Make Our Own Fantasy World

Isnin, 23 Mac 2015

inFINIte STorY TimE 2

~ INFINITE TIME ~

_LOVE IS ALWAYS FREE_

Watak Utama :

                                     Lee Sung Gyu                                 Park Gyu Ri
                                         Lakonan                                         Lakonan
                                  Sunggyu (Infinite)                            Gyuri (KARA)


Ji Eun mendekati Yuri atau nama sebenar Yuri ialah Park Gyu Ri. Yuri kelihatan murung sangat. Ji Eun menepuk bahu Yuri membuatkan Yuri tersedar daripada lamunan dan memandang ke arah Ji Eun.
     “Oh? Ji Eun! Mana Sung Jong?”. Yuri cuba menjenguk mencari Sung Jong. Yuri-ah…nampak sangat kamu ini patah hati.
     “Yuri-ah…apa yang jadi? Mata kau sembab ni”. Yuri memandang ke arah Ji Eun. Kenapalah senang sangat Ji Eun membaca hati orang sejak dia berubah jadi Puteri Ais ni.
      “Aku…aku…”. Yuri masih menahan air mata memandangkan dia sedang berada di dalam kelas.
      “Chakkam (sekejap). Dorawa! (ikut aku)”. Ji Eun menarik tangan Yuri mengikutinya ke atas bumbung.
      “Sekarang ceritakan apa yang berlaku”. Ji Eun memegang kedua-dua belah bahu Yuri.
      “Aku ditinggalkan. Teman lelaki aku kata aku dah tak menarik hatinya lagi. Kata dia, perasaan pada aku sudah pun tiada. Dia sekarang kapel dengan Hyuna”. Akhirnya mengalir juga air mata Yuri.
       “Yaish!! Lelaki memang tak boleh dipakai!!”. Ji Eun menggenggam tangannya.
       “Yah Ji Eun! Kenapa mesti kata sebegitu lagi!”. Sung Jong dan Sunggyu mendekati mereka.
       “Mianhaei Sung Jong-ah. Aku tak bermaksudkan kau. Lagipun, kau cantik jadi bukan antara lelaki”. Kata-kata Ji Eun membuatkan Sung Jong menjentik dahi Ji Eun.
       “Appoh!”. Ji Eun manyunkan mulutnya dan kemudian dia tersengih dan memeluk lengan Sung Jong.
       “Aigoo..keoptda!”. Sung Jong menggosok kepala Ji Eun.
       “Yah Ji Eun! Sung Jong!”. Yuri menjerit dan kemudian kembali menangis.
       Sunggyu mendekati Yuri dan mengesat airmata Yuri. Yuri memandang ke arah Sunggyu. Yah! Tak boleh dipercayai! Wangja No 1 dihadapan aku. Yuri memandang Sunggyu tidak berkedip.
        “Ada apa-apa aku boleh bantu? Nak tak balas dendam, Yuri-ah?”. Soal Sunggyu sambil tersenyum.
        “Awak nak tolong saya?”. Soal Yuri.
        Sunggyu mengangguk kepalanya. Dia menadah tangannya ke arah Yuri. “Jom kita cari dia. Tengok apa yang boleh kita lakukan”. Ujar Sunggyu. Yuri mengangguk dan mencapai tangan Sunggyu dan kemudian mengekori Sunggyu ke bawah.
         “Kan bagus kalau Yuri dapat bersama dengan sunbae je”. Ji Eun mengungkapkan kata-katanya.
         “De”. Sung Jong menarik kepala Ji Eun dakap pada dadanya. Ha Ni, Nana dan Yuri ada kata yang Ji Eun dah mula kembali ke dirinya yang lama. Akhirnya, percintaan itu ada.

***
Sunggyu dan Yuri melihat ke dalam kelas Yuri. “Itu dia”. Yuri menunjuk ke arah namja yang sedang menyisir rambut sang yeoja.
       “Saya tahu nak buat apa. Awak ikut permainan saya tapi jangan buat muka terkejut. Kawal emosi ya?”. Sunggyu menarik senyuman. Entah kenapa, senyuman sunggyu menenangkan dia.
       Yuri mengangguk dan berlalu masuk ke dalam kelas. Sunggyu bersedia di sebelah tangga berpura-pura dia ke kelas Yuri untuk mencari Yuri.
       “Ah! Sunggyu sunbae. Apa yang sunbae buat di sini?”. Soal seorang yeoja.
       “Saya nak jumpa seseorang”. Dia menarik senyuman dan memasuki ke dalam kelas Yuri membuatkan hampir kesemua pelajar perempuan menjerit.
       Dia menghampiri Yuri. “Annyeong chagi. Dah waktu rehat, ada makan dengan sesiapa ke? Kita rehat berdua ya?”. Yuri terkejut namun dia masih boleh mengawal emosinya. Yuri menarik senyuman.
        “De Sunggyu-ah”. Yuri menarik senyuman. Maniskan lagi Yuri! You can do it! Yuri berkata pada dirinya sendiri.
       “Eh? Sunbae kekasih Yuri? Sejak bila?”. Soal rakan sekelas Yuri.
       “Sejak ada seseorang itu melepaskan Yuri. Sunbae dah lama hendak menjadikan Yuri kekasih sunbae kerana Sunbae sentiasa mencintainya malangnya sebelum sempat sunbae membuat luahan perasaan, namja itu memotong terlebih dahulu dan kemudian meninggalkan Yuri demi yeoja itu hanya kerana Yuri tidak menarik. Inilah peluang sunbae merebut hati Yuri dan akhirnya dapat. Kamu semua tak kisahkan?”. Sunggyu menarik senyuman lebar.
        “Yah Yuk Jae! Deo nappeun namja! Sebab Hyuna tu cantik jadi kamu tinggalkan Yuri! Kami sokong sunbae dengan Yuri!”. Mereka memadang tajam ke arah Yuk Jae yang menjadi pemerhati sedari tadi.
        Hah? Kau tunggu aku lepaskan Yuri rupanya. Apa yang menarik pada Yuri sampai kau sukakan dia hah? Yuk Jae menarik senyuman sinis.
       “Ah ya! Kau ada kata Yuri tidak menarik pada Yurikan? Apa kata kita pergi double date untuk lihat menarik atau tidak dia ni. Aku yakin dia akan jadi perempuan cantik selepas Puteri Ais. Jumpa di Seoul Park, sabtu ni pukul 7.00 pagi. Siapa wartawan sekolah, nak ikut? Ikut secara diam-diam ya. Jangan lupa ambil gambar Yuri banyak-banyak”. Sunggyu meletakkan jari telunjuk di bibir sambil menarik senyuman manis.
        “De!! Ahhh!!!”. Mereka menjerit kerana senyuman Sunggyu.
       “Cha chagi! Nan monjoe kalke (saya pergi dahulu)”. Sunggyu menghadiahkan kucupan di pipi Yuri membuatkan Yuri terpaku. Jantungnya berdetak laju.

***
Yuri melangkah ke bumbung bersama roti melon dan fikiran yang kosong. Dia jadi sebegitu sejak dicium di pipi oleh Sunggyu. Ha Ni dan Nana juga mengajukan pelbagai soalan membuatkan dia penat hendak menjawab.
       “Kepala aku kosong. Apakah aku suka Sunggyu sunbae? Ania! Anijanha!! Ini hanya untuk balas dendam sahaja. bertenanglah hati!”. Yuri memegang dadanya.
       Yuri pantas mengambil tempat dan duduk memandang ke bawah. “Yuri, awak akan jatuh jika tidak berhati-hati”. Terkejut Yuri menyebabkan dia benar-benar hampir terjatuh namun sempat di tarik Sunggyu. Roti melonnya jatuh sebelum sempat di masukkan ke dalam mulut.
       Mata mereka bertentang dan hati mereka berdetak serentak. “Yah sunggyu sunbae! Deo micchinne? (Adakah awak gila?) Boleh mati saya macam tu!”. Yuri kembali membetulkan duduknya. Sunggyu hanya menarik senyumannya.
         “Alaa…roti saya..tak sempat makan lagi”. Sunggyu ketawa kecil mendengarkan Yuri yang membebel. Dia kembali teringat kata-kata Yuri awal tadi.
        Pintu bumbung dibuka membuatkan Sunggyu cuba melihat siapakah gerangannya. Oh? Yuri-ah. Apa dia buat diatas?
       “Kepala aku kosong. Apakah aku suka Sunggyu sunbae? Ania! Anijanha!! Ini hanya untuk balas dendam sahaja. bertenanglah hati!”. Sungguh sunggyu terkejut dengan ayat Yuri. Mengaku sahajalah yang kau sudah jatuh hati kepada aku. Kau memang suka aku Yuri. Aku akan buat kau mengaku untuk itu.
        “Yah Sunggyu sunbae!”. Lamunan Sunggyu melayang saat Yuri menjerit kepadanya.
        “Bwo?”. Sunggyu ketawa melihatkan telatah Yuri.
        “Baegoppayeo! Deo ara?! (saya lapar tahu tak!)”. Yuri memanyunkan mulutnya.
        “Mian…ambil ni”. Sunggyu menghulurkan roti melon kepada Yuri.
        “Awak tak makan ke sampai bagi saya roti awak ni?”. Yuri memandang Sunggyu. Nak ambil pun serba salah kerana Sunggyu berkemungkinan tidak makan lagi.
        “Saya dah makan awal tadi jadi masih kenyang. Ambillah. Minum susu pun kenyang dah”. Sunggyu mencapai tangan Yuri dan meletakkan roti melon pada tangan Yuri.
        “Kamsahaeyeo”. Yuri dengan pantas membuka roti tersebut.
        “Nan monjoe moggeo! (saya makan dahulu)”. Yuri memasukkan roti melon ke dalam mulut.
        “Yah Park Gyuri!!”. Roti melon terjatuh daripada tangan Yuri akibat terkejut. Yuri memandang rotinya yang jatuh ke bawah daripada atas bumbung.
        “Yah!! Aku baru gigit sedikit!!”. Yuri memarahi Ha Ni yang tiba-tiba menjerit memanggilnya. Sunggyu akhirnya meletuskan ketawa
         “Yah! Busowo? (ketawa?)”. Yuri memandang ke arah Sunggu. Sunggyu meletakkan tangannya di mulut dan menggoyangkan tangannya menandakan tidak.
        “Ha Ni ah! Bwonya? (apa kau nak?)”. soal Yuri kemarahan.
        “Yuri..kau tengah makan dengan sunbae ke? Aku minta maaf mengacau. Aku datang pun nak pinjam buku kau sebab aku masih tidak siapkan lagi kerja sekolah yang cikgu bagi semalam”. Kata Ha Ni sambil mempamerkan barisan giginya yang teratur sambil melangkah turun.
         “Yah! Kalau itu yang kau nak tanya, perlukah menjerit memanggil aku?!!”. Yuri mengejar Ha Ni. Sunggyu hanya ketawa melihat telatah dua rakan itu.
       
***
Yuri memakai blouse dipadankan dengan kasut nike sambil menunggu kedatangan Sunggyu. Yuri memandang pakaiannya. Tak apa ke aku pakai macam ni? Dulu aku date macam ni je pakai.
         “Yuri-ah”. Yuri memandang ke belakang. Oh sunggyu.
         Sunggyu mendekati Yuri memandang Yuri daripada atas ke bawah. Biar betul dia ni? Simple sangat ni.
        “Yuri-ah…saya bukan nak kata tak cantik pakai macam ni. Date sepatutnya pakai yang extreme. Bukanlah extreme sangat tapi nampak bergaya”. Ujar Sunggyu. Yuri menarik sengihan. Aku dah agak dah.
         “Habis? Apa patut saya buat? Saya selalunya pakai sebegini. Saya mana reti fesyen segala ni”. Ujar Yuri.
         “Saya dah agak akan jadi macam ini jadi saya bawakan Ji Eun dan Na Na”. ji Eun melambai ke arah Yuri. Ji Eun memang pakar dalam bab pakaian, manakala Na Na pula hebat dalam memekap.
           “Yah deoya”. Yuri memeluk rakannya.
           “Hari ini kitorang akan jadikan kau paling cantik. Well, kita juga ada wartawan dengan kita”. Ji Eun menunding ke arah Ha Ni.
           “Annyeong Yuri. Hehe”. Tersengih Ha Ni memandang Yuri.
           “Mari mulakan!”. Ha Ni melaung dan mereka memasuki sekolah untuk mengubah

***
Yuri memandang Sunggyu. Tangannya erat dipegang Sunggyu. Jantungnya juga berdetak dengan amat laju. Yah! Perlahan sedikit detaknya!
      “Sunbae…”. Yuri memanggil Sunggyu.
      “Oppa. Panggil saya oppa mulai sekarang. Kita tak mahu rancangan terbongkar bukan?”. Sunggyu mempamerkan senyuman.
      “Oppa. Keure! Oppaya”. Kini mereka berhenti di Seoul park, menunggu kedatangan Yuk Jae dan Hyuna.
      “Sunbae!”. Serentak Sunggyu dan Yuri memandang ke belakang. Dilihatnya Yuk Jae bersama Hyuna. Tambah menyakitkan hati apabila Hyuna memeluk lengan Yuk Jae.
       Yuri dengan pantas kembali berpaling ke depan. Sunggyu masih menghadap mereka yang mendekat.
       “Sunbae seorang sahaja? Yuri mana?”. Soal Yuk Jae sinis.
       “Ini Yuri”. Sunggyu menarik Yuri ke dakapannya.
       Yuk Jae dan Hyuna memandang Yuri daripada atas ke bawah. Jjinjaya? Yuri-ah? Mana mungkin dia secantik ini. Dia tidak pernah mekap pun sebelum ini. Aku tak sangka dia boleh menjadi secantik ini. Yuk Jae memandang Yuri lama.
        “Ann…annyeong”. Yuri mengangkat tangannya melambai kecil ke arah mereka.
        “Dia cantikkan. Aku bersyukur kau lepaskan dia”. Sunggyu mengucup dahi Yuri. Yuri terkesima.
        Hyuna memandang Yuri bengang. Apa yang bagus sangat pada si kasar ni. Dahulunya Yuk Jae dan sekarang ialah Sunbae Sunggyu? Tak adilnya! Kenapa dia selalu dapat yang terbaik? Yuk jae aku boleh goda, semestinya sunbae juga aku boleh dapat. Hyuna tersenyum sinis.
        “Mari kita ke ice skating”. Sunggyu menggenggam tangan Yuri membuatkan Yuk Jae semakin bengang.
        “Chakkam oppa…saya..saya tak reti main”. Yuri menundukkan kepalanya.
        “Too bad huh? Kau tengok sahajalah, Yuri”. Hyuna mengungkapkan ayatnya. Sunggyu memandang Hyuna tajam.
        Baru sahaja Yuk Jae mahu menyatakan hasrat untuk membantu Yuri namun dipotong terlebih dahulu oleh Sunggyu.
        “Gwaenchana chagi…saya tolong awak”. Sunggyu menarik Yuri agar mengikutinya. Hyuna bertambah geram. Yah!
        Mereka tiba di sana. Sunggyu membantu Yuri memakai kasut dan mengajarnya. Setelah sejam mengajar, akhirnya Yuri dapat skate sendiri. Sunggyu gembira melihatkan senyuman Yuri. Terasa seolah-olah tangan melingkari lengannya membuatkan Sunggyu memandang ke arah kanannya.
        “Sunbae…sejuklah, kita keluar nak?”. Hyuna membuat muka manjanya.
        “Heh. Bwo? Sejuk? Keluar? Apa yang kau benci dengan Yuri hah?”. Sunggyu menarik senyuman sinis.
        “Kenapa mesti Yuri? Dia bukanlah cantik mana pun. Seksi juga tidak”. Hyuna memeluk tubuh memandang Yuri.
        “Memang dia tidak secantik kamu, tidak seseksi kamu tetapi sekurang-kurangnya dia suci, she is pure. Lurus dalam segala benda”. Sunggyu memandang ke arah Yuri.
        “Malangnya dia masih ada perasaan pada Yuk Jae oppa kan?”. Sunggyu memandang Yuri yang memandang ke arah Yuk Jae apabila Hyuna berkata sedemikian.
       Yuri memandang Yuk Jae yang sedang melayan seorang kanak-kanak. Dia memegang dadanya. Jantung ini tidak lagi berdetak untuk kau Yuk Jae. Jantung ni sekarang berdetak untuk Sunggyu sunbae. Malangnya sunbae tak mungkin menyukai aku. Tiba-tiba badanya ditarik membuatkan dia berundur dan…

CHUPP!!

Sunbae! Apa yang sunbae buat? Kenapa? Kenapa ci…cium aku? Eh? Yuri memandang Sunggyu yang masih melekapkan bibirnya pada bibirnya sebelum dilepaskan. Yuri memandang ke arah Sunggyu tidak berkedip. Yuk Jae memandang ke arah mereka dengan amarah begitu juga Hyuna.
      “Nan neol choahandago. Saya tak mahu lagi rancangan ini. Saya mahu awak mencintai saya sepenuhnya”. Sunggyu memegang kedua-dua belah bahu Yuri.
      “Sunbae…nan neol choa? Jjinja? Ottokhae?”. Yuri bingung. Benarkah sunbae mencintai aku?
       “De. Saya sayang, cinta, sukakan awak sejak pertemuan pertama. Tak bolehkah kita menjadi pasangan sebenar-benarnya? Awak tak adakah perasaan untuk saya?”. Soal Sunggyu.
       “Sa…saya juga sukakan sunbae masa sunbae kucup pipi saya di dalam kelas. Saya takut nak lafaz kerana, saya risau jika sunbae menolak saya jadi adalah lebih baik saya berdiam diri. Saya terkejut kerana tidak menyangka sunbae juga menyukai saya. Saranghae”. Yuri mengucup pipi Sunggyu.
       Yuri ditarik ke dakapan Sunggyu. Dia memeluk Yuri seerat-eratnya.
        Di sekolah? Semestinya gempar tentang mereka berdua. Jika selalunya, peminat akan berkurang atau pun membenci pasangan yang kapel dengan orang yang mereka puja tapi di sekolah ini sebaliknya. Love is always free. Siapa yang boleh menghalang cinta? Tiada siapa.


-T-A-M-A-T-

Tiada ulasan: