Make Our Own Fantasy World

Ahad, 23 November 2014

First Broken LoVe

FIRST BROKEN LOVE


 Watak utama :

                                   Kang Sa Ril                                                       Amber
                                      Lakonan                                                       Lakonan
                               Taemin ( SHINee )                                          Amber ( Fx )

Watak Sampingan :                                                                                  

                                                                         Nana
                                                                      Lakonan  
                                                        Yoona ( Girl’s Generation )


Nama aku Amber dan merupakan pelajar pertukaran daripada Taiwan. Nama panjang aku ialah Amber Liu. Anehkan? Aku ni Taiwanese dan aku berpindah ke Korea. Kami sekeluarga berpindah ke Korea pada pertengahan tahun aku di gred 2 menengah tinggi dan kini aku berada di gred 3 menengah tinggi. Aku sebenarnyakan…
        “Amber! Kau termenungkan apa tu?”. Gek?! Potong linelah kau Eura! Sibuk je!
        “Yelah Amber. Jauh sangat termenung tu? Dah sampai mana tu?”. Ada yang makan buku lima sebentar lagi ni. Elok-elok korang makan nasi kang aku bagi buku lima pula.
        “Aku rasa Amber ni ada suka seseorang ni. Kan Amber?”. Aku memandang Hinata dengan rasa yang agak tak puas hati. Suka-suki kau je. Tapi memang betul pun.
        “Jangan cakap kau masih taruh hati pada si sombong tu?”. Soal Kira.
        “Sombong tak sombong. Tu kawan aku tu”. Eura mempertahankan rakannya itu.
          “Entahlah”. Aku menjawab sepatah.
          “Mungkin kau ada harapan lagi aku rasa. Lagipun dia bagi balik surat tu tanpa balasan apa-apakan? Dia tak koyakkan surat tu kan?”. Soal Hinata.
          “Aku tak tahu. Aku nak keluar kejap”. Aku terus sahaja bangun dan menuju ke luar kelas.
         Memanglah tak kata apa-apa. Maksudnya aku sendiri tak pasti samada ya atau tidak. Terima or not. Dia tak bagi kata putus pun. Adakah dia sememangnya memberikan aku harapan atau sebaliknya? Disebabkan aku mengelamun akhirnya aku terlanggar seseorang.
         “Mata kau letak dekat mana?”. Aku berasa marah amat. Dah tak ada nada lagi kasar daripada tu?!
         “Apa kau…”. Terhenti segala ayat aku apabila melihatkan lelaki yang berdiri dihadapanku ini. Sa Ril…
         Aku tidak mempedulikannya dan meneruskan langkahku. Dia menarik lenganku membuatkan aku memandangnya.
         “Kau dah tak reti minta maaf? Kau memang macam ni ke? Langgar orang dan lepas tu tinggalkan sebegitu sahaja?”. Apa masalah kau Sa Ril? Tak payahlah nak tarik segala. Abaikan aku sahaja.
         “Abaikan aku dan kenapa aku perlu minta maaf pada orang macam kau? Aku tak ada mood nak layan karenah kau”. Aku menarik kasar lenganku dan meninggalkannya.
         Ah~ mesti nampak sangat aku patah hati kan? Yelah, cinta aku pun hanya bertepuk sebelah tangan. Tak akan ada tangan yang menyambut tangan tomboy seperti aku. Aku membawa langkah ke arah padang.
 
Seminggu lalu…

Rasa gelisah serta gementar menguasai diri. Takutnya. Nak bagi ke tak? Rasa macam tak nak bagilah. Aku mendekati beg Sa Ril tapi kemudian berpatah balik namun ditahan Min Jun. aku memandang Min Jun.
        “Bagi sahaja depan-depan. Jangan larikan diri kau lagi”. Aku mengangguk. Kata-kata Min Jun benar. Sebenarnya, aku takut nak dengar jawapan.
        “Thanks Min Jun”. usai sahaja aku berkata sebegitu, kebetulan sahaja Sa Ril masuk ke dalam kelas.
        Aku memandang Min Jun dan memberikan isyarat mata. ‘Aku tak beranilah Min Jun’. dia menepuk dahinya. ‘Macam nilah. Kau letak dalam loker kasut dia pastu pastikan dia ambil’. Aku mengangguk.
        Aku meletakkan surat ke dalam loker kasutnya seminit sebelum berbunyinya loceng balik dan aku bersembunyi untuk memastikan dia mengambil surat tersebut. Yosh! Dia ambil surat tu! Dengan rasa happynya, aku berjalan balik dan hanya perlu menunggu saat esok.
         Keesokannya, aku ke sekolah dengan rasa gembira yang penuh di dada. Aku sebenarnya lupa bahawa aku berikan surat tu pada Sa Ril dan aku sendiri tak tahu kenapa aku gembira padahal aku totally lupa hari itu.
         Setiba sahaja aku di sekolah, aku menerima kembali surat yang aku berikan semalam. Sebaik sahaja surat tersebut berada dalam tangan aku, perasaan aku bertukar menjadi gelisah. Saat itu baru aku teringat bahawa aku memberikan surat itu kepada Sa Ril semalam. Rasa macam bodoh sangat. Perlahan-lahan aku buka surat itu dan tahu balasan dia? Nothing! Kenapa tak koyak atau cakap tak terima aku? Kenapa mesti hantar aku balasan kosong? Kenapa bagi balik surat tu?!

Kembali ke masa awal tadi…

Aku ni memang bodoh menyukai lelaki seperti dia. Dahlah tak bagi jawapan apa-apa pula tu. Aku tak tahu jika dia masih memberi harapan pada aku.
         “Amber!”. Lamunan aku mati apabila melihatkan seseorang mendekati aku.
         “Hee Joo-ah. Apa kau buat disini?”. Aku menyoalnya.
         “Aku nampak kau lepak dekat sini jadi aku datanglah. Tapi aku panggil kau dekat 10 kali pun kau tak dengar. Tak sangka kau mengelamun. Takkan pasal Sa Ril lagi kot?”. Wah?! Dia ni memang sahabat sejati aku betullah. A,ah. Memang sebab Sa Ril pun.
         Waktu aku dengan Hee Joo sedang bersembang rancak, aku terlihat sepasang kekasih di bawah pokok bunga sakura tak jauh daripada aku dan Hee Joo duduk. Tahu siapa? Nana si pelajar top di sekolah bersama dengan Sa Ril pelajar paling pintar dan popular di sekolah. Mereka memang sesuai.
         Hee Joo turut memandang ikut arah anak mata aku pandang. Dia kemudiannya memandang aku yang masih lagi kaku memandang pasangan yang sedang ketawa mesra itu. Hee Joo bangun dan menarik tangan aku agar aku bangun.
        “Jom pergi makan, Amber. Atau kau nak lawan game dengan aku kat arcade?”. Dia menyoal agar mata aku lari daripada terus-menerus memandang pasangan tersebut.
        “Terima kasih, bro. aku tahu niat kau baik tapi aku tak ada mood nak hadap benda-benda lain. Aku gerak dululah”. Aku membawa langkah jauh daripada situ.
         “Amber! Sampai bila kau perlu lari daripada segala-segalanya? Face it up, bro! don’t run away!”. Dia melaung pada aku. Aku takut, Hee Joo. Aku takut sangat-sangat.
         Aku membawa langkah menuju ke belakang sekolah dan mula menangis di situ. Aku benci jatuhkan air mata untuk lelaki. Namun aku juga tak mampu berhentikan air mata aku.
         “Kau tahu cara nak lupakan seseorang itu?”. Aku mengangkat kepala mendengarkan suara seseorang.
         “Min Jun”. aku menyebut perlahan.
        “Tahu tak?”. Dia menyoal aku lagi.
        “Tak”. Aku menjawab sepatah. Dia mengesat air mata aku dan menarik aku bangun. Bahu aku di tegakkan.
        “Caranya ialah kata pada dia bahawa kau bencikan dia. Kau akan rasa lega kemudian walaupun kau masih ada rasa suka pada dia tapi aku yakin kau akan lupakan dia”. Min jun menarik senyuman.
        “Lagipun, aku tak mahu tengok kau menangis sebegini”. Kira mendekati aku.
        “Kau kan kuat, takkan menangis sebab lelaki kot?”. Hinata memerli aku. Seorang bagi tip, seorang menyokong, seorang lagi perli. Bagus sangatlah tu.
         “Amber! Do what you want”. Eura menarik senyuman. Seorang lagi ni suruh aku buat apa aku nak. So! Let’s go!
         Aku bangun dan menuju ke arah pokok sakura tadi. Hee Joo tiada di situ dan kini hanya tinggal Sa Ril seorang diri di situ.
         “Oh? Kau nak buat luahan perasaan?”. Aku memandang kananku.
         “Gek? Tiba-tiba sesuka hati je kau nak muncul”. Terkejut dengan kemunculan tiba-tiba si Hee Joo.
         “Haha. Maaf. Kau nak aku teman kau?”. Aku memandang Hee Joo. Teman? Tak perlu. Aku boleh lakukan sendiri.
         “It’s okay. Just wait and see”. Kataku sebelum melangkah menuju ke arah Sa Ril.
         Sa Ril memandang aku aneh. Aku dah bersedia! Dan aku berani katakannya dengan jujur. Aku tak mahu ia terus terpendam lagi. Aku nak tamatkannya sekarang.
         “Kau nak apa?”. Soalnya perlahan dan meneruskan bacaan yang diganggu aku.
         “Aku minta maaf ganggu kau. Aku nak cakap yang aku suka kau! Dan aku dah bencikan kau. This is over, kau pun tak pernah beri kata putus jadi lebih baik jika aku sendiri katakan terlebih dahulu. Aku bencikan kau dan tak akan taruh harapan dan aku akan berhenti menyukai kau. Selamat tinggal”. Aku meninggalkan tempat tersebut dan menjauhinya.
         Aku menuju ke arah Hee Joo dan memeluk Hee Joo. Dia mengusap kepala aku mengurangkan perasaan sedih di hati aku.
         “You done you’re best, Amber. Well done”. Aku melepaskan Hee Joo dan memberikan high five.
         “Aku ada kelas ni. Jumpa balik nanti okay? Aku belanja kau. Makan apa yang kau nak balik nanti”. Aku menunjukkan ibu jari kepada Hee Joo sebelum dia bergerak meninggalkan aku.
         “Amber!”. Aku memandang Min Jun, Hinata, Kira dan Eura yang mendekati aku. Aku terus memeluk mereka berempat.
         “Aku dah berjaya dan aku rasa lega. Terima kasih korang”. Aku mengalirkan air mata.
         “Tiada terima kasih pada kawan yang ikhlas membantu, Am”. Aku mengangguk mendengarkan kata-kata Hinata.
        “You done well, Amber”. Min Jun mengusap kepala aku.
        “Kau memang tabah”. Eura menepuk bahu aku perlahan.
         “Jangan risau, Amber. Ini baru satu cinta. Akan datang beberapa cinta lagi. Just wait for it”. Kira meletakkan tangannya diatas bahu kiriku.
         Aku lega.biarlah ini menjadi kenangan mencintai seseorang. Aku rasa tenang dan aman. Aku rela bersama kawan-kawan berbanding jatuh cinta dan kemudian patah hati.

T-A-M-A-T
                                                                                                                                    Shin_97
                                                                                                                           First Broken Love