Make Our Own Fantasy World

Isnin, 2 Februari 2015

He Is My Flower Boy







Ternganga aku melihatkan lelaki yang menunggang Kawasaki Super Charge ke perkarangan Universiti Teknologi Mara. Apa dia fikir dekat sini tempat berlumba ke? Bawalah perlahan sedikit. Apa jenis lelakilah! Hampir sikit je lagi nak langgar aku. Aku menggeleng kepala dan bangun daripada jatuhku akibat mengelak daripada di langgar.
      
          “Seronok ke duduk tengah jalan ni?”. Oh mi gosh. Tak sangka aku, terpaksa juga nampak tiga ulat bulu dalam keadaan aku terjatuh.
     
          “Kenapa bangun? Duduklah lama lagi”. Salah seorang daripada mereka cuba menolak aku kembali jatuh namun aku dengan pantasnya mengelak. Cuba teka apa jadi?
      
Ulat bulu tu jatuh. Sendiri yang malu. Padanlah dengan muka kau. Penyapu betul. Tak boleh ke kalau tak kacau aku pagi-pagi yang tak aman macam ni. Dengan bengang yang masih bersisa, aku melangkah menuju ke kampus. Kau yang jatuh, pandai-pandailah kau bangun sendiri.
      
GEDEBUK!
      
Allah! Tak memasal aku langgar orang pula. Itulah dia. Cepat sahaja balasan Allah kena dekat aku. Apa salah hambaMu ini Ya Allah? Mungkin sebab aku terlupa nak telefon mak kat kampong kot.

           “Saya minta maaf sebab terlanggar awak”. Aku apalagi? Secepat yang mungkin memohon maaf sebab main suka-suki langgar orang.

Beb! Memang terbaiklah muka lelaki yang aku langgar tu. Aku pandang dia tak berkedip tapi dia bagi pandangan dingin dekat aku. Muka ada iras-iras Choi Minho. Aku ni dah macam Gu Jae Hee dalam To The Beautiful you pula. Gila hensem, comel, cantik dia ni!
   
Gek?! Cakap pun tidak dengan aku lepas tu terus blah. Muka je hensem nak buat apa? Aku campak juga mamat tu masuk laut kang. Today really not my lucky day. Sedih betul hidup aku macam ni.

***
Aku melangkah menuju ke tempat parker kereta. Pada mulanya, aku niat nak masuk dalam kereta Myvi aku dan terus balik tapi niat aku mati sebab aku nak tengok rupa penunggang motorbike Kawasaki tu. Geramlah aku!
       
              “HOL!! Daebak!”. Tu lelaki yang aku terlanggar pagi tadi. Muka hensem je pun tak cukup kalau sikap tak seindah rupa! Langkah aku bawa mendekati pemuda yang sedang menghidupkan enjin motobikenya itu.

Kunci motobikenya aku cabut. Dia agak terkejut dengan kelakuan aku itu. Aku menjeling ke arah tag namanya. Ahn Daniel? Nama macam orang luar sahaja. pedulikan semua itu.
          
              “Hoi! Kau dah apahal? Dah lah pagi tadi langgar aku. Sekarang cabut kunci motorbike aku pula. Apa kau nak?!”.
Laa…ada suara rupanya. Aku ingatkan bisu pagi tadi. Dengan beraninya aku mengangkat kepala bertentang mata dengannya. Apa? Kau ingat aku takut dengan kau. Muka dah lah macam perempuan.

              “Bwo? Deo miccheoseo?! Siapa langgar siapa? Kau cakap sekarang. Kira baik aku langgar kau semasa aku sedang berjalan. Ikutkan hati, kalau aku tahu yang hampir langgar aku dengan Kawasaki ni ialah kau dah lama aku langgar kau balik dengan kereta. Biar mampus!”. Aku berjengket sedikit.

Tinggi sangatlah pula mamat ni. Muka toya aku buat dan mula berpeluk tubuh. Kuncinya masih lagi di genggaman aku. Tiba-tiba dia ketawa.

              “Pehal kau ketawa? Gila?”. Eii!! Benganglah aku dengan mamat ni!
              “Haha…kau ni uniklah”. Unik? Aku? Kau ingat aku ni binatang ada jenis-jenis unik ni hah?!
              “Aku declare kau teman wanita aku mulai sekarang sebab aku tak pernah jumpa sesiapa yang berani melawan aku”. Aku menggaru kepalaku yang tidak berkutu ni.
            
              “Gila apa? Siapa nak jadi teman wanita kau? Orang gila nak lah. Aku tak nak! Muka je hensem tapi sikap macam apa je. Dah lah tu, muka macam perempuan. Asal tak jadi Mak Nyah je. Hish! Buang terbiat kau ni. Nah! Ambil balik kunci kau ni”.

Gila betul lelaki ni. Aku terus sahaja berpaling dan berlalu pergi meninggalkan lelaki itu. Ahn Daniel? Mamat tu memang tak betul. Janganlah aku jumpa dia lagi.

***
Headphone berjenama Beat menjadi pilihan untuk aku mendengar lagu kumpulan K-POP kegemaran aku tanpa mengganggu orang yang sedang berada di dalam perpustakaan itu. Aku terasa seolah-olah seseorang sedang duduk dihadapanku namun aku tetap membaca buku tanpa mengendahkan manusia dihadapanku.

Selepas dua jam menghadap buku, terus sahaja aku mengangkat kepala sambil tanganku lincah menutup buku yang aku baca tadi.
        
               “OMO!”. Aku benar-benar terkejut kerana manusia yang duduk di hadapan aku ini ialah mamat sewel semalam.

Tahniahlah buat kau kerana senyuman yang kau pamerkan sekarang ini mampu mencairkan hati wanita. Dush! Bukan untuk aku. Aku cuba menghalau fikiran yang berkaitan percintaan daripada mengganggu aku.
    
                “Apa kau buat di sini? By the way, senyuman kau menakutkan”. Aku mengangkat buku yang aku baca lalu meletakkan pada raknya semula.

                “Wah! Lamanya kau hadap buku sampai langsung tak perasan aku depan kau. Dua jam aku tunggu kau”.
                “Siapa suruh kau tunggu aku”. Kesianlah pula. Maaf sebab aku tak perasan kau.
                “Maaf anda di terima”. Pandangan aku dihalakan ke arahnya serta-merta. Terkejut dengan kata-katanya.

Kau ni mastermind ke? Kenapa kau tahu apa yang aku fikirkan? Kau ni menakutkanlah. Pelik. Gilalah kalau perempuan jadi teman wanita kau ni.
  
                 “Janganlah buat muka macam tu. Aku tahu kau sebenarnya nak minta maaf sebab langsung tak perasan aku kan? Muka kau terlalu menunjukkan segala-galanya”.

Kata-kata dia membuatkan aku lega sebentar. Sekejap! Kenapa mamat ni sanggup tunggu aku? Apa yang dia mahukan daripada aku?
  
                 “Kau nak apa?”. Aku mula menyoal.
              
                “Aku nak kau jadi teman wanita aku”. Huh! Jawapan yang terlalu pantas.

                “Kenapa mesti aku? Kenapa bukan perempuan lain? Lagipun aku tak kenal kau ni. Kita pun baru gaduh semalam. Kenapa tiba-tiba sahaja nak minta aku jadi teman wanita kau?”. Aku menyoal bertubi-tubi.

                “Sebab kau lain daripada yang lain. Kau tak macam mereka yang mahukan paras rupa aku semata-mata. Kalau perempuan lain jumpa aku pasti mereka menggedik dan minta nombor segala. Tapi kau lain. Kau marah aku dan balas dendam dekat aku dengan mencabut kunci motorbike aku secara tiba-tiba”. Dia ketawa.
              
                “Busowo? (kau ketawa?)”. Apa jenislah lelaki ni. Pelik campur hensem.

                Dia memandang aku. Oish! Aku tak boleh betul lelaki pandang aku lama-lama macam ni. Boleh parah hati aku macam ni.

                “Aku tak suka kau dan aku tak nak jadi teman wanita kau”. Aku melangkah keluar daripada perpustakaan.

                “Aku akan buat kau jatuh hati pada aku. Itu janji aku!”. Oh mi gosh. Aku menggelengkan kepalaku dan berlalu pergi.

***
Sudah dua minggu dia cuba mendekati aku. Kemana sahaja aku pergi, semestinya dia akan ada sekali. Hati aku pula seolah-olah mahukan dia tapi mulut aku menidakkan. Perbuatan aku lain daripada apa yang hati aku mahukan. Hati kata Ya tapi otak kata Tidak. Sejak tiga hari lepas dia sudah tidak mengganggu aku. Aku sendiri tidak tahu kenapa.

               “Kau ni memang tak tahu malukan? Menggoda lelaki je kerja kau”. Ternganga aku mendengar kata-kata Hana si ketua ulat bulu ni.

              “Kau tak sedar diri ke? Tengoklah daripada atas sampai ke bawah tak ada apa yang menarik langsung. Skema je aku tengok”. The Hell?! Boleh aku bagi tapak kat muka dia ni tak?

              “Betul tu. Lainlah macam kita orang ni. From top to toe. Everything is perfect. Cantik, bergaya and everyone envy us”. Aku nak muntah. Baldi! Baldi!

Mata aku memandang mereka seorang demi seorang. Berlagak nak mampus. Aku kasi tapak nanti baru ingat dunia agaknya. Pakai pakaian macam tak cukup kain lepastu sendat sana-sini. Ingat korang je yang boleh berlagak? Aku pun bolehlah. Tangan aku disilang ke dada dan memandang mereka dengan muka toya.

              “What? Aku yang goda dia? Well…should I said that Daniel is my boyfriend? Korang kata apa? Aku skemakan? Tak sempurna, betul tak? Kalau aku tak sempurna, tak adanya dia nak pilih aku”. Mereka mula mengetap bibir.

Perempuan ni lain sedikit. Kalau dah kalah nak melawan memang sekejap lagi dia main tarik-tarik rambut. Kau tarik tudung aku, kau mati. Aku ni tali penggang hitam dalam taekwondo. Ada makan side kick sekejap lagi ni. Hana mengangkat tangan dan cuba menampar aku tapi sempat aku menahan tangannya yang sipi nak mendarat di atas pipi aku yang cantik ni. Eceh! Puji diri sendiri pula.

               “Oh~ Disebabkan kau dah kalah lawan mulut, sekarang ni nak tampar akulah? Bagus idea kau ni. Kau cakap dekat aku. Kau nak side kick atau double puch?”. Aku menarik senyuman sinis.
  
               “Kau tak layak dengan dia! Perempuan hodoh!”. Heish! Ada makan kaki juga ni!

               “Enough! Hana! Get away from her!”. Terpempan aku seketika dengan kehadiran Daniel di situ.

Daniel menolak Hana ke belakang. Aku masih lagi terpaku. Sebenarnya aku tak tahu nak kata apa. Berapa lama dia di sini? Malunya! Oh mi gosh! Segan!!

                “Betul ke you dengan perempuan ni bercinta? Bohongkan?”. Hana memandang Daniel dengan wajah yang cuba di comelkan.

                “For your information, aku yang selalu kejar dia. Aku yang goda dia. Aku juga akhirnya diakui teman lelaki oleh wanita yang aku sayang”. Daniel memandang aku sambil tersenyum.

Aku agak terkejut tapi kemudiannya aku menarik senyuman. Apa drama yang kau cuba buat di sini Daniel? Senyuman kau itulah yang sentiasa membuatkan jantung aku berdegup laju dan kuat.

                 “Kenapa mesti dia, Daniel? Kenapa bukan I?”. hana cuba mencapai tangan Daniel.

Aku pantas menarik Daniel ke belakang. Aku kini berada di hadapan Daniel, berhadapan dengan Hana. Aku mengetap bibir memandangkan aku. Kau nak pegang tangan pula. Nak buat apa? Nak goda flower boy aku? Tak tahu haram halal agaknya.

               “Let me say this to you and hope you…no…I hope everyone here don’t ever disturb me and Daniel anymore. He is my flower boy and always a flower boy just to me. Dream off girl!”. Aku menarik senyuman sinis dan menarik lengan baju Daniel agar mengekori aku.

Sebaik sahaja jauh daripada mereka, aku terus mencangkung dan menekup muka. Malunya! Mana ada perempuan yang kata sebegitu. Sepatutnya lelaki yang cakap bukannya perempuan.

                “Daniel is my boyfriend?”. Aku mengangkat kepala memandang Daniel apabila Daniel bersuara.

                “Since when? Since when I were your boyfriend that make you recognice me as your boyfriend?”. Dia memandang aku sinis.

Kau dah kenapa nak cari pasal dengan aku? Kau benci aku sebab aku kata sebegitu? Kenapa mengaku aku bercinta dengan kau? Aku mula jatuh hati dekat kau sejak kau selalu mendekati aku dan aku rasa kehilangan bila tiga hari kau tiada di kampus.

                 “Since you stole my heart. Since you always try to make me fall in love with you. When I fall in love with you, you were disappeared for three days. Why you make my life so complicated. Aku tak pernah rasa sebegini tapi bila kau selalu sangat mendekati aku, hati aku rasa bahagia. Bukankah itu yang kau mahukan?”. Mutiara jernih mula menitis di kiri dan kanan pipiku.

                “Eh? Janganlah nangis. Nampak serius sangat ke aku? Aku tak marah kaulah. Aku saja je. Lagipun, aku gembira sebab kau akhirnya terima aku”. Di menghulurkan sapu tangannya ke arah aku.

Aku mencebik dan mencapai sapu tangannya. Geram betul aku dengan kau ni. Tumbuk kau seratus kali baru kau tahu.

               “Kita kahwin nak?”. Dengan pantasnya pandangan aku teralih pada dia.
           
               “Hoi! Kau gila apa!”. Dia menjelirkan lidah dan berlalu pergi meninggalkan aku sambil ketawa.

Biol betul dia ni. I’m glad because he is my flower boy. Saranghaeyo. Nan deo choahandago! Pembaca faham tak? Tak faham try search di google ya. Eh? Jauh pula Daniel ni tinggalkan aku. Pantas aku membawa langkah mengejar flower boy aku. My flower boy.

-T-A-M-A-T-
                  
            

       

4 ulasan:

siscat berkata...

AQ X BACA LAGI....RELAX T AQ BACA GAK YE
-GEE-

siscat berkata...

hahahaha wei shin....aq dh baca...yg bhsa korea bawh tu aq x thu dn aq x mo seach pon...okay best (y)....:-D

-GEE-

naina mariya berkata...

Good. Keep it up.

Miss Writer berkata...

Haha...mcm2