Comel, tinggi pun lebih kurang tinggi Izzati 157 cm macam tu. Bentuk badan pun ideal. Lemah lembut pula tu. Memang gadis idaman jejaka-jejaka seluruh dunia.

            Wajah Fahmi...teruk sangat ni. Nampak macam kecewa. Serasa aku, Ainul kata dia dah putus dengan teman lelaki dia. Adakah dia mengharapkan Fahmi kembali? Aku menggenggam kedua-dua belah tanganku ke udara.

            “Kau gila ke MTE?”. Aku memandang kosong ke arah Fahmi. Setelah kepalaku berfungsi dengan baik, aku dengan pantas menurunkan tanganku. Ehek! Over pula. Aku bangun dan meletakkan tangan kananku ke atas bahu Fahmi.

            “Jangan risau Fahmi! Aku akan tolong kau dapatkan dia kembali! Tak kisahlah tentang pertaruhan bodoh kita tu. Aku tetap akan bantu kau”. Dengan semangatnya aku menuturkan kata-kata aku.

            “Tak..tak perlu Syiqah”.

            “Tak! Cinta itu perlu dikejar!”. Nampak sangat kedegilan aku tu. Aku serius ni aku nak tolong dia dan sekaligus mencampak jauh perasaan bodoh aku.
            “Mengarut betullah minah ni”. Ujarnya perlahan namun masih dapat ditangkap di pendengaran aku.
***

Sudah hampir setengah tahun kami bersahabat baik. Daripada perbalahan pada awal pertemuan menjadikan kami rakan baik. Sentiasa memerlukan pada masa-masa yang sukar. Aku juga mendapat tahu bahawa Fahmi sudah lama berputus asa dengan Ainul dan tak lama lepas itu, kami dapat berita mengenai Ainul yang kembali bersatu dengan teman lelakinya.

            Aku? Aku walaupun bersahabat dengan Fahmi, perbalahan kami tetap diteruskan. Hidup kami tanpa perbalahan tidak akan menyeronokkan. Ada satu lagi yang aku ketahui. Perasaan aku. Ya...aku jatuh cinta pada Fahmi. Tanpa sedar, aku sukakan segala-galanya pada dia. Lebih teruk apabila...

            “Kau suka Fahmikan?”. Aku memandang Syafiq dan Izzati silih berganti dengan riak terkejut yang jelas terpapar di mukaku.

            “Jauh daripada aku dan aku tak sukakan dia”. Mohon faham ye. Maksud tak tu ialah berlawanan dengan sepatutnya. Aku memang boleh menanglah title award Queen in Denial. Cis.

            “Tolong Syiqah. Stop denying the truth. Kalau kau suka Fahmi katakan sahaja. Untuk apa menyimpan dan merana di kemudian hari? Secara jujurnyalah, kalau kau simpan dan tak beritahu dia, ianya akan mengganggu otak kau, hati dan pemikiran kau. Kalau berani luahkan”. Pandangan aku dihalakan ke arah padang yang luas cuba untuk mencerna kata-kata Izzati.

            Luahkan? Sesenang itukah? Andai kata aku ditolak, apa aku perlu buat? Boleh ke aku berhadapan dengan Fahmi lagi? Aku tak pasti. Entahlah. Aku takut. Aku tak boleh berlagak cool sebab aku mudah menunjukkan perasaan aku.

            “Apa aku perlu buat? Aku benar-benar dah jatuh hati pada Fahmi. Aku sangat sukakan Fahmi. Pada dia...aku tak lebih sebagai seorang rakan, Izz”. Aku kemudiannya bangun dan berpaling untuk berlalu pergi namun kaku melihatkan lelaki yang sedang memandang aku dengan wajah terkejutnya.

            “Kau...aku..kau...kau..suka aku?”. Soal Fahmi.

            “Err. Aku minta diri dulu”. Dengan pantas aku melangkah laju menjauhi kafeteria.

            “Syiqah!”. Panggilan Izzati tidak aku hiraukan dan meneruskan langkahku. Macam mana dia boleh ada di situ? Aduh! Serabutlah benda ni!
***

Sudah tentu aku mengelakkan diri daripada bertembung dengan Fahmi. Wajahnya juga tidak aku pandang. Hari ini genaplah hari kesepuluh aku menjauhi dia. Aku takut untuk mendengarkan jawapan daripadanya. Aku takut sangat.

            “Syiqah!”. Mendengarkan suara yang cukup aku kenali itu, sudah cukup membuatkan aku mengemas barang-barang aku dan cuba untuk melarikan diri lagi malangnya langkah aku dihalang.

            “Cukuplah lari daripada aku! Dengarkan apa aku nak kata”. Dia kemudiannya duduk berhadapan dengan aku. Hati aku berdebar kuat membuatkan aku benar-benar gugup sekarang.

            “Duduk Syiqah”. Aku sekadar mampu mengangguk dan kembali duduk. Pandangan aku dilemparkan ke arah lantai kafeteria yang kotor dan belum di mop ini.

            “Maaf sebab aku tidak dapat menerima kau. Aku cuba untuk menerima kau tapi aku sudah pun anggap kau seperti adik aku. Aku tak dapat pandang kau sebagai seorang perempuan dan aku lebih senang kita menjadi kawan. Aku lebih senang kau kekal dengan aku hanya sebagai seorang rakan”. Tanpa aku sedar air mata aku menitis.

            Aku tidak mampu mengawal perasaan aku sekarang ini. Hentikan Rasyiqah! Berhenti menangis. Kau perlu tunjukkan kau tidak apa-apa. Kau kuat Syiqah! Aku cuba untuk memberikan sokongan kepada diri aku sendiri. Tanganku laju mengelap air mata yang mengalir. Dapat aku lihat wajah Fahmi yang menunduk ke arah meja.

            “Weh! Janganlah muram macam tu! Aku okeylah. Aku pun fikirkan juga. Tak sepatutnya aku sukakan kau betul tak? Jangan risaulah. Kita kekal kawan okey? Aduh! Dah lewat nak ke perpustakaan ni. Aku dah janji dengan Izzati. Aku gerak dulu. Bye! Jangan fikir sangat tau!”. Aku mengambil barang-barang aku dan berlari meninggalkan kafeteria. Aku kemudiannya berhenti di taman universiti dan melepaskan tangisan aku.

            Rasa bersalah mencengkam hati aku. Aku yakin dia mempamerkan senyuman dan tawaan palsu. Izzati tunggu? Yang sedang makan dengan Syafiq nun di sana tu siapa? Bayangan Izzati? Atau saka dia? Straight forward sangatkah kata-kata aku. Pandangan aku dilemparkan ke arah dua merpati sejoli tersebut dan mereka memberikan aku pandangan tajam. Erk?!
            “Bodoh Fahmi! Sampai hati kau lukakan Syiqah!”. Aik? Tak memasal aku kena marah? Aku memandang ke arah Syafiq memohon simpati dengan situasi aku sekarang ini.

            “Aku berada di pihak teman wanita aku”. Ceh! Tak guna punya rakan. Sampai hati mengkhianati aku. Aku memandang ke arah padang. Seolah-olah dapat melihat bayangan Rasyiqah berlari meninggalkan kafeteria seperti tadi.
***

Dengan ini genaplah selama seminggu aku tidak hadir ke universiti. Aku mengambil pengecualian untuk ke universiti atas dasar keluarga padahal aku melarikan diri. Hari ini merupakan hari di mana aku perlu kembali menjejakkan kaki ke universiti.

            Pandangan sayu aku halakan ke arah bangunan yang gah tersergam di hadapan aku kini. Aku mengambil masa yang lama memandang ke arah Fakulti Kesusasteraan Melayu. Nak masuk ke tak nak masuk? Badan aku tiba-tiba dirempuh seseorang membuatkan aku terdorong ke hadapan.

            “Maaf...awak tak apa-apa ke?”. Sejuk hati aku. Sebenarnya baru ingat nak mengamuk. Manalah tahu perangai dia macam Fahmi. Ada je yang tak kena pada aku.

            “Tak..tak ada apa-apa. Okay lagi. Tak ada patah apa-apa pun”. Aku menarik sengihan. Mataku kembali memandang ke arah Fakulti dan melepaskan keluhan berat.

            “Maaf kalau bertanya...awak pelajar baru ke? Fakulti Kesusasteraan Melayu?”. Kata-kata daripada lelaki yang berpakaian kemeja hitam tersebut mendapat anggukan daripada aku. Aku kemudiannya tersedar dan kembali memandang ke arahnya sambil menggeleng kepala.
            “Bukan...bukan. Eh? Maksud saya, saya bukannya pelajar baru dan ya, saya pelajar bahagian Kesusasteraan Melayu”. Lelaki tersebut menarik senyuman. Tidak berkelip aku memandang ke arahnya. Segak juga dia ni.

            “Oh? Dah lamalah ni? Saya tak pernah nampak awak pun? Pelajar dewan kuliah mana?”.

            “Tiga”. Kata-kata aku mendapat senyuman panjang daripadanya. Eh? Pehal?

            “Tak sangka kita sekelas. Saya pelajar baru. Pertukaran daripada UNIMAS ke sini. Nama saya Nasrudin Izhar”. Aku hanya mampu mengangguk dan menarik senyuman.

            “Saya Nurul Rasyiqah. By the way...awak nak masuk ke? Saya join awak sekali?”. Terpaksa! Aku perlu mengelak daripada bertembung segala-galanya dengan Fahmi.

            “Jomlah”. Dia berjalan terlebih dahulu diikuti aku. Mata aku tidak lepas memandang ke arah sekeliling.

            Tidak disangka, mata aku dan Fahmi bertembung sebaik sahaja aku memasuki bilik kuliah. Dengan pantas aku mengalihkan pandangan. Eh! Kau tak boleh alihkan pandangan Syiqah. Nampak sangat yang kau masih ada perasaan pada dia nanti. Aku kembali memandang ke arah Fahmi dan tersenyum. Dia pula menayangkan wajah tercengang. Mamat ni betul bengong. Hambik kau.

            “Awak duduk dengan saya, boleh?”. Soal Nasrudin memandang ke arah aku.

            “Eh? Boleh je. Tak ada masalah”. Aku melepasi barisan Fahmi yang ketika itu Izzati dan Syafiq turut duduk sebaris dengan Fahmi. Aku membuat isyarat ke arah Izzati bahawa aku akan duduk dengan Nas. Dia sekadar mengangguk dan tersenyum.

            “Awak ni ada masalah dengan Fahmi ke?”. Pandangan aku dihalakan ke arah Nasrudin sebaik sahaja mendengarkan kata-katanya. Alamak kantoi!

            Apa kena dengan minah tu? Tiba-tiba sahaja senyum pada aku. Kenapa dia boleh ada dengan Nasrudin? Bila dia kenal Nas? Aku masih memandang ke arah Nasrudin dan Rasyiqah yang duduk jauh di belakang.

            “Aku harap sangat Syiqah dapat move on daripada tunggu mamat sengal macam kau ni”. Kata-kata Izzati membuatkan aku melemparkan pandangan tajam ke arahnya. Kenapa perasaan aku terasa macam serabut? Argh! Semak betul!

            Jujur aku katakan, kehadiran Nasrudin bersama dengan Rasyiqah benar-benar mengganggu pemikiran aku. Siap bergelak ketawa pula tu. Weyh! Apa kena dengan kau ni Fahmi? Biarlah dia nak bergelak ketawa pun. Kau bukan sesiapa dalam hidup dia. Betul. Aku bukan sesiapa tapi kenapa dia tetap mengganggu pemikiran aku?

            Kenapa Fahmi pandang macam tu kat aku? Aku ada buat salah lagi ke? Dengan pantas aku mengalihkan pandangan. Bahaya betul jika terus pandang dia sebegitu. Bahaya! Bahaya! Hati dah bagi signal pula!

            “Awak sebenarnya sukakan Fahmikan?”. Soalan mendadak daripada Nasrudin benar-benar membuatkan aku terkejut. Mana...mana dia tahu ni?

            “Mesti awak tertanya-tanya, mana saya tahu kan? Tengok cara awak mengelak dia tadi dan cara awak pandang dia pun, saya dah dapat tahu. Senang sahaja nak tengok awak ni”. Nasrudin menarik senyuman. Senyuman yang aku sukar tafsirkan.

            “Jangan risau. Saya tak beritahu pada sesiapa. Ah! Apa kata saya tolong awak. Saya boleh bawa miracle pada seseorang tau”. Aku sekadar menarik sengihan.

            “Mengarutlah awak ni. Oh! ahli sihir dah masuk. Focus! Focus!”. Dia kemudiannya bertanyakan aku tentang sebab prof Nadiah dipanggil ahli sihir dan aku sekadar menerangkan dan kemudian kami sama-sama ketawa.

            Semakin hari semakin rapat hubungan kami. Nasrudin selalu berjalan dengan aku. Aku tak kira mengganggu hubungan Syafiq dan Izzati dah. Izzati pun tak kisah sebab dia kata aku ada chance untuk jatuh hati dengan Nasrudin. Apalah member aku seorang ni. Aku masih berfikir tentang kata-kata Nasrudin. Dia akan membawa miracle pada aku?

            “Kau tengok tu. Sesuai sangat Nas dengan Syiqahkan? Aku harap sangat hati si Syiqah berubah. Jatuhlah hati pada Nas”. Izzati seolah-olah meniup ke arah Nasrudin dan Rasyiqah. Buat apalah dua manusia tu makan dekat situ? Sibuklah.

            “Kenapa Fahmi? Jealous ke? Straw kau tu dah hancur sangat. Aku tak rasa kau dapat minum nanti”. Mendengarkan kata-kata Izzati membuatkan aku memandang ke arah straw aku dan membelek straw tersebut. Kemudiannya aku menolak ke tepi.

            “Jealous apanya? Tak adalah nak jealous! Mana mungkin aku nak jealous. Tak akan terjadi”. Huh! Yang manusia sehati sejiwa ni datang ke sini dah kenapa? Semak aku tengok.

            “Wei! Dak Nas nak ajak ke taman tema air nanti. Jom nak? Izzati? Syafiq? Fahmi?”. Aku sekali? Kau nak dating pun perlu ke ajak aku?

            “Eish! Tak mungkinlah kami nak ganggu kau berdua dating”. Tangan Syiqah dengan pantas mengetuk perlahan kepala Izzati. Izzati mengaduh.

            “Kau mengarut apa perempuan? Bukan datinglah. Ini namanya nak mengisi masa lapang. Cuti sem pun nak mulakan?”. Aku sekadar menghabiskan minuman dan memandang sepi ke arah Rasyiqah. Dengan pantas aku bangun dan berjalan keluar.

            “Fahmi! Sekejap!”. Aku dengan pantas berpaling memandang ke arah Rasyiqah yang mendekati aku.

            “Kau...marah kat aku ke? Kenapa kau mengelak daripada aku?”. Soalan dia ni seem tak logic kan? Apa jenis punya soalan ni? Aku mengerutkan dahi dan memandang ke arahnya.

            “Aku ke kau yang mengelak? Aku tak pernah mengelak daripada kau. Kau sahaja yang berkepit dengan Nas. Setiap kali nampak aku je lari. Apa teruk sangat ke yang aku lafazkan?”. Dia sepertinya kaku. Membisu seketika.
            “Tak..aku..aku bukan nak mengelak tapi...susah aku nak terangkan. By the way, kau ikut sekali eh? Tak best tak ada kau. Kau kan member aku. Wajib pergi tau!”. Perkataan member tu sedikit sebanyak melukai hati aku. Macam ini kah perasaan dia bila aku kata aku tak nampak dia sebagai perempuan dan hanya nampak dia sebagai seorang adik?

            “Ouch!”. Hmm?

            “Rasyiqah!”. Dah kenapa? Apa jadi? Aku dengan pantas bergerak ke arah Rasyiqah yang sedang dikelilingi oleh Izzati, Syafiq dan Nasrudin. Mataku membulat besar saat terpandangkan kakinya yang berdarah. Minah ni. Biar betul jatuh kat tempat macam ni? Aduh!

            “Aku bawa kau ke bilik rawatan eh?”. Nasrudin mula mendekati Rasyiqah.

            “Tak payah. Aku bawa dia”. Dengan pantas aku memegang lengannya yang berlapikkan baju lengan panjangnya lalu menarik dia bangun.

            Dia menarik tangannya sebaik sahaja kami tiba di hadapan bilik rawatan. Pandangannya seolah-olah sayu memandang ke arah aku. Kenapa ni?

            “Terima kasih. Aku..aku boleh letak ubat sendiri”. Dia membuka pintu bilik rawatan.

            “Aku tolong. Kau diam dan ikut je”. Aku pantas masuk mendahului Rasyiqah.

            Pada aku, pertolongan Fahmi amatlah tidak diperlukan. Hati aku berdebar kencang apabila mendekati dia. Apa yang dia mahukan? Kenapa dia baik dengan aku? Cara dia hanya akan membangkitkan perasaan suka aku pada dia! Tolonglah Fahmi. Hentikan drama kau ni.

            “Kau nak apa dengan aku, Fahmi? Kenapa kau tiba-tiba caring? Kenapa kau tiba-tiba baik dengan aku? Kenapa mesti kau gelisah padahal aku yang sakit?”. Soalan aku membuatkan dia berhenti mencari ubat untuk membasuh luka dikaki aku ini. Pedih di kaki ini tak terasa seperti sakitnya hati ini, Fahmi.

            “Aku memang selalu baik dengan kau, Syiqah”. Kata-kata kau tak cukup memberikan jawapan pada aku.

            “Kau tak pernah macam ni lah Fahmi! Berhenti caring pasal aku. Aku dah cuba nak lupakan kau. Apa kau nak lagi. Kau sendiri kata kau tak pandang aku sebagai seorang perempuan. Kau nampak aku sebagai seorang adik sahajakan? Aku tak bawa apa-apa erti dalam hidup kau. Sebab itu aku cuba letakkan kau di zone sahabat. Tapi kau...cara kau akan buatkan hati aku beri signal balik. Aku tak nak”. Air mata aku mengalir lagi. Sekali lagi ia mengalir di hadapan lelaki ini. Aku tak faham kau, Fahmi.

            “Sebab perasaan ni dah mula ada dalam hati aku”. Huh? Kata-kata nya membuatkan aku berhenti menangis serta-merta.

            “Jangan cuba beri aku harapan, Fahmi. Aku benci semua tu”.

            “Sebab aku sayangkan kau. Aku minta maaf apa yang aku pernah lafazkan sebelum ini. Aku minta maaf sebab aku pernah menolak. Aku...aku tak dapat terima kau dengan Nas. Berkali-kali aku nafikan perasaan aku ni. Berkali-kali aku letakkan kau di zone rakan tapi hati aku...hati ni tak dapat nafikan semua tu. Aku tak sedar yang aku cintakan kau dan aku biarkan kau pergi. Aku luka hati kau tanpa sedar hati aku turut pedih. Maaf kerana aku terlambat menyedari semua itu. Berikan aku peluang kedua?”. Peluang kedua? Dia...dia sukakan aku? For real? Aku mimpi rasanya. Aku mencubit pipiku sendiri.

            “Aku cintakan kau”. Dub! Terasa anak panah menembusi hati. Kalimat tu...mana mungkin aku mampu menepisnya.

            “Aku...aku...sama”.

            “Apa dia? Kuatlah sikit”. Dapat aku lihat dia menarik senyuman di sebalik kepura-puraan tidak mendengar dengan jelas kata-kataku.

            “Kau faham sendirilah!!!”. Ambik kau! Fahmi menutup telinganya dan kemudian ketawa berdekah-dekah. Tak sangka aku jatuh hati pada mamat macam ni.

            “Oh ye kaki kau. Sekejap”. Aku harap percintaan yang baru berputik ini akan kekal selamanya. Aku benar-benar sayangkan dia. Terima kasih Ya Allah atas rasa bahagia aku sekarang.

            “Jangan pernah dekat dengan Nasrudin lagi”. Aku sekadar tersenyum dan mengangguk. Sayang aku hanya buat kau, Fahmi. Perasaan ini hanya ada untuk kau. Aku janji.


-T-A-M-A-T-

Khamis, 2 Jun 2016

KisaH CiNta



- KISAH CINTA KITA -

Cinta itu indah dan adakala terasa peritnya. Bahagia apabila ia hadir namun derita apabila ia pergi. Cinta itu perlu dicari dan dirasai.

PAPP!!

      Apa kemende buku ni? Kenapa aku rasa macam mengarut sangat? Apa itu cinta? Kenapa semua orang mengangung-agungkan cinta? Aku tak fahamlah. Sampaikan ada yang sanggup bunh diri demi cinta. Bodohnya. Buku tersebut ditolak ketepi. Menyemakkan mata aku je. Shuh shuh.

       “Iqa!”. Eh mamat ni. Otak dia letak mana? Beragaklah. Ni kan perpustakaan. Aku menepuk dahi memandang ke arah Azri yang masuk ke dalam perpustakaan bersama seorang perempuan di sebelahnya.

         Hm? Siapa pula perempuan tu? Awek baru dia ke? Secara tidak sengaja, hati ini mula memberikan signal. Rasa sakit mencengkam hati. Perasaan apa ni? Aku menggeleng perlahan dan kembali memandang ke arah Azri yang semakin mendekat.

        “Kau buat apa dekat sini Azri? Dan…siapa ni?”. Soalku laju.

        “Assalamualaikum. Nama akak Husna”. Eh? Akak? Dia bahasakan diri dia akak? Aku turut bangun mencapai tangannya bagi membalas salam yang dihulurkan.

         “Waalaikumussalam, saya Afiqah”.

         “Akak ni pun..bagilah Azri yang kenalkan akak. Yang pergi buat dulu tu dah kenapa?”. Pulak? Pening aku tengok Azri ni. Perangai tak pernah nak berubah dari sem 1 lagi.

          “Bisinglah kau Azri. Cuba kau duduk diam-diam. Akak suruh kau pergi perpustakaan ni cari buku kan? Gerak sekarang”.

          “Baik…baik…menghalau orang le tu”. Azri mula bergerak menuju ke arah rak buku meninggalkan kami.

           Kak Husna pula menarik kerusi dan melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan denganku. Aku memandang ke arah Kak Husna yang masih tidak lepas memandang ke arah Azri dan kemudiannya mengalihkan pandangan ke arah aku.

            “Iqa sama kos dengan Azri ke? Nampak macam dah kenal lama je”. Ha…tu dia. Dah keluar dah soalan daripada akak ni. Jangan tanya banyak-banyak ye kak, nanti tak larat saya nak menjawab.

           “Ha ah. Saya ambil bidang Kejuruteraan Elektronik sama seperti Azri. Tak adalah lama mana pun kenal Azri. Mula kenal dia masa sem 1. Akak pula ambil kos apa? Berapa lama kenal Azri?”. Aku mengembalikan soalan kepada Kak Husna.

           “Akak ambil bidang senibina and pelajar degree sem 1. Akak kenal Azri masa dia sem 1 dan waktu tu akak baru sem 2 bidang senibina diploma”. Penerangan Kak Husna mengundang huruf O daripada mulut aku.

          Beberapa buah buku diletakkan dihadapan kami membuatkan mataku terbuntang. Biar betul si Azri. Banyaknya. Larat ke dia nak habiskan?

         “Kau biar betul Azri?”.

         “Dak akak yang paksa aku baca semua ni. Dah lah tadi kena hadap buku kejuruteraan Elektronik, sekarang ni kena hadap pula buku kejuruteraan Kimia. Dia fikir otak aku ni ada 100 gb agaknya”. Usai Azri menghabiskan kata-katanya, dia menerima sebuah tamparan di belakang badannya.

          Auch! Mesti sakitkan? Hebat tamparan akak ni. Berkerut dahi Azri sambil mengusap-usap belakang badannya dengan tangan.

         “Betullah kata dak Syarul. Tangan akak tu suka sangat melebamkan badan orang”. Dapat aku lihat pandangan tajam dihalakan ke arah Azri tanda amaran., 

         Aku hanya ketawa melihatkan Azri dan Kak Husna. Kan bagus kalau aku yang berada di tempat Kak Husna ketika itu. Pastinya dia akan melayan aku sebegitu. Nampak rapat.

         “Kenapa pandang aku macam tu?”. Soal Azri sambil mengalihkan pandangannya ke arah aku.

         “Tak..tak ada apa-apa”. Aku hanya mampu menggelengkan kepalaku dengan laju. Pandangan aku berhenti pada Kak Husna yang mengukir sebuah senyuman yang aku sendiri tak pasti apakah maksud di sebalik senyumannya itu.

***
Aku memandang Kak Husna yang sedang bergurau senda dengan Azri dan juga beberapa orang lagi rakannya, nampak macam mereka ni rapat sangat. Jangan-jangan mereka kapel tak? Tapi sengaja rahsiakan. Entah kenapa hati aku bagai ditoreh sesuatu membuatkan aku mengalirkan air mata aku tanpa disuruh.

          “Kenapa Iqa? Asal kau menangis ni? Ada sesiapa buat kau ke? Atau ada budak-budak ni gossip pasal kau?”. Soalan yang diajukan oleh Hani hanya berlalu bagaikan dibawa angin.

          Dengan perlahan aku menggelengkan kepala dan berlalu pergi meninggalkan Hani serta beberapa orang disitu. Mereka masih lagi bergelak ketawa. Aku tak mampu melihatkan senyuman Azri terhadap Kak Husna. Ia menyakitkan.

            “Iqa! Kau kenapa ni? Dah berapa hari aku nampak kau macam ni”. Azri menarik lengan aku membuatkan aku berpaling memandang ke arahnya.

            Lagi lama aku pandang Azri, semakin lajulah air mata aku mengalir. Apa patut aku buat? Aku tak boleh berhenti menangis.

            “Iqa! Seriously! Kau kenapa? Apa yang dah berlaku?”. Soal Azri.

            Aku menarik lengan aku dan menolak dia agar jauh daripada aku. Pandangan tajam aku berikan pada Azri dan kemudian aku mengalihkan pandangan ke arah lain. Azri bodoh!

            “Sebab kau! Semua sebab kau. Salah kau!”. Dia ternganga memandang ke arah aku. Aku pasti, dalam kepalanya sekarang mungkin sedang ligat memutarkan kaset persoalan. Kenapa mesti salah diakan? Hakikatnya, ia tetap salah dia!

            “Sebab kau. Sebab kau rapat sangat dengan Kak Husna, kau boleh bergurau senda dengan Kak Husna. Kau tak pernah nampak aku pun kan? Yang selalu ada kat sisi kau ni. Yang selalu teman kau setiap kali kau buat assignment tengah-tengah malam di perpustakaan. Kau tak pernah nampak aku, Azri. Hakikatnya, aku yang kau anggap kawan ni ialah orang yang menyukai kau! Aku cintakan kau, Azri. Tak bolehkah kau pandang aku biarpun sekali?”. Tersedu sedan aku mengelap air mata aku. Menangis dan terus menangis.

            “Kau yang tak pernah nampak aku. Selama ni aku sukakan kau. Sejak sem 1 lagi. Berbaloi juga aku tunggu 3 tahun rupanya. Aku cintakan kau daripada sem 1 dan perasaan aku tu tak akan pernah berubah”. Kata-kata Azri membuatkan aku melopong tak percaya.

            “Habis tu Kak Husna?”. Soalan aku disambut dengan gelak ketawa daripadanya.

            “Tolonglah. Kau harap aku pergi rampas isteri orang ke? Kak Husna tu macam kakak aku, lagipun dia dah berkahwin. Suami dia tu ha, Major bidang Undang-undang. Lain kali selidik dulu”. Aku mengembungkan pipi aku.

            “Dah. Jom pergi makan”. Azri berjalan mendahului aku membuatkan aku tersenyum penuh bahagia dibelakangnya. Inilah kisah cinta aku.


T-A-M-A-T