CINTAMU YANG TERINDAH
( Your First Kiss )
Kibum ( Key ) Shim Min Ah
Lakonan Lakonan
Key ( SHINee ) Min A ( Girl’s Day )
Key pulang ke rumah dalam keadaan letih ini kerana dia yang harus menutup café untuk malam ini dan harus membuka café seawal pagi esok. Apabila dia menjejakkan kaki ke dalam rumah,didapatinya rumah dalam keadaan bersepah. “ Korang ni kan….”. Key mengetap giginya. “Eh?! Key….”. Kata Onew. Onew,Jonghyun,Minho dan Taemin berada dihadapan television sambil mengunyah popcorn. “ Balik-balik aku je yang nak kena kemas…korang ni tak pandai jaga rumah ke…dah tahu balik awal,bersihkan dahulu rumah ni…korang ni bla bla bla bla bla bla…”. Key dah mula berleter. Sememang sudah diketahui bahawa Key memang seperti omma mereka. Key sememangnya lebih dikenali sebagai Queen Control Shinee. Mereka segera bergerak mengemas rumah. Rela lagi mengemas rumah daripada mendengar leteran Key yang tidak sudah itu.
“ Annyeong!!!”. Ucap Amber gembira. Tapi kegembiraannya terpadam apabila melihat Key yang murung. “ Waeyo…Key hyung…?”. Soal Amber. “ Oh Amber….i really tired yesterday. Sekarang ni pun rasa tak bermaya. Kalaulah boleh pergi bercuti sekarang…”. Key melepaskan apa yang terbuku dihatinya. “ Oh Key hyung….kesian hyung…”. Ujar Amber. Amber meninggal Key bersendirian dan bergerak ke pejabat Onew. “ Annyeong…”. Ucap Amber. “ Ekh? Amber?! Waeyo?!”. Soal Onew. “ Saya ada hal nak bincangkan dengan hyung sikitlah…harap hyung dapat membantu…”. Kata Amber. “ Bergantung pada apa yang awak nak minta tolong tu…ceritakanlah.”. Amber mula membuka cerita dan Onew sekadar mendengar dan tersenyum.
Kelihatan Amber keluar bersama Onew. “ Okey…korang semua sini sekejap…”. Ujar Onew. “ Ada apa hyung?”. Soal Jonghyun. “ Hyung rancang nak ke Pulau Jeju. Korang nak follow tak?”. Soal Onew. Mendengarkan apa yang dibicarakan Onew,Key benar-benar gembira kerana apa yang ditunggu selama ini dapat juga akhirnya. “ Berapa hari hyung?”. Soal Minho pula. “ 2 weeks!”. Key melompat gembira begitu juga dengan yang lain. ‘nampaknya Key hyung dah mula ceria…success!’. Ujar Amber dalam hati. “ Kita start pergi esok tahu…hari ini kita tutup café awal lepas tu bolehlah kemas barang.”.
Amber menuju kearah Taemin. “ Ajak nuna eh….”. Kata Amber. Taemin mengangguk. Amber beralih pula pada Minho. “ Hyung jangan lupa ajak Makwe hyung tahu…”. Pesan Amber. “Yelah..”. Kata Minho. Key datang kearah mereka. “ Korang ada ajak Min Ah tak?”. Soal Key. “ Ei…ada apa-apa ke hah?”. Amber mula teruja. “ Mana ada! Tak payah lah ajak si Min Ah…”. Kata Key. “ Apahal pula hyung? Kenapa tak boleh ajak nuna saya?”. Soal Taemin. Key pura-pura tidak mendengar dan bergerak.
Key tiba awal dahulu sebelum yang lain tiba,kerana ingin memastikan café sentiasa kemas. Min Ah melangkah masuk ke dalam café. “ Annyeong…”. Ucap Min Ah pada Key. “ Kau?!”. Kata Key terkejut. Dia memang menyukai Min Ah sejak pertama kali melihat Min Ah masa berpura-pura menjadi kekasih Taemin untuk membuatkan Amber cemburu. “ Kenapa awak terkejut sebegitu sekali?”. Soal Key. “ Tak ada apa-apa…mana dongsaeng kau?”. Soal Key. “ Kejap lagi dia sampai bersama bakal adik ipar saya…”. Min Ah tersenyum. ‘ Oh Min Ah~ Janganlah senyum sebegitu sekali…lemah jantung aku. Kau memang cantik…’. Puja Key dalam hati.
“ Annyeonghaseyo!!!”. Ucap Amber,Taemin,Minho,Soo Young,Onew dan Jonghyun serentak. “ Oh! Annyeong!”. Ucap Min Ah. Key sekadar mendiamkan diri. Min Ah menyikunya dan senyum kearahnya. “ Annyeong…”. Kata Key. “ Jom gerak sekarang…”. Kata Key. “ Kau dah tempah van ke?” Soal Onew. Key mengangguk. “ Bukan setakat van biasa yang seperti korang fikirkan tahu…”. Kata Key. “ Maksud kau?”. Soal Minho. “come here…”. Kata Key.
“ Wow!!! Ippuda!!! Ini bukan van ni…”. Kata Amber. “ Mestilah ini van…cuma van yang khas buat kita semua. Dilengkapi dengan TV,4 katil didalamnya,sofa dan radio. Van ini berharga 50.000 won.”. Kata Key dengan bangga. “ Kitorang tahulah kau kaya Key…”. Kata Jonghyun. Mereka sekadar ketawa. “ Wow!!! Really beautiful…Nice Choice Key!”. Ujar Min Ah. Key tersenyum.
Mereka masuk ke dalam van dan bersedia untuk bergerak ke destinasinya. Disaat inilah berlakunya tersalah fahaman dan bertelagah lidah antara Min Ah dan Key. “ Key…awak dah rosakkan rantai mak saya tahu…”. Kata Min Ah sambil memandang kearah rantai maknya yang sudah putus. “ Mian…nanti aku ganti yang baru…”. Kata Key dengan perasaan serba salah. “ Ganti? How easy can you said like that? Inilah satu-satunya rantai yang arwah appa kasi pada omma saya tahu?”. Ujar Min Ah. “ Mianaei…cheongmal mianaei…”. Mohon Key. “ Mianaei? Babo! Senang benar awak minta maaf…”. Kata Min Ah yang semakin meninggikan suaranya. “ Okay! it’s enough! I apologise but you don’t want to accept it…so what you want huh?! Hate me? Oh…in pleasure…It over…I don’t want to speak to you again!”. Kata Key dengan hati yang membara. Kata-kata Min Ah benar-benar menyakitinya. Key menghempas pintu menuju ke katil.
“ Apa yang dia kata?”. Tanya Min Ah. Sememangnya dia masih belum menguasai bahasa inggeris. “ Dia kata ‘ Dah cukup! Aku minta maaf tapi kau tak terima…jadi apa yang awak mahu lagi huh?! Membenci saya…oh….dengan sukahatinya silakan….Ianya dah berakhir….Aku tak mahu bercakap dengan kau lagi.’. Lebih kurang macam tulah….”. Kata Amber yang menjadi penterjemah bagi semua orang. “ Oh…apa yang dah nuna lakukan…nuna terlampau mengikut perasaan Amber…”. Min Ah kesal kerana mengeluarkan perkataan yang menyakitkan hati Key lgi-lagi dengan perkataan ‘Babo’.
‘ Okay! Aku memang tak patut jatuh cinta pada dia…Kenapalah aku boleh jatuh cinta pada perempuan yang tak boleh faham perasaan aku…Argh…aku dah tak mahu fikirkan dia lagi…menyesakkan dada aku sahaja’. Ujar Key didalam hati. Tiba-tiba pintu diketuk seseorang. “ Apa?!”. Soal Key. “ Mi..mian…mianaei…cheongmal mianaei…”. Kata Min Ah. “ Blahlah kau perempuan…menyakitkan hati aku sahaja…Babo…”. Kata Key dengan lantang. “ Mwo?! Babo?! Teruknya awak ni…saya nak berbaik dengan awak tapi awak balas saya macam ni…okay…kita mulai hari ini musuh!”. Kata Min Ah. ‘Gila ke perempuan ni? Isytihar perang ke apa?! Babo!’. Kutuk Key dalam hati. Mereka sudah pun tiba di destinasi yang diingini. Key keluar terlebih dahulu dan melompat masuk kedalam bot yang ditempah.
Min Ah cuba naik namun kakinya tidak sampai. “ Nak aku bantu?”. soal Key. “ Kibum…”. Min Ah menyebut nama Key dan berasa terharu dan serba salah kerana membuat isytihar perang. Key menghulurkan tangan dan sedia membantu. Min Ah cuba mencapai tangan Key namun Key menarik semula tangannya. “ Kau ingat aku betul-betul nak tolong kau? Jangan haraplah….”. Perli Key. Min Ah mengetap giginya menahan amarah yang terbit di lubuk hatinya. ‘Kurang ajar betul si Kibum ni…ada ke patut dia mempermaunkan aku…jagalah..akan ada hari pembalasan nanti…’. Min Ah ketawa jahat. “ Giler ke ketawa sorang-sorang? Dah mereng ekh?”. Key terus-menerus memerli Min Ah. Mereka akhirnya tiba juga di Pulau Jeju. Mereka ke kaunter untuk mengambil kunci untuk bilik masing-masing.
“ MWO?!!!!”. Jerit Key dan Min Ah serentak. “ Tak ada bilik langsung ke? Kan saya dah tempah awal-awal haritu!”. Tengking Key. “ Mianaei…tetapi disini menunjukkan bahawa encik hanya menempah 2 double room sahaja…Mianaei…tapi masih ada bilik lagi…tapi cuma tinggal double room dan bukan single room. “. Ujar pekerja tersebut. “ Apa ni?! Takkan saya kena sebilik dengan perempuan ni kot?! Gilerlah!!!”. Kata Key dengan suara yang sedikit meninggi. “Mianaei…tapi memang dah tiada pilihan lagi…Kami pergi ke bilik kami dahulu…selamat berbulan madu!”. Kata Jonghyun dalam nada bergurau. “ Honeymoon wak lu!!!”. Kata Key.
Key melangkah masuk dahulu dan menuju ke right side. “ Kau dengar sini…aku dah minta orang tu tukar katil double ni kepada single. So…. kau akan ambil disebelah left side,aku pula kat sebelah sini. Ada faham?!”, Key sekadar mengarah. Min Ah sekadar mencebik bibirnya. “ Ah! Satu lagi! Kalau tidur sebilik dengan aku yang penting sekali ialah kebersihan. Kalau bersepah kau kemas.”. Key menerangnya secara terperinci. ‘ Gilalah mamat ni…macam Queen Control pulak…entah-entah ye…’. Min Ah sekadar mengutuk Key didalam hati.
Keesokan harinya menjelang jua,Min Ah bangun dan memandang sekeliling. ‘mana pula mamat tu pergi?Dia dah keluar ke? Bagus juga…bolehlah aku mandi dahulu…hehehe’. Dia mencapai tualanya dan menuju ke bilik air. Min Ah telah pun mengunci pintu terlebih dahulu. Malangnya Min Ah terlupa bahawa rakan sebilik semestinya mempunyai kunci pendua. Pintu dibuka. ‘ Bengang betullah aku…dia ingat ini bilik dia seorang ke sampai nak kunci-kunci pintu ni?’. Key sekadar melepaskan amarahnya didalam hati. Pintu dibilik air dibuka dan Min Ah keluar dengan hanya tuala yang membaluti badannya. Serentak mereka berdua menjerit.
Masing-masing malua akan kejadian yang berlaku sebentar tadi. “ Pervert!”. Ucap Min Ah. Walaupun sepatah perkataan namun cukup membuatkan Key terasa panasnya. “Mwo?! Pervert?! Are you lose your mind? Argh sudahlah….menyampah pula aku dengan kau ni tahu?”. Ucap Key dengan kata-kata yang boleh menyakitkan hati Min Ah. “ Kalau dah menyampah tu pergilah kebilik hyung awak tu. Tak payah tidur disini lagi. Menyusahkan sahaja.”. Min Ah berpaling keluar. “ Kau nak pergi mana tu?”. Key menyoal Min Ah. “ Saya nak pergi mana ke…nak ke laut ke…buat apa awak ambil tahu?”. Min Ah terus pergi. Key sekadar mengetap gigi.
Sudah hampir seminggu mereka disitu. Pada Onew,Jonghyun,si couple Min Young dan Tae In mungkin bahagia disitu dan berasa sangat seronok,namun sebaliknya bagi si yeoja dan namja yang sering bermusuhan ini. Disebabkan Key terlampau marah akan Min Ah yang tidak sengaja telah tergunting pakaian kesayangannya,dia telahpun mengeluarkan ayat yang cukup menghiris hati Min Ah. “ Kau ni terlampau babo ke? Aku dah kata jangan masuk side aku! Aku tak tahulah kalau ada mansia bengap macam kau ni. Kau ni menyusahkan aku je lah! Baik kau pergi dari sini.”. Usai Key mengucap kata-kata tersebut,Min Ah berlalu pergi dengan air mata yang menitis dipipi.
Salji mula turun namun Min Ah tetap tidak pulang lagi. Jarum menunjukkan sudah tepat pukul 9.00 malam. Key sudah mula gelisah begitu juga ahli yang lain. ‘Mana pula si Min Ah ni? Takkan marah lagi? Melampau sangat ke aku tadi?’. Key mula berasa bersalah. “ Hyung~ Macammana ni? Unnie belum lagi balik. Unnie mudah sesak nafas apabila keadaan semakin sejuk.”. Kata Taemin. Key akhirnya bertekad untuk mencari Min Ah. “ Ekh?! Hyung nak pergi mana?”. Soal Amber. “ Hyung harus cari Min Ah…ini salah hyung kerana membuatkan dia terasa hati.”. Fikirannya kini hanyalah memikirkan Min Ah.
“ Min Ah!!! Min Ah!!!”. Dia sudah berjalan berkilometer jauhnya. Mata Key tertumpu pada sekujur tubuh yang sedang baring diselimuti salji yang semakin menebal. Key berlari kesana. Diamatinya dan berharap ianya Min Ah. Key benar-benar tak sangka bahawa ianya sememangnya Min Ah. “ Min Ah?!! Min Ah!!! Bangunlah…aku rasa bersalah sangat dekat kau.”. Key menggoncangkan tubuh Min Ah namun masih tiada tindak balas. Lalu Key membuat keputusan untuk mendukung Min Ah dan membawanya ketempat yang lebih panas. Mujurlah Key terjumpa tempat penyimpanan kayu api.
“ Min Ah…”. Key cuba memanggilnya sekali lagi. Kali ini Min Ah memberikan reaksi. “Kibum?”. Soal Min Ah lemah. “ De! Gwaencana?”. Min Ah segera bangun dan menghadap Key. “Urm…gawaencanayo…”. Min Ah tersenyum hambar. “ Kenapa kau pergi kesana tadi? Kau tahukan bahawa ianya membahayakan diri kau…”. Key mula meninggikan suaranya. “ Awak kata saya ni menyusahkan bukan? Awak halau saya dan awak marah saya… Demi tidak membuat awak marah…baik saya jauhkan diri dari awak. Saya tahu saya ni memang sentiasa menyusahkan orang lain…Awak baliklah…saya tidak perlukan awak. Saya cuma menyusahkan awak dan tidak layak untuk berada disisi awak…Pergilah Kibum…”. Air mata Min Ah menitis dipipi. Setitis demi setitis yang jatuh berguguran. Min Ah tersedu-sedan. Tiba-tiba dia dirasa dipeluk. Di memandang Kibum. “ Cheongmal mianaei…”.
“ Cheongmal mianaei…ini semua salah aku. Aku biarkan kau menangis,aku buat kau marah terhadap aku. Kau tahu kenapa? Sebab aku mahukan perhatian kau. Sebab aku dah mula jatuh cinta pada kau. Apa yang kau dah buat pada aku hah? Adakah kau meyihir aku? Kenapa aku bisa jatuh cinta pada kau?”. Key memegang kepalanya. “ Kerana awak hanyalah untuk saya…Awak milik saya seorang…cuma saya sahaja yang miliki teman lelaki Queen Control macam awak dan cuma saya sahaja yang dapat bertahan dengan awak. Cheongmal chukahae…”. Ucap Min Ah kemudian Key mengucup Min Ah. “ Your first kiss just for me…just for me…”. Ucap Key. Min Ah menggigil kesejukan. Key sekadar ketawa kecil memerhatikan gelagat Min Ah. Key bangun dan memeluk Min Ah dari belakang bagi memanaskan badan Min Ah.
“ Unnie!!!”. Ucap Taemin dan berlari kearah Key yang sedang mendukung Min Ah. “ Wow! Romantiknya!!!”. Jerit Jonghyun. Kemudian mereka ketawa. Hari-hari yang berikut akan menjadi hari yang bahagia buat si Couple Ki Ah.
- EKSTRA
“ Oppa!!! Boleh tak oppa tolong saya sekali! Membebel je banyak!”. Min Ah menjerit. “Siapa suruh kau sepahkan bilik ni…kemas sendiri…”. Kata Key sambil menjelir lidah. “ Oppa! Awak ni memang nak kenalah! Hiyakkk!!!”. Sipi-sipi sahaja lagi selipar yang dipakai Min Ah hampir tepat mengenai muka Key,tapi sempat diambil selipar tersebut. “ Bak balik selipar tu…biar saya pukul awak!”. Kata Min Ah. Key memegang kedua-dua belah tangan Min Ah dan mengucup Min Ah. “ Tak sayang ke pada oppa awak ni? Sakitlah nanti… sayang jangan pukul lagi ekh?”. Ujar Key dengan ayat yang bisa mencairkan Min Ah. Muka Min Ah berubah merah dan dia sekadar mengangguk. ‘Sengal betullah kekasih aku ni….memang dasar lurus…hehehe’. Key ketawa kecil.
- Your First Kiss –
- T-A-M-A-T –
- Gurlzisme.blogspot.com -
