Watak utama :
Kang Sa Ril Amber
Lakonan
Lakonan
Taemin ( SHINee
)
Amber ( Fx )
Nana
Lakonan
Yoona ( Girl’s Generation )
Nama
aku Amber dan merupakan pelajar pertukaran daripada Taiwan. Nama panjang aku
ialah Amber Liu. Anehkan? Aku ni Taiwanese dan aku berpindah ke Korea. Kami
sekeluarga berpindah ke Korea pada pertengahan tahun aku di gred 2 menengah
tinggi dan kini aku berada di gred 3 menengah tinggi. Aku sebenarnyakan…
“Amber! Kau termenungkan apa tu?”.
Gek?! Potong linelah kau Eura! Sibuk je!
“Yelah Amber. Jauh sangat termenung tu?
Dah sampai mana tu?”. Ada yang makan buku lima sebentar lagi ni. Elok-elok
korang makan nasi kang aku bagi buku lima pula.
“Aku rasa Amber ni ada suka seseorang
ni. Kan Amber?”. Aku memandang Hinata dengan rasa yang agak tak puas hati.
Suka-suki kau je. Tapi memang betul pun.
“Jangan cakap kau masih taruh hati pada
si sombong tu?”. Soal Kira.
“Sombong tak sombong. Tu kawan aku tu”.
Eura mempertahankan rakannya itu.
“Entahlah”. Aku menjawab sepatah.
“Mungkin kau ada harapan lagi aku
rasa. Lagipun dia bagi balik surat tu tanpa balasan apa-apakan? Dia tak
koyakkan surat tu kan?”. Soal Hinata.
“Aku tak tahu. Aku nak keluar kejap”.
Aku terus sahaja bangun dan menuju ke luar kelas.
Memanglah tak kata apa-apa. Maksudnya
aku sendiri tak pasti samada ya atau tidak. Terima or not. Dia tak bagi kata
putus pun. Adakah dia sememangnya memberikan aku harapan atau sebaliknya?
Disebabkan aku mengelamun akhirnya aku terlanggar seseorang.
“Mata kau letak dekat mana?”. Aku
berasa marah amat. Dah tak ada nada lagi kasar daripada tu?!
“Apa kau…”. Terhenti segala ayat aku
apabila melihatkan lelaki yang berdiri dihadapanku ini. Sa Ril…
Aku tidak mempedulikannya dan
meneruskan langkahku. Dia menarik lenganku membuatkan aku memandangnya.
“Kau dah tak reti minta maaf? Kau
memang macam ni ke? Langgar orang dan lepas tu tinggalkan sebegitu sahaja?”.
Apa masalah kau Sa Ril? Tak payahlah nak tarik segala. Abaikan aku sahaja.
“Abaikan aku dan kenapa aku perlu
minta maaf pada orang macam kau? Aku tak ada mood nak layan karenah kau”. Aku
menarik kasar lenganku dan meninggalkannya.
Ah~ mesti nampak sangat aku patah hati
kan? Yelah, cinta aku pun hanya bertepuk sebelah tangan. Tak akan ada tangan
yang menyambut tangan tomboy seperti aku. Aku membawa langkah ke arah padang.
Seminggu
lalu…
Rasa
gelisah serta gementar menguasai diri. Takutnya. Nak bagi ke tak? Rasa macam
tak nak bagilah. Aku mendekati beg Sa Ril tapi kemudian berpatah balik namun
ditahan Min Jun. aku memandang Min Jun.
“Bagi sahaja depan-depan. Jangan
larikan diri kau lagi”. Aku mengangguk. Kata-kata Min Jun benar. Sebenarnya,
aku takut nak dengar jawapan.
“Thanks Min Jun”. usai sahaja aku
berkata sebegitu, kebetulan sahaja Sa Ril masuk ke dalam kelas.
Aku memandang Min Jun dan memberikan
isyarat mata. ‘Aku tak beranilah Min Jun’. dia menepuk dahinya. ‘Macam nilah.
Kau letak dalam loker kasut dia pastu pastikan dia ambil’. Aku mengangguk.
Aku meletakkan surat ke dalam loker
kasutnya seminit sebelum berbunyinya loceng balik dan aku bersembunyi untuk memastikan
dia mengambil surat tersebut. Yosh! Dia ambil surat tu! Dengan rasa happynya,
aku berjalan balik dan hanya perlu menunggu saat esok.
Keesokannya, aku ke sekolah dengan
rasa gembira yang penuh di dada. Aku sebenarnya lupa bahawa aku berikan surat
tu pada Sa Ril dan aku sendiri tak tahu kenapa aku gembira padahal aku totally
lupa hari itu.
Setiba sahaja aku di sekolah, aku
menerima kembali surat yang aku berikan semalam. Sebaik sahaja surat tersebut
berada dalam tangan aku, perasaan aku bertukar menjadi gelisah. Saat itu baru
aku teringat bahawa aku memberikan surat itu kepada Sa Ril semalam. Rasa macam
bodoh sangat. Perlahan-lahan aku buka surat itu dan tahu balasan dia? Nothing!
Kenapa tak koyak atau cakap tak terima aku? Kenapa mesti hantar aku balasan
kosong? Kenapa bagi balik surat tu?!
Kembali
ke masa awal tadi…
Aku
ni memang bodoh menyukai lelaki seperti dia. Dahlah tak bagi jawapan apa-apa
pula tu. Aku tak tahu jika dia masih memberi harapan pada aku.
“Amber!”. Lamunan aku mati apabila
melihatkan seseorang mendekati aku.
“Hee Joo-ah. Apa kau buat disini?”.
Aku menyoalnya.
“Aku nampak kau lepak dekat sini jadi
aku datanglah. Tapi aku panggil kau dekat 10 kali pun kau tak dengar. Tak
sangka kau mengelamun. Takkan pasal Sa Ril lagi kot?”. Wah?! Dia ni memang
sahabat sejati aku betullah. A,ah. Memang sebab Sa Ril pun.
Waktu aku dengan Hee Joo sedang
bersembang rancak, aku terlihat sepasang kekasih di bawah pokok bunga sakura
tak jauh daripada aku dan Hee Joo duduk. Tahu siapa? Nana si pelajar top di
sekolah bersama dengan Sa Ril pelajar paling pintar dan popular di sekolah.
Mereka memang sesuai.
Hee Joo turut memandang ikut arah anak
mata aku pandang. Dia kemudiannya memandang aku yang masih lagi kaku memandang
pasangan yang sedang ketawa mesra itu. Hee Joo bangun dan menarik tangan aku
agar aku bangun.
“Jom pergi makan, Amber. Atau kau nak
lawan game dengan aku kat arcade?”. Dia menyoal agar mata aku lari daripada
terus-menerus memandang pasangan tersebut.
“Terima kasih, bro. aku tahu niat kau
baik tapi aku tak ada mood nak hadap benda-benda lain. Aku gerak dululah”. Aku
membawa langkah jauh daripada situ.
“Amber! Sampai bila kau perlu lari
daripada segala-segalanya? Face it up, bro! don’t run away!”. Dia melaung pada
aku. Aku takut, Hee Joo. Aku takut sangat-sangat.
Aku membawa langkah menuju ke belakang
sekolah dan mula menangis di situ. Aku benci jatuhkan air mata untuk lelaki.
Namun aku juga tak mampu berhentikan air mata aku.
“Kau tahu cara nak lupakan seseorang
itu?”. Aku mengangkat kepala mendengarkan suara seseorang.
“Min Jun”. aku menyebut perlahan.
“Tahu tak?”. Dia menyoal aku lagi.
“Tak”. Aku menjawab sepatah. Dia
mengesat air mata aku dan menarik aku bangun. Bahu aku di tegakkan.
“Caranya ialah kata pada dia bahawa kau
bencikan dia. Kau akan rasa lega kemudian walaupun kau masih ada rasa suka pada
dia tapi aku yakin kau akan lupakan dia”. Min jun menarik senyuman.
“Lagipun, aku tak mahu tengok kau
menangis sebegini”. Kira mendekati aku.
“Kau kan kuat, takkan menangis sebab
lelaki kot?”. Hinata memerli aku. Seorang bagi tip, seorang menyokong, seorang
lagi perli. Bagus sangatlah tu.
“Amber! Do what you want”. Eura
menarik senyuman. Seorang lagi ni suruh aku buat apa aku nak. So! Let’s go!
Aku bangun dan menuju ke arah pokok
sakura tadi. Hee Joo tiada di situ dan kini hanya tinggal Sa Ril seorang diri
di situ.
“Oh? Kau nak buat luahan perasaan?”. Aku
memandang kananku.
“Gek? Tiba-tiba sesuka hati je kau nak
muncul”. Terkejut dengan kemunculan tiba-tiba si Hee Joo.
“Haha. Maaf. Kau nak aku teman kau?”.
Aku memandang Hee Joo. Teman? Tak perlu. Aku boleh lakukan sendiri.
“It’s okay. Just wait and see”. Kataku
sebelum melangkah menuju ke arah Sa Ril.
Sa Ril memandang aku aneh. Aku dah
bersedia! Dan aku berani katakannya dengan jujur. Aku tak mahu ia terus
terpendam lagi. Aku nak tamatkannya sekarang.
“Kau nak apa?”. Soalnya perlahan dan
meneruskan bacaan yang diganggu aku.
“Aku minta maaf ganggu kau. Aku nak
cakap yang aku suka kau! Dan aku dah bencikan kau. This is over, kau pun tak
pernah beri kata putus jadi lebih baik jika aku sendiri katakan terlebih
dahulu. Aku bencikan kau dan tak akan taruh harapan dan aku akan berhenti
menyukai kau. Selamat tinggal”. Aku meninggalkan tempat tersebut dan
menjauhinya.
Aku menuju ke arah Hee Joo dan memeluk
Hee Joo. Dia mengusap kepala aku mengurangkan perasaan sedih di hati aku.
“You done you’re best, Amber. Well
done”. Aku melepaskan Hee Joo dan memberikan high five.
“Aku ada kelas ni. Jumpa balik nanti
okay? Aku belanja kau. Makan apa yang kau nak balik nanti”. Aku menunjukkan ibu
jari kepada Hee Joo sebelum dia bergerak meninggalkan aku.
“Amber!”. Aku memandang Min Jun,
Hinata, Kira dan Eura yang mendekati aku. Aku terus memeluk mereka berempat.
“Aku dah berjaya dan aku rasa lega.
Terima kasih korang”. Aku mengalirkan air mata.
“Tiada terima kasih pada kawan yang
ikhlas membantu, Am”. Aku mengangguk mendengarkan kata-kata Hinata.
“You done well, Amber”. Min Jun
mengusap kepala aku.
“Kau memang tabah”. Eura menepuk bahu
aku perlahan.
“Jangan risau, Amber. Ini baru satu
cinta. Akan datang beberapa cinta lagi. Just wait for it”. Kira meletakkan
tangannya diatas bahu kiriku.
Aku lega.biarlah ini menjadi kenangan
mencintai seseorang. Aku rasa tenang dan aman. Aku rela bersama kawan-kawan
berbanding jatuh cinta dan kemudian patah hati.
T-A-M-A-T
Shin_97
First Broken Love