Make Our Own Fantasy World

Isnin, 23 Mac 2015

_Kejujuran & Percintaan_

-KEJUJURAN & PERCINTAAN-


Aku ada seorang rakan lelaki yang amat aku sayang lebih daripada seorang kawan. Dia semestinya tidak tahu mengenai perasaan aku. Aku fikir, adalah lebih baik aku merahsiakan daripada aku menyatakan kerana aku takut disebabkan perasaan aku ini, hubungan kami sebagai rakan terputus.
        Perjumpaan aku dengan dia bermula sejak aku menghadiri study group malam di taman rakanku. Aku baru sahaja patah hati kerana Shahrizal tapi kehadiran rakan lelaki aku ni mampu membuatkan aku lupa serta-merta pada Shahrizal. Aku rasa bertuah dengan kehadiran rakanku ini.
         “Akma! Maaf terlewat”. Aku mengangkat kepalaku memandangnya.
         “Penyapu betullah kau ni, Nizam. Ni kan perpustakaan. Perlahan sikit suara kau tu”. Aku meletakkan jari telunjuk di bibirku menandakan senyap.
         “Come on lah. Pustakawan tu kamceng dengan aku kot. Lagipun, ramai yang memekak lagi kot”. Nizam menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan aku. Memanglah kau kamceng sebab taman kau.
         Dia mula menyelak buku. Aku sekadar memandang wajahnya sahaja. Telefon bimbit pintar berjenama Samsung Y, dikeluarkan dan dihalakan pada Nizam tanpa dia ketahui.
         KLIK!
         Berjaya! Aku dapat lagi gambar dia. Laptop aku penuh dengan gambarnya. Dia selalu fikir aku minat korea sangat-sangat sebab selalu hadap gambar dalam laptop padahal wajah dia yang sentiasa aku hadap. Aku menarik senyuman.
         “Tersengih..sengih. Tahulah korea kau tu hensem nak mampus. Tak payahlah tatap setiap hari”. Dia mencebik. Aku hanya mampu ketawa.
         “Kenapa? Jeles ke? Nak buat macam mana. Orang yang aku tatap ni hensem sangat”. Aku menjelir lidah ke arahnya. Lembab punya Nizam.
         “Nak tengok. Hensem manalah sangat orang korea kau tu?”. Dia mula menjenguk. Huh? Nak tengok? Dengan pantasnya aku mengalihkan pada gambar Taemin.
         “Cepatlah! Nak tengok hensem mana mamat korea tu”. Aku mencebik dan menunjukkan gambar Taemin.
         “Tak de lah hensem mana pun. Hensem lagi aku”. Perah santan pula mamat sorang ni.
         “Malam ni kau datang kelas tak?”. Aku pandang Nizam.
         “Yup. Mestilah aku datang. Kau ada, aku ada”. Aku menarik sengihan. Pandangan aku jatuh pada jam dinding di dalam perpustakaan. Alamak! Dah pukul 4.30. aku terus bangun dan mencapai beg.
          “Aku nak kena balik. Aku janji dengan mak aku yang aku bawa balik motor pukul 4.30. gerak dulu”. Dia ternganga terpandangkan aku.
          “Eh? Aku baru sampai kot!”.
          “Kau baru sampai tapi aku dah lama sampai”. Aku melambai padanya dan bergerak keluar daripada perpustakaan.

Malamnya…

Motor yang aku bawa, aku letakkan di hadapan surau. Langkah aku bawa masuk ke surau. Kami ni belajar di tempat ibadat. Dapat pahala kalau niat untuk belajar itu betul tambahan pula belajar di surau, lagilah dapat pahala.
           Bezanya, malam ni aku tak datang seorang diri sebab kali ini aku datang dengan rakan aku daripada Sekolah Menengah Tinggi Perempuan, Kuala Lumpur atau lebih popular dengan nama lain iaitu Highschool. Budak highschool cun. Aku tahu, risiko kalau aku bawa kawan aku ni. Bukan apa, takut Nizam terpikat dengan dia. Member aku ni cantik and also budak popular Highschool. Aku? Aku ni apalah sangat. Pandang sebelah mata pun orang tak nak.
          “Assalamualaikum!”. Aku memberi salam diikuti rakan aku ni.
          “Waalaikumussalam. Kau seperti biasa eh? Awal”. Haha! Kau bukan tak kenal aku, Nizam.
          “Woo…kau bawa awek baru”. Lepas sahaja Nizam cakap macam tu, yang lain pun apa lagi, pakat bersorak.
          “Sudah..sudah. tahu le seronok ada awek cun. Nama dia ni Hannah. Hannah, ini beruk-beruk sedunia. Yang tu ketua beruk, nama dia Nizam”. Aku ketawa. Budak-budak lain juga ketawa.
          “Aku juga jadi ketua beruk?”. Nizam menunding ke arah dirinya sendiri.
          “Memang patut pun. Dalam kalangan ni, kau paling bising”. Usai je aku bercakap, dengan serta-merta meletus tawa kami semua.
          Malam tu, Nizam asyik melayan Hannah. Aku? Aku apalagi, jeles teramat. Aku takut, Nizam akan ke Hannah dan meninggalkan aku. Bila aku fikir balik, aku cumalah rakannya sahaja.

***

Malam esoknya…

Hannah masih lagi mengikuti kelas malam dengan aku. Aku dengar seolah-olah, sebelah hati aku berkata “Kalau kau takut Nizam pergi, kau kata sahaja yang kau sukakan dia. Bukan tengok dan diam macam orang bodoh”. Dan sebelah hati aku lagi berkata “Jangan! Nanti dia jauhkan diri. Mana tahu dia tak sukakan kau dan bila kau luahkan perasaan, dia tak dapat terima dan hubungan korang akan jadi awkward dan akhirnya menjauhkan diri!”.
          Semestinya aku tak mampu beritahu pada Nizam perasaan sebenar aku. Aku takut kalau dia tidak menerima aku, dia akan mula menjauhi aku.
         “Hannah…Nizam tu comelkan?”. Aku menyoal Hannah.
         “Hmm? Bolehlah. Kenapa? Kau ada hati pada dia ke?”. Hannah menyoal aku kembali.
         “Yup. Aku suka dia sejak pertemuan pertama kami lagi. Aku sangat sayangkan dia dan aku tak mahu kehilangan dia”. Aku menyatakan perasaanku.
         “Ouh”. Itu sahajalah ayat terakhirnya.
        Tiba-tiba aku mendapat satu idea. Aku mengeluarkan telefon bimbitku berjenama Samsung Y dan membuka wechat. Aku mula menghantar chat kepada Nizam.
         “Zam! Malam ni kau pakai baju warna merah wei!”.
         “Okay”. Dengan pantas dia membalas.
         Aku tersenyum gembira namun kegembiraan aku tidak lama apabila aku melihatkan pakaian yang dipakai oleh Hannah. Aku lupa yang Hannah juga memakai baju warna merah. Bodohnya!!
         Know what? Malam itu, Nizam sentiasa berkepit dengan Hannah. Aku dapat rasakan mereka dah bercinta. Aku benar-benar rasa mahu menangis namun disebabkan Hannah adalah rakan aku, maka aku terus-menerus tarik senyuman palsu.

***

Keesokannya, aku pergi ke perpustakaan seperti biasa. Perpustakaan memang sudah menjadi tempat untuk aku lepak. Keadaan dalam perpustakaan tenang dan aku pun tenang.
      “Bro!”. aku terkejut dan terus mengangkat kepala. Pehal mamat ni datang sini?
      “Apa mimpi kau datang sini?”. Aku menyoal dia.
      “Aku ada firasat kau ada dekat sini”. Karut betul Nizam ni.
      “Banyaklah kau punya firasat. Firasat kau tak boleh pakai”. Aku menarik sengihan walaupun sengihan tu hambar sangat-sangat.
      “Wei, malam tadi tu…kau suruh aku pakai baju warna merah sebab nak sepadan dengan kaukan?”. Dia menyoal aku.
      “Huh? Haha. Kau buat lawak eh? Aku suruh tu sebab…sebab..hah! sebab Hannah kan pakai baju warna merah malam tadi? Sepadan kau dengan dia”. Aku ketawa yang dibuat-buat. Dia memandang aku semacam.
      “Kau nak padankan aku dengan Hannah ke?”. Alamak! Seriusnye muka mamat ni.
      Aku hanya mampu diam. Wajah aku berubah sangat-sangat. Apa kau lembab sangat ni? Hish! Bukan. Salah aku juga sebab tak mampu jujur dengan dia.
       “Okay. Kalau itu yang kau mahukan”. Aku memandangnya terkejut.
       “Haha. Baguslah. Bertuah Hannah. Kau comel, baik dan friendly. Sesuailah kau dengan Hannah”. Aku terus sahaja menutup buku dan bangun. Aku berpura-pura melihat jam di tangan aku.
        “Uish! Lama dah aku kat sini. Tak pasal-pasal sekejap lagi aku kena marah. Balik dulu kay. Malam ni kelas!”. Aku terus mengangkat beg dan berlalu keluar. Air mata aku menitis. Tak sangka aku akan terluka buat kali ketiga.
        
***
Malam ini aku tak pergi ke kelas dan hanya menghantar Hannah. Alasan aku ialah sebab aku sakit perut. Aku cuma tak boleh tahan melihatkan Hannah dan Nizam sentiasa berkepit. Setiap cerita yang ada happy ending tu hanyalah rekaan semata-mata. Ini baru kisah sebenar. Kisah cinta aku berakhir dengan sedih.
         Aku menatap gambar Nizam. Air mata aku menitis setitis demi setitis. Aku nak kau tahu aku sayangkan kau lebih daripada seorang kawan. Tepat pukul 11.00 malam, aku gerak untuk pergi ambil Hannah.
         Sedang aku tunggu Hannah di motor, Nizam datang ke arah aku. Aku mengeluarkan Samsung Y dan berpura-pura menaip sesuatu.
        “Kenapa kau tak datang tadi?”. Aku mengangkat kepala memandangnya.
        “Kenapa? Oh! Aku sakit perut tadi. Sorry, tak dapat datang”. Aku menarik sengihan.
        “Betul kau sakit perut atau kau nak mengelak daripada aku?”. Eh? Mana dia tahu ni? Adoilaa.
       “Asal pulak aku nak mengelak daripada kau? Macam tak ada kerja pula. Amacam kau dengan Hannah?”. Aku menyikunya.
       Dia memandang aku tersentak. Aku memandangnya juga, kenapa dia ni? Soalan macam tu pun boleh terkejut ke? Rasa sakit pula hati ni. Tak pe hati…Hannah kawan kau, doakan kebahagiaannya sahaja.
       “Kami dah kapel”. Aku terkejut tapi masih lagi mengawal emosi wajah.
       “Bodoh”. Tanpa sedar aku mengeluarkan kata-kata yang sepatutnya aku kata di dalam hati.
       “Apa?”. Dia memandang aku.
       “Hah? Eh? Tak ada apa-apa. Aku cuma katakan tahniah. Haha! Baguslah tu. Alang-alang kau dah dapat awek baru, so cuba-cuba lupakan awek lama kau dulu tu tau. Hah! Bini kau dah sampai. Nak gerak ni”. Aku mula menunggang motosikal.
       Sebaik sahaja Hannah menaiki motosikal, aku terus sahaja menghidupkan enjin dan berlalu pergi daripada situ. Hati aku terhiris apabila aku lihat mereka melambai sesama sendiri. Saat itu hati aku berbicara ‘Kau hanya kawan dia sahaja, Akma. Sedar diri tu’.

***

Hampir dua minggu aku tidak berhubung dengan Nizam. Aku rasa, aku yang menjauhkan diri daripadanya. Aku akhirnya ambil keputusan untuk keluar daripada rumah dan bergerak ke library.
       Sebaik tiba di sana, tanpa disangka Nizam sudah pun berada di perpustakaan bersama rakan-rakannya untuk menjalankan aktiviti study group. Aku mengambil meja bersebelahan mejanya kerana meja lain sudah pun dipenuhi. Lantas, aku mengeluarkan Samsung Y dan menelefon seseorang.
      “Fadhil, datang ke perpustakaan jom. Aku dekat perpustakaan desa. Tempat aku selalu pergi tu”. Usai berkata-kata aku terus meletakkan telefon.
      Dua minit selepas itu, Fadhil muncul. Aku hanya duduk melepak dengan dia sahaja. Fadhil tahu, kalau aku panggil dia bermakna aku memerlukan dia saat itu. Dia rakan baik aku seorang lagi yang sentiasa menyelesaikan masalah aku. Teman wanita dia juga adalah rakan baikku.
       “Apa masalah kau kali ni?”. Dia menyoal aku.
       “Huh? Tak ada apa-apa. Kenapa?”. Aku masih lagi menatap buku.
       “Akma…aku ni bukan kenal kau sehari dua. Aku kenal kau dah lama. Muka kau sentiasa menyatakan apa yang kau cuba sorokkan”. Aku memandang Fadhil.
       “Aku tak nak cakap apa-apa sekarang ni. Aku cuma nak relax je”. Aku kembali menatap buku semula.
       “Aku pinjam telefon kau sekejap eh?”. Fahil mencapai telefon aku. Aku hanya mampu mengangguk.
        “Weyh! Ni siapa? Siap jadi front pic lagi. Orang yang kau sayang ke? Aku ingatkan kau tak boleh lupakan Shahrizal sebab tu kau ajak aku datang sini”. Aku terkejut. Aku mengambil telefon daripada tangannya. Aku pantas memusingkan badan ke belakang. Huh! Dia masih belajar. Nasib baik dia tak dengar. Mampus aku nanti kalau dia tahu aku letak gambar dia sebagai front pic.
        “Ya. Orang yang aku sayang sangat-sangat dan akan pergi jauh daripada aku suatu hari nanti”. Aku menyimpan telefonku kembali.
        “You’ll meet someone you wish someday”. Dia mengusap kepalaku perlahan.
        “Thanks”. Aku hanya mampu tersenyum dengan air mata yang mula berlinang.

***

Aku kini melepak di belakang dewan selepas bertemu dengan Fadhil. Sini juga adalah kenangan aku dengan dia selain di surau. Aku ada satu lagi kenangan waktu aku nak ke rumah guru tuisyen aku untuk memanggil Mira. Disebabkan aku takut gelap dan juga anjing, jadi aku ajak Nizam. Nizam teman aku dan dia seolah-olah bodyguard aku waktu tu. Itu juga kenangan buat aku.
        “Apa kau buat disini?”. Aku terkejut lalu memandang sisi kananku.
        “Nizam”. Dia tersenyum lalu duduk di sebelah aku.
        “Apahal kau datang belakang ni?”. Aku menyoal dia kembali.
      “Tadi aku nampak kau pergi belakang ni jadi aku ikutlah. Kau tahu, belakang dewan ni bahaya tau. Ada anjing dan satu lagi ada pernah jadi sesuatu dekat sini”. Aku masih memandangnya.
       “Apa dia? Kau ni menakutkan aku lah!”. Aku menolak bahunya.
       “Yelah pernah jadi sesuatu”. Dia memandang aku.
       “Jadi apa? Ada orang kena rogol ke?”. Aku menyoalnya.
       “Tak lah, kes jatuh. Hakim pernah jatuh motor masa dia nak buat aksi bahaya”. Terus sahaja dia ketawa. Aku punyalah fikirkan apalah.
       “Karut betul kau ni!”.
       “Siapa orang yang kau sayang sangat-sangat dan akan menjauhi daripada kau satu hari nanti?”. Dia memandang aku.
       “Hah? Just someone”. Aku bangun daripada tempat dudukku.
       “Okaylah. Aku nak gerak ni. Bye”. Aku mula berjalan.
       “Kau nak lari daripada aku lagi ke?”. Aku berpaling memadangnya.
       “Hah? Apa kau karutkan? Bila masa aku larikan diri daripada kau?”. Aku menyoalnya dan berpura-pura ketawa.
        “Kenapa kau tak jujur je?”. Dia menatap aku.
        “Apanya? Nak jujur apa?”. Aku masih lagi ketawa yang dibuat-buat.
        “Aku nampaklah. Susah sangat ke kau nak berlaku jujur? Apalagi yang kau sorokkan?”. Dia mendekati aku.
        “Betul! Kau le orang yang aku sayang sangat-sangat tu! Aku memang sukakan kat kau! So kau nak apa lagi?! Aku jauhkan diri pun ada sebab! Kau dah ada orang lain dah. Kau nak ke terima aku kalau aku jujur awal-awal?! Tak akan kan? Andai kata aku ucapkan dan kau kata tak dan kau mula jauhi aku?! Aku fikir tu dulu!! Sudahlah Nizam, aku harap kita akan kekal kawan je lah. Aku rela jadi kawan”. Aku mula bergerak. Dia berjalan menghalang jalan aku.
        “Kalau aku kata aku terima? Kau nak kata apa? Kalau aku kata aku pun suka kau, kau nak kata apa? Kau masih akan fikir aku akan jauhkan diri daripada kau?”. Hah? Apa ni? Tipu!
        “Kau jangan tipu akulah. Aku bukan Hannah tau tak! Kau nak sedapkan hati aku sahajakan?”. Air mata aku mula mengalir. Aku tak nak terluka lagi, Nizam. Aku sakit kau tahu tak?
        “Aku sukakan kau sebagai kawan dan lebih daripada itu juga. Hannah punya idea untuk berpura-pura kapel sebab dia nak tunjukkan perasaan sebenar kau dekat aku. Aku tak sanggup nak tunggu untuk kau terus jujur. Tak sangka kau hilang dua minggu macam tu”. Dia memandang aku.
         “Aku tak sangka kau akan terima aku. Aku suka kau sejak firsttime kita jumpa tapi aku takut benda akan berulang sebab aku sedar diri”. Aku mengelap air mataku.
         “Nah!”. Dia memberikan aku sehelai kertas dengan tulisan diatasnya dan kemudian berlalu pergi ke perpustakaan.
         ‘Aku sukakan kau dan aku sayang kau sebagaimana kau sayang aku’. Aku tersenyum saat itu. Sebuah chat masuk dan aku membukanya. ‘Thank sebab menyayangi aku. So apa jawapan kau?’. Dia hantar ayat dan gambar? Mana dia dapat gambar aku tangkap ni?
         ‘Mana dapat gambar kau yang aku ambil ni?’. Aku menghantar padanya.
         ‘Masa kau tertidur di surau waktu study group. Aku buka so waktu tu aku tahu kau suka aku’. Aku menutup mulut.
         ‘Jahat…but that the reason why I love you.’ Aku menutup telefon dan turut sama bergerak ke perpustakaan.

-T-A-M-A-T-

Tiada ulasan: