Make Our Own Fantasy World

Isnin, 23 Mac 2015

iNFInite STorY TimE 4

~ INFINITE TIME ~

_NEVER REGRET FALLING FOR YOU_

Watak Utama :

                                    Jong Na Na                                                Nam Woo Hyun
                                      Lakonan                                                         Lakonan
                              Nana (Afterschool)                                       Woo Hyun (Infinite)


Nana memandang rakan-rakannya. Ji Eun dengan Sung Jong, Yuri dengan Sunggyu sunbae, dan Ha Ni dengan Myung Soo. Dia bukannya tidak mempunyai teman lelaki, Cuma tiada perasaan cinta seperti mereka. Perasaan itu masih tidak muncul dan kerana itu juga dia sering bertukar teman lelaki dan mendapat jolokan ‘playgirl’.
     “Nana, Ki Bum nak jumpa kau di atas bumbung”. Ujar temannya yang begitu juga rakan kepada Ji Eun, Hana dan Yuri iaitu Seung Ah.
     “De…”. Nana melangkah keluar dan menuju ke atas bumbung. Dilihatnya, Ki Bum sedang menunggu kedatangannya.
     “Awak ada apa mahu berjumpa saya?”. Soal Nana.
     “Nana…mari kita tamatkan hubungan ini. Saya tak rasa awak mencintai saya. Saya juga telah bertemu dengan orang yang saya benar-benar cinta”. Ujar Ki Bum.
     “Kalau itu yang awak mahu, mari kita tamatkan. Gembira dapat berkenalan dengan awak selama sebulan ini”. Nana menghulurkan tangannya.
     “Saya juga. Mian Nana”. Ki Bum menyambut huluran Nana dan kemudian berlalu pergi.
     Nana mendekati pagar di atas bumbung dan membiarkan angin meniup lembut rambutnya. Nana mengeluh buat seketika.
      “Nampaknya itu juga bukanlah cinta aku”. Nana kembali mengeluh untuk kesekian lagi.
      “Oh? Kau putus cinta?”. Nana terkejut mendengarkan suara seseorang membuatkan dia segera berpaling mencari suara tersebut.
       “Woo Hyun sunbae?”. Dia memandang ke arah Woo Hyun yang berada di bahagian atas. Nana mengecilkan matanya.
       Dia menarik nafasnya dan melepaskannya. “Love is a game. Just a game”. Nana kembali memandang ke arah padang yang luas terbentang di bawah.
       “Kau ni Jong Na Na yang mereka panggil playgirl itukan?”. Soal Woo Hyun. Dia mula melangkah mendekati Nana.
       “Dan sunbae ialah Nam Woo Hyun yang digelar Putera Kayangan a.k.a playboy sekolah no 1”. Nana menarik senyuman sinis. Dia malas hendak melayan playboy tersebut kerana padanya, Woo Hyun juga sama sepertinya.
       Woo Hyun ketawa lalu mendekati Nana. Pandangan Nana kini terarah kepada Woo Hyun. Wah! Sunbae ni kacak kalau tengok dari dekat. Jantung aku juga berdegup laju. Tidak pernah lagi jantung ni berdegup kencang untuk mana-mana lelaki.
       “Apa kata kau menjadi kekasih aku? Kau playgirl dan aku playboy jadi kita even”. Nana memandang ke arah Woo Hyun. Bwo? Senangnya dia ni.
       “Shiro! Lelaki macam kau akan menyusahkan aku”. Langkahnya mula diatur untuk menuruni tangga namun tangannya pantas ditarik menyebabkan dia berpaling.
      Badannya dirapatkan pada badan Woo Hyun dan tangan sebelah kanannya di pegang manakala tangan sebelah kirinya dilekapkan pada dada Woo Hyun.
      “Wo…Woo Hyun sunbae. Buyaa ige!”. Dia menolak Woo Hyun.
      “Lihat? Kau sebenarnya dah menyukai aku tapi kau tak mahu mengaku. Cinta bukan sebuah permainan. Jika cinta itu ialah permainan maka kau akan menerima cadangan aku tadi tapi kau tak menerimakan? Itu bermakna kau percayakan cinta Cuma kau belum menjumpainya. Kau nak rasa cinta itu bagaimana? Aku akan tunjukkan”. Ucap Woo Hyun sambil membelai rambut Nana dan kemudian berlalu pergi.
       Benar. Aku percayakan cinta. Mungkinkah aku jatuh cinta kepada Woo Hyun sunbae? Ah! Tak mungkin! Kenapa mesti Woo Hyun sunbae yang playboy itu?! Nana mengusutkan rambutnya.
        Nana berdiam seketika dan kemudian meluruskan kembali rambutnya. Dia membetulkan pakaian dan melepaskan nafas.
       “Nana…kau kena relak. Mungkin lelaki ni hanya ujian untuk kau. Love just a game. We can’t trust it”. Nana menggenggam tangannya dan dibawa ke dada.
       Woo Hyun yang berada di balik pintu hanya ketawa melihatkan telatah Nana. Dia comel. Aku akui dia ialah orang pertama yang berjaya menarik perhatian aku saat kali pertama masuk ke sekolah ini tapi malangnya dia sering bertukar pasangan kerana mencari yang sesuai. Itu baru sikit, Nana. Lepas ini, aku pastikan kau akan sentiasa memerhatikan aku pula. Woo Hyun menarik senyuman sinis lalu berjalan menuruni tangga.

***
Nana termenung ke luar tingkap. Dia memerhatikan Woo Hyun yang sedang bermain bola keranjang dengan rakan-rakannya. Ji Eun, Ha Ni dan Yuri mendekati Na Na.
         “Nana?”. Nama Nana dipanggil malangnya Nana masih memandang ke arah luar tingkap. Akhirnya Ji Eun mengetuk perlahan kepala Nana.
         Nana memandang Ji Eun, Yuri dan Ha Ni. “Yah! Micchinnya! Appo (kau gila apa! Sakit)”. Nana menggosok kepalanya.
        “Kau sedang tengok siapa?”. Soal Ha Ni.
        “Tiada siapa. Aku hanya memerhatikan mereka yang sedang bermain bola sepak itu”. Ujar Nana.
         “Esok ialah hari perkhemahan di Incheon? Kau pergi tak?”. Soal Yuri pula.
         “Mestilah aku pergi. Tak kan korang sahaja yang akan bersuka ria…betul tak?”. Nana ketawa bersama rakan-rakannya.

***
Nana dan rakan-rakannya mula berkumpul berdekatan bas menunggu guru mereka memberikan arahan seterusnya. Matanya terpandang Woo Hyun yang kini sedang bergelak ketawa bersama rakan-rakannya. Woo Hyun menyedari bahawa Nana sedang memandangnya lalu membalas pandangan Nana. Dia melambai dengan senyuman di wajahnya.
         “Yah Nana. Woo Hyun sunbae lambai pada awak”. Ujar salah seorang pelajar perempuan.
         “Pasti kamu berdua sangat sesuai jika bercintakan?”.
         “Yalah. Lagipun kamu cantik dan sunbae pula kacak”. Keadaan di situ semakin riuh rendah dengan kata-kata yang cuba menyatukan Nana dan Woo Hyun.
         “Apakah awak semua tidak cemburu jika saya dan Woo Hyun bercinta?”. Nana memuncungkan mulutnya. Tidak suka akan mereka yang cuba menyatukan dia dan Woo Hyun.
        “Kami minat Woo Hyun tapi tidak semestinya kami mengongkong hidup dia. Hak dia untuk bercinta dengan sesiapa pun”. Balas salah seorang pelajar perempuan daripada kalangan mereka.
         “Betul. Lagipun cuba lihat Ji Eun. Kami tak halang dia bercinta dengan Sung Jong. Kami lagi suka. Kami tak kisah pun. Yang penting mereka bahagia kerana kita classmate dan satu sekolah”. Sambung salah seorang lagi pelajar perempuan di situ.
         “Kenapalah kamu semua ini kategori fans pelik hah?”. Kata-kata Nana menyebabkan mereka ketawa.
         “Okay semua! Naik ke atas bas!”. Mendengarkan arahan Park sem, pantas sahaja Nana mengatur langkah. Dia mengambil tempat jauh di belakang. Semestinya keseorangan. Entah kenapa dia lebih suka keseorangan sedemikian.
         Woo Hyun terpandangkan Nana yang duduk dua sit jauh ke belakang daripada tempat duduknya. Dia menepuk peha Sung Yeol memberitahu bahawa dia ingin ke belakang dan Sung Yeol hanya mengangguk. Sedang Nana termenung ke arah luar tingkap bas, Woo Hyun duduk bersebelahannya. Nana memandangnya.
         “Kau buat apa di sini?”.
         “Aku duduk di sebelah kau. Kenapa?”. Soal Woo Hyun kembali bersama senyuman.
         “Dah tak ada tempat duduk ke?”. Nana menjenguk. Kelihatannya penuh.
         Woo Hyun menghela nafas lega apabila melihatkan Dong Woo disebelah Sung Yeol. Nana mengeluh dan kemudian kembali memandang ke arah luar tingkap bas. Sung Yeol mengangkat thumb up ke arah Woo Hyun dan Woo Hyun membalasnya. Kamsahaeyeo Sung Yeol-ah.
          Satu jam setengah perjalanan mereka ke Incheon akhirnya tiba juga di tapak perkhemahan. Semua pelajar bergerak keluar dan berkumpul di satu tempat bagi memudahkan Park sem serta guru-guru lain memberikan arahan.
          “Baiklah! Alatan masakan dan perkhemahan sudah pun di sediakan. Empat orang satu kumpulan ya. Kurang tak apa. Jangan lebih. Baiklah sekarang tentukan kumpulan dan beri nama. Jika nama sudah ada dalam senari boleh terus ambil peralatan memasak dan peralatan perkhemahan”. Sebaik sahaja Park sem menyudahkan arahan, mereka diberikan pula arahan keselamatan oleh Miss Jung. Setelah kesemua arahan diberikan, Ji Eun, Ha Ni, Nana dan Yuri mula bergerak mengambil peralatan lalu mencari tapak yang sesuai untuk didirikan khemah.
          Nana berjalan menuju ke sungai berdekatan memandangkan sungai tersebut dekat. Dia membuka kasut dan duduk pada salah sebuah batu. Matanya tertancap pada seseorang yang yang berada di sungai juga.
         “Yah Woo Hyun. Apa kau buat disini?”. Soal Nana.
         Woo Hyun memandang ke arahnya dan hanya tersenyum. Kenapa dia ni? Biasanya dia akan menyapa aku terlebih dahulu. Woo Hyun kembali berpaling dan hilang ke dalam hutan.
         “Eh? Woo Hyun! Kau nak kemana?!”. Nana mula mengekori Woo Hyun yang mula hilang ke dalam hutan.
         Mana Nana nak pergi tu? Woo Hyun hanya memandang Nana yang mula masuk ke dalam hutan. Hilang juga budak tu kang. Dia mencapai beg yang ada alatan dalamnya dan kemudian mengejar Nana.
         Disebabkan leka mengejar Woo Hyun, Nana tidak sedar bahawa dia sudah pun jauh daripada tapak perkhemahan. Akhirnya dia mula sedar. Eh? Aku dekat mana ni?! Waa!!
         “Nana! Nana!”. Mendengarkan namanya dipanggil membuatkan Nana berpaling ke arah Woo Hyun.
          Dia terus memeluk Woo Hyun apabila Woo Hyun kini di hadapannya. Eh? Dia peluk aku? Apahal ni? Woo Hyun menolak Nana ke belakang sedikit. Kelihatan air mata Nana mengalir di pipi.
         “Yah! Uljima (jangan menangis). Kau kemana tadi?”. Soal Woo Hyun sambil memegang bahu Nana.
         “Aku kejar kau tadi. Kau masuk hutan ni tadi”. Hah? Bila pula…apakah? Woo Hyun mula memandang sekelilingnya.
         “Aku pula kejar kau sebabkan kau masuk hutan. Aku fikirkan kau nak rasa suasana hutan sebab tu kau masuk hutan jadi aku ikutlah. Satu lagi, bila masa pula aku masuk hutan padahal aku baru sahaja ikut kau”. Sebaik sahaja mendengarkan kata-kata Woo Hyun, Nana memandang sekeliling.
         “Heokshi…(apakah)”. Woo Hyun dengan pantas menekup mulut Nana daripada terus berkata-kata.
         “Jangan kata apa-apa. Apa sahaja yang kau rasa atau terasa, kau hanya perlu diam. Arasseo?”. Nana hanya mengangguk mendengarkan kata-kata daripada Woo Hyun.
         Woo hyun memegang tangan Nana dan menarik Nana mengikut langkahnya mencari jalan keluar dari hutan itu. Nana memandang ke arah Woo Hyun. Kenapa jantung aku berdebar-debar lagi?
         “Ah! Itu sungai yang kita lintas tadi!”. Pantas Woo Hyun membawa Nana mendekati sungai tersebut.
         Mereka akhirnya melepasi sungai tersebut. Langkah di bawa ke khemah masing-masing. Tidak dia sangka bahawa mereka terlalu lama di dalam hutan. Serasa aku, pagi tadi aku start masuk dalam hutan. Lama sangatkah kami mencari jalan keluar sehingga petang sebegini?
         “Yah Nana! Woo Hyun! Mana kamu berdua pergi?”. Soal Ji Eun.
         “Hampir 5 jam kami cari. Apa yang terjadi?”. Soal Sunggyu pula.
         “5 jam?”. Woo Hyun dan Nana saling berpandangan.
***
Nana keluar daripada khemah dan duduk berhadapan dengan unggun api. Dia masih memikirkan kejadian pagi tadi. Sebegitu lamakah kami sehingga 5 jam aku dan dia menghilang ke dalam hutan? Siapa yang melambai ke arah aku sebenarnya? Tiba-tiba bahunya disentuh membuatkan dia berpaling memandang ke arah kanannya.
          “Apa yang kau menungkan?”. Soal Woo Hyun.
          “Aku tak faham. Sebegitu lamakah kita dalam hutan?”. Soal Nana.
          “Aku juga tak tahu. Nana, boleh aku tanya?”. Soal Woo Hyun.
          “Apa?”.
          “Kau memang bencikan aku ke?”. Kata-kata Woo Hyun membuatkan Nana berpaling memandang ke arahnya.
          “Aku tak benci cuma aku rasa…entahlah. Aku sendiri pun tak faham dengan perasaan aku”. Kata Nana kembali memandang ke arah unggun api.
          “Aku nak cakap jujur…aku sebenarnya…dah lama sangat sukakan kau sejak aku masuk sekolah ni untuk kali pertamanya. Mungkin kau akan kata ‘playboy memanglah akan jatuh cinta dengan sesiapa pun sekadar untuk mempermainkan orang’ tapi aku bukan macam tu. Aku tidak bercinta dengan sesiapa pun seperti kau, aku cuma dikelilingi perempuan. Aku mahukan kau pandang aku sepertimana aku sentiasa memandang kau. Setiap kali kau putus, aku kumpulkan kekuatan untuk luahkan pada kau tapi ada yang lebih pantas daripada aku. Aku tak pasti bila agaknya kau akan jadi milik aku. Aku dah nyatakan perasaan aku dan sekarang kau hanya perlu fikirkan jawapan. Aku bagi kau masa. Fikir dulu kay”. Woo Hyun bangun dan mengusap kepala Nana perlahan sebelum melangkah hendak pergi.
           Secara spontan, Nana bangun dan memeluk Woo Hyun daripada belakang. Terkejut Woo Hyun menyebabkan dia kaku. Dia menolak perlahan Nana dan memandang tepat ke mata Nana.
          “Apa yang kau buat?”. Soal Woo Hyun.
          “Nadoo(aku juga) nan neol choahae (menyukai kau)”. Ucap Nana.
          “Kau tak akan menyesal menyukai aku?”. Soal Woo Hyun.
          “Never. I will never regret for falling for you”. Nana memeluk Woo Hyun kembali. Woo Hyun membalasnya.
          Ji Eun, Ha Ni, Yuri, Sung Jong, Myung Soo serta Sunggyu tersenyum melihatkan Nana dan Woo Hyun. That’s nice. Playgirl and playboy. We would not worried about them anymore. Well, siapakah agaknya yang melambai ke arah Nana ya? That was spirit of the forest that always trying to bring a couple to happiness ^_^

-T-A-M-A-T


Tiada ulasan: