~ INFINITE TIME
~
_LOVE
IS DIFFICULT_
Watak
utama :
Lee Ji
Eun Lee Sung Jong
Lakonan Lakonan
IU Sung Jong
(INFINITE)
Ji
Eun memandang ke luar tingkap memerhatikan seseorang yang leka bermain bola
sepak bersama teman-temannya. Apa bagus sangat pasal budak lelaki tu? Muka
dahlah macam perempuan je.
“Comelkan dia tu? Nama dia Lee Sung
Jong”. Ha Ni mendekati Ji Eun. Ji Eun memandang Ha Ni.
“Aku sebenarnya tak fahamlah kenapa
pelajar perempuan tergila-gilakan dia. Dia tu macam perempuan. Bukanlah gaya
dia macam perempuan, tetapi rupanya”. Ji eun kembali memandang papan putih
dihadapan.
“No..no Ji Eun. Kau tak faham ni. Sung
Jong ibarat putera daripada kayangan. Kebijaksanaannya tiada siapa dapat
tandingi. Kecantikannya pula melebihi wanita. Ramai perempuan yang mencemburui
Sung Jong namun dalam masa yang sama mereka menyukainya. Dia juga aktif dalam
bersukan dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sepatutnya. Dia juga
peramah”. Ini seorang lagi.Yuri, kenapalah kau tergilakan lelaki macam dia.
“Senyuman dia juga mencairkan hati
setiap wanita”. Sambung Nana.
Ji Eun menjeling ke atas. Dia memandang
Sung Jong yang mula didekati oleh rakan-rakannya. Dia memandang setiap seorang
rakan Sung Jong. Oh? Yang itu hensem. Ji Eun menatap Myungsoo yang berjaya
menarik perhatiannya.
“Mereka tu pula siapa?”. Ji Eun memandang
ke arah rakan-rakannya.
“Kau memang tak tahu apa-apakan?”. Ha Ni
menunjal dahi Ji Eun.
“Mereka tu Infinite. Mereka tujuh
sekawan”. Nana menunjukkan ke arah Sung Jong dan beberapa rakannya.
“Mereka totally flower boy. Wangja
(putera)”. Yuri melekapkan tangannya pada tingkap.
Sung Jong memandang ke atas. Dia
terpandangkan Ji Eun dan beberapa lagi pelajar perempuan yang berkerumun
memandangnya. Dia melambai ke atas sambil tersenyum. Mereka ni menyusahkan.
Dahlah tu bagi pula nama dekat aku putera kayangan.
Rakan-rakan Ji Eun menjerit saat Sung Jong
melambai ke arahnya. Ji Eun mengalihkan muka memandang kembali ke arah papan
putih. Annoying!
Terkejut Sung Jong dengan tindakan Ji Eun
yang memalingkan muka setelah merenungnya dengan tajam. Pandangan apakah yang
dia beri? Siapa perempuan tu? Bukankah semua perempuan menggilai aku? Sung Jong
masih memandang ke arah Ji Eun.
***
Usai
menyapu dan membersih kelas, Ji Eun mencapai begnya dan bersedia untuk pulang
ke rumah. Langkahnya terhenti saat melihat dua manusia yang terdiri daripada
seorang lelaki dan seorang perempuan.
“Nan neol choahandago (Aku suka kau)”.
Perempuan tersebut menghulurkan sepucuk surat kepada Sung Jong.
“Mianhaei (maaf)…saya tak dapat
menerimanya”. Sung jong menolak dengan senyuman. Palsu! Nampak sangat palsu. Ji
Eun sekadar memandang Sung Jong dan perempuan yang meluahkan perasaan itu.
“Arasseo (saya faham)”. Perempuan
tersebut berlari meninggalkan Sung Jong bersama air mata yang mengalir.
Tch…tch…kesian. Ji Eun memandang kembali ke arah Sung Jong. Nappeun namja
(lelaki yang jahat).
Sung Jong menghantar perempuan itu
pergi dengan pandangan. Dia terasa seolah-olah seseorang sedang memerhatikannya
membuatkan dia memandang ke arah hadapan. Siapa pula dia ni? Nak buat luahan
juga ke?
Oh? Dia pandang sini. Ji Eun menarik senyuman
sinis dan kemudian berlalu pergi meninggalkan Sung Jong yang terpinga-pinga.
Bwo (apa)? Dia senyum? Kenapa? Sung Jong pantas mendapatkan Ji Eun. Tangan Ji
Eun ditariknya.
“Buyaa (apa kau nak)?”. Ji Eun
memandang ke arah Sung Jong.
“Kenapa kau senyum macam tu kat aku?”.
Ji Eun mendekatkan muka ke arah Sung
Jong membuatkan Sung Jong berundur sedikit. Jantungnya mula berdegup kencang.
Lama Ji Eun memandang ke arahnya.
“B..bwo..bwo?!”. Sung Jong menolak bahu
Ji Eun agar Ji Eun ke belakang sedikit.
“Ah~ nampaknya kau memang cantik
seperti yang diorang kata. Dan aku tak faham kenapa mereka minat kau sedangkan
senyuman yang kau pamerkan adalah palsu dan muka kau juga macam perempuan”. Ji
Eun menggosok kepala Sung Jong sebelum berlalu pergi.
Dia tahu ke aku berpura-pura selama
ini? Sung Jong memegang kepalanya. Kenapa perempuan ni lain daripada yang lain?
Aneh dia ni.
“Wae(kenapa) Sung Jongie?”. Sunggyu
menyoal Sung Jong.
“Eh? Oh hyung…ani (tak)…animida (tak ada
apa-apa)”. Sung Jong kemudian menyeluk tangannya ke dalam poket dan berlalu
pergi bersama-sama rakannya.
***
Ji
Eun berjalan membawa buku. Kalau di ikutkan, jika Sung Jong ialah Putera
Kayangan, Ji Eun ialah Puteri Ais kerana sikapnya yang dingin. Sung Jong
popular di kalangan pelajar perempuan dan Ji Eun popular di kalangan semua
kerana sikapnya yang dingin dan hanya berlaku baik kepada perempuan.
“Ji Eun …kalau kau berpasangan dengan
Sung Jong untuk Majlis Kindom Fair nanti pasti kau menang Puteri dan Putera
sekolah. Lagipun kamu comel, Sung Jong juga comel”. Ha Na memberi idea.
“Yelah Ji Eun. Pastinya kau sesuai
dengan Sung Jong”. Yuri menunjukkan ibu jari kepada Ji Eun.
“Aku tak minat lelaki cantik”. Ji Eun
bangun dan keluar daripada kelas.
Sung Jong berada di atas bumbung sekolah
bersama-sama enam rakan baiknya. Dia masih memikirkan Ji Eun walaupun dia
sebenarnya tidak tahu nama Ji Eun.
“Yah! Majlis Kingdom Fair esokkan? Ah!
Aku tak jumpa lagi pasangan”.Ujar Hoya mengeluh.
“Kita semua tak ada pasangan”. Kata
Sunggyu menunding ke arah semua.
“Chakkam (sebentar). Saya ada”. Semua
dengan serentak memandang ke arah Woo Hyun.
“Yaish! Kau tak sepatutnya bersuara. Kau
sememangnya kaki perempuan”. Dong Woo menunjal kepala Woo Hyun.
Woo Hyun menggosok dahinya sambil
tersengih. Sungyeol sepertinya berbual dengan Sung Jong. Manakala Myung Soo
bermain game di dalam telefonnya.
“Yah! Sejak kita masuk ke sekolah ni,
korang pernah dengar nama pelajar perempuan nama Ji Eun tak?”. Soal Sungyeol.
“Ji Eun? Oh! Puteri Ais tu kan?”.
Sunggyu tersenyum memandang ke arah Sung Yeol.
“Puteri Ais? Ada juga puteri dalam
sekolah ini ya? Tidak pernah pula nampak dia. Macam mana orangnya?”. Soal Myung
Soo.
“Aku juga tidak pernah nampak. Pernah
mendengar daripada kata-kata pelajar lelaki dalam kelasku”. Sung Yeol menggaru
kepalanya.
“Aku fikir hanya kita dipanggil Putera
Kayangan. Tak sangka ada puteri juga. Kenapa Puteri Ais?”. Woo Hyun menyoal.
“Dengar kata dia tu dingin. Sikap dia
memang dingin terhadap lelaki dan dia juga sentiasa menolak luahan perasaan.
Dia juga yang paling comel dalam sekolah ini”. Sambung Sungyeol.
“Hyung (abang), apa namanya tadi?”. Sung
Jae menyoal.
“Ji Eun. Wae? Berminat? Pertama kali kau
berminat mengenai perempuan sekolah ini”. Kata Sung Yeol.
“Tidaklah. Aku fikir mungkin perempuan
yang aku jumpa kelmarin. Sikap dia agak dingin dan dia agak comel. Dia tidak
tertarik pada aku langsung. Mungkin dia Ji Eun tu tak?”. Sung Jong kembali
mengingati wajah Ji Eun yang memberikannya senyuman sinis.
“JI EUN!”. Infinite yang mendengarkan
nama itu dilaung segera memandang ke arah bawah daripada atas bumbung.
“Wae?”. Ji Eun menyoal Na Na.
“Sunbae 3A nak jumpa kau dekat padang
sekarang”. Ji Eun mengeluh. Luahan perasaan lagi.
Ji Eun terus berlalu ke padang. Infinite
memandang sesama sendiri dan kemudian menganggukkan kepalanya lalu berlari
turun dan menuju ke padang. Mereka bersembunyi di sebalik semak yang berada
berhampiran.
“Wae Yong Joo Sunbae (senior)? Ia kan?”.
Ji Eun menyoal.
“Ji Eun ingat nama saya? Betullah.
Sunbae dah lama sukakan Ji Eun sejak Ji Eun kembali ke sekolah ni. Sudikah Ji
Eun menjadi yeojachingu (teman wanita) sunbae?”. Soal Young Joo.
“Wae nan? Ramai lagi perempuan yang
sukakan sunbae. Sunbae juga tahu yang saya tak suka luahan perasaan oleh orang
yang saya tak rapat bukan? Mian…sunbae bukan orang yang saya cari”. Ji Eun
menolak rambutnya ke belakang dan kemudian berlalu pergi meninggalkan Young
Joo.
“That was harsh! Sepatutnya kau pamerkan
senyuman dan mengeluarkan kata-kata yang lembut”. Sung Jong melaung ke arah Ji
Eun.
“Yah Sung Jong”. Sunggyu cuba menarik
tangan Sung Jong, malangnya Sung Jong melangkah laju ke arah Ji Eun.
“Keuresseo (so)? Kau nak aku jadi macam
kau yang menolak perasaan perempuan dengan senyuman palsu sedangkan ianya
annoying? You know what, love are just a game. When it started, it can’t stop.
When it stop by force, then one of them will hurt and cry. Guys always started
it first and leave first. I hate that”. Ji Eun kembali berlalu pergi.
“Dia memang Puteri Ais”. Myung Soo
menepuk bahu Sung Jong.
Mereka memandang Sung Jong. Sung Jong
mengetap giginya dan menggenggam penumbuknya. Ah lamak! Sung Jong marah!
“Sung Jong-ah”. Woo Hyun memanggilnya
perlahan risau jika Sung Jong mengamuk.
“Yah Ji Eun! Deo nappeun yeojaya (awak
perempuan jahat)! Puteri Ais! Dingin dan kau adalah perempuan tanpa
perasaan!!”. Sung Jong menjerit ke arah Ji Eun. Ji Eun memberhentikan
langkahnya dan kembali berpatah balik ke arah Sung Jong.
“De! Memang aku tiada perasaan. De!
Memang aku nappeun yeoja! Kerana lelaki mengubah hidup aku! Kerana lelaki aku
hilang perasaan! Kerana lelaki aku sengsara untuk 3 tahun! Kau tahu apa?! Aku
bersikap dingin kerana aku takut dilukai! Aku jaga hati aku dahulu! Wae? Kau
marah bukan? Kau dapat faham tak perasaan perempuan yang ditolak luahan
perasaannya?! Aku ambil masa untuk recover! Bila aku bertukar cantik baru orang
nak pandang?! Lelaki semua sama!!”. Ji Eun menatap ke dalam mata Sung Jong
dengan pandangan yang amat tajam. Air matanya bertakung dan akhirnya menitis.
Pantas Ji Eun melangkah meninggalkan mereka.
“Deo! Deo buya?! Ji Eun tidak pernah
menangis! Kami tidak kisah jika dia menolak cinta kami kerana kami tahu masa
silamnya!”. Muka Sung Jong ditumbuk oleh Young Joo yang memerhatikan sedari
tadi.
“Sunbae tidak kisah? Apa maksud
sunbae?”. Myung Soo menyoal Young Joo.
“Maksud kau apa Young Joo?”. Sunggyu
menyoal Young Joo.
“Kamu orang baru dan mungkin kamu tidak
tahu apa yang berlaku pada ugly duckling yang kini menjadi swan. Aku akui, aku
melihatnya atas kerana kecantikannya dan ramai juga sebegitu”. Young Joo
berlalu pergi.
“Ugly duckling?”. Dongwoo menyoal.
“Menjadi swan? Buya?”. Hoya juga pening
memikirkannya.
***
Sung
Jong berada di atas bumbung seperti biasa meninggalkan kelas yang sepatutnya
dia hadiri. Sunggyu dan beberapa rakannya yang lain naik ke bumbung dan
melabuhkan punggung bersebelahan dengan Sung Jong.
“Apa kisah Ji Eun tu hyung?”. Soal Sung
Yeol.
“Macam ni. Kata Young Joo…Dulu Ji Eun
gemuk dan menyukai seorang sunbae popular di sekolah. Sunbae itu terima dia
menjadi teman wanitanya. Memberikan pelbagai hadiah dan satu hari sunbae itu
memalukan dia di hadapan semua mengatakan orang gemuk sepertinya tidak layak
bersamanya. Dia menggunakan Ji Eun sebagai pertaruhan. Kerana dia sanggup
bercinta dengan Ji Eun selama sebulan, maka dia menang pertaruhannya sebanyak
100,000 won. Sejak daripada itu, Ji Eun tidak ke sekolah selama setahun dan
kedatangannya semula mengejutkan semua orang. Para pelajar mulai menaruh hati
terhadap Ji Eun, malangnya Ji Eun yang peramah, periang dahulu, sudah pun
hilang. Yang kini tinggallah Ji Eun tanpa perasaan lagi”. Sunggyu menceritakan
kesemua yang diceritakan oleh Young Joo.
“Kau dikira melukakan hatinya dan kau
orang pertama yang membawa kembali perasaan sedihnya”. Ujar Sunggyu lagi.
Sung Jong memandang ke arah langit.
Kejam sangatkah aku? Teruk sangatkah ayat yang aku lemparkan kepadanya? Sung
Jong meraup mukanya.
“Wah! Jae Joong sunbae! Ricky Sunbae!”.
Pelajar perempuan mengerumuni membuatkan Infinite memandang ke arah bawah
daripada atas bumbung.
Mereka lantas turun ke bawah untuk
mengetahui apa yang terjadi. Kelihatan Ji Eun di halang oleh rakan-rakannya.
“Ji Eun! Jangan ke sana”. Yuri
menghalang.
“Buya? Nan baegoppa(saya lapar). Wae?”.
Soal Ji Eun lembut.
“Lebih baik kau jangan ke sana”. Ujar Ha
Ni.
Ji Eun menggeleng lalu menolak
rakan-rakannya ke tepi. Air kotak yang dipegangnya kini terlepas daripada
tangannya.
“Jae…Jae Joong Sunbae”. Jae Joong
memandang ke arah Ji Eun yang memanggilnya itu.
“Uwah! Comelnya kau ni! Kenapalah aku
graduate awal sangat. Kalau tidak, berpeluanglah untuk aku bertemu kau. Mungkin
juga kau adalah kekasih ku sekarang”. Jae Joong menarik senyuman.
Sung Jong mengetap giginya. Jadi inilah
sunbae yang pernah melukakan hati Ji Eun dan membuatkan Ji Eun membenci lelaki?
Ji Eun masih lagi kaku. Air matanya mula bertakung.
“Sunbae…dia ni Ji Eun”. Ucap seorang
pelajar perempuan.
“Ji Eun? Heol! Comelnya! Kau berubah
demi aku ke? Tak sangka perempuan yang gemuk boleh menjadi comel sebegini”.
Keumane!(berhenti!) Keumane!! Someone..teoreojeoseyeo!(tolong aku!) Air mata Ji
Eun mula mengalir.
Sung Jong menepis tangan Jae Joong dan
mula memeluk Ji Eun. Dia mengesat air mata Ji Eun. Ji Eun memandang ke arah
Sung Jong terkejut.
“Uljima (jangan menangis)…jangan menangis
depan dia. Kau kuatkan? Bukankah kau Puteri Ais? Bukankah ayat kau bisa
menyakitkan? Sakitkan kembali orang yang pernah menyakiti kau. Jebal (tolong)!
Uljima…jebal Ji Eun-ah”. Ucap Sung Jong perlahan cukup untuk Ji Eun
mendengarnya.
Sung Jong menekapkan kepala Ji Eun ke
dadanya lalu memandang ke arah Jae Joong. Jae Joong terkejut memandang ke arah
Sung Jong.
“Heol. Deo duguya(siapa awak)?”. Soal
Jae Joong.
“Deo Jae Joong ne? Rasanya kamu sudah
lama graduate. Kenapa kembali?”. Ujar Sung Jong sambil tersenyum. Itu
senyuman..bukan palsu tapi itu senyuman menyindir. Ji Eun memandang Sung Jong.
“Aku kesini untuk melihat
pelajar-pelajar yang tidak mengenaliku. Kau ini siapa?”. Soal Jae Joong.
“Ah…aku? Aku teman lelaki Ji Eun.
Wae?”. Sung Jong tetap menarik senyuman sinisnya. Para pelajar yang lain
tersenyum. Mereka faham mengapa Sung Jong bersikap sedemikian. Mereka juga
sebenarnya agak sakit hati terhadap sikap sunbae dahulu mereka ini.
“Namjachigu (bf)? Deo? Mana mungkin Ji
Eun sukakan orang secantik perempuan macam kau ni”. Kata Jae Joong.
“Benar! Aku tak suka lelaki secantik
perempuan macam dia ni tapi sekurang-kurangnya aku menyukai hatinya. Dia
langsung tidak jatuh hati pada kecantikan aku seperti sunbae dahulu. Bwo?
Badak? Dulu sunbae panggil saya badak kan? Sekarang saya dah jauh berubah. Saya
bukan berubah kerana sunbae tapi atas kehendak diri agar mengelak daripada
terus diejek”. Ji Eun semakin mengeratkan pelukannya.
Jae Joong memandang ke arah Ji Eun. Dia
sakit hati dengan kata-kata Ji Eun, tambah-tambah lagi apabila melihat Ji Eun
memeluk erat Sung Jong. “Apa sangatlah dengan lelaki cantik macam dia ni.
Langsung tak macho apatah lagi lembik semacam sahaja”. Jae Joong memerli Sung
Jong. Namun Sung Jong tetap dengan senyuman sinisnya.
“Sunbae. Untuk pengetahuan sunbae, dia
ini ialah Putera Kayangan Sekolah”. Ji Eun tersenyum ke arah Sung Jong.
“Putera Kayangan? Hahaha”. Sung Jong dan
Ricky ketawa menyebabkan pelajar perempuan lain berasa sakit hati kerana
mencemuh Sung Jong.
“Dahulunya sunbae mencemuh Puteri Ais
kami dan mengubahnya menjadi Puteri Ais tanpa perasaan dan kini sunbae mencemuh
Putera Kayangan kami pula? Untuk pengetahuan sunbae, bukan dia seorang sahaja
Putera Kayangan, malah tujuh orang kesemuanya”. Ucap salah seorang Yeohaksaeng
(pelajar perempuan).
Sunggyu, Woohyun, Dongwoo, Hoya, Myung
Soo dan Sung Yeol berdiri sebaris dengan Sung Jong dan Ji Eun membuatkan Jae
Joong dan Ricky terkejut. Dahulunya, Jae Joong dan Ricky yang paling popular.
“Populariti kami sangat tinggi. Sunbae
adalah kisah silam dan kami adalah kisah baru. Dipersilakan keluar sunbae”.
Sung Jong menunjukkan ke arah pagar sekolah.
Pelajar-pelajar lain membuka laluan
terus menuju ke pagar sekolah. Jae Joong dan Ricky lantas keluar agar tidak di
malukan dengan lebih jauh lagi. Mereka semua bersorak. Ji Eun menghadiahkan
cheek kiss kepada Sung Jong membuatkan mereka lebih bersorak. Sung Jong terpaku
buat seketika dan kembali tersenyum memandang ke arah Ji Eun.
***
Malam
Majlis Kingdom Fair tiba jua. Ji Eun setuju untuk menjadi pasangan Sung Jong.
Sung Jong benar-benar terpikat dengan Ji Eun. Ji Eun memakai pakaian seperti
elsa menandakan dia ialah Puteri Ais manakala Sung Jong memakai baju kot putih
bersama seluar slack putih dan dipadankan dengan boot hitam.
Sung Jong menadah tangan dan Ji Eun
menyambutnya. Sung Jong mengangkat jari telunjuk ke atas. Para pelajar
kemudiannya bersiap sedia untuk pengunguman.
“Malam ini! Prince and Princess of the
school is Lee Sung Jong and Lee Ji Eun!!”. Mereka bersorak. Ji Eun memandang
sekeliling. Tak sangka kata-kata Ha Na dan Yuri betul.
Ji Eun dan Sung Jong menaiki pentas lalu
dipakaikan tiara lelaki dan tiara perempuan kepada Sung Jong dan Ji Eun. Sung
Jong mencapai mikrofon daripada juru acara. Dia mengenyitkan mata ke arah
Sunggyu dan beberapa orang rakannya.
“Ji Eun, aku harap kau tak menolak. Aku,
Sung Jong dengan sepenuh hatinya mengatakan bahawa aku mencintai kau. Aku jatuh
hati sejak kali pertama aku pandang kau di tingkap daripada bawah. Saat tu kau
bagi aku jelingan maut dan seterusnya aku semakin jatuh hati bila kau
memberikan aku senyuman sinis saat aku menolak luahan perasaan. Aku bertambah
jatuh hati apabila melihatkan air mata kau saat kau memarahi aku dan aku yakin
aku mencintai kau bila Jae Joong Sunbae datang. Aku harap kau juga mempunyai
perasaan seperti aku”. Sunggyu naik ke pentas bersama sebuah kotak cincin yang
mempunyai cincin permata.
“Aku…mana mungkin aku menolak setelah kau
banyak membantu aku dan kau juga mengembalikan perasaan cintaku”. Ji Eun
memeluk Sung Jong. Myung Soo dan Sung Yeol menghalakan flash light ke arah Sung
Jong dan Eun Ji. Hoya dan Dongwoo melepaskan taburan bunga ke arah mereka.
Manakala Woo Hyun melepaskan bunga api. Nan neol saranghae, serentak mereka
menyebut di dalam hati.
-T-A-M-A-T-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan