Make Our Own Fantasy World

Isnin, 23 Mac 2015

inFINIte STorY tIMe 3

~  INFINITE TIME ~

 _A KISS FOR YOU_



Watak Utama :

                                                 Kang Ha Ni                Kim Myung Soo
                                                   Lakonan                         Lakonan
                                                 Krystal (Fx)                   L (Infinite)


Pandangan Ha Ni kini dihalakan ke arah padang. Heish! Korang ni pun nak dating agak-agaklah. Pergilah lunch dekat atas bumbung! Buat apa lunch dekat padang! Yaish! Lee Ji Eun! Park Gyuri! Ha Ni terus sahaja bangun dan menuju ke muka pintu kelasnya.
      “Eh Ha Ni. Seorang sahajakah?”. Soal rakannya, Seung Ah.
      “Geurae…nahonja (seorang sahaja) wae?”. Ha Ni menyoal kembali Seung Ah.
      “Ah! Lupa. Mereka dah ada teman masing-masing. Nana?”. Seung Ah menyoal tentang Nana.
      “Nana? Diakan playgirl sekolah. Pastinya dengan teman lelakinya”. Ujar Ha Ni. Seung Ah tersengih. Betul juga kata si Ha Ni ni.
      “Ha Ni. Kau tak berminat ke antara 7 putera kayangan tu?”. Soal Sunny pula.
      “Adalah juga. Aku minat Sung Yeol sunbae”. Ha Ni tersengih. Tapi aku tak mungkin dapat berpasangan dengan sunbae sebab sunbae tak silap aku dah ada teman wanita.
      “Sung Yeol sunbae? Deo michinne? Dia bukankah bercinta dengan senior kita? Aku pun sebenarnya agak minat dia juga”. Seung Ah menggaru kepalanya. Sunny hanya ketawa melihatkan dua rakannya itu.
      “Aku minat sahaja. Tak adalah sampai tahap suka dekat dia”. Ha Ni mengherot mulutnya.
      “Tapikan Ha Ni. Hari ini kau agak bad mood. Kalau tak selalunya kau ni hyper active”. Sampuk Juniel.
      “Bwo? Deo…jjinja!”. Baru sahaja Ha Ni hendak meluku Juniel, namanya dipanggil di muka pintu.
      “Siapa Ha Ni?”. Ha Ni mengangkat tangan dan berpaling. Dia terkejut, begitu juga rakan sekelasnya.
      “Sung Yeol sunbae…sa…saya Ha..Ha Ni. Kenapa?”. Soal Ha Ni. Pelajar di dalam kelas mentertawakan Ha Ni. Bukan senang nak lihat Ha Ni gagap sebegitu. Ha Ni memang terkenal dengan perangai loyar buruknya.
       “Park sem nak jumpa”. Sung Yeol menarik senyuman ke arah Ha Ni.
       “De arasseo”. Sung Yeol melangkah setelah mendengarkan jawapan Ha Ni. Ha Ni mula melangkah keluar namun dia kembali berundur dan memandang seluruh kelas.
       “Korang jangan nak buat gossip pula. Ada nanti aku sembelih sorang-sorang kang”. Usai berkata-kata, Ha Ni melangkah keluar mengikuti Sung Yeol. Dalam pada itu, dia dapat mendengar rakan sekelasnya mentertawakannya.
       Mereka tiba di meja Cikgu Park dan kelihatan Myung Soo turut berada di situ sedang menghadap kertas. Khusyuknya mamat ni menghadap kertas. Apa yang best baca benda tu? Oh ya! Tak silap aku, dia juga Putera Ais selepas Ji Eun.
       Myung Soo mengangkat muka memandang Ha Ni dan kemudiang kembali memandang kertas tersebut semula. Wow! Dingin! Aku rasa ais!!
        “Ha Ni. Sem nak minta tolong boleh?”. Cikgu Park memandang ke arah Ha Ni.
        “Apa dia sem?”. Soal Ha Ni kembali.
        “Boleh kamu gantikan tempat Sung Yeol untuk bantu Myung Soo dalam menyediakan set khemah serta merancang tugas di tapak perkhemahan nanti?”. Ternganga Ha Ni mendengarnya.
        “Kenapa saya? Dah tak ada orang lain lagi?”. Ha Ni memandang wajah Cikgu Park dan Sung Yeol silih berganti.
         “Sebab kau je yang tak ada nak berkepit dengan orang waktu bekerja”. Myung Soo menyampuk tanpa memandang wajah Ha Ni.
         Kau kalau bercakap memang tak pandang wajah orang ke? Aku dahlah tak ada mood hari ini, ada ke patut minta tolong aku. Ha Ni menggeleng. Dia memandang Cikgu Park.
         “Maaf sem, saya menolak”. Ha Ni mula berjalan keluar.
         “Saya dah agak kamu akan kata sebegitu, jadi saya bawa ini!”. Ini? Apa tu ‘ini’? Ha Ni memandang ke arah tangan Cikgu Park.
         “Tiket ke Love Park!! Mahal tuh! Sem belikan untuk saya?”. Seolah-olah mata Ha Ni bersinar. Sung yeol memandang Cikgunya dan kemudian memandang Ha Ni semula.
         Myung Soo mengecilkan matanya melihatkan tiket itu. Senangnya nak tarik dia. Tiba-tiba wajah Ha Ni kelat.
         “Yah Sem! Saya nak pergi dengan siapa nanti? Bukannya saya ada teman lelaki pun. Saya tak mahu tolong!!”. Semakin bengang wajah Ha Ni.
        “Bwo? Chakkam! Ada lagi!!”.
        “Apa lagi sem?!!”. Ha Ni semakin geram. Cikgu Park tahu anak muridnya yang satu itu jenis sporting dan tak pernah menolak apa yang dia minta cuma bila dia kaji sikap anak muridnya sejak pagi tadi, dia dapat rasakan Ha Ni ada masalah jadi dia secepat mungkin membeli sesuatu.
         “Ini! Nak atau tak?”. Semnya menyoal sambil menayangkan coklat termahal di Korea yang kini stocknya semakin sedikit memandangkan coklat itu amat terhad.
         Makin bersinar mata Ha Ni. Coklat! Coklat jenama Grand pula tu. Sung Yeol dan Myung Soo memandang ke arah cikgu Park. Tahulah sem kaya.
         “Okay deal!”. Ha Ni mengambil coklat tersebut daripada tangan cikgu Park. Dia baru sahaja hendak pergi dan kembali berpatah balik lalu mengambil Love Park tiket dari tangan sem.
         “Eh?”. Cikgu Park dan Sung Yeol terkejut. Myung Soo pula sekadar mengangkat kening sebelah kanan.
        “Saya ambil ni. Mana tahu saya akan dapat teman lelaki nanti”. Akhirnya dia keluar daripada situ. Myung Soo ketawa kecil. Sung Yeol memandang ke arah Myung Soo. Biar betul? Dia ketawa sebab kata-kata budak tu ke? Wah.
       
***
Telefon Ha Ni berdering. Pantas dilihat pada skrin. Siapa pula call aku ni? Nak jawab ke tak eh? Entah-entah stalker. Biarkan sahajalah. Dia membiarkan telefonnya berdering tidak berjawab. Panggilan yang sama dibuat untuk kali kedua membuatkan Ha Ni terpaksa juga menjawabnya.
         “Yeoboseyo? Duguseyeo?”.
         “Deo buya? Kenapa kau tak jawab hah?”. Eh? Eehhh??? Myung Soo sunbae? Biar betul?!
         “My..myung Soo sunbae?”.
         “De! Kenapa kau tak angkat tadi?”. Dia menyoal kali kedua.
         “Saya..saya ingatkan stalker. Macam mana sunbae dapat nombor saya?”.
         “Sem bagi. Apa-apa pun, aku nak kau datang belakang sekolah sekarang. Ada banyak kerja yang kita tak selesaikan lagi. Parli nawa!”. Telefon terus dimatikan membuatkan Ha Ni tercengang. Grrr! Sekurang-kurangnya bagilah aku jawab ye atau tidak dulu.
         Ha Ni membawa langkah menuruni anak tangga dan menuju ke belakang sekolah. Dia terpandang Myung Soo dibawah pohon sedang menyiapkan khemah dan peralatan untuk perkhemahan.
        “Sunbae!”. Ha Ni mendekati Myung Soo.
        “Packing kan barang untuk bahagian perempuan. Bahagian lelaki aku dah hampir siapkan. Lepas ni kita kena rancang untuk aktiviti di tapak perkhemahan nanti”. Mendengarkan arahan Myung Soo, Ha Ni mengangguk dan pantas menuju ke arah barang-barang yang belum dikemaskan.
         Alatan-alatan perkhemahan sudah disiapkan dan kini mereka perlu bawa ke arah bas sekolah. Ha Ni membawa terlalu banyak alatan membuatkan dia tidak nampak jalan dihadapan. Kakinya tersadung batu membuatkan dia terjatuh.
         “Aaaa!!”. Myung Soo yang kini sudah pun berada berhampiran berpaling memandang ke arah Ha Ni.
         Membulat matanya melihatkan Ha Ni yang jatuh memegang lutut. Dia pantas melepaskan segala alatan lalu berlari ke arah Ha Ni. Matanya tertancap pada lutut Ha Ni yang kini mengalirkan darah. Myung Soo memandang sekeliling mencari kain yang boleh digunakan untuk berhentikan darah daripada mengalir.
        “Appo…”. Air mata Ha Ni mengalir sambil tangannya memegang lututnya yang berdarah. Tiada pilihan lain membuatkan Myung Soo mengoyakkan lengan baju sekolahnya lalu dibalut lutut Ha Ni.
        Badan Ha Ni dicempung membuatkan Ha Ni terkejut dengan tindakan Myung Soo. “Tahan sekejap. Kita ke bilik rawatan”. Myung Soo dengan wajah risaunya pantas membawa Ha Ni ke bilik rawatan.
        “Sunbae…ku..kumao”. perlahan sahaja Ha Ni mengungkapkan kata-kata terima kasih dan kemudian menekupkan mukanya ke dada Myung Soo. Myung Soo tersenyum.
       Sebaik sahaja tiba di bilik rawatan dia meletakkan Ha Ni pada katil dan membiarkan doktor Choi mengubati Ha Ni. Patut sahaja darah Ha Ni tidak berhenti mengalir kerana kulitnya sudah pun terkoyak besar membuatkan Doktor Choi terpaksa menjahit sebanyak 4 jahitan. Ha Ni dan Myung Soo mengucapkan terima kasih kepada Doktor Choi sebelum kembali ke belakang sekolah.
        “Er…sunbae…kamsahamnida”. Ucap Ha Ni memecahkan kesunyian.
        “De”.
        Myung Soo kembali menyusun alatan-alatan yang dijatuhkan tadi ke dalam perut bas. Sebaik sahaja dia berpatah balik, dia terpandangkan Ha Ni yang membawa alatan yang banyak sambil berjalan mengheret kakinya yang luka. Myung Soo mengambil alatan daripada tangan Ha Ni. Dia memandang Ha Ni.
        “Duduk diam-diam”. Myung Soo mengarahkan Ha Ni.
        “Tapi…saya masih boleh buat kerja. Kaki sahaja yang sakit. Tangan tak sakit pun. Kuat lagi!”. Ha Ni menarik sengihan.
        “Kaki kau sakit menyusahkan kau untuk berjalan. Jadi lebih baik kau duduk. takut luka akan bertambah besar”.
        “Nan gwaenchana”.
        “Duduk diam-diam”. Myung Soo memberikan arahan.
         “De…”. Ha Ni melangkah ke bawah pohon lalu mengambil tempat duduk.
         Usai Myung Soo mengemas alatan ke dalam bas, dia menapak ke arah Ha Ni dan duduk disebelah Ha Ni. Matanya terpandangkan lutut Ha Ni yang berbalut.
         “Mianhaei Ha Ni-ah”. Myung Soo menundukkan kepalanya.
         “Bwo? Mian? Ah! Sunbae tak buat apa-apa pun pada saya kenapa perlu minta maaf? Saya yang jatuh sendiri. Saya yang cuai”. Ujar Ha Ni.
         “Aku salah sebab biarkan kau bawa alatan-alatan berat tu sampaikan kau luka sebegini”. Myung Soo masih menundukkan kepalanya.
         “Ani! Anirago sunbae! Salah saya. Ah! Saya dah okey. Rasanya kita kena rancang pelan seterusnyakan?”. Ha Ni bangun dan mengangkat kedua-dua tangannya ke arah langit.
         Badan Ha Ni ditarik ke belakang membuatkan Ha Ni berpaling lalu bibirnya bersentuhan dengan Myung Soo. Matanya membulat melihatkan apa yang sedang berlaku sekarang. Buya? Kisseu? Kiss?!! Buya ige? (apa yang terjadi ni?) Sunbae kiss aku? Myung Soo melepaskan bibir Ha Ni.
         “Jangan buat aku risau lagi lepas ni. Jangan sakit”. Myung Soo meninggalkan Ha Ni terpinga-pinga. Apa yang terjadi tadi? Sunbae memang kiss aku kan? Ha Ni meletakkan jarinya di bibir merasai kehangatan bibir Myung Soo.
         Myung Soo bersandar di didinding sebaik sahaja tiba di lobi. Dia memegang bibirnya. Apa yang aku buat tadi? Kenapa dengan aku ni? Tapi aku tak mampu lihat dia tersenyum walaupun dia tengah sakit. Ha Ni-ah…

***
Ha Ni termenung di atas bumbung. Sejak dua tiga hari ni dia tidak mampu memandang Myung Soo kerana terlalu malu. Tindakan Myung Soo beberapa hari lalu membuatkan dia terbayang kembali.
          “Ah! Perkhemahan lagi seminggu!!”. Ha Ni menjerit.
          “Yah sunbae! Apa awak dah buat pada saya?! Kenapa saya tak boleh lupakan awak?!”. Ha Ni melaung di atas bumbung.
          “Aku dah sumpah kau”.
          “Bwo?”. Ha Ni berpaling apabila terdengarkan suara seseorang. Myung Soo berjalan ke arahnya. Mukanya mula merona apabila teringatkan ayat yang baru dia sebut tadi. Dengarkah dia?
          Kadua-dua belah tangan Myung Soo memegang palang di belakang Ha Ni membuatkan Ha Ni terperangkap di tengah-tengah. Muka Ha Ni semakin merona merah membuatkan Myung Soo ketawa kecil.
          “B..bb..buya?! (apanya?!)”.
          “Deo cheongmal keopta, Ha Ni-ah”. Dikucupnya Ha Ni membuatkan Ha Ni terpaku.
          “Kerana ini aku jatuh hati pada kau”. Myung Soo memeluk Ha Ni.
          “Sunbae? Suka saya? Wah! Ini pastinya mimpi!”. Ha Ni mencubit pipinya dan kemudian dia mengaduh.
          “Ottoke? (macam mana?) apa kau nak buat? Ini bukan mimpi”. Myung Soo memandang Hani dan menarik senyuman.
          “Maknanya saya teman wanita sunbae?”. Myung Soo mengangguk.
          “Wah! Saya fikir saya akan bertepuk sebelah tangan. Nadoo sunbae! Nan neol saranghae!”. Dia membalas pelukan Myung Soo. Another couple create in the same school. Woo Hyun yang juga turut berada di atas bumbung tersenyum melihatkan pasangan tersebut. Ah~ bilalah Nana nak pandang aku agaknya.


-T-A-M-A-T-

Tiada ulasan: