~ INFINITE TIME
~
_NEVER
REGRET FALLING FOR YOU_
Watak
Utama :
Jong Na Na Nam Woo Hyun
Lakonan Lakonan
Nana (Afterschool) Woo Hyun (Infinite)
Nana
memandang rakan-rakannya. Ji Eun dengan Sung Jong, Yuri dengan Sunggyu sunbae,
dan Ha Ni dengan Myung Soo. Dia bukannya tidak mempunyai teman lelaki, Cuma
tiada perasaan cinta seperti mereka. Perasaan itu masih tidak muncul dan kerana
itu juga dia sering bertukar teman lelaki dan mendapat jolokan ‘playgirl’.
“Nana, Ki Bum nak jumpa kau di atas
bumbung”. Ujar temannya yang begitu juga rakan kepada Ji Eun, Hana dan Yuri
iaitu Seung Ah.
“De…”. Nana melangkah keluar dan menuju ke
atas bumbung. Dilihatnya, Ki Bum sedang menunggu kedatangannya.
“Awak ada apa mahu berjumpa saya?”. Soal
Nana.
“Nana…mari kita tamatkan hubungan ini.
Saya tak rasa awak mencintai saya. Saya juga telah bertemu dengan orang yang
saya benar-benar cinta”. Ujar Ki Bum.
“Kalau itu yang awak mahu, mari kita
tamatkan. Gembira dapat berkenalan dengan awak selama sebulan ini”. Nana
menghulurkan tangannya.
“Saya juga. Mian Nana”. Ki Bum menyambut
huluran Nana dan kemudian berlalu pergi.
Nana mendekati pagar di atas bumbung dan
membiarkan angin meniup lembut rambutnya. Nana mengeluh buat seketika.
“Nampaknya itu juga bukanlah cinta aku”.
Nana kembali mengeluh untuk kesekian lagi.
“Oh? Kau putus cinta?”. Nana terkejut
mendengarkan suara seseorang membuatkan dia segera berpaling mencari suara
tersebut.
“Woo Hyun sunbae?”. Dia memandang ke arah
Woo Hyun yang berada di bahagian atas. Nana mengecilkan matanya.
Dia menarik nafasnya dan melepaskannya.
“Love is a game. Just a game”. Nana kembali memandang ke arah padang yang luas
terbentang di bawah.
“Kau ni Jong Na Na yang mereka panggil
playgirl itukan?”. Soal Woo Hyun. Dia mula melangkah mendekati Nana.
“Dan sunbae ialah Nam Woo Hyun yang
digelar Putera Kayangan a.k.a playboy sekolah no 1”. Nana menarik senyuman
sinis. Dia malas hendak melayan playboy tersebut kerana padanya, Woo Hyun juga
sama sepertinya.
Woo Hyun ketawa lalu mendekati Nana.
Pandangan Nana kini terarah kepada Woo Hyun. Wah! Sunbae ni kacak kalau tengok
dari dekat. Jantung aku juga berdegup laju. Tidak pernah lagi jantung ni
berdegup kencang untuk mana-mana lelaki.
“Apa kata kau menjadi kekasih aku? Kau
playgirl dan aku playboy jadi kita even”. Nana memandang ke arah Woo Hyun. Bwo?
Senangnya dia ni.
“Shiro! Lelaki macam kau akan
menyusahkan aku”. Langkahnya mula diatur untuk menuruni tangga namun tangannya
pantas ditarik menyebabkan dia berpaling.
Badannya dirapatkan pada badan Woo Hyun
dan tangan sebelah kanannya di pegang manakala tangan sebelah kirinya
dilekapkan pada dada Woo Hyun.
“Wo…Woo Hyun sunbae. Buyaa ige!”. Dia
menolak Woo Hyun.
“Lihat? Kau sebenarnya dah menyukai aku
tapi kau tak mahu mengaku. Cinta bukan sebuah permainan. Jika cinta itu ialah
permainan maka kau akan menerima cadangan aku tadi tapi kau tak menerimakan?
Itu bermakna kau percayakan cinta Cuma kau belum menjumpainya. Kau nak rasa
cinta itu bagaimana? Aku akan tunjukkan”. Ucap Woo Hyun sambil membelai rambut
Nana dan kemudian berlalu pergi.
Benar. Aku percayakan cinta. Mungkinkah
aku jatuh cinta kepada Woo Hyun sunbae? Ah! Tak mungkin! Kenapa mesti Woo Hyun
sunbae yang playboy itu?! Nana mengusutkan rambutnya.
Nana berdiam seketika dan kemudian
meluruskan kembali rambutnya. Dia membetulkan pakaian dan melepaskan nafas.
“Nana…kau kena relak. Mungkin lelaki ni
hanya ujian untuk kau. Love just a game. We can’t trust it”. Nana menggenggam
tangannya dan dibawa ke dada.
Woo Hyun yang berada di balik pintu
hanya ketawa melihatkan telatah Nana. Dia comel. Aku akui dia ialah orang
pertama yang berjaya menarik perhatian aku saat kali pertama masuk ke sekolah
ini tapi malangnya dia sering bertukar pasangan kerana mencari yang sesuai. Itu
baru sikit, Nana. Lepas ini, aku pastikan kau akan sentiasa memerhatikan aku
pula. Woo Hyun menarik senyuman sinis lalu berjalan menuruni tangga.
***
Nana
termenung ke luar tingkap. Dia memerhatikan Woo Hyun yang sedang bermain bola
keranjang dengan rakan-rakannya. Ji Eun, Ha Ni dan Yuri mendekati Na Na.
“Nana?”. Nama Nana dipanggil malangnya
Nana masih memandang ke arah luar tingkap. Akhirnya Ji Eun mengetuk perlahan
kepala Nana.
Nana memandang Ji Eun, Yuri dan Ha Ni.
“Yah! Micchinnya! Appo (kau gila apa! Sakit)”. Nana menggosok kepalanya.
“Kau sedang tengok siapa?”. Soal Ha Ni.
“Tiada siapa. Aku hanya memerhatikan
mereka yang sedang bermain bola sepak itu”. Ujar Nana.
“Esok ialah hari perkhemahan di
Incheon? Kau pergi tak?”. Soal Yuri pula.
“Mestilah aku pergi. Tak kan korang sahaja
yang akan bersuka ria…betul tak?”. Nana ketawa bersama rakan-rakannya.
***
Nana
dan rakan-rakannya mula berkumpul berdekatan bas menunggu guru mereka
memberikan arahan seterusnya. Matanya terpandang Woo Hyun yang kini sedang
bergelak ketawa bersama rakan-rakannya. Woo Hyun menyedari bahawa Nana sedang
memandangnya lalu membalas pandangan Nana. Dia melambai dengan senyuman di
wajahnya.
“Yah Nana. Woo Hyun sunbae lambai pada
awak”. Ujar salah seorang pelajar perempuan.
“Pasti kamu berdua sangat sesuai jika
bercintakan?”.
“Yalah. Lagipun kamu cantik dan sunbae
pula kacak”. Keadaan di situ semakin riuh rendah dengan kata-kata yang cuba
menyatukan Nana dan Woo Hyun.
“Apakah awak semua tidak cemburu jika
saya dan Woo Hyun bercinta?”. Nana memuncungkan mulutnya. Tidak suka akan
mereka yang cuba menyatukan dia dan Woo Hyun.
“Kami minat Woo Hyun tapi tidak
semestinya kami mengongkong hidup dia. Hak dia untuk bercinta dengan sesiapa
pun”. Balas salah seorang pelajar perempuan daripada kalangan mereka.
“Betul. Lagipun cuba lihat Ji Eun.
Kami tak halang dia bercinta dengan Sung Jong. Kami lagi suka. Kami tak kisah
pun. Yang penting mereka bahagia kerana kita classmate dan satu sekolah”. Sambung
salah seorang lagi pelajar perempuan di situ.
“Kenapalah kamu semua ini kategori
fans pelik hah?”. Kata-kata Nana menyebabkan mereka ketawa.
“Okay semua! Naik ke atas bas!”.
Mendengarkan arahan Park sem, pantas sahaja Nana mengatur langkah. Dia
mengambil tempat jauh di belakang. Semestinya keseorangan. Entah kenapa dia
lebih suka keseorangan sedemikian.
Woo Hyun terpandangkan Nana yang duduk
dua sit jauh ke belakang daripada tempat duduknya. Dia menepuk peha Sung Yeol
memberitahu bahawa dia ingin ke belakang dan Sung Yeol hanya mengangguk. Sedang
Nana termenung ke arah luar tingkap bas, Woo Hyun duduk bersebelahannya. Nana
memandangnya.
“Kau buat apa di sini?”.
“Aku duduk di sebelah kau. Kenapa?”.
Soal Woo Hyun kembali bersama senyuman.
“Dah tak ada tempat duduk ke?”. Nana
menjenguk. Kelihatannya penuh.
Woo Hyun menghela nafas lega apabila
melihatkan Dong Woo disebelah Sung Yeol. Nana mengeluh dan kemudian kembali
memandang ke arah luar tingkap bas. Sung Yeol mengangkat thumb up ke arah Woo
Hyun dan Woo Hyun membalasnya. Kamsahaeyeo Sung Yeol-ah.
Satu jam setengah perjalanan mereka
ke Incheon akhirnya tiba juga di tapak perkhemahan. Semua pelajar bergerak
keluar dan berkumpul di satu tempat bagi memudahkan Park sem serta guru-guru
lain memberikan arahan.
“Baiklah! Alatan masakan dan
perkhemahan sudah pun di sediakan. Empat orang satu kumpulan ya. Kurang tak
apa. Jangan lebih. Baiklah sekarang tentukan kumpulan dan beri nama. Jika nama
sudah ada dalam senari boleh terus ambil peralatan memasak dan peralatan
perkhemahan”. Sebaik sahaja Park sem menyudahkan arahan, mereka diberikan pula
arahan keselamatan oleh Miss Jung. Setelah kesemua arahan diberikan, Ji Eun, Ha
Ni, Nana dan Yuri mula bergerak mengambil peralatan lalu mencari tapak yang
sesuai untuk didirikan khemah.
Nana berjalan menuju ke sungai
berdekatan memandangkan sungai tersebut dekat. Dia membuka kasut dan duduk pada
salah sebuah batu. Matanya tertancap pada seseorang yang yang berada di sungai
juga.
“Yah Woo Hyun. Apa kau buat disini?”.
Soal Nana.
Woo Hyun memandang ke arahnya dan
hanya tersenyum. Kenapa dia ni? Biasanya dia akan menyapa aku terlebih dahulu.
Woo Hyun kembali berpaling dan hilang ke dalam hutan.
“Eh? Woo Hyun! Kau nak kemana?!”. Nana
mula mengekori Woo Hyun yang mula hilang ke dalam hutan.
Mana Nana nak pergi tu? Woo Hyun hanya
memandang Nana yang mula masuk ke dalam hutan. Hilang juga budak tu kang. Dia
mencapai beg yang ada alatan dalamnya dan kemudian mengejar Nana.
Disebabkan leka mengejar Woo Hyun,
Nana tidak sedar bahawa dia sudah pun jauh daripada tapak perkhemahan. Akhirnya
dia mula sedar. Eh? Aku dekat mana ni?! Waa!!
“Nana! Nana!”. Mendengarkan namanya
dipanggil membuatkan Nana berpaling ke arah Woo Hyun.
Dia terus memeluk Woo Hyun apabila
Woo Hyun kini di hadapannya. Eh? Dia peluk aku? Apahal ni? Woo Hyun menolak
Nana ke belakang sedikit. Kelihatan air mata Nana mengalir di pipi.
“Yah! Uljima (jangan menangis). Kau
kemana tadi?”. Soal Woo Hyun sambil memegang bahu Nana.
“Aku kejar kau tadi. Kau masuk hutan
ni tadi”. Hah? Bila pula…apakah? Woo Hyun mula memandang sekelilingnya.
“Aku pula kejar kau sebabkan kau masuk
hutan. Aku fikirkan kau nak rasa suasana hutan sebab tu kau masuk hutan jadi
aku ikutlah. Satu lagi, bila masa pula aku masuk hutan padahal aku baru sahaja
ikut kau”. Sebaik sahaja mendengarkan kata-kata Woo Hyun, Nana memandang sekeliling.
“Heokshi…(apakah)”. Woo Hyun dengan
pantas menekup mulut Nana daripada terus berkata-kata.
“Jangan kata apa-apa. Apa sahaja yang
kau rasa atau terasa, kau hanya perlu diam. Arasseo?”. Nana hanya mengangguk
mendengarkan kata-kata daripada Woo Hyun.
Woo hyun memegang tangan Nana dan
menarik Nana mengikut langkahnya mencari jalan keluar dari hutan itu. Nana
memandang ke arah Woo Hyun. Kenapa jantung aku berdebar-debar lagi?
“Ah! Itu sungai yang kita lintas
tadi!”. Pantas Woo Hyun membawa Nana mendekati sungai tersebut.
Mereka akhirnya melepasi sungai
tersebut. Langkah di bawa ke khemah masing-masing. Tidak dia sangka bahawa
mereka terlalu lama di dalam hutan. Serasa aku, pagi tadi aku start masuk dalam
hutan. Lama sangatkah kami mencari jalan keluar sehingga petang sebegini?
“Yah Nana! Woo Hyun! Mana kamu berdua
pergi?”. Soal Ji Eun.
“Hampir 5 jam kami cari. Apa yang
terjadi?”. Soal Sunggyu pula.
“5 jam?”. Woo Hyun dan Nana saling berpandangan.
***
Nana
keluar daripada khemah dan duduk berhadapan dengan unggun api. Dia masih
memikirkan kejadian pagi tadi. Sebegitu lamakah kami sehingga 5 jam aku dan dia
menghilang ke dalam hutan? Siapa yang melambai ke arah aku sebenarnya?
Tiba-tiba bahunya disentuh membuatkan dia berpaling memandang ke arah kanannya.
“Apa yang kau menungkan?”. Soal Woo
Hyun.
“Aku tak faham. Sebegitu lamakah kita
dalam hutan?”. Soal Nana.
“Aku juga tak tahu. Nana, boleh aku
tanya?”. Soal Woo Hyun.
“Apa?”.
“Kau memang bencikan aku ke?”.
Kata-kata Woo Hyun membuatkan Nana berpaling memandang ke arahnya.
“Aku tak benci cuma aku
rasa…entahlah. Aku sendiri pun tak faham dengan perasaan aku”. Kata Nana
kembali memandang ke arah unggun api.
“Aku nak cakap jujur…aku
sebenarnya…dah lama sangat sukakan kau sejak aku masuk sekolah ni untuk kali
pertamanya. Mungkin kau akan kata ‘playboy memanglah akan jatuh cinta dengan
sesiapa pun sekadar untuk mempermainkan orang’ tapi aku bukan macam tu. Aku
tidak bercinta dengan sesiapa pun seperti kau, aku cuma dikelilingi perempuan.
Aku mahukan kau pandang aku sepertimana aku sentiasa memandang kau. Setiap kali
kau putus, aku kumpulkan kekuatan untuk luahkan pada kau tapi ada yang lebih
pantas daripada aku. Aku tak pasti bila agaknya kau akan jadi milik aku. Aku
dah nyatakan perasaan aku dan sekarang kau hanya perlu fikirkan jawapan. Aku
bagi kau masa. Fikir dulu kay”. Woo Hyun bangun dan mengusap kepala Nana
perlahan sebelum melangkah hendak pergi.
Secara spontan, Nana bangun dan
memeluk Woo Hyun daripada belakang. Terkejut Woo Hyun menyebabkan dia kaku. Dia
menolak perlahan Nana dan memandang tepat ke mata Nana.
“Apa yang kau buat?”. Soal Woo Hyun.
“Nadoo(aku juga) nan neol choahae
(menyukai kau)”. Ucap Nana.
“Kau tak akan menyesal menyukai
aku?”. Soal Woo Hyun.
“Never. I will never regret for
falling for you”. Nana memeluk Woo Hyun kembali. Woo Hyun membalasnya.
Ji Eun, Ha Ni, Yuri, Sung Jong, Myung
Soo serta Sunggyu tersenyum melihatkan Nana dan Woo Hyun. That’s nice. Playgirl
and playboy. We would not worried about them anymore. Well, siapakah agaknya
yang melambai ke arah Nana ya? That was spirit of the forest that always trying
to bring a couple to happiness ^_^
-T-A-M-A-T