Make Our Own Fantasy World

Ahad, 23 November 2014

RaKaN vs CINTA

…RAKAN vs CINTA…



                                 Kirika Hatsuki                                              Izaki Irui
                                    Lakonan                                                    Lakonan
                                 Amber ( Fx )                                          Chanyeol ( EXO)
                           

“Wey Kira! Mana kita nak belajar ni?”. Aku memandang Kira mengharapkan jawapan positif daripadanya.
        “Mama kata kita belajar dekat dewan taman tu”. Aku memandang ke arah Kira tunding. Dewan eh? Weh! Ramainya lelaki! Biar betul ni?
        Memang aku berkawan dengan lelaki tetapi mereka ni nampak macam menakutkan. Aku mungkin ambil masa untuk selesa dengan orang yang aku baru kenal. Awal sahaja aku akan sopan sebab bila aku dah mula rapat dengan seseorang tu, perangai sebenar aku akan mula keluar.
         Kami mula bergerak menuju ke dewan. Langkah aku berhenti dihadapan pintu dewan tersebut. Aku masih belum biasa dengan keadaan sebegini. Pandangan aku dialihkan ke arah Kira yang mula masuk dengan tenang. Aneh juga perempuan ni. Selalunya dialah yang paling malu.
         “Kira…tak apa ke?”. Aku menarik tangan Kira.
         “Tak apa”. Dia menarik senyuman dan mula menarik aku mengikutinya.
         Sebaik sahaja aku dan Kira masuk, beberapa orang lelaki mula berkumpul. Aku mengambil tempat dan Kira mengambil tempat disebelah aku. Lelaki yang sedang menulis di papan putih sudah pun memulakan pengajarannya.
         “Siapa tu, Kira?”. Aku memandang Kira dan kembali memandang lelaki yang sedang menulis di papan putih.
        “Itulah Asai Nii-san (abang Asai). Tenaga pengajar kita pada hari ini. Dia ni juga merupakan pelajar di Universiti Hanguk”. Wow! Siswa pandai ni. Tahu tak bahawa hanya 20% untuk orang Hanguk (Korea) memasuki Universiti Hanguk? Susah tau.
        “Ok! Kamu ada apa-apa soalan nak diajukan? Atau ada tak mana-mana bab yang kamu tak boleh kuasai?”. Asai mula mengajukan soalan.
        “Ada! Saya nak tanya pasal line!”. Aku mengangkat tangan. Entah bagaimana perasaan malu boleh hilang secara tiba-tiba.
        “Baiklah. Kita mula dengan soalan line tahun 2005”. Ada cuak dah sebab budak-budak lelaki lain pandang aku macam apa ntah.
        Dah lepas sampai 3 bab kami belajar malam ini dan aku tak ada peluang pun untuk berkenalan dengan budak-budak lelaki ni. Aku mengangkat tanganku.
        “Ada apa?”. Asai mengajukan soalan.
        “Boleh tak kalau kita jalankan sesi perkenalan? Saya nak tahu juga nama mereka ni dan aliran mereka”. Aku memandang Asai. Kira tersenyum mendengarkan pendapat aku.
        “Oh…Baiklah. Kenalkan diri dan aliran kamu semua”. Asai menarik senyuman.
       “Baiklah. Kau tengok yang tembam dan comel ni. Nama dia…wei! Ko kenalkan diri kau sendirilah”. Dia menolak rakannya yang agak gemuk itu. Well, comel tu adalah sikit.
       “My name David Beckham”. David beckham? Kenapa dia cakap bahasa Inggeris?
        “Sewel kau ni. Nama dia ni Hamitsu”. Kenapa lelaki ni kenalkan kawan dia pula? Aku asyik perhatikan dia ni daripada awal tadi. Dia ni sahajalah yang yang paling banyak bunyi.
        “Yang sebelah aku dan agak hensem ni ialah Hakami”. Aku memandang Hakami. Hm? Agak hensem? Macam poyo. Well, maybe sebab aku tak berapa kenal dia lagi kot. Kenapa lelaki ni kenalkan mereka?!
        “Yah! Kau asyik kenalkan kami je. Kau pula?!”. Hakami memandang lelaki yang memperkenalkan mereka tadi.
        “Nak memperkenalkan dirilah ni”. Dia berdehem dan mula bangun. Okay…apa kau fikir ini proper introduce ke?!
        “Nama aku Izaki Irui. Panggil Irui atau Irui-kun”. Aku memandang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Irui tadi. Irui-kun? Izaki sahajalah. Bukan rapat lagi pun.
         “Kami bertiga daripada aliran perdagangan”. Aku mengangguk. Mereka mulai memandang kami satu-persatu.
         “Baiklah. Kami pula. Nama dia ni ialah Sizuka Kira. Dia ambil aliran perdagangan macam kamu semua. Saya Kirika Hatsuki. Aliran Seni”. Dah kenapa aku kenalkan Kira macam Irui kenalkan rakan-rakan dia?!
         “Hatcchi!”. Hatcchi?! Apa dia fikir aku anjing ke nak bagi gelaran macam anjing?! Nani? Hatcchi?!
         “Oi! Dia bukan anjinglah”. Hakami menolak kepala Irui.
         Irui hanya tersengih. Irui nampak comel bila dia ketawa, senyum dan sengih. Dia juga seorang yang friendly dan sporting. Adakah ini perasaan cinta?
        “Boleh tak nak minta nombor kamu semua? Korang ada Kakao Talk kan?”. Soal Kira. Aku memandang Kira? Nani?! Nombor telefon? Dengan beraninya Kira minta. Kira yang minta? Betul ke ni?
       Mereka semua menyatakan yang mereka ada dan Kira mencatitnya pada buku aku. Yang aku aneh, kalau kau minta nombor telefon diorang, kenapa mesti di buku aku?! Akhir sekali kami mula melangkah pulang. Walaupun aku kasar macam lelaki tetapi aku masih ada benda yang aku takutkan iaitu hantu, anjing dan guruh. Diorang semua mengusik kami tentang hantu. Sabar sahajalah.
       Dirumah, aku mula mengisi nombor telefon mereka. Orang yang sporting chatting dengan aku ialah Irui. Tanpa diduga aku menjadi rakan baiknya. Dalam pada masa yang sama, aku mencintainya. Aku biasanya tak akan jatuh cinta pada orang yang menjadi sahabat aku tapi masalah sekarang ini ialah aku jatuh cinta pada dia terlebih dahulu barulah menjadi rakan. Aneh tapi reality!
        Setiap malam kami berhubung melalui Kakao Talk. Aku tak mampu melepaskan telefon bimbit pintar daripada tangan aku. Hari-hari aku kini terasa indah. Aku tak pasti jika aku dapat lafaz perkataan keramat tu sebab aku dah pernah alami perasaan ini dahulu yang membuatkan aku berjanji untuk tidak jatuh hati pada rakan-rakan aku.

3 tahun lalu…

“Ogata…aku sebenarnya suka kau sejak kau tolong aku dekat hutan waktu kita berkhemah sebelum ni”. Aku memandang anak mata Ogata. Mengharapkan balasan daripadanya.
        “Kau gila ke apa? Kita dah jadi kawan sejak 2 tahun lalu. Mengarutlah kau ni. Lagipun aku anggap kau sebagai adik aku je pun dan kawan aku”. Ogata meninggalkan aku. Dia tidak pernah menegur aku sejak kejadian luahan perasaan itu.
        Salahkah aku menyukai rakan aku sendiri? Aku berjanji pada diri aku sendiri bahawa aku tidak akan pernah menyukai mana-mana rakan aku lagi.

         “Hatcchi? Kau okey? Kenapa termenung?”. Lamunan aku mati apabila Irui menegur aku. Pandangan aku kini terarah pada Irui. Mampukah aku ucapkan semua itu? Aku takut dia akan membenci aku dan menjauhi aku.
         Tangan aku mula menutup mulut aku dan air mata aku mula menitis. Aku mengalihkan pandangan daripada Irui dan mula menunduk.
        “Kenapa Hacchi? Kau masih ingat pada budak tu ke? Lupakan sahaja dia tu. Satu hari nanti kau akan jumpa juga dengan orang yang menyayangi kau”. Masalahnya, aku tak menangis sebab Nogami. Aku menangis sebab takut kehilangan kau.
        “Hmm..aku tak mampu lupakan dia”. Bodohnya mulut! Kenapa mengiakan?!
        Keeseokannya, aku datang tapi Kira sudah pun ke rumah Takagi sensei. Aku tak berani nak ikut jalan kecil tu sebab aku nampak anjing dekat situ tadi dan jalan menghala sebelah kanan pula gelap. Aku betul-betul fobia anjing ni. Apa patut aku buat?
         Dengan segera aku mengeluarkan telefon bimbit pintarku yang berjenama Samsung dan menghantar chat kepada Irui.
         ‘Irui! Teman aku! Kira tak ada ni!’.
         ‘Pergi mana? Kau dekat mana ni?’.
         ‘Aku dekat depan rumah Kira. Takutlah nak pergi rumah Takagi sensei sebab jalan tu ada anjing’.
        ‘Apalah. Tunggu kejap. Aku nak keluar ni’.
        Aku memeluk telefon bimbit pintar aku dan memandang sekeliling. Aku dengar suara memanggil aku menyebabkan aku berpaling ke belakang. Irui!! Saat tu rasa macam lega sangat sebab ada penyelamat.
         “Sinilah!”. Irui memanggil aku. Aku bergerak ke arahnya. Aku menarik sengihan membuatkan Irui menggelengkan kepalanya.
        “Jom”. Irui berjalan terlebih dahulu mendahului aku. Aku hanya mengekorinya daripada belakang.
        Saat anjing muncul, aku terus berlari ke belakang Irui. Irui menghalau anjing tersebut. Entah kenapa, aku rasa selamat berada di samping Irui. Aku memandang ke arah tangan Irui. Saat itu, aku rasa seolah-olah mahu sahaja memegang tangan Irui. Aku sedar bahawa aku bukan untuknya. Aku cuma kawan baginya.
          Dah hampir seminggu dia menjadi rakan baik aku dan dalam diam dia juga merupakan cinta hati aku. Satu hari, aku bawa seorang lagi rakan ku selain Eura. Kami hanya rakan biasa. Disebabkan dia mahu belajar, maka dengan hati yang terbuka aku membawanya dan nama dia ialah Sakura. Aku tak kisah sangat kalau nak bawa orang yang ikhlas nak belajar.
          Pada awalnya, Irui hanya mengusik Sakura dan aku hanya ketawa walaupun ada sedikit cemburu pada Sakura. Irui masih lagi memujuk dan menggembirakan aku. Aku benar-benar sayang pada dia.
         “Sakura, itulah lelaki yang aku minat. Aku sayang dia sangat-sangat. Comelkan dia?”. Aku menunding ke arah Irui dengan penuh perasaan gembira.
         “Bolehlah”. Sakura tersenyum melihat aku.
         Lama-kelamaan, aku perasan bahawa Irui sentiasa mengekori Sakura. Saat dia meninggalkan aku dan mengejar Sakura, hati aku benar-benar hancur. Kenapa mesti Sakura? Tidak lama kemudian, aku mendapat tahu bahawa Irui dan Sakura menjadi pasangan kekasih. Air mata aku mengalir walaupun ketika itu akan menaip patah perkataan yang menunjukkan aku gembira.
         ‘Oh ye ke? Hahaha…tahniah Irui. Semoga bahagia’. Air mata aku masih mengalir dengan deras walaupun di tangan aku menaip dengan ayat yang gembira.
         ‘Welcome’.
         ‘Haha, tak sangka ek kau kapel dengan dia? Haha’
         ‘Come on lhaa’.
         ‘Okaylah, aku ada kerja nak kena buat. Bye’.
         Aku terus menutup Kakao Talk tanpa menunggu balasan daripadanya. Maaf Irui…maaf..Aku terlalu sakit.
          Keesokannya, aku menghantar satu chat kepada Irui.
         ‘Irui, aku minta maaf kerana jatuh hati pada kau. Aku sukakan kau tapi aku pasrah. Kau pun dah kapel dengan Sakura. Harap boleh jadi kawan lagi’. Entah daripada mana aku dapat keberanian untuk menghantar ayat sebegitu.
         Tiba-tiba aku mendapat balasan. Aku pantas mencapai telefon semula.
         ‘Kenapa kau tak cakap awal-awal lagi?’. Aku menekup mulutku dan airmata ku mengalir deras.
         ‘Aku takut. Aku takut kau akan pergi jauh dan lari daripada aku’.
         ‘kenapa kau fikir macam tu? Sekurang-kurangnya kau jujur daripada awal’.
         ‘Aku benar-benar tersepit, Irui’.
         ‘Kalau kau bagitahu awal-awal sudah pasti sekarang ni kita… kau tahu sendirilah kan’. Aku menepuk kepalaku. Bodohnya kau, Hatsuki! Tapi kau juga bodoh Irui!
         ‘Tak apalah. Aku pasrah. Biar kita kekal kawan sahaja’.
         ‘Okey. Bestfriend forever’.
         Lepas daripada itu, aku mula terasa bahawa Irui semakin menjauhi aku. Aku dah agak benda ini akan berlaku lambat-laun juga. Aku benci pada Sakura! Kau tahu segalanya bahawa aku menyukai Irui sebelum kau dan kau tetap pilih dia?! Apa masalah kau? Apa yang kau tak puas hati dengan aku? Aku kumpul keyakinan untuk luahkan pada Irui, tapi malangnya kau mula sebelum aku padahal kau baru sahaja kenal dia?! Aku benci kau Sakura!
           Ada jurang di antara aku dan Irui. Sebelum ini aku pernah mengajak Irui untuk ke panggung wayang dengan aku dan dia terima tapi kini dia menolak. Irui yang aku jumpa sejak pertama kali sudah pun hilang. Irui yang kini sangat berbeza. Selamat tinggal Irui. Biarlah Irui yang aku kenal dulu masih segar di ingatan. Kenangan-kenangan sejak bertemu dengan Irui yang dulu masih kekal di ingatan. Aku juga sudah tidak ambil kisah tentang Sakura lagi. Jika suatu hari nanti kau perlukan aku semula sebagai kawan kau, aku sedia menadah tangan. Sayonara Irui-kun.

-T-A-M-A-T-





Tiada ulasan: