-TOMBOI VS MAK
NYAH-
“Ma! Shah tak sukalah kena paksa macam ni. Ma kena faham! Apa barang pakai make up segala ni! Jatuh maruah Shah sebagai tomboy tersohor!”. Well, guy…nice to meet you all. Ada kisah sebab apa aku jadi begini. Nama aku Shahrina. Aku lebih suka jika orang panggil aku Shah and also perwatakan aku lebih ke arah lelaki jadi memang sesuai nama Shah sahaja dengan aku.
Sebelum tu, aku nak ulang kisah ni ke
belakang sikit. Al-kisahnye apabila mama aku ni nak buat sambutan harijadi aku
besar-besaranlah kononnya. Dia tak mahu anak daranya ni kelihatan macam lelaki
jadi dia hantar seorang maknyah mana entah untuk make up aku dan tak
pasal-pasal maknyah tu kena satu das tumbukan padu aku bila dia mula sentuh
muka aku dan aku kena marah dengan mama aku.
“Ma! Shah dah kata banyak kali yang
Shah tak suka make up-make up segala ni. Plastic semua tu”. Aku mula menolak
barang make up ke tepi.
“Shah tak suka itu Shah punya pasal but
now is important time. You are birthday girl and you should act like a girl not
a boy. Mama tak mahu Shah pakai macam lelaki. Shah sedar tak pangkat papa tu
apa? Shah tu anak Dato’ jadi act like the one. Jangan nak jatuhkan maruah mama
dan papa pula. Faham. Let just be today”. Argh! Kenapalah mama suka sangat
memaksa ni?!
“Aril here! Where’s the birthday girl?
i want to see her”. La! Mak nyah mana pula ni?! Aku memandang mak nyah yang
masuk ke dalam bilik aku itu.
“Oh? Aril. Dah sampai pun. Tu birthday
girl kita. Her name is Shahrina. You make up dia bagi nampak cantik ya. I nak
dia nampak georgeous for this special night”. Mama! What are you talking about?
“Don’t worry datin. I handle semuanya
dan I akan tukarkan dia jadi Cinderella untuk malam ni”. Cinderella? Kau buat lawak
mak nyah. Kau nak kena penumbuk aku gamaknya eh. Tadi seorang mak nyah dah kena
sekarang ni giliran kau pula.
Mama berlalu keluar meninggalkan kami
berdua. Aril memandang aku atas bawah. Apa tengok-tengok? Tak pernah tengok
tomboy ke?!
“OMG! What are you doing wearing like
this? You’re a girl right? Jangan risau. I tukar you jadi perempuan paling
cantik, nyah!”. Gediklah pula mak nyah ni. Kau memang makan penumbuk aku
sekejap lagi. You touch me and you’ll die.
“Kau sentuh aku, kau mati mak nyah”.
Aku menunding ke arahnya.
Aril mula mendekati aku dan
mengeluarkan barang make up. Aku memandang dia tajam. Dia mula memegang bahu
aku untuk memaksa aku duduk. aku cuba melepaskan pegangan tangan dia daripada
bahu aku. Kuat gila mak nyah ni.
Yang paling menakutkan, dia boleh
paksa aku dengan muka penuh senyuman macam tu? Gila mak nyah ni. Disebabkan aku
terlalu bengang, aku mengangkat penumbuk dan menghalakan ke arahnya. Penumbuk
aku ditahan. Wajah mak nyah tu dah mula berubah.
“Kau ni memang kerja nak belasah orang
je ke? Tadi kawan aku dan sekarang aku pula? Kau fikir kau kuat, kau nak
belasah orang? Jangan fikir aku nyah macam ni, kau boleh nak tumbuk aku sesuka
hati. Sekarang ni kau duduk”. aku mula menolak dia agar menjauhi aku.
“Aku tahu duduk sendiri. Cakap saja pun
bolehkan. Tak payah nak sentuh-sentuh aku”. Aku terus sahaja duduk di atas
kerusi menghadap cermin.
“Kau ni kena paksa baru nak buat
kalau tak kerja kau nak membelasah orang sahaja”. aku terus memandangnya tajam.
“Okay..okay…aku malas nak bertekak
jadi aku mulakan make up dengan basic make up”. Tangannya mula menyapu
penyegar. Aku ni memang cukup tak suka orang sentuh muka aku jadi secara
automatiknya aku melayang penumbuk sekali lagi.
Mak nyah ni memang kuat betul
sebab dia tahan aku punya penumbuk yang padu dan jitu ni. Dia menarik senyuman
yang membuatkan aku seram sampai bulu roma aku pun menegak. Apa dia nak buat
nih?
“Kau memang minta kena ikatkan?”. Aku
terkejut. Dia mengambil selimut dan membalut aku. Entah macam mana, tali pun
boleh ada dalam bilik tu jadi dia guna untuk ikat aku dekat kerusi. Selepas 5
minit berlalu…
“Dah siap make up nyah! Kan cantik
kau macam tu. Barulah nampak wajah perempuan. Sekarang I buka tali ni. Tapi
jangan nak mengada pergi basuh muka. Terus pergi pakai baju dan bersedia untuk
turun”. Dia mula membuka ikatan. Tahu tak betapa panasnya aku! Kau dahlah balut
aku dengan selimut, lepas tu kau ikat pula aku.
“Kalau kau pergi basuh muka kau dan
kau degil tak pergi pakai baju yang sepatutnya kau pakai, that mean you want me
to help you with wear a gown. Aku akan buat apa yang aku kata. Kalau kau rasa
kau berani nak buat, kau buatlah”. Mama! This guy is scary guy I ever met! Aku
tak pernah jumpa lagi lelaki yang mampu buat aku takut sebegini. Dia ni mak
nyah ke? Kenapa pelik semacam?
“Now there…pergi pakai baju ya. I nak
panggil datin”. Dia keluar daripada bilik. Aku terus mencapai gaun malam dan
menyarungnya di badan. Pelik. Aku tak pernah nak dengar kata-kata lelaki selain
ayah dan abang aku. Tapi, lelaki ni mampu mengarah aku.
Beberapa minit kemudian, mama dan
Aril masuk ke bilik aku. Mama mendekati aku sambil tersenyum. Aku lihat Aril
hanya tersenyum memeluk tubuh.
“Now..this is just like before. Macam
nilah anak mama yang dulu. Mama tak tahu mana perginya Shahrina dan bukannya
Shah. It okay. Jom turun. Tetamu dah tunggu birthday girl kita ni”. Mama
berlalu keluar meninggalkan aku dan Aril.
Aku mula melangkah namun lengan aku
ditarik Aril membuatkan aku berpaling memandangnya. Apa yang dia nak lagi? Aril
mengikat tali reben yang berjuntai pada gaun malam.
“Maaf sebab aku penyebab kau sebegini”.
Dia berbisik di telinga ku sebaik sahaja usai mengikat tali reben di
belakangku. Dia pantas sahaja berlalu pergi dengan barang make up tadi. Dia
penyebab aku jadi macam mana aku sekarang?
Apa maksud dia? Kenapa dia pula? Yang
menyebabkan aku jadi begini sebab aku jatuh hati pada…
“Awak…saya suka awak sejak saya masuk
sekolah ini lagi”. Shahrina menghulurkan sebuah kotak berbentuk hati yang
mempunyai isi di dalamnya.
“Ha? Awak suka saya?”. Pelajar lelaki
itu memandang lama ke arahnya.
“Ya. Saya sukakan awak, Hakimi”. Pelajar
lelaki yang bernama Hakimi itu memandang ke arah Shahrina dengan agak lama.
“Maaf. Saya tak mampu menerima awak.
Maaf ya”. Hakimi terus sahaja berlalu pergi.
“Kau buat apa lagi tu? Datin dah panggil
tu”. Aku memandang ke arah Aril yang berada di muka pintu.
“Aku tahulah”. Aku mengangkat sedikit
gaunku untuk memudahkan aku berjalan. Nama budak yang menjadi penyebab aku jadi
sebegini ialah Hakimi dan bukannya Aril atau Hakimi ada nama lain? Aneh.
Sebaik sahaja aku melangkah turun,
kedengaran suara-suara katak menyanyikan lagu selamat harijadi kepada aku dan
aku hanya mampu tersenyum. Malas nak cakap apa-apa. This is the last time. Sabar Shah…sabar…
Aku menyapa setiap tetamu yang hadir ke
majlis menyambut harijadi aku itu. Termasuk kawan-kawan aku dan aku juga
menjadi bahan ketawa oleh rakan-rakan aku. Argh! Aku rasa macam orang bodoh
pakai gaun malam dan make up segala ni!
Akhirnya majlis ini tamat dan aku dapat
memakai kembali baju kasual aku seperti biasa. Kenalilah aku! Aku tomboy
tersohor di Kuala Lumpur! Bangga pula jadi tomboi. Sure otak aku tak betul.
Langkah aku pantas bawa ke luar. Hm? Aril tengah bersembang dengan mama. Gaya
serupa mak nyah betul. Aku benci mak nyah pun sebab Hakimi yang pernah tolak
cinta aku tu. Dia bukanlah mak nyah tapi gayanya lebih kurang. Bezanya, mak
nyah ni tergedik-gedik nak mampus tapi Hakimi ni jenis yang lemah lembut. Macam
tulah kisahnya. Argh! Peduli apa aku. Dia dengan mak nyah sama sahaja.
“Apa you buat ditepi kolam ni? Nak kata
kolam ni ada ikan, tak adalah pula sebab ni kolam renang. Teringatkan seseorang
ke?”. Lamunan aku mati dan dengan pantasnya aku memandang ke sebelah kananku.
“Oho. Mak nyah extra kuat. Apahal kau
datang sini? Sakit mata aku pandang kau. By the way, tak payah ber I you dengan
aku. Menyampah aku dengar”. Aku kembali memandang ke arah kolam.
“Kenapa kau benci sangat dengan mak
nyah?”. Aku memandang Aril yang sedang memandang aku.
“Sebab apa eh? Perlu ke aku cerita pada
orang yang aku tak kenal?”. Aku memandang dia sangsi. Kalau aku perhatikan dia
ni, segak orangnya. Mata dia agak-agak warna coklat. Bibir dia merah merekah
menandakan dia tidak merokok, kulit dia pun kuning langsat.
“Aku tahu aku hensem, tak perlulah nak
pandang lama-lama. Jadi, aku nak dengar cerita daripada kau sebab datin dah
ceritakan separuh pada aku”. Terkejut aku mendengarkannya. Apa? Mama cerita
pada dia? Biar betul? Siapa dia ni? Kenalan mama juga ke?
“Okey aku ceritakan. Well, benda ni mula sebab aku jatuh hati pada lelaki lembut nama Hakimi. Aku suka dekat dia sebab dia seorang yang bersopan-santun, kemas dan berbeza daripada pelajar lelaki lain. Then, bila dia tolak cinta aku…aku jadi terkesima. Ramai pelajar yang mengejek aku dan menghina aku sebab tak tahu malu nak bercinta dengan pelajar cemerlang sekolah. Sejak daripada itu, aku mula berubah. Now, this is I in the future and me before are all the past. Aku tak mahu mengulang semua itu lagi”. Entah mengapa Aril ketawa tiba-tiba.
“Okey aku ceritakan. Well, benda ni mula sebab aku jatuh hati pada lelaki lembut nama Hakimi. Aku suka dekat dia sebab dia seorang yang bersopan-santun, kemas dan berbeza daripada pelajar lelaki lain. Then, bila dia tolak cinta aku…aku jadi terkesima. Ramai pelajar yang mengejek aku dan menghina aku sebab tak tahu malu nak bercinta dengan pelajar cemerlang sekolah. Sejak daripada itu, aku mula berubah. Now, this is I in the future and me before are all the past. Aku tak mahu mengulang semua itu lagi”. Entah mengapa Aril ketawa tiba-tiba.
“Hanya sebab itu kau benci mak nyah?
Hakimi tu bukan lelaki lembut ke? Sama ke dengan mak nyah yang tergedik-gedik
tu?”. Soalan Aril membuatkan aku berfikir sejenak. Memang betul apa kata dia.
Aku juga pernah berfikiran seperti itu tapi aku tak dapat terima kenyataan.
“Kalau kata Hakimi tu sekarang dah mula
menyukai kau, apakah kau akan menerimanya?”. Mata Aril kini menjadi tatapan
mataku.
“Haha. Siapalah aku untuk orang pandang.
Aku dah benci masa lalu”. Aku segera bangun dan mula untuk melangkah pergi.
Sebuah mesej masuk. Aku dengan pantas
mengeluarkan Samsung Galaxy Notes III. Hm? Daripada Muaz? Pehal dia tiba-tiba
hantar? Gila apa?
Muaz :
Weyh, ko tahu…skolah kita yg dulu tu anjurkan reunion. Ko dtg le kli ni.
Jgn lri lgi. Face it bro. ko x nak ke jmpa kesyngn yg ko puja-pujakan dulu tu?
Apa slh brjmpanya lgy kan? Isnin dua minggu dari hari ni! Pukul 9.00 pagi
sampai pukul 12.00 tengah hari.
Kepala
aku garu menandakan aku bingung. Memang betul kata si Muaz ni. Aku dah tiga
kali tak hadir ke reunion sekolah anjurkan. Aku takut nak berhadapan dengan
kisah lalu. Aku rasa aku dah bersedia untuk pergi reunion kali ini. Aku yakin.
2
minggu kemudian…
Pemakaian
aku seperti biasa. Kasual seperti lelaki. Aku memakai t-shirt dan hood di luar.
Seluar jean fit menjadi pilihanku seperti biasa dan aku juga mengenakan topi
snapback. Motor kawasakiku menjadi peneman dan aku parkirkan di tempat meletak
motor lalu melangkah memasuki dewan sekolah.
Aku rindukan tempat ini. Disinilah
percintaanku bermula dan akhirnya aku hanyalah bertepuk sebelah tangan. Aku
sedar bahawa aku tidak layak untuknya. Hinaan demi hinaan dijatuhkan ke atasku
membuatkan aku berubah 100%.
“Nur Shahrina Balqis!”. Sebaik sahaja
namaku disebut, mereka semua memandang ke arah aku. Bengong Si Muaz ni! Nak
memalukan aku ke? Kau memang nak mati.
Mereka semua terkejut dengan penampilan
aku. Rakan-rakan perempuanku yang sentiasa membelaku di waktu sekolah dahulu
mendekati aku.
“Kau ke ni Rina?”. Sarah mengajukan
soalan.
“This is me. I’m not that Nerd Rina
anymore. I am Shah”. Aku menarik senyuman dengan kedua-dua belah tanganku
diselukkan ke dalam seluar.
“What happen? Why you changed yourself
this much?”. Memang aku berubah. Aku berubah daripada seorang pengawas disiplin
yang berkaca mata dan pendiam kepada seorang tomboi yang lasak dan ganas.
“Selepas mereka menghukum aku. Maksud
aku, meletakkan hinaan demi hinaan ke atas aku”. Aku memandang ke atas pentas.
“I understand it”. Kata Alia pula.
“Dah bertahun tak nampak kau orang. Wah!
Alia dah makin cantik. Kau pula Sarah, daripada gemuk dah jadi kurus. Macam
modellah. Kau Farhana, daripada gelap dah jadi cerah. Cantik gila kau orang”.
Aku memuji mereka.
“Kau pun tak ada kurangnya. Daripada
seorang yang nerd berkaca mata dan memakai pendakap gigi sudah pun berubah
menjadi seorang yang cantik sebenarnya. Cuma pemakaian kau sahaja menampakkan
gaya lelaki”. Kami mula ketawa. Aku
mencari-cari kelibat Hakimi.
“Hakimi sekarang ni kerja apa? Macam
mana dia?”. Mereka berpandangan sesama sendiri dan memandang aku.
“Wah. Kau masih suka pada dia ke?”. Aku
memandang Sarah.
“Tak adalah”. Ya. Aku masih ada perasaan
pada dia walaupun sudah 5 tahun berlalu.
“Dia sekarang adalah CEO syarikat dan
dengar kata dia ada tolong ibunya dalam bidang solekan”. Kata Alia.
Masih tetap lelaki lembut rupanya. Tak
akan pernah berubah rupanya lelaki tu. Macam mana dia agaknya? Segakkah dia?
Atau dia macam Aril. Aril? Ya, tanpa sedar sebenarnya aku mula mempunyai hati
pada mak nyah tu. Argh! Ini semua gila. Aku tak mahu jatuh cinta dengan mak
nyah!
“Baiklah! Kita akan memulakan majlis
kita dengan persembahan daripada 5 Sains 2, sketsa Aku Bukan Untuk Kau.
Mempersilakan”. Karut betul si Muaz. Umur dah 22, tak macam 22 tahun.
Bila aku tengok jalan cerita apa yang
pelajar kelas 5 Sains 2 lakukan ni, mengingatkan kisah aku dengan Hakimi. Aku
hanya fikir pada awalnya bahawa ini suatu kebetulan tapi lama-kelamaan bila aku
mengamatinya, aku merasakan bahawa mereka melakonkan kembali babak dimana cinta
aku ditolak olehnya. Tamat sahaja sketsa itu, Muaz kembali ke atas pentas.
“Kita teruskan dengan ucapan daripada
pelajar cemerlang sekolah kita dahulu,Hakimi!”. Hakimi? Hakimi? Betul ke?
Mereka sebut Hakimikan? Kenapa Aril?
Macam mana Aril boleh ada di sini? Kenapa dia muncul disini? Dia Hakimikah? Aku
betul-betul bingung.
“Assalamualaikum. Saya ucapkan tahniah yang
sudi hadir pada reunion kali ke-4 ini. Terima kasih kerana sudi datang”. Aku
malas nak mendengar apa yang dia katakan lagi jadi aku terus mengangkat kaki
untuk pergi. Aku tak sangka dia adalah Hakimi.
Setiba sahaja di parker, aku terus
membuka kunci motor Kawasaki untuk dihidupkan enjin namun ditahan oleh
seseorang. Aril?
“Kau buat apa disini? Nak hina aku
sebagaimana dia orang hina aku bagi pihak kau? Tak sangkakan, betapa kecilnya
dunia. Kenapalah kau yang menjadi tukang make up aku dulu. Kalaulah aku lari
daripada majlis tu waktu itu, aku akan rasa bersyukur sangat tak ditemukan dengan
kau”. Aku menarik tangan aku.
“Kenapa kau terlalu bencikan aku? Ya!
Aku memang Hakimi atau nama penuh aku Tengku Aril Hakimi. Aku tak mampu terima
kau pada waktu itu dengan bersebab. Kita hanya tinggal seminggu untuk
menghadapi peperiksaan SPM waktu itu dan kau pula meluahkan perasaan pada aku
tak kena masanya”. Aku memandang mata Aril mencari sinar kebenaran.
“Ah sudahlah! Banyaklah kau punya ayat.
Dasar penipu. Kalau kau tak suka cakap sahaja. aku sedar bahawa aku nerd,
berkaca mata dan pakai pendakap gigi. Aku benci jantan sebab inilah puncanya.
Aku fikir kau seorang lemah lembut, bersopan santun dan kemas tak akan memilih
rupa tapi aku sedar bahawa lelaki semua sama”. Aku menarik tanganku.
“Rin! Aku nak kau tahu bahawa aku suka
kau!”. Aku kembali memandang Aril dengan wajah hairan. Huh? Apa dia merapu ni?
Wayar dia putus ke?
“Tak payah nak baik hati nak sukakan
akulah!”.
“Aku bukan sengaja nak sukakan kau tapi
aku memang sukakan kau. Aku sukakan kau sejak zaman sekolah lagi. Aku minta
maaf aku tak mampu terima kau demi SPM tapi sebaik sahaja periksa terakhir tamat,
aku terus mencari kau di rumah untuk menyatakan perasaan aku pada kau, tapi kau
dah pindah. Bila aku umur 21, aku mengenali Datin dan daripada situ, aku dapat
mencari kau. I love you so much even if you hate me. Once you leave me before,
but please not this time because I love you more and more. Aku harap masih ada
peluang lagi untuk aku walaupun tinggal sekecil kuman ruang dihati kau. Aku
benar-benar cintakan kau”. Air mata Aril menitis setitis demi setitis. Inilah
masalah mak nyah. Menangis senang sangat.
“Nah! Jangan menangis lagi. Kau tu
lelaki!”. Aku menghulurkan sapu tangan ke arahnya.
Dia mengambilnya dan mengesat air
matanya. Dia memandang ke arah aku mengharapkan balsan daripada aku. Cinta aku
pada kau tidak pernah padam walaupun seketika. Aku cuba melupakan kau, tapi
wajah kau tetap akan terlayar di fikiran aku.
“Aku juga cintakan kau. Aku tak
pernah lupakan kau walaupun sesaat. Aku tak mampu dan aku tak sangka ini
pengakhiran cinta aku”. Aku menarik senyuman.
“Ini bukan pengakhiran tapi ini adalah
sebuah permulaan bagi kisah cinta kita, sayang”. Dia menarik lengan aku. Nasib
baik berlapik kau tahu!
“Hoi! Siapa sayang kau?!”. Aku
menjerkah.
“Kaulah sayang aku. Jom!”. Mata aku
mencerlung.
“Jom pergi mana?!”. Aku menyoalnya.
“Jom
kahwinlah. I tak sabar nak masuk minang you ni. Atau you nak I angkat you masuk
kereta I lepastu kita jumpa parents you. I sure parents you suka”. Gila apa mak
nyah ni?!
“Kau tu mak nyah! Mana larat angkat
aku! Dasar lelaki lembut”. Aku menumbuk bahunya perlahan.
“You ingat I tak kuat?”. Dia
mencempung badan aku membuatkan aku terjerit kecil. Gila apa? Kahwin pun tak
lagi oi! Haram oi!!
“Turunkan aku lah mak nyah! Kita tak
kahwin lagi! Haram!!”. Aku menepuk dadanya.
“Kita nak pergi kahwin sekaranglah ni
sayang. I mak nyah you dan you tomboi I. let’s go get married!”. Gila tak sweet
betul mak nyah ni. Tapi kata orang, mak nyah dan tomboi kalau berkahwin, akan
bahagia. Itu aku tak tahu. Aku bersyukur kerana cinta pertama aku kembali pada
aku. By the way, dia ni bukan mak nyahkan? Dia hanyalah lelaki lembut.
-T-A-M-A-T-

6 ulasan:
terbaik lah... hahaha
terbaik ke? masih baru dalam bidang ni. anyway, teruskan mengikuti cerpen yang akan datang
SHIN....i think citer ni best dari cter minho tu.....B.T.W ctr ni best lah hahaha :-D
-GEE-
Uuhuu..best la nyah..haha
Bestnya! Hahahahah!
Bestnya! Hahahahah!
Catat Ulasan