Make Our Own Fantasy World

Rabu, 18 November 2015

Anehnya Cinta Ini


Apa masalah lelaki tu? Kenapa suka sangat beri pandangan tajam ke arah aku? Aku mengalihkan pandangan ke arah hadapan. Buat hilang fokus je teringatkan mamat dingin ni. Dia tak adalah dingin tapi dengan aku je. Aku sendiri tak faham kenapa.

      “Assalamualaikum. Prof. Hanisah nak jumpa Alianna Aliessa dengan Qayyum Iskandar”. Dengan pantas aku memandang ke arah muka pintu kelas. Eh? Aku? Dengan mamat tu? Aku ada buat salah ke?

       Aku bangun daripada tempatku dan mengorak langkah menuju ke arah muka pintu. “Terima kasih”. Aku mengucapkan terima kasih kepada junior yang sanggup mencari kami itu dan kemudian dengan pantasnya aku memulakan perjalanan menuju ke bilik prof. Hanisah.

        It’s okay kalau aku pergi seorang diri pun. Bukan aku kisah pun sama ada mamat tu nak gerak sekali atau tidak. Itu hal dialah. Sepanjang aku berjalan menuju ke bilik prof, banyak yang aku fikirkan. Seperti, kenapa prof panggil aku? Aku ada buat salah ke? Atau assignment aku tak betul? Atau praktikal memanggil aku? Maklumlah. Ini adalah sem last aku.

        “Assalamualaikum prof. Kenapa prof panggil saya?”. Aku masih lagi berada di muka pintu, menjengukkan kepala ke dalam.

        “Masuklah. Tak kan kau nak duduk kat depan pintu ni. Tak ada adab ke?”. Meremang terus bulu roma aku. Mana taknya, tiba-tiba je Qayyum muncul belakang aku.

        Aku memandang ke arahnya dan dia pula memberikan pandangan tajam ke arah aku. Sakitnya hati aku ni. Rasa nak cucuk-cucuk je mata dia tu. Dengan orang lain boleh pula dia bergurau, cakap lembut-lembut. Hish!

        “Masuk dulu, Alianna. Kita bincang di dalam. Tolong tutupkan pintu sekali ya?”. Apa yang aku mampu lakukan hanyalah dengan mengangguk dan mengorak langkah masuk ke dalam bilik Prof. Hanisah.

         Belum sempat aku menolak daun pintu untuk ditutup, Qayyum terlebih dahulu menolak tutup daun pintu tersebut. Dia kemudiannya dengan selamba berjalan ke arah meja prof. Terasa seolah-olah ada angin sejuk melintas dan melanggar diri aku. Sejuk!!

         “Kenapa prof panggil kami?”. Itu soalan yang terpacul di bibir Qayyum sebaik sahaja tiba di meja prof. Aku baru mula mengorak langkah ke arah meja prof.

         “Saya harap kamu berdua dapat menerima berita ini dengan tenang. Kami sepakat untuk menghantar kamu berdua untuk mengkaji mantera kesusasteraan Melayu di Singapura. Jadi kami memerlukan jawapan daripada kamu berdua. Jika mantera yang kamu kaji, mendapat sambutan daripada pengarah, kamu berdua akan mendapat anugerah dekan”. Ternganga mulut aku mendengarkan kata-kata Prof. Hanisah.

          Aku rasa prof tak sihat ni. Biar betul? Aku dengan si Qayyum? Aku on je tapi…si Kayu ni…nak ke pergi? Dengan aku pula tu. Aku memandang ke arah Qayyum lama sebelum mengalihkan pandangan ke arah Prof. Hanisah. Mana taknya aku alihkan pandangan, dah dia pun pandang aku lepas tu.

             “Saya rasakan prof…”.

             “Kami terima. Bila kami perlu pergi? Apakah tugas kami di sana?”. Kata-kata Qayyum memotong pantas jawapan yang ingin keluar daripada mulut aku.

            The heck?! Dia terima?! Tak percaya! Biar betul?! Aku mengalihkan pandangan aku ke arah Qayyum. Dia turut memandang aku. Tapi pandangan yang diberikan olehnya kali ini ialah pandangan yang agak redup. Sangat redup sehinggakan aku memandangnya lama. Lamunan aku mati apabila dia mengalihkan pandangan ke arah prof semula.

             “Kalau hal itu, kamu tak perlu risau. Saya akan keluarkan usul-usul yang akan memberitahu waktu, tarikh, tempat tinggal, masa ambil tiket dan aktiviti di sana. Jadi, sila dapatkan rehat secukupnya. Kamu berdua boleh kembali ke kuliah masing-masing”.

             “Terima kasih prof”. usai mengucapkan terima kasih, Qayyum terus sahaja melangkah keluar daripada bilik prof.

             “Terima kasih prof”. aku juga dengan pantas menyalami prof dan mengekori Qayyum.

             Aku pantas mengejar Qayyum. Lajunya mamat ni jalan. Sakit kaki nak kejar dia. Dah lah aku pakai high heels ni. Padan muka sendirilah. Rajin sangat capai high heel untuk melaram.

            “Qayyum. Nanti! Kenapa awak setuju?”. Aku masih lagi mempercepatkan langkahku mengejarnya. Mentang-mentanglah kau lelaki.

           Qayyum berhenti mengejut membuatkan aku turut berhenti. Dah kenapa pula mamat ni? Dia berpaling menghadap aku. Tiada lagi pandangan redup seperti awal tadi yang tinggal kini hanyalah pandangan tajam seperti sebelum-sebelum ini.

           “Aku nak anugerah dekan. Kalau kau tak nak, kau boleh cari pengganti dan nyatakan pada prof. Kalau kau nak, kau ikut sahaja tanpa banyak bunyi”. Aku mengetap gigi menahan marah. Bengang dengan sikap selambanya.

           “Okay fine!”. Aku pantas mengorak langkah mendahuluinya. Bengang! Bengang! Bengang!
***
Hari yang dinantikan akhirnya tiba. Im here Singapore! Finally!! Aku memandang ke arah tugu merlion iaitu gabungan mermaid dengan lion. Dengan pantas aku mengeluarkan telefon pintar berjenama i-phone dan kemudian bergambar sendiri dengan merlion. Bukti ni!

           “Cepatlah. Kita nak gerak ke Sheares Hall dekat National Singapore University”. What the? She? Sheare? Sheares? Apakah? Aku hanya mengejar Qayyum.

         Aku diberikan kad matrik yang telah pun ditempah sebulan yang lalu oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia kepada National Singapore University. Setelah, kad matrik aku dikesan oleh pintu bilik di hostel Sheares Hall, aku dengan pantas membuka pintu dan mengorak langkah masuk ke dalam bilik tersebut. Suis lampu aku petik agar keadaan di dalam bilik itu terang benderang.

        Wow! Terbaik nyah! Gila kau. Siap ada aircond. Ini hostel ke hotel? Aku meletakkan beg di tepi dan terus menghempaskan tubuh di atas katil. My life! My free life!! Kehidupan aku yang bebas tiba-tiba diganggu dek telefon bimbit pintarku yang memekak meminta agar aku mengangkatnya.

        “Helloooo. Siapa di sana?”. Dengan manjanya suara aku keluarkan. Manalah aku tahu siapa pemanggilnya sebab aku tengok skrin telefon macam tu sahaja.

        “Assalamualaikum. Dah tak reti bagi salam bila jawab telefon? Turun dekat lobi sekarang”. Talian kemudiannya dimatikan. Hah? Kejap!

         Aku blur untuk dua minit. Kemudian aku kembali memandang ke arah skrin telefon. Lantas aku membuka log panggilan. Eh? Ni hanya nombor telefon sahaja. Qayyum ke yang call aku? Macam mana dia tahu nombor telefon aku? Tak penting! Aku menggelengkan kepalaku laju. Dah! Aku kena gerak turun bawah. Baru nak happy dapat rilek.

         Aku menutup lampu, kipas serta penghawa dingin yang aku hidupkan sebentar tadi. Tak sempat nak rasa sejuk. Dah penghawa dingin buka, kipas pun bukakan? Nampak tak membazirnya sikap aku disitu? Peduli hape aku.

         Dengan malasnya aku membawa langkah menuju ke arah lif dan menekan punat ke tingkat 1. Setiba sahaja aku di lobi, aku memandang kiri dan kanan aku. Okay…mana mamat sengal ni? Aku mencari-cari kelibatnya.

          Lengan bajuku ditarik seseorang membuatkan aku terkejut damn mengundur ke belakang eh? Qayyum? Aku hanya mengikut langkahnya sahaja yang laju maju ke arah sebuah kereta yang disediakan oleh pihak university kepada kami.

          Pintu dibuka dan aku ditolak masuk ke dalam kereta. Apahallah mamat ni kasar nak mampus dengan perempuan? Benci sungguhkah dia pada aku? Aku memeluk tubuh dan memandang ke arahnya dengan pandangan tajam. Pandangan tajam aku dibalas dengan pandangan tajam darinya.

         “Apa? Tak payah nak marah sangatlah. Kau tu dahlah turun lambat. Lambat kerja akan siap kalau menunggukan perempuan lembab macam kau ni”. Terasa betul aku dengan sikap mamat dingin yang hanya pada aku ni.

          Disebabkan berjauh hati dengan Qayyum, aku membuang pandang ke arah luar tingkap. Bengang dengan sikap dinginnya yang HANYA pada aku. Diulangi! Hanya pada aku okay!

           Kami berada di kampus National Singapore University sepanjang hari. Perut aku juga sudah berkeroncong meminta agar diisi. Aku memandang ke arah Qayyum yang masih bercakap dengan pensyarah. Agak lama dia bercakap dan akhirnya meninggalkan pensyarah itu dan menuju ke arah aku.

          “Jom”. Dia berjalan mendahului aku.

          Satu sikap aku yang aku paling tak suka dia tahu ialah sikap manja aku. Aku akan manja bila aku mula lapar. Masalahnya aku lapar masa aku dengan dia. Jadi tanpa sedar aku mengeluarkan sikap manja tersebut. Lengan bajunya, aku tarik. Qayyum berhenti secara mengejut dan memandang ke arah aku. Riak mukanya jelas menunjukkan dia terkejut dengan tindakan aku.

          “Awak….saya lapar. Boleh kita makan dulu tak? Kalau balik hostel pun, saya tak ada apa-apa pun dijadikan alas perut. Boleh ye awak?”. Dengan manjanya aku menuturkan kata-kata.

         “Okay kita makan dulu. Dia memalingkan wajahnya. Aku menarik senyuman. Berpuas hati apabila cadangan aku diterima. Aku benar-benar lapar ni.

          Kami tiba di restoran An-Noor kepunyaan orang melayu. Setelah melabuhkan punggung, dengan pantasnya aku membuka menu. What the? Aku tak paham mata wang Singapuralah. Takut pula nak pesan. Aku memandang ke arah Qayyum yang masih meneliti menu yang dibukanya

          “Can I take your order?”. Salah seorang pelayan tiba di meja kami dan sudah bersedia untuk mengambil pesanan.

          “Kau nak makan apa?”. Soal Qayyum ke arah aku. Aku hanya memandang kiri dan kanan dan kembali memandang ke arahnya.

          “Apa sahaja yang awak pesan, saya ikut sekali sebab saya tak tahu mata wang SIngapura. Takut mahal pula apa yang saya pesan nanti”. Qayyum sekadar mengangguk dan membuat pesanan. Aku tak nak membebankan Qayyum.

         Sepanjang menunggu makanan tiba, aku hanya memandang ke arah Qayyum yang sibuk memandang ke arah telefon pintarnya yang berjenama Samsung Galaxy 4. Tanpa sedar aku meneliti setiap inci raut wajahnya. Matanya cantik dihiasi bulu matanya yang agak lentik. Warna matanya seakan-akan coklat. Hidungnya yang agak mancung dan bibirnya yang merah merekah. Tak hisap rokok rupanya dia ni. Kulitnya yang cerah. Indahnya ciptaan Tuhan dihadapanku ini.

          “Aku tahu aku hensem. Tak perlulah tilik wajah aku sebegitu”. Aku terkejut dengan kata-katanya lalu mengalihkan pandangan.

          “Eh? Boleh tahan perasan juga awak ni. Tolong sikit ya! Saya tak pandang awak pun. Tapi kalau pandang pun tak salahkan? Saya cuma menghayati ciptaan Tuhan, betul tak?”. Aku melarikan anak mata.
                Aku menjeling sedikit ke arahnya dan dapat aku lihat dia menarik senyuman. Kacaknya dia. Jantung ini mengepam darah terlalu laju. Akan meletupkah jantung ini? Aku kembali memandang ke arah Qayyum dan kembali memalingkan muka. Kenapa Qayyum pandang aku sebegitu. Siap dengan senyuman lagi. Menakutkanlah.

               “Cantiknya ciptaan Tuhan dihadapan aku ini”. Hah?! Aku dengan pantasnya memandang ke arah Qayyum. What the? Dia ke yang cakap tadi?

               “Apa awak karutkan ni? Tak lawak okay”.

               “Kenapa? Tak salahkan saya pandang ciptaan Tuhan? Pahala dapat ditambah lagi dengan pujian yang saya berikan. Dapat pahala lagi kan?”. Dia masih menarik senyuman manis semanis gula yang mampu membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya mendapat kencing manis. Oh tolonglah!

               “Oh…pulang paku buah keras balik nampaknya”. Tanpa sedar aku menuturkan kata-kata itu.

               “Apa? Aku tak dengar. Cakaplah kuat sikit”. Dia seolah-olah memerli aku. Sabar sahajalah, Alianna. Dah kembali pada ayat aku-kau nampak. Tadi berSayalah sangat. Aku mengetap gigi. Tiba-tiba pelayan datang menghantar makanan membuatkan aku dapat modal idea untuk ubah topik.

               “Wow! Nampak sedap! Saya makan dahulu”. Aku menadahkan tangan membaca doa makan sebelum menyudu sesuap nasi ke dalam mulut. Heaven! Sedap!!!

              Qayyum masih lagi tersenyum dan menggelengkan kepalanya. Tukar topik lah tu. Aku seolah-olah dapat agak apa yang dia katakan dalam hati.
***
Sudah beberapa hari aku dengan mamat tu di Singapura. Hari ini merupakan hari terakhir dan dia masih dingin tapi kadang-kadang pandangan dia membuatkan hati aku memberikan signal. Oh! Aku dah jatuh cinta dengan dia. Susahnya!

             “Dah ambil tiket ni. Kita akan bertolak dalam 3 jam lagi. Kau ada nak kemana-mana dahulu ke?”. Aku memandang ke arah Qayyum dengan mata yang bersinar-sinar. Kau yang tanyakan? Memang aku akan buat jahat dengan kau hari ini.

            “Awak! Saya nak beli-belah! Saya nak belikan cenderahati pada kawan-kawan saya, pada prof dan pada mak ayah saya. Oh ya! Serta pada adik saya”. Aku menarik lengan bajunya agar mengikuti aku. Dia ternganga dan sekadar menggeleng

             Dia menjadi pembantu aku sepanjang aku membeli-belah di situ. Hampir 2 jam kami disitu dan barang yang aku nak sudah mencukupi. Aku menuju ke arahnya yang sedang menunggu aku di merlion.

             “Awak! Nak tangan kiri!”. Dia memandang aku terpinga-pinga.
             “Kau nak buat apa”.

             “Ala! Hulurkan sahaja!”. Dia memandang tajam ke arah aku dan kemudian mengeluh sebelum menghulurkan tangan kirinya ke hadapan.

             Aku memakaikan dia gelang tangan yang mempunyai namanya disitu dan terukir ayat bertulis ‘Memoir Terindah’ dibawah namanya. Dia memandang ke arahku dengan riak terkejut.

             “Terima kasih sebab teman saya hari ini. Tak! Terima kasih sebab sentiasa ada dan menemani saya serta sentiasa melayan karenah saya sepanjang di Singapura ni. Terima kasih”. Aku meghulurkan sebuah senyuman yang sangat lebar. Ikhlas ni.

            “Oh ya! Ini satu lagi”. Aku memberikan beg kertas yang berjenama guess kepada Qayyum.

            “Saya tak tahulah muat atau tidak. Tapi ini pun tanda terima kasih. Ala kecil je pemberian ni”. Aku menarik sengihan.

            Aku melihat jam di tangan dan kembali memandang ke arahnya. “Eh! Tinggal setengah jam lagi je ni. Jom!”. Aku berjalan terlebih dahulu.

Pada pandangan Qayyum…

Aku tak pernah faham apa je perempuan ni buat. Dia sentiasa menarik perhatian aku dengan perangai uniknya. Aku tak minta pun hadiah daripadanya. Aku memandang ke arah Alianna yang masih tersenyum ke arah aku.

            “Oh ya! Ini satu lagi”. Aku terkejut dengan pemberian hadiah yang satu lagi ini. Ini jenama Guess. Boleh tahan juga minah ni berbelanja. Sanggup pula hadiahkan aku macam-macam. Peliklah dia ni.

           “Saya tak tahulah muat atau tidak. Tapi ini pun tanda terima kasih. Ala kecil je pemberian ni”. Comelnya dia ni. Kecil pemberian ni? Macam manalah pada pandangan matanya, pemberian ni kecil? Pada aku amat besar kot. Memang terpakulah aku dekat situ.

           Aku hanya melihat dia yang masih memandang ke arah jam tangannya. Bibirnya bergerak-gerak membaca nombor pada jam. Kerana inilah aku jatuh suka pada dia.

          “Eh! Tinggal setengah jam lagi je ni! Jom!”. Dia berjalan mendahului aku. Aku hanya tergelak kecil dan turut mengikutinya masuk ke dalam lapangan terbang.

***
Sudah seminggu berlalu. Hari yang kami nanti-nantikan akhirnya tiba. Berdebarnya hati saat ini. Kami berjaya menyiapkan kajian tentang mantera tersebut dan bakal diberi anugerah dekan pada hari ini. Tak sabarnya. Adakah Qayyum juga gemuruh seperti aku. Aku memandang ke arah Qayyum yang begitu tenang duduk bersebelahan denganku.
             Nama kami dipanggil untuk menerima anugerah dekan. Aku benar-benar gembira. Terpapar kegembiraan pada wajah ibu bapa aku. Mak ayah mana yang tak gembira melihatkan anaknya berjayakan? Bangga aku seketika. Aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana mempertemukan aku dengan Qayyum dan sekaligus menjayakan kajian mantera ini.

            Sebuah mesej masuk membuatkan aku dengan pantas mengeluarkan i-phone aku dan membuka mesej tersebut.

Jumpa kau dekat bawah pukul 2.00 nanti. Aku belanja kau pula kali ini. Tanda terima kasih atas pemberian hadiah kau.

             Aku hanya membalas okay dan tersenyum. Setelah menghantar ibu dan ayahku pulang, aku pantas menuju ke bilik dan menyalin pakaian. Ada lagi 5 minit. Dengan pantas aku membawa langkah menuju ke tempat meletakkan kenderaan.

            “Tak sangka awal pula kau hari ini”. Aku dengan pantas berpaling apabila mendengarkan suara yang menyapa telinga aku.

            “Yelah..kalau saya turun lambat nanti, awak membebel pula”. Aku berkata perlahan.

            “Amboi, itu perli ke apa?”. Qayyum memandang ke arah aku.

            “Ha? Mana ada saya perli. Jomlah. Kata nak belanja”. Aku meninggalkan Qayyum di belakang dengan berjalan terlebih dahulu ke arah keretanya.

            Restoran Royal Gold menjadi pilihan Qayyum. Mak aih! Kaya nak mampus si Qayyum ni bawa aku makan dekat sini. Biar betul dia ni. Aku memandang ke arah Qayyum yang sedang menilik menu. Dia mengangkat muka memandang ke arah aku, manakala aku dengan pantas melarikan pandangan ke arah lain. Jantung aku! Kencangnya!

            “Kau nak makan apa?”.

            “Ah…kejap”. Nak terkeluar biji mata aku memandangkan menu di tangan. Mahal nak mampus!
  
             “Saya ikut awak je”. Aku meletakkan menu di sisi. Qayyum memberitahu pekerja tersebut makanan yang menjadi pilihannya. Tanpa sedar, aku menilik mukanya. Kenapalah hensem sangat ciptaan Tuhan dihadapan aku ni.

              “Kau memang suka tilik muka aku ke? Hensem sangat ke muka aku?”. Terkejut aku dengan kata-katanya. What? Tak sangka boleh tahan juga dia ni kalau masuk bakul angkat sendiri.

               “Mana ada saya tilik awak. Saya pandang jalanlah. Eee…perasannya awak ni”. Aku terus mengalihkan pandangan ke arah jalan yang sibuk dengan lalu lintas.

                Kami mendiamkan diri untuk beberapa ketika sehinggalah makanan tiba di hadapan kami dan of course, aku orang pertama yang terkejut dan terliur. Wah! Banyaknya! Mesti mahal ni. Aku memandang ke arah Qayyum.

               “Berapa harga semua ni? Mahal lah”. Teragak-agak untuk aku menyentuh makanan di hadapanku ini.

               “Tak apa. Kan aku dah kata yang aku belanja atau kau nak aku pulangkan balik?”. Soalnya sambil menghulurkan senyuman sinis.

              “Ha? Eh? Dah pesankan? Mestilah kena makan”. Aku menarik sengihan.

              “Rasa macam nak makan je orang depan ni’. Tanpa sedar aku mengeluarkan kata-kata yang sepatutnya aku ungkap di dalam hati.

             “Ha? Apa dia? Kenapa kau suka sangat cakap dengan perlahan?”. Dia menarik senyuman dan membuat seolah-olah dia tidak mendengar apa yang aku katakan sebentar tadi.

            “Eh? Tak ada…saya cakap yang saya rasa nak makan makanan depan ni. Sedap je nampak. Terliur. Saya makan dulu ye?”. Aku terus membaca doa dan menyuap masuk stik daging yang aku baru potong dengan pisau stik. Wah! Sedap!!

             Usai makan, aku mencuri pandang ke arah lelaki di hadapanku ini. Dia kemudiannya turut memandang ke arah aku membuatkan aku mengalihkan pandanganku daripada bertembung mata dengannya.

             Aku fikir itu sahaja yang perlu kami makan, tanpa disangka, parfait di hantar ke meja kami. Aku memandang parfait tersebut dengan mata yang bersinar-sinar. Qayyum pula pantas mencapai parfait tersebut dan menyuapnya ke dalam mulut.

            “Tu parfait satu lagi tu, awak punya. Nak makan, makan sahajalah”. Mendengarkan kata-kata Qayyum membuatkan aku dengan pantas mencapai parfait tersebut dan menyuapkan ke dalam mulut. Lembutnya~

            “Aku ada sesuatu nak cakap dengan kau ni”. Aku terus mengangkat kepala memandang ke arah lelaki di hadapanku ini.

           “Awak nak cakap apa?”. Soalku.

           “Kau benci aku tak sepanjang kita kenal ni?”.

           “Tak”. Sepatah sahaja aku menjawab kerana khusyuk melayan parfait ni.

           “Kau suka tak jadi kawan aku?”.

           “Suka”.
           “Kau suka aku tak?”

           “Suka”. Tanpa sedar aku mengungkapkan ayat yang tidak sepatutnya aku ungkap. Aku berhenti daripada terus menyuapkan parfait ke dalam mulut aku dan mula menghadam soalannya.

           Aku memandang ke arah Qayyum yang kini tersenyum hingga ke telinga. Lama aku cuba menghadam dan akhirnya aku faham salannya dan mula menundukkan kepala ke arah meja.

          “Since kau dah mengaku, aku nak kata yang aku juga sukakan kau. Dah lama sangat sebenarnya dan aku hanya mampu pandang daripada jauh sebab kau tak pernah nampak aku. Kita juga tidak pernah bertegur dan aku rasa bersyukur sangat bila prof nak hantar kita berdua untuk kaji mantera baru. Sebelum kau kata tidak, baik aku bagi jawapan dulu waktu itu. Aku sangat sukakan kau. Terlalu sukakan kau”. Aku mengangkat kepala memandang ke arah Qayyum.

         Mataku mencari anak mata Qayyum. Ikhlaskah dia dalam mengungkapkan segala-galanya itu. Dia benar-benar menyukai aku? Bermakna aku tidak bertepuk sebelah tangan?

         “Saya juga sukakan awak. Sejak kita di Singapura. Tapi saya tak berani mengungkapkannya kerana saya risau jika cinta saya hanya bertepuk sebelah tangan”.

           “Nur Alianna Aliessa, sudikah awak menerima saya menjadi peneman setia awak serta menjadi isteri kepada anak-anak saya sehingga ke syurga?”. Entah sejak bila, Qayyum sudahpun mengeluarkan kotak cincin dan dibuka ke arahnya.

            “Saya setuju”. Tanpa rasa sangsi mahupun ragu-ragu dalam menerima pelawaannya. Pelawaan untuk aku menjadi suri rumahnya dan isteri kepada anak-anaknya. Walaupun belum ada anak lagi. Klise gila.

              “Terima kasih Ana”. Dia tersenyum mesra membuatkan aku turut tersenyum.

              Anehnya cinta aku ni. Semuanya bermula daripada pandangan mata yang menakutkan sehinggalah pandangan mata dia tu menjadi satu idaman bagi aku. Orang kata dari mata turun ke hati.


T-A-M-A-T