Make Our Own Fantasy World

Rabu, 17 Jun 2015

InFIniTE Story 5

~ INFINITE TIME ~

_BITTER SWEET LOVE_

Watak Utama :

                                            Kim Seung Ah                   Lee Seung Yeol
                                                Lakonan                               Lakonan
                                    Seung Ah (RAINBOW)     Seung Yeol (INFINITE)


Seung Ah membawa langkah menuju ke perpustakaan memandangkan tugas membersihkan perpustakaan pada hari itu ialah tugasnya. Malasnya nak mengemas. Tak mengapalah. Lepas habis mengemas bolehlah aku membaca kisah-kisah dongeng lagi. Sebaik sahaja memasuki perpustakaan, matanya tertancap pada pasangan yang sedang berbual mesra.
        “Eh? Yoon Ah sunbae dan Seung Yeol sunbae. Apa kamu berdua buat di sini?”. Soal Seung Ah menegur sunbaenya.
        “Kami hanya berbual. Kamu bertugaskah hari ini Seung Ah?”. Soal Yoon Ah pula.
        “De! Hari ini saya bertugas membersihkan perpustakaan jadi minta diri dahulu. Maaf mengganggu sunbae”. Sung Yeol hanya memandang Seung Ah yang berlalu pergi ke rak paling belakang.
        “Comelkan dia? Dia adalah hoobae manja dalam sekolah ni tapi tak pernah patah semangat. Saya pun tak tahu mana dia dapat kekuatan tu”. Ujar Yoon Ah. Sung Yeol hanya tersenyum.
        Seung Ah leka menyusun buku. “Wah! Sung Yeol sunbae dengan Yoon Ah sunbae memang sepadan. Kalau aku jadi teman wanita sunbae pun aku akan tarik diri. Rasa diri ni macam pipit yang ingin terbang bersama enggang”. Dia ketawa dengan ayatnya sendiri.
        “Yah! Aku ni asyik berangan je. Kan bagus kalau dapat jadi macam Cinderella ataupun snowhite”. Seung Ah berpusing-pusing kerana terlalu teruja. Seung Yeol ketawa melihatkan gelagat Seung Ah.
         Setelah hampir sejam mengemas, dia mula menuju ke rak buku dongeng. “oh? Buku baru? Putera Kayangan? Eh! Macam nama putera kayangan di sekolah ni. Menarik ni!”. Seung Ah mula membelek buku tersebut dan mula membaca.
         “Wah…kesiannya pada Park Ju. Putera kayangan suka pada orang lain tapi Park Ju tetap menyokong Putera Kayangan. Sedihnya”. Tidak sempat Seung Ah menghabiskan bacaannya apabila loceng rehat telah pun berbunyi.
         “Oh? Dah rehat. Aku patut pergi. Buku, nanti aku akan habiskan baca kau”. Dia kembali menyimpan buku tersebut lantas membawa langkah pergi dari situ.

***
Aku dah bagi alasan yang aku tak habis mengemas lagi. Bolehlah aku sambung baca. Malang bagi Seung Ah apabila buku dongeng yang dicarinya tadi tiada di situ lagi. “Ah! Sepatutnya aku pinjam je tadi!”. Dia melangkah keluar dengan kepala menunduk ke bawah dan akhirnya terlanggar seseorang.

GEDEBUK!

Appo (sakit). Seung Ah menggosok punggungnya. Siapa yang langgar aku ni?! Dia memandang ke atas. Eh? Sung Yeol sunbae! Sung Yeol menghulurkan tangan untuk membantu Seung Ah bangun.
        “Kumao”. Sung Ah menyambut huluran tangan Sung Yeol dan mengibas-ngibas kainnya.
        “Ah sunbae! Deo gwaenchana? (awak okey tak?)”. Soal Seung Ah.
        “De. Ah! Memandangkan kamu ada disini, saya perlukan pertolongan kamu. Sanggupkah nak tolong?”. Soal Seung Yeol.
        “Eh? Saya? Boleh sahaja. apa yang boleh saya tolong sunbae?”. Seung Ah memandang Sung Yeol.
        “Dorawa (ikut saya)”. Sung Yeol mencapai tangan Seung Ah dan menarik Seung Ah mengikutinya ke makmal sains.
        Seung Ah memandang tangannya yang digenggam erat oleh Sung Yeol. Jantung ini berdegup lagi sebagaimana ia pernah berdegup sewaktu kali pertama sunbae tolong aku masa aku jatuh dulu. Seung Ah sukakan Sung Yeol namun mematikan perasaan itu setelah mengetahui bahawa sunbaenya itu sudah pun mempunyai Yoon Ah.
        Mereka tiba di makmal sains. Tangan Seung Ah dilepaskan dan Seung Ah mengambil tempat berdekatan dengan Seung Yeol. Dia memandang Sung Yeol.
        “Wae sunbae? Sunbae macam tengah hadapi masalah je. Ah! Mesti sebab Yoon Ah sunbae keurae? Maknanya sunbae perlukan nasihatlah ni?”. Soal Seung Ah.
        “Bukanlah. Sunbae risau sebab harijadi dia dah nak dekat. Sunbae tak reti cari hadiah yang dia suka”. Ucap Sung Yeol.
        Seung Ah cuba mengingati harijadi Yoon Ah. Oh ya! Betul juga. Harijadi Yoon Ah sunbae sama dengan aku. Kenapalah harijadi kami pun sama tarikh. Nama belakang juga hampir sama. Seung Ah menundukkan kepalanya. Ah! Seung Ah! Kau tak boleh macam ni! Mesti kuat! Seung Ah mengangkat kepalanya dan tersenyum.
        “Bila kita boleh keluar? Jom kita carikan Yoon Ah sunbae hadiah”. Seung Ah menarik sengihan.
        “Bagus cadangan. Hari sabtu ni, pukul 8 pagi. Jumpa awak nanti!”. Sung Yeol menggosok perlahan kepala Seung Ah sebelum berlalu pergi.
        Seung Ah memegang kepalanya sendiri. Aduh! Aku semakin jatuh cinta kepada sunbae. Benda ni sepatutnya bukan jadi begini.
***
Awal sangat ke aku datang? Biasa sangatkah aku pakai? Seung Ah memandang pemakaiannya. Baju t-shirt dan jean tight serta scarf. Simple sangatkah? Biarlah. Bukannya date pun.
         “Seung Ah!”. Seung Ah berpaling memandang Sung Yeol yang sedang menuju ke arahnya. Seung Ah hanya menarik senyuman
         “Simplenya awak pakai”. Sung Yeol memandang Seung Ah daripada atas ke bawah.
         “De…sebab kita bukannya pergi date. Hanya pergi mencari hadiah Yoon Ah”. Seung Ah berkata perlahan.
         “Ania! Hari ini dikira date juga. Dorawa!”. Sung Yeol menarik Seung Ah ke salah satu kedai pakaian lalu terus menuju ke kaunter.
         “Tolong carikan pakaian sesuai buat dia dan mekapkan dia juga”. Pelayan tersebut hanya mengangguk dan membawa Seung Ah ke tempat menukar baju.
         Seung Ah keluar setelah hampir setengah jam dimekapkan dan ditukar pakaian. Sung Yeol tersenyum memandang Seung Ah. Jika sebentar tadi Seung Ah berpakaian simple, berkasut nike dan mengikat rambutnya ekor kuda, kini Seung Ah keluar dengan memakai dress paras lutut, dipadankan dengan kasut tinggi berwarna peach serta barangan perhiasan. Wajahnya juga berseri hanya dengan mekap yang nipis.
          “Awak cantik. Jom”. Sung Yeol menghulurkan tangannya.
          “Kumao”. Seung Ah menyambut huluran tangan.
         Sung Yeol membayarnya dan kemudiannya menarik Seung Ah keluar. Seung Ah sendiri tidak tahu apakah Sung Yeol ini mencari hadiah ataupun memang merancang untuk pergi date sahaja. Kenapa ke Love Park? Taman tema terbesar di Seoul.
         Hatinya semakin berdegup kencang. Perasaan ini lagi. Aku tak mampu membendungnya. Seung Ah memandang Seung Yeol. Melihatkan Sung Yeol tersenyum membuatkan dia bahagia. Ketika mereka melintasi kedai perhiasan, Seung Ah lantas menekapkan tangan di cermin kedai perhiasan dimana perhiasa-perhiasan diri dipamerkan.
         “Wah! Cantiknya! Bentuk Shooting Star”. Ujar Seung Ah teruja. Tapi keterujaannya mati apabila melihatkan harga rantai tersebut. Heol! 300,000 won? Ah cheongmal?
         “Tak beli ke?”. Soal Seung Yeol.
         “Tak mungkin. Harganya secantik barangnya. Duit saya sekarang pun belum tentu mencukupi. Memang saya tak akan dapat rantai sebegitu. Dahlah! Mari cari hadiah Yoon Ah”. Seung Ah menarik tangan Seung Yeol ke arah kedai Hadiah.
           “Chakkam. Saya nak ke tandas. Awak masuk dulu dan pilihkan hadiah untuk Yoon Ah. Sebentar lagi saya datang”. Ujar Seung Yeol sebelum berlalu pergi. Seung Ah mengangguk dan mula memasuki kedai hadiah.
          Dia membelek-belek hadiah di rak tersebut dan matanya terpandangkan beg tangan. Ah! Beg tangan ini rasanya sesuai dengan Yoon Ah sunbae. Keureom! Ini sesuai!
          “Dah jumpa?”. Soal Sung Yeol yang baru muncul.
          “Urm! Igeon! (ini)”. Seung Ah menunjukkan beg tangan tersebut kepada Sung Yeol.
          “Kumao…hadiah ini juga cantik. Sesuai untuk dia. Kumao Seung Ah sebab sudi luangkan masa dengan saya hari ini”. Sung Yeol tersenyum dan membelek beg tersebut dengan penuh senyuman. Sakitnya hati ini melihatkan senyumannya. Yoon Ah sunbae lebih layak.
***
Harijadi Seung Ah akhirnya tiba. Dia mendapat pelbagai hadiah daripada kawan-kawannya. Seung Ah termenung di atas bumbung. Pastinya Yoon Ah sunbae sedang bahagia mendapat hadiah daripada Sung Yeol sunbae. Ah! Cemburunya.
          “Seung Ah!”. Seung Ah berpaling apabila namanya dipanggil.
          “Oh? Sunbae!”.
          Aku patut ucapkan sekarang. Aku tak mahu menaruh harapan lagi. Aku tak akan pernah ada kesempatan. Yoon Ah adalah lebih layak disisi sunbae. Seung Ah mula menitiskan air matanya. Sung Yeol terkejut lantas memegang kedua-dua belah bahu Seung Ah.
         “Wae? Apa yang terjadi?”. Soal Seung Yeol.
         “Sunbae…saya nak berterus terang. Sejak sunbae tolong saya jatuh dulu, saya dah mula suka sunbae tapi saya tahu sunbae dah ada Yoon Ah sunbae maka saya matikan niat dan hanya menjadi fans. Tapi sejak kita selalu keluar ni, saya semakin mencintai sunbae. Sunbae, saya sukakan sunbae. Jika sunbae menolak sekarang, saya tak akan menaruh harapan lagi. Saya tahu saya tidak layak”. Semakin laju airmatanya.
         Seung Yeol ketawa membuatkan Seung Ah memandang ke arahnya. Apa yang kelakarnya melihatkan aku menangis? Seung Yeol mengeluarkan kotak hadiah kecil dihulurkan kepada Seung Ah.
        “Apa tu?”.
         “Ambiklah dan buka”. Seung Yeol masih menghulurkan kotak hadiah tersebut.
        Tangannya mencapai kotak hadiah Seung Yeol dan membukanya. Terkejut dia melihatkan hadiah Seung Yeol. Untuk siapa ni? Akukah? Inikah rantai yang aku tengok hari itu. Dia mengambil kad yang diselitkan di situ lalu membacanya.

Dear Seung Ah,
Love from my all heart just for you. I love you and happy birthday <3

Seung Ah memandang ke arah Sung Yeol. Ottoke? (macam mana) macam mana dia tahu harijadi aku? Aku tak pernah bagitahu dia pun.
          “Saya tahu daripada kad pelajar awak. Awak tercicirkan masa awak jatuh dulu dan disitu bermulanya rasa suka saya pada awak”. Seolah-olah Seung Yeol mengetahui apa yang sedang bermain di fikirannya.
          “Awak tak suka?”. Soal Seung Yeol.
          “Ani. Mani choahae (suka sangat). Kamsahamnida oppa! Neomu-neomu choahandago (suka sangat-sangat) Saranghae!”. Seung Ah memeluk Sung Yeol.
          “Nadu…saranghae Seung Ah”.
          Kisah dongeng Putera Kayangan itu pengakhiran yang Seung Ah tidak pernah tahu ialah pengakhiran kisah dia sendiri. Sung Yeol meminjam buku tersebut dan cuba melakukan sama seperti jalan cerita Putera Kayangan. Bezanya, Putera Kayangan mengahwini Park Ju pada akhirnya dan dia hanya memeluk Seung Ah. This is what we call bitter sweet love.

-T-A-M-A-T-