Apa masalah lelaki tu? Kenapa suka sangat beri pandangan tajam ke arah aku? Aku mengalihkan pandangan ke arah hadapan. Buat hilang fokus je teringatkan mamat dingin ni. Dia tak adalah dingin tapi dengan aku je. Aku sendiri tak faham kenapa.
“Assalamualaikum. Prof. Hanisah nak jumpa
Alianna Aliessa dengan Qayyum Iskandar”. Dengan pantas aku memandang ke arah
muka pintu kelas. Eh? Aku? Dengan mamat tu? Aku ada buat salah ke?
Aku bangun daripada tempatku dan
mengorak langkah menuju ke arah muka pintu. “Terima kasih”. Aku mengucapkan
terima kasih kepada junior yang sanggup mencari kami itu dan kemudian dengan
pantasnya aku memulakan perjalanan menuju ke bilik prof. Hanisah.
It’s okay kalau aku pergi seorang diri
pun. Bukan aku kisah pun sama ada mamat tu nak gerak sekali atau tidak. Itu hal
dialah. Sepanjang aku berjalan menuju ke bilik prof, banyak yang aku fikirkan.
Seperti, kenapa prof panggil aku? Aku ada buat salah ke? Atau assignment aku
tak betul? Atau praktikal memanggil aku? Maklumlah. Ini adalah sem last aku.
“Assalamualaikum prof. Kenapa prof
panggil saya?”. Aku masih lagi berada di muka pintu, menjengukkan kepala ke
dalam.
“Masuklah. Tak kan kau nak duduk kat
depan pintu ni. Tak ada adab ke?”. Meremang terus bulu roma aku. Mana taknya,
tiba-tiba je Qayyum muncul belakang aku.
Aku memandang ke arahnya dan dia pula
memberikan pandangan tajam ke arah aku. Sakitnya hati aku ni. Rasa nak
cucuk-cucuk je mata dia tu. Dengan orang lain boleh pula dia bergurau, cakap
lembut-lembut. Hish!
“Masuk dulu, Alianna. Kita bincang di
dalam. Tolong tutupkan pintu sekali ya?”. Apa yang aku mampu lakukan hanyalah
dengan mengangguk dan mengorak langkah masuk ke dalam bilik Prof. Hanisah.
Belum sempat aku menolak daun pintu
untuk ditutup, Qayyum terlebih dahulu menolak tutup daun pintu tersebut. Dia
kemudiannya dengan selamba berjalan ke arah meja prof. Terasa seolah-olah ada
angin sejuk melintas dan melanggar diri aku. Sejuk!!
“Kenapa prof panggil kami?”. Itu
soalan yang terpacul di bibir Qayyum sebaik sahaja tiba di meja prof. Aku baru
mula mengorak langkah ke arah meja prof.
“Saya harap kamu berdua dapat menerima
berita ini dengan tenang. Kami sepakat untuk menghantar kamu berdua untuk
mengkaji mantera kesusasteraan Melayu di Singapura. Jadi kami memerlukan
jawapan daripada kamu berdua. Jika mantera yang kamu kaji, mendapat sambutan
daripada pengarah, kamu berdua akan mendapat anugerah dekan”. Ternganga mulut
aku mendengarkan kata-kata Prof. Hanisah.
Aku rasa prof tak sihat ni. Biar
betul? Aku dengan si Qayyum? Aku on je tapi…si Kayu ni…nak ke pergi? Dengan aku
pula tu. Aku memandang ke arah Qayyum lama sebelum mengalihkan pandangan ke
arah Prof. Hanisah. Mana taknya aku alihkan pandangan, dah dia pun pandang aku
lepas tu.
“Saya rasakan prof…”.
“Kami terima. Bila kami perlu
pergi? Apakah tugas kami di sana?”. Kata-kata Qayyum memotong pantas jawapan
yang ingin keluar daripada mulut aku.
The heck?! Dia terima?! Tak
percaya! Biar betul?! Aku mengalihkan pandangan aku ke arah Qayyum. Dia turut
memandang aku. Tapi pandangan yang diberikan olehnya kali ini ialah pandangan
yang agak redup. Sangat redup sehinggakan aku memandangnya lama. Lamunan aku
mati apabila dia mengalihkan pandangan ke arah prof semula.
“Kalau hal itu, kamu tak perlu
risau. Saya akan keluarkan usul-usul yang akan memberitahu waktu, tarikh,
tempat tinggal, masa ambil tiket dan aktiviti di sana. Jadi, sila dapatkan
rehat secukupnya. Kamu berdua boleh kembali ke kuliah masing-masing”.
“Terima kasih prof”. usai
mengucapkan terima kasih, Qayyum terus sahaja melangkah keluar daripada bilik
prof.
“Terima kasih prof”. aku juga dengan
pantas menyalami prof dan mengekori Qayyum.
Aku pantas mengejar Qayyum.
Lajunya mamat ni jalan. Sakit kaki nak kejar dia. Dah lah aku pakai high heels
ni. Padan muka sendirilah. Rajin sangat capai high heel untuk melaram.
“Qayyum. Nanti! Kenapa awak
setuju?”. Aku masih lagi mempercepatkan langkahku mengejarnya.
Mentang-mentanglah kau lelaki.
Qayyum berhenti mengejut membuatkan
aku turut berhenti. Dah kenapa pula mamat ni? Dia berpaling menghadap aku.
Tiada lagi pandangan redup seperti awal tadi yang tinggal kini hanyalah
pandangan tajam seperti sebelum-sebelum ini.
“Aku nak anugerah dekan. Kalau kau
tak nak, kau boleh cari pengganti dan nyatakan pada prof. Kalau kau nak, kau
ikut sahaja tanpa banyak bunyi”. Aku mengetap gigi menahan marah. Bengang
dengan sikap selambanya.
“Okay fine!”. Aku pantas mengorak
langkah mendahuluinya. Bengang! Bengang! Bengang!
***
Hari
yang dinantikan akhirnya tiba. Im here Singapore! Finally!! Aku memandang ke arah
tugu merlion iaitu gabungan mermaid dengan lion. Dengan pantas aku mengeluarkan
telefon pintar berjenama i-phone dan kemudian bergambar sendiri dengan merlion.
Bukti ni!
“Cepatlah. Kita nak gerak ke Sheares
Hall dekat National Singapore University”. What the? She? Sheare? Sheares?
Apakah? Aku hanya mengejar Qayyum.
Aku diberikan kad matrik yang telah
pun ditempah sebulan yang lalu oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia kepada
National Singapore University. Setelah, kad matrik aku dikesan oleh pintu bilik
di hostel Sheares Hall, aku dengan pantas membuka pintu dan mengorak langkah
masuk ke dalam bilik tersebut. Suis lampu aku petik agar keadaan di dalam bilik
itu terang benderang.
Wow! Terbaik nyah! Gila kau. Siap ada
aircond. Ini hostel ke hotel? Aku meletakkan beg di tepi dan terus
menghempaskan tubuh di atas katil. My life! My free life!! Kehidupan aku yang
bebas tiba-tiba diganggu dek telefon bimbit pintarku yang memekak meminta agar
aku mengangkatnya.
“Helloooo. Siapa di sana?”. Dengan
manjanya suara aku keluarkan. Manalah aku tahu siapa pemanggilnya sebab aku
tengok skrin telefon macam tu sahaja.
“Assalamualaikum. Dah tak reti bagi
salam bila jawab telefon? Turun dekat lobi sekarang”. Talian kemudiannya
dimatikan. Hah? Kejap!
Aku blur untuk dua minit. Kemudian aku
kembali memandang ke arah skrin telefon. Lantas aku membuka log panggilan. Eh?
Ni hanya nombor telefon sahaja. Qayyum ke yang call aku? Macam mana dia tahu
nombor telefon aku? Tak penting! Aku menggelengkan kepalaku laju. Dah! Aku kena
gerak turun bawah. Baru nak happy dapat rilek.
Aku menutup lampu, kipas serta
penghawa dingin yang aku hidupkan sebentar tadi. Tak sempat nak rasa sejuk. Dah
penghawa dingin buka, kipas pun bukakan? Nampak tak membazirnya sikap aku
disitu? Peduli hape aku.
Dengan malasnya aku membawa langkah
menuju ke arah lif dan menekan punat ke tingkat 1. Setiba sahaja aku di lobi,
aku memandang kiri dan kanan aku. Okay…mana mamat sengal ni? Aku mencari-cari
kelibatnya.
Lengan bajuku ditarik seseorang
membuatkan aku terkejut damn mengundur ke belakang eh? Qayyum? Aku hanya
mengikut langkahnya sahaja yang laju maju ke arah sebuah kereta yang disediakan
oleh pihak university kepada kami.
Pintu dibuka dan aku ditolak masuk ke
dalam kereta. Apahallah mamat ni kasar nak mampus dengan perempuan? Benci
sungguhkah dia pada aku? Aku memeluk tubuh dan memandang ke arahnya dengan
pandangan tajam. Pandangan tajam aku dibalas dengan pandangan tajam darinya.
“Apa? Tak payah nak marah sangatlah.
Kau tu dahlah turun lambat. Lambat kerja akan siap kalau menunggukan perempuan
lembab macam kau ni”. Terasa betul aku dengan sikap mamat dingin yang hanya
pada aku ni.
Disebabkan berjauh hati dengan
Qayyum, aku membuang pandang ke arah luar tingkap. Bengang dengan sikap
dinginnya yang HANYA pada aku. Diulangi! Hanya pada aku okay!
Kami berada di kampus National
Singapore University sepanjang hari. Perut aku juga sudah berkeroncong meminta
agar diisi. Aku memandang ke arah Qayyum yang masih bercakap dengan pensyarah.
Agak lama dia bercakap dan akhirnya meninggalkan pensyarah itu dan menuju ke
arah aku.
“Jom”. Dia berjalan mendahului aku.
Satu sikap aku yang aku paling tak
suka dia tahu ialah sikap manja aku. Aku akan manja bila aku mula lapar.
Masalahnya aku lapar masa aku dengan dia. Jadi tanpa sedar aku mengeluarkan
sikap manja tersebut. Lengan bajunya, aku tarik. Qayyum berhenti secara mengejut
dan memandang ke arah aku. Riak mukanya jelas menunjukkan dia terkejut dengan
tindakan aku.
“Awak….saya lapar. Boleh kita makan
dulu tak? Kalau balik hostel pun, saya tak ada apa-apa pun dijadikan alas
perut. Boleh ye awak?”. Dengan manjanya aku menuturkan kata-kata.
“Okay kita makan dulu. Dia memalingkan
wajahnya. Aku menarik senyuman. Berpuas hati apabila cadangan aku diterima. Aku
benar-benar lapar ni.
Kami tiba di restoran An-Noor
kepunyaan orang melayu. Setelah melabuhkan punggung, dengan pantasnya aku
membuka menu. What the? Aku tak paham mata wang Singapuralah. Takut pula nak
pesan. Aku memandang ke arah Qayyum yang masih meneliti menu yang dibukanya
“Can I take your order?”. Salah
seorang pelayan tiba di meja kami dan sudah bersedia untuk mengambil pesanan.
“Kau nak makan apa?”. Soal Qayyum ke
arah aku. Aku hanya memandang kiri dan kanan dan kembali memandang ke arahnya.
“Apa sahaja yang awak pesan, saya
ikut sekali sebab saya tak tahu mata wang SIngapura. Takut mahal pula apa yang
saya pesan nanti”. Qayyum sekadar mengangguk dan membuat pesanan. Aku tak nak
membebankan Qayyum.
Sepanjang menunggu makanan tiba, aku
hanya memandang ke arah Qayyum yang sibuk memandang ke arah telefon pintarnya
yang berjenama Samsung Galaxy 4. Tanpa sedar aku meneliti setiap inci raut wajahnya.
Matanya cantik dihiasi bulu matanya yang agak lentik. Warna matanya seakan-akan
coklat. Hidungnya yang agak mancung dan bibirnya yang merah merekah. Tak hisap
rokok rupanya dia ni. Kulitnya yang cerah. Indahnya ciptaan Tuhan dihadapanku
ini.
“Aku tahu aku hensem. Tak perlulah
tilik wajah aku sebegitu”. Aku terkejut dengan kata-katanya lalu mengalihkan
pandangan.
“Eh? Boleh tahan perasan juga awak
ni. Tolong sikit ya! Saya tak pandang awak pun. Tapi kalau pandang pun tak
salahkan? Saya cuma menghayati ciptaan Tuhan, betul tak?”. Aku melarikan anak
mata.
Aku menjeling sedikit ke
arahnya dan dapat aku lihat dia menarik senyuman. Kacaknya dia. Jantung ini
mengepam darah terlalu laju. Akan meletupkah jantung ini? Aku kembali memandang
ke arah Qayyum dan kembali memalingkan muka. Kenapa Qayyum pandang aku
sebegitu. Siap dengan senyuman lagi. Menakutkanlah.
“Cantiknya ciptaan Tuhan
dihadapan aku ini”. Hah?! Aku dengan pantasnya memandang ke arah Qayyum. What
the? Dia ke yang cakap tadi?
“Apa awak karutkan ni? Tak lawak
okay”.
“Kenapa? Tak salahkan saya
pandang ciptaan Tuhan? Pahala dapat ditambah lagi dengan pujian yang saya
berikan. Dapat pahala lagi kan?”. Dia masih menarik senyuman manis semanis gula
yang mampu membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya mendapat kencing manis. Oh
tolonglah!
“Oh…pulang paku buah keras balik
nampaknya”. Tanpa sedar aku menuturkan kata-kata itu.
“Apa? Aku tak dengar. Cakaplah
kuat sikit”. Dia seolah-olah memerli aku. Sabar sahajalah, Alianna. Dah kembali
pada ayat aku-kau nampak. Tadi berSayalah sangat. Aku mengetap gigi. Tiba-tiba
pelayan datang menghantar makanan membuatkan aku dapat modal idea untuk ubah
topik.
“Wow! Nampak sedap! Saya makan
dahulu”. Aku menadahkan tangan membaca doa makan sebelum menyudu sesuap nasi ke
dalam mulut. Heaven! Sedap!!!
Qayyum masih lagi tersenyum dan
menggelengkan kepalanya. Tukar topik lah tu. Aku seolah-olah dapat agak apa
yang dia katakan dalam hati.
***
Sudah
beberapa hari aku dengan mamat tu di Singapura. Hari ini merupakan hari
terakhir dan dia masih dingin tapi kadang-kadang pandangan dia membuatkan hati
aku memberikan signal. Oh! Aku dah jatuh cinta dengan dia. Susahnya!
“Dah ambil tiket ni. Kita akan
bertolak dalam 3 jam lagi. Kau ada nak kemana-mana dahulu ke?”. Aku memandang
ke arah Qayyum dengan mata yang bersinar-sinar. Kau yang tanyakan? Memang aku
akan buat jahat dengan kau hari ini.
“Awak! Saya nak beli-belah! Saya
nak belikan cenderahati pada kawan-kawan saya, pada prof dan pada mak ayah
saya. Oh ya! Serta pada adik saya”. Aku menarik lengan bajunya agar mengikuti
aku. Dia ternganga dan sekadar menggeleng
Dia menjadi pembantu aku sepanjang
aku membeli-belah di situ. Hampir 2 jam kami disitu dan barang yang aku nak
sudah mencukupi. Aku menuju ke arahnya yang sedang menunggu aku di merlion.
“Awak! Nak tangan kiri!”. Dia
memandang aku terpinga-pinga.
“Kau nak buat apa”.
“Ala! Hulurkan sahaja!”. Dia
memandang tajam ke arah aku dan kemudian mengeluh sebelum menghulurkan tangan
kirinya ke hadapan.
Aku memakaikan dia gelang tangan
yang mempunyai namanya disitu dan terukir ayat bertulis ‘Memoir Terindah’
dibawah namanya. Dia memandang ke arahku dengan riak terkejut.
“Terima kasih sebab teman saya
hari ini. Tak! Terima kasih sebab sentiasa ada dan menemani saya serta sentiasa
melayan karenah saya sepanjang di Singapura ni. Terima kasih”. Aku meghulurkan
sebuah senyuman yang sangat lebar. Ikhlas ni.
“Oh ya! Ini satu lagi”. Aku memberikan
beg kertas yang berjenama guess kepada Qayyum.
“Saya tak tahulah muat atau tidak.
Tapi ini pun tanda terima kasih. Ala kecil je pemberian ni”. Aku menarik
sengihan.
Aku melihat jam di tangan dan
kembali memandang ke arahnya. “Eh! Tinggal setengah jam lagi je ni. Jom!”. Aku
berjalan terlebih dahulu.
Pada
pandangan Qayyum…
Aku
tak pernah faham apa je perempuan ni buat. Dia sentiasa menarik perhatian aku
dengan perangai uniknya. Aku tak minta pun hadiah daripadanya. Aku memandang ke
arah Alianna yang masih tersenyum ke arah aku.
“Oh ya! Ini satu lagi”. Aku
terkejut dengan pemberian hadiah yang satu lagi ini. Ini jenama Guess. Boleh
tahan juga minah ni berbelanja. Sanggup pula hadiahkan aku macam-macam. Peliklah
dia ni.
“Saya tak tahulah muat atau tidak.
Tapi ini pun tanda terima kasih. Ala kecil je pemberian ni”. Comelnya dia ni.
Kecil pemberian ni? Macam manalah pada pandangan matanya, pemberian ni kecil?
Pada aku amat besar kot. Memang terpakulah aku dekat situ.
Aku hanya melihat dia yang masih
memandang ke arah jam tangannya. Bibirnya bergerak-gerak membaca nombor pada
jam. Kerana inilah aku jatuh suka pada dia.
“Eh! Tinggal setengah jam lagi je ni!
Jom!”. Dia berjalan mendahului aku. Aku hanya tergelak kecil dan turut
mengikutinya masuk ke dalam lapangan terbang.
***
Sudah
seminggu berlalu. Hari yang kami nanti-nantikan akhirnya tiba. Berdebarnya hati
saat ini. Kami berjaya menyiapkan kajian tentang mantera tersebut dan bakal
diberi anugerah dekan pada hari ini. Tak sabarnya. Adakah Qayyum juga gemuruh
seperti aku. Aku memandang ke arah Qayyum yang begitu tenang duduk bersebelahan
denganku.
Nama kami dipanggil untuk menerima
anugerah dekan. Aku benar-benar gembira. Terpapar kegembiraan pada wajah ibu
bapa aku. Mak ayah mana yang tak gembira melihatkan anaknya berjayakan? Bangga
aku seketika. Aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana mempertemukan
aku dengan Qayyum dan sekaligus menjayakan kajian mantera ini.
Sebuah mesej masuk membuatkan aku
dengan pantas mengeluarkan i-phone aku dan membuka mesej tersebut.
Jumpa kau dekat
bawah pukul 2.00 nanti. Aku belanja kau pula kali ini. Tanda terima kasih atas
pemberian hadiah kau.
Aku hanya membalas okay dan
tersenyum. Setelah menghantar ibu dan ayahku pulang, aku pantas menuju ke bilik
dan menyalin pakaian. Ada lagi 5 minit. Dengan pantas aku membawa langkah
menuju ke tempat meletakkan kenderaan.
“Tak sangka awal pula kau hari
ini”. Aku dengan pantas berpaling apabila mendengarkan suara yang menyapa
telinga aku.
“Yelah..kalau saya turun lambat
nanti, awak membebel pula”. Aku berkata perlahan.
“Amboi, itu perli ke apa?”. Qayyum
memandang ke arah aku.
“Ha? Mana ada saya perli. Jomlah.
Kata nak belanja”. Aku meninggalkan Qayyum di belakang dengan berjalan terlebih
dahulu ke arah keretanya.
Restoran Royal Gold menjadi pilihan
Qayyum. Mak aih! Kaya nak mampus si Qayyum ni bawa aku makan dekat sini. Biar
betul dia ni. Aku memandang ke arah Qayyum yang sedang menilik menu. Dia
mengangkat muka memandang ke arah aku, manakala aku dengan pantas melarikan
pandangan ke arah lain. Jantung aku! Kencangnya!
“Kau nak makan apa?”.
“Ah…kejap”. Nak terkeluar biji mata
aku memandangkan menu di tangan. Mahal nak mampus!
“Saya ikut awak je”. Aku
meletakkan menu di sisi. Qayyum memberitahu pekerja tersebut makanan yang
menjadi pilihannya. Tanpa sedar, aku menilik mukanya. Kenapalah hensem sangat
ciptaan Tuhan dihadapan aku ni.
“Kau memang suka tilik muka aku
ke? Hensem sangat ke muka aku?”. Terkejut aku dengan kata-katanya. What? Tak
sangka boleh tahan juga dia ni kalau masuk bakul angkat sendiri.
“Mana ada saya tilik awak. Saya
pandang jalanlah. Eee…perasannya awak ni”. Aku terus mengalihkan pandangan ke
arah jalan yang sibuk dengan lalu lintas.
Kami mendiamkan diri untuk
beberapa ketika sehinggalah makanan tiba di hadapan kami dan of course, aku
orang pertama yang terkejut dan terliur. Wah! Banyaknya! Mesti mahal ni. Aku
memandang ke arah Qayyum.
“Berapa harga semua ni? Mahal
lah”. Teragak-agak untuk aku menyentuh makanan di hadapanku ini.
“Tak apa. Kan aku dah kata yang aku
belanja atau kau nak aku pulangkan balik?”. Soalnya sambil menghulurkan
senyuman sinis.
“Ha? Eh? Dah pesankan? Mestilah
kena makan”. Aku menarik sengihan.
“Rasa macam nak makan je orang
depan ni’. Tanpa sedar aku mengeluarkan kata-kata yang sepatutnya aku ungkap di
dalam hati.
“Ha? Apa dia? Kenapa kau suka
sangat cakap dengan perlahan?”. Dia menarik senyuman dan membuat seolah-olah
dia tidak mendengar apa yang aku katakan sebentar tadi.
“Eh? Tak ada…saya cakap yang saya
rasa nak makan makanan depan ni. Sedap je nampak. Terliur. Saya makan dulu
ye?”. Aku terus membaca doa dan menyuap masuk stik daging yang aku baru potong
dengan pisau stik. Wah! Sedap!!
Usai makan, aku mencuri pandang ke
arah lelaki di hadapanku ini. Dia kemudiannya turut memandang ke arah aku
membuatkan aku mengalihkan pandanganku daripada bertembung mata dengannya.
Aku fikir itu sahaja yang perlu
kami makan, tanpa disangka, parfait di hantar ke meja kami. Aku memandang
parfait tersebut dengan mata yang bersinar-sinar. Qayyum pula pantas mencapai
parfait tersebut dan menyuapnya ke dalam mulut.
“Tu parfait satu lagi tu, awak
punya. Nak makan, makan sahajalah”. Mendengarkan kata-kata Qayyum membuatkan
aku dengan pantas mencapai parfait tersebut dan menyuapkan ke dalam mulut.
Lembutnya~
“Aku ada sesuatu nak cakap dengan
kau ni”. Aku terus mengangkat kepala memandang ke arah lelaki di hadapanku ini.
“Awak nak cakap apa?”. Soalku.
“Kau benci aku tak sepanjang kita
kenal ni?”.
“Tak”. Sepatah sahaja aku menjawab
kerana khusyuk melayan parfait ni.
“Kau suka tak jadi kawan aku?”.
“Suka”.
“Kau suka aku tak?”
“Suka”. Tanpa sedar aku
mengungkapkan ayat yang tidak sepatutnya aku ungkap. Aku berhenti daripada
terus menyuapkan parfait ke dalam mulut aku dan mula menghadam soalannya.
Aku memandang ke arah Qayyum yang
kini tersenyum hingga ke telinga. Lama aku cuba menghadam dan akhirnya aku
faham salannya dan mula menundukkan kepala ke arah meja.
“Since kau dah mengaku, aku nak kata
yang aku juga sukakan kau. Dah lama sangat sebenarnya dan aku hanya mampu
pandang daripada jauh sebab kau tak pernah nampak aku. Kita juga tidak pernah
bertegur dan aku rasa bersyukur sangat bila prof nak hantar kita berdua untuk
kaji mantera baru. Sebelum kau kata tidak, baik aku bagi jawapan dulu waktu
itu. Aku sangat sukakan kau. Terlalu sukakan kau”. Aku mengangkat kepala
memandang ke arah Qayyum.
Mataku mencari anak mata Qayyum.
Ikhlaskah dia dalam mengungkapkan segala-galanya itu. Dia benar-benar menyukai
aku? Bermakna aku tidak bertepuk sebelah tangan?
“Saya juga sukakan awak. Sejak kita di
Singapura. Tapi saya tak berani mengungkapkannya kerana saya risau jika cinta
saya hanya bertepuk sebelah tangan”.
“Nur Alianna Aliessa, sudikah awak
menerima saya menjadi peneman setia awak serta menjadi isteri kepada anak-anak
saya sehingga ke syurga?”. Entah sejak bila, Qayyum sudahpun mengeluarkan kotak
cincin dan dibuka ke arahnya.
“Saya setuju”. Tanpa rasa sangsi
mahupun ragu-ragu dalam menerima pelawaannya. Pelawaan untuk aku menjadi suri
rumahnya dan isteri kepada anak-anaknya. Walaupun belum ada anak lagi. Klise
gila.
“Terima kasih Ana”. Dia tersenyum
mesra membuatkan aku turut tersenyum.
Anehnya cinta aku ni. Semuanya
bermula daripada pandangan mata yang menakutkan sehinggalah pandangan mata dia
tu menjadi satu idaman bagi aku. Orang kata dari mata turun ke hati.
T-A-M-A-T
Tiada ulasan:
Catat Ulasan