…RAKAN
vs CINTA…
Kirika
Hatsuki
Izaki Irui
Lakonan
Lakonan
Amber ( Fx
)
Chanyeol ( EXO)
“Wey
Kira! Mana kita nak belajar ni?”. Aku memandang Kira mengharapkan jawapan
positif daripadanya.
“Mama kata kita belajar dekat dewan
taman tu”. Aku memandang ke arah Kira tunding. Dewan eh? Weh! Ramainya lelaki!
Biar betul ni?
Memang aku berkawan dengan lelaki
tetapi mereka ni nampak macam menakutkan. Aku mungkin ambil masa untuk selesa
dengan orang yang aku baru kenal. Awal sahaja aku akan sopan sebab bila aku dah
mula rapat dengan seseorang tu, perangai sebenar aku akan mula keluar.
Kami mula bergerak menuju ke dewan.
Langkah aku berhenti dihadapan pintu dewan tersebut. Aku masih belum biasa dengan
keadaan sebegini. Pandangan aku dialihkan ke arah Kira yang mula masuk dengan
tenang. Aneh juga perempuan ni. Selalunya dialah yang paling malu.
“Kira…tak apa ke?”. Aku menarik tangan
Kira.
“Tak apa”. Dia menarik senyuman dan
mula menarik aku mengikutinya.
Sebaik sahaja aku dan Kira masuk,
beberapa orang lelaki mula berkumpul. Aku mengambil tempat dan Kira mengambil
tempat disebelah aku. Lelaki yang sedang menulis di papan putih sudah pun
memulakan pengajarannya.
“Siapa tu, Kira?”. Aku memandang Kira
dan kembali memandang lelaki yang sedang menulis di papan putih.
“Itulah Asai Nii-san (abang Asai).
Tenaga pengajar kita pada hari ini. Dia ni juga merupakan pelajar di Universiti
Hanguk”. Wow! Siswa pandai ni. Tahu tak bahawa hanya 20% untuk orang Hanguk
(Korea) memasuki Universiti Hanguk? Susah tau.
“Ok! Kamu ada apa-apa soalan nak
diajukan? Atau ada tak mana-mana bab yang kamu tak boleh kuasai?”. Asai mula
mengajukan soalan.
“Ada! Saya nak tanya pasal line!”. Aku
mengangkat tangan. Entah bagaimana perasaan malu boleh hilang secara tiba-tiba.
“Baiklah. Kita mula dengan soalan line
tahun 2005”. Ada cuak dah sebab budak-budak lelaki lain pandang aku macam apa
ntah.
Dah lepas sampai 3 bab kami belajar
malam ini dan aku tak ada peluang pun untuk berkenalan dengan budak-budak
lelaki ni. Aku mengangkat tanganku.
“Ada apa?”. Asai mengajukan soalan.
“Boleh tak kalau kita jalankan sesi
perkenalan? Saya nak tahu juga nama mereka ni dan aliran mereka”. Aku memandang
Asai. Kira tersenyum mendengarkan pendapat aku.
“Oh…Baiklah. Kenalkan diri dan aliran
kamu semua”. Asai menarik senyuman.
“Baiklah. Kau tengok yang tembam dan
comel ni. Nama dia…wei! Ko kenalkan diri kau sendirilah”. Dia menolak rakannya
yang agak gemuk itu. Well, comel tu adalah sikit.
“My
name David Beckham”. David beckham? Kenapa dia cakap bahasa Inggeris?
“Sewel kau ni. Nama dia ni Hamitsu”.
Kenapa lelaki ni kenalkan kawan dia pula? Aku asyik perhatikan dia ni daripada
awal tadi. Dia ni sahajalah yang yang paling banyak bunyi.
“Yang sebelah aku dan agak hensem ni
ialah Hakami”. Aku memandang Hakami. Hm? Agak hensem? Macam poyo. Well, maybe
sebab aku tak berapa kenal dia lagi kot. Kenapa lelaki ni kenalkan mereka?!
“Yah! Kau asyik kenalkan kami je. Kau
pula?!”. Hakami memandang lelaki yang memperkenalkan mereka tadi.
“Nak memperkenalkan dirilah ni”. Dia
berdehem dan mula bangun. Okay…apa kau fikir ini proper introduce ke?!
“Nama aku Izaki Irui. Panggil Irui atau
Irui-kun”. Aku memandang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Irui tadi.
Irui-kun? Izaki sahajalah. Bukan rapat lagi pun.
“Kami bertiga daripada aliran
perdagangan”. Aku mengangguk. Mereka mulai memandang kami satu-persatu.
“Baiklah. Kami pula. Nama dia ni ialah
Sizuka Kira. Dia ambil aliran perdagangan macam kamu semua. Saya Kirika
Hatsuki. Aliran Seni”. Dah kenapa aku kenalkan Kira macam Irui kenalkan
rakan-rakan dia?!
“Hatcchi!”. Hatcchi?! Apa dia fikir aku
anjing ke nak bagi gelaran macam anjing?! Nani? Hatcchi?!
“Oi! Dia bukan anjinglah”. Hakami
menolak kepala Irui.
Irui hanya tersengih. Irui nampak
comel bila dia ketawa, senyum dan sengih. Dia juga seorang yang friendly dan
sporting. Adakah ini perasaan cinta?
“Boleh tak nak minta nombor kamu semua?
Korang ada Kakao Talk kan?”. Soal Kira. Aku memandang Kira? Nani?! Nombor
telefon? Dengan beraninya Kira minta. Kira yang minta? Betul ke ni?
Mereka semua menyatakan yang mereka ada
dan Kira mencatitnya pada buku aku. Yang aku aneh, kalau kau minta nombor
telefon diorang, kenapa mesti di buku aku?! Akhir sekali kami mula melangkah
pulang. Walaupun aku kasar macam lelaki tetapi aku masih ada benda yang aku
takutkan iaitu hantu, anjing dan guruh. Diorang semua mengusik kami tentang
hantu. Sabar sahajalah.
Dirumah, aku mula mengisi nombor telefon
mereka. Orang yang sporting chatting dengan aku ialah Irui. Tanpa diduga aku
menjadi rakan baiknya. Dalam pada masa yang sama, aku mencintainya. Aku
biasanya tak akan jatuh cinta pada orang yang menjadi sahabat aku tapi masalah
sekarang ini ialah aku jatuh cinta pada dia terlebih dahulu barulah menjadi
rakan. Aneh tapi reality!
Setiap malam kami berhubung melalui
Kakao Talk. Aku tak mampu melepaskan telefon bimbit pintar daripada tangan aku.
Hari-hari aku kini terasa indah. Aku tak pasti jika aku dapat lafaz perkataan
keramat tu sebab aku dah pernah alami perasaan ini dahulu yang membuatkan aku
berjanji untuk tidak jatuh hati pada rakan-rakan aku.
3
tahun lalu…
“Ogata…aku
sebenarnya suka kau sejak kau tolong aku dekat hutan waktu kita berkhemah
sebelum ni”. Aku memandang anak mata Ogata. Mengharapkan balasan daripadanya.
“Kau gila ke apa? Kita dah jadi kawan sejak 2
tahun lalu. Mengarutlah kau ni. Lagipun aku anggap kau sebagai adik aku je pun
dan kawan aku”. Ogata meninggalkan aku. Dia tidak pernah menegur aku sejak
kejadian luahan perasaan itu.
Salahkah aku menyukai rakan aku
sendiri? Aku berjanji pada diri aku sendiri bahawa aku tidak akan pernah
menyukai mana-mana rakan aku lagi.
“Hatcchi? Kau okey? Kenapa
termenung?”. Lamunan aku mati apabila Irui menegur aku. Pandangan aku kini
terarah pada Irui. Mampukah aku ucapkan semua itu? Aku takut dia akan membenci
aku dan menjauhi aku.
Tangan aku mula menutup mulut aku dan
air mata aku mula menitis. Aku mengalihkan pandangan daripada Irui dan mula
menunduk.
“Kenapa Hacchi? Kau masih ingat pada
budak tu ke? Lupakan sahaja dia tu. Satu hari nanti kau akan jumpa juga dengan
orang yang menyayangi kau”. Masalahnya, aku tak menangis sebab Nogami. Aku
menangis sebab takut kehilangan kau.
“Hmm..aku tak mampu lupakan dia”.
Bodohnya mulut! Kenapa mengiakan?!
Keeseokannya, aku datang tapi Kira
sudah pun ke rumah Takagi sensei. Aku tak berani nak ikut jalan kecil tu sebab
aku nampak anjing dekat situ tadi dan jalan menghala sebelah kanan pula gelap.
Aku betul-betul fobia anjing ni. Apa patut aku buat?
Dengan segera aku mengeluarkan telefon
bimbit pintarku yang berjenama Samsung dan menghantar chat kepada Irui.
‘Irui! Teman aku! Kira tak ada ni!’.
‘Pergi mana? Kau dekat mana ni?’.
‘Aku dekat depan rumah Kira. Takutlah
nak pergi rumah Takagi sensei sebab jalan tu ada anjing’.
‘Apalah. Tunggu kejap. Aku nak keluar
ni’.
Aku memeluk telefon bimbit pintar aku
dan memandang sekeliling. Aku dengar suara memanggil aku menyebabkan aku
berpaling ke belakang. Irui!! Saat tu rasa macam lega sangat sebab ada
penyelamat.
“Sinilah!”. Irui memanggil aku. Aku
bergerak ke arahnya. Aku menarik sengihan membuatkan Irui menggelengkan
kepalanya.
“Jom”. Irui berjalan terlebih dahulu
mendahului aku. Aku hanya mengekorinya daripada belakang.
Saat anjing muncul, aku terus berlari
ke belakang Irui. Irui menghalau anjing tersebut. Entah kenapa, aku rasa
selamat berada di samping Irui. Aku memandang ke arah tangan Irui. Saat itu,
aku rasa seolah-olah mahu sahaja memegang tangan Irui. Aku sedar bahawa aku
bukan untuknya. Aku cuma kawan baginya.
Dah hampir seminggu dia menjadi rakan
baik aku dan dalam diam dia juga merupakan cinta hati aku. Satu hari, aku bawa
seorang lagi rakan ku selain Eura. Kami hanya rakan biasa. Disebabkan dia mahu
belajar, maka dengan hati yang terbuka aku membawanya dan nama dia ialah
Sakura. Aku tak kisah sangat kalau nak bawa orang yang ikhlas nak belajar.
Pada awalnya, Irui hanya mengusik
Sakura dan aku hanya ketawa walaupun ada sedikit cemburu pada Sakura. Irui
masih lagi memujuk dan menggembirakan aku. Aku benar-benar sayang pada dia.
“Sakura, itulah lelaki yang aku minat.
Aku sayang dia sangat-sangat. Comelkan dia?”. Aku menunding ke arah Irui dengan
penuh perasaan gembira.
“Bolehlah”. Sakura tersenyum melihat
aku.
Lama-kelamaan, aku perasan bahawa Irui
sentiasa mengekori Sakura. Saat dia meninggalkan aku dan mengejar Sakura, hati
aku benar-benar hancur. Kenapa mesti Sakura? Tidak lama kemudian, aku mendapat
tahu bahawa Irui dan Sakura menjadi pasangan kekasih. Air mata aku mengalir
walaupun ketika itu akan menaip patah perkataan yang menunjukkan aku gembira.
‘Oh
ye ke? Hahaha…tahniah Irui. Semoga bahagia’. Air mata aku masih mengalir
dengan deras walaupun di tangan aku menaip dengan ayat yang gembira.
‘Welcome’.
‘Haha, tak sangka ek kau kapel dengan
dia? Haha’
‘Come on lhaa’.
‘Okaylah, aku ada kerja nak kena buat.
Bye’.
Aku terus menutup Kakao Talk tanpa
menunggu balasan daripadanya. Maaf Irui…maaf..Aku terlalu sakit.
Keesokannya, aku menghantar satu chat
kepada Irui.
‘Irui, aku minta maaf kerana jatuh
hati pada kau. Aku sukakan kau tapi aku pasrah. Kau pun dah kapel dengan
Sakura. Harap boleh jadi kawan lagi’. Entah daripada mana aku dapat
keberanian untuk menghantar ayat sebegitu.
Tiba-tiba aku mendapat balasan. Aku
pantas mencapai telefon semula.
‘Kenapa kau tak cakap awal-awal lagi?’. Aku menekup
mulutku dan airmata ku mengalir deras.
‘Aku
takut. Aku takut kau akan pergi jauh dan lari daripada aku’.
‘kenapa kau fikir macam tu?
Sekurang-kurangnya kau jujur daripada awal’.
‘Aku benar-benar tersepit, Irui’.
‘Kalau kau bagitahu awal-awal sudah
pasti sekarang ni kita… kau tahu sendirilah kan’. Aku menepuk
kepalaku. Bodohnya kau, Hatsuki! Tapi kau juga bodoh Irui!
‘Tak apalah. Aku pasrah. Biar kita
kekal kawan sahaja’.
‘Okey. Bestfriend forever’.
Lepas daripada itu, aku mula terasa
bahawa Irui semakin menjauhi aku. Aku dah agak benda ini akan berlaku
lambat-laun juga. Aku benci pada Sakura! Kau tahu segalanya bahawa aku menyukai
Irui sebelum kau dan kau tetap pilih dia?! Apa masalah kau? Apa yang kau tak
puas hati dengan aku? Aku kumpul keyakinan untuk luahkan pada Irui, tapi
malangnya kau mula sebelum aku padahal kau baru sahaja kenal dia?! Aku benci
kau Sakura!
Ada jurang di antara aku dan Irui.
Sebelum ini aku pernah mengajak Irui untuk ke panggung wayang dengan aku dan
dia terima tapi kini dia menolak. Irui yang aku jumpa sejak pertama kali sudah
pun hilang. Irui yang kini sangat berbeza. Selamat tinggal Irui. Biarlah Irui
yang aku kenal dulu masih segar di ingatan. Kenangan-kenangan sejak bertemu
dengan Irui yang dulu masih kekal di ingatan. Aku juga sudah tidak ambil kisah
tentang Sakura lagi. Jika suatu hari nanti kau perlukan aku semula sebagai
kawan kau, aku sedia menadah tangan. Sayonara Irui-kun.
-T-A-M-A-T-