Make Our Own Fantasy World

Khamis, 2 Jun 2016

KisaH CiNta



- KISAH CINTA KITA -

Cinta itu indah dan adakala terasa peritnya. Bahagia apabila ia hadir namun derita apabila ia pergi. Cinta itu perlu dicari dan dirasai.

PAPP!!

      Apa kemende buku ni? Kenapa aku rasa macam mengarut sangat? Apa itu cinta? Kenapa semua orang mengangung-agungkan cinta? Aku tak fahamlah. Sampaikan ada yang sanggup bunh diri demi cinta. Bodohnya. Buku tersebut ditolak ketepi. Menyemakkan mata aku je. Shuh shuh.

       “Iqa!”. Eh mamat ni. Otak dia letak mana? Beragaklah. Ni kan perpustakaan. Aku menepuk dahi memandang ke arah Azri yang masuk ke dalam perpustakaan bersama seorang perempuan di sebelahnya.

         Hm? Siapa pula perempuan tu? Awek baru dia ke? Secara tidak sengaja, hati ini mula memberikan signal. Rasa sakit mencengkam hati. Perasaan apa ni? Aku menggeleng perlahan dan kembali memandang ke arah Azri yang semakin mendekat.

        “Kau buat apa dekat sini Azri? Dan…siapa ni?”. Soalku laju.

        “Assalamualaikum. Nama akak Husna”. Eh? Akak? Dia bahasakan diri dia akak? Aku turut bangun mencapai tangannya bagi membalas salam yang dihulurkan.

         “Waalaikumussalam, saya Afiqah”.

         “Akak ni pun..bagilah Azri yang kenalkan akak. Yang pergi buat dulu tu dah kenapa?”. Pulak? Pening aku tengok Azri ni. Perangai tak pernah nak berubah dari sem 1 lagi.

          “Bisinglah kau Azri. Cuba kau duduk diam-diam. Akak suruh kau pergi perpustakaan ni cari buku kan? Gerak sekarang”.

          “Baik…baik…menghalau orang le tu”. Azri mula bergerak menuju ke arah rak buku meninggalkan kami.

           Kak Husna pula menarik kerusi dan melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan denganku. Aku memandang ke arah Kak Husna yang masih tidak lepas memandang ke arah Azri dan kemudiannya mengalihkan pandangan ke arah aku.

            “Iqa sama kos dengan Azri ke? Nampak macam dah kenal lama je”. Ha…tu dia. Dah keluar dah soalan daripada akak ni. Jangan tanya banyak-banyak ye kak, nanti tak larat saya nak menjawab.

           “Ha ah. Saya ambil bidang Kejuruteraan Elektronik sama seperti Azri. Tak adalah lama mana pun kenal Azri. Mula kenal dia masa sem 1. Akak pula ambil kos apa? Berapa lama kenal Azri?”. Aku mengembalikan soalan kepada Kak Husna.

           “Akak ambil bidang senibina and pelajar degree sem 1. Akak kenal Azri masa dia sem 1 dan waktu tu akak baru sem 2 bidang senibina diploma”. Penerangan Kak Husna mengundang huruf O daripada mulut aku.

          Beberapa buah buku diletakkan dihadapan kami membuatkan mataku terbuntang. Biar betul si Azri. Banyaknya. Larat ke dia nak habiskan?

         “Kau biar betul Azri?”.

         “Dak akak yang paksa aku baca semua ni. Dah lah tadi kena hadap buku kejuruteraan Elektronik, sekarang ni kena hadap pula buku kejuruteraan Kimia. Dia fikir otak aku ni ada 100 gb agaknya”. Usai Azri menghabiskan kata-katanya, dia menerima sebuah tamparan di belakang badannya.

          Auch! Mesti sakitkan? Hebat tamparan akak ni. Berkerut dahi Azri sambil mengusap-usap belakang badannya dengan tangan.

         “Betullah kata dak Syarul. Tangan akak tu suka sangat melebamkan badan orang”. Dapat aku lihat pandangan tajam dihalakan ke arah Azri tanda amaran., 

         Aku hanya ketawa melihatkan Azri dan Kak Husna. Kan bagus kalau aku yang berada di tempat Kak Husna ketika itu. Pastinya dia akan melayan aku sebegitu. Nampak rapat.

         “Kenapa pandang aku macam tu?”. Soal Azri sambil mengalihkan pandangannya ke arah aku.

         “Tak..tak ada apa-apa”. Aku hanya mampu menggelengkan kepalaku dengan laju. Pandangan aku berhenti pada Kak Husna yang mengukir sebuah senyuman yang aku sendiri tak pasti apakah maksud di sebalik senyumannya itu.

***
Aku memandang Kak Husna yang sedang bergurau senda dengan Azri dan juga beberapa orang lagi rakannya, nampak macam mereka ni rapat sangat. Jangan-jangan mereka kapel tak? Tapi sengaja rahsiakan. Entah kenapa hati aku bagai ditoreh sesuatu membuatkan aku mengalirkan air mata aku tanpa disuruh.

          “Kenapa Iqa? Asal kau menangis ni? Ada sesiapa buat kau ke? Atau ada budak-budak ni gossip pasal kau?”. Soalan yang diajukan oleh Hani hanya berlalu bagaikan dibawa angin.

          Dengan perlahan aku menggelengkan kepala dan berlalu pergi meninggalkan Hani serta beberapa orang disitu. Mereka masih lagi bergelak ketawa. Aku tak mampu melihatkan senyuman Azri terhadap Kak Husna. Ia menyakitkan.

            “Iqa! Kau kenapa ni? Dah berapa hari aku nampak kau macam ni”. Azri menarik lengan aku membuatkan aku berpaling memandang ke arahnya.

            Lagi lama aku pandang Azri, semakin lajulah air mata aku mengalir. Apa patut aku buat? Aku tak boleh berhenti menangis.

            “Iqa! Seriously! Kau kenapa? Apa yang dah berlaku?”. Soal Azri.

            Aku menarik lengan aku dan menolak dia agar jauh daripada aku. Pandangan tajam aku berikan pada Azri dan kemudian aku mengalihkan pandangan ke arah lain. Azri bodoh!

            “Sebab kau! Semua sebab kau. Salah kau!”. Dia ternganga memandang ke arah aku. Aku pasti, dalam kepalanya sekarang mungkin sedang ligat memutarkan kaset persoalan. Kenapa mesti salah diakan? Hakikatnya, ia tetap salah dia!

            “Sebab kau. Sebab kau rapat sangat dengan Kak Husna, kau boleh bergurau senda dengan Kak Husna. Kau tak pernah nampak aku pun kan? Yang selalu ada kat sisi kau ni. Yang selalu teman kau setiap kali kau buat assignment tengah-tengah malam di perpustakaan. Kau tak pernah nampak aku, Azri. Hakikatnya, aku yang kau anggap kawan ni ialah orang yang menyukai kau! Aku cintakan kau, Azri. Tak bolehkah kau pandang aku biarpun sekali?”. Tersedu sedan aku mengelap air mata aku. Menangis dan terus menangis.

            “Kau yang tak pernah nampak aku. Selama ni aku sukakan kau. Sejak sem 1 lagi. Berbaloi juga aku tunggu 3 tahun rupanya. Aku cintakan kau daripada sem 1 dan perasaan aku tu tak akan pernah berubah”. Kata-kata Azri membuatkan aku melopong tak percaya.

            “Habis tu Kak Husna?”. Soalan aku disambut dengan gelak ketawa daripadanya.

            “Tolonglah. Kau harap aku pergi rampas isteri orang ke? Kak Husna tu macam kakak aku, lagipun dia dah berkahwin. Suami dia tu ha, Major bidang Undang-undang. Lain kali selidik dulu”. Aku mengembungkan pipi aku.

            “Dah. Jom pergi makan”. Azri berjalan mendahului aku membuatkan aku tersenyum penuh bahagia dibelakangnya. Inilah kisah cinta aku.


T-A-M-A-T