Make Our Own Fantasy World

Selasa, 23 Disember 2014

Tomboi VS Mak Nyah

-TOMBOI VS MAK NYAH-



“Ma! Shah tak sukalah kena paksa macam ni. Ma kena faham! Apa barang pakai make up segala ni! Jatuh maruah Shah sebagai tomboy tersohor!”. Well, guy…nice to meet you all. Ada kisah sebab apa aku jadi begini. Nama aku Shahrina. Aku lebih suka jika orang panggil aku Shah and also perwatakan aku lebih ke arah lelaki jadi memang sesuai nama Shah sahaja dengan aku.
         Sebelum tu, aku nak ulang kisah ni ke belakang sikit. Al-kisahnye apabila mama aku ni nak buat sambutan harijadi aku besar-besaranlah kononnya. Dia tak mahu anak daranya ni kelihatan macam lelaki jadi dia hantar seorang maknyah mana entah untuk make up aku dan tak pasal-pasal maknyah tu kena satu das tumbukan padu aku bila dia mula sentuh muka aku dan aku kena marah dengan mama aku.
        “Ma! Shah dah kata banyak kali yang Shah tak suka make up-make up segala ni. Plastic semua tu”. Aku mula menolak barang make up ke tepi.
        “Shah tak suka itu Shah punya pasal but now is important time. You are birthday girl and you should act like a girl not a boy. Mama tak mahu Shah pakai macam lelaki. Shah sedar tak pangkat papa tu apa? Shah tu anak Dato’ jadi act like the one. Jangan nak jatuhkan maruah mama dan papa pula. Faham. Let just be today”. Argh! Kenapalah mama suka sangat memaksa ni?!
         “Aril here! Where’s the birthday girl? i want to see her”. La! Mak nyah mana pula ni?! Aku memandang mak nyah yang masuk ke dalam bilik aku itu.
         “Oh? Aril. Dah sampai pun. Tu birthday girl kita. Her name is Shahrina. You make up dia bagi nampak cantik ya. I nak dia nampak georgeous for this special night”. Mama! What are you talking about?
          “Don’t worry datin. I handle semuanya dan I akan tukarkan dia jadi Cinderella untuk malam ni”. Cinderella? Kau buat lawak mak nyah. Kau nak kena penumbuk aku gamaknya eh. Tadi seorang mak nyah dah kena sekarang ni giliran kau pula.
          Mama berlalu keluar meninggalkan kami berdua. Aril memandang aku atas bawah. Apa tengok-tengok? Tak pernah tengok tomboy ke?!
          “OMG! What are you doing wearing like this? You’re a girl right? Jangan risau. I tukar you jadi perempuan paling cantik, nyah!”. Gediklah pula mak nyah ni. Kau memang makan penumbuk aku sekejap lagi. You touch me and you’ll die.
           “Kau sentuh aku, kau mati mak nyah”. Aku menunding ke arahnya.
          Aril mula mendekati aku dan mengeluarkan barang make up. Aku memandang dia tajam. Dia mula memegang bahu aku untuk memaksa aku duduk. aku cuba melepaskan pegangan tangan dia daripada bahu aku. Kuat gila mak nyah ni.
          Yang paling menakutkan, dia boleh paksa aku dengan muka penuh senyuman macam tu? Gila mak nyah ni. Disebabkan aku terlalu bengang, aku mengangkat penumbuk dan menghalakan ke arahnya. Penumbuk aku ditahan. Wajah mak nyah tu dah mula berubah.
         “Kau ni memang kerja nak belasah orang je ke? Tadi kawan aku dan sekarang aku pula? Kau fikir kau kuat, kau nak belasah orang? Jangan fikir aku nyah macam ni, kau boleh nak tumbuk aku sesuka hati. Sekarang ni kau duduk”. aku mula menolak dia agar menjauhi aku.
         “Aku tahu duduk sendiri. Cakap saja pun bolehkan. Tak payah nak sentuh-sentuh aku”. Aku terus sahaja duduk di atas kerusi menghadap cermin.
          “Kau ni kena paksa baru nak buat kalau tak kerja kau nak membelasah orang sahaja”. aku terus memandangnya tajam.
          “Okay..okay…aku malas nak bertekak jadi aku mulakan make up dengan basic make up”. Tangannya mula menyapu penyegar. Aku ni memang cukup tak suka orang sentuh muka aku jadi secara automatiknya aku melayang penumbuk sekali lagi.
             Mak nyah ni memang kuat betul sebab dia tahan aku punya penumbuk yang padu dan jitu ni. Dia menarik senyuman yang membuatkan aku seram sampai bulu roma aku pun menegak. Apa dia nak buat nih?
          “Kau memang minta kena ikatkan?”. Aku terkejut. Dia mengambil selimut dan membalut aku. Entah macam mana, tali pun boleh ada dalam bilik tu jadi dia guna untuk ikat aku dekat kerusi. Selepas 5 minit berlalu…
          “Dah siap make up nyah! Kan cantik kau macam tu. Barulah nampak wajah perempuan. Sekarang I buka tali ni. Tapi jangan nak mengada pergi basuh muka. Terus pergi pakai baju dan bersedia untuk turun”. Dia mula membuka ikatan. Tahu tak betapa panasnya aku! Kau dahlah balut aku dengan selimut, lepas tu kau ikat pula aku.
          “Kalau kau pergi basuh muka kau dan kau degil tak pergi pakai baju yang sepatutnya kau pakai, that mean you want me to help you with wear a gown. Aku akan buat apa yang aku kata. Kalau kau rasa kau berani nak buat, kau buatlah”. Mama! This guy is scary guy I ever met! Aku tak pernah jumpa lagi lelaki yang mampu buat aku takut sebegini. Dia ni mak nyah ke? Kenapa pelik semacam?
          “Now there…pergi pakai baju ya. I nak panggil datin”. Dia keluar daripada bilik. Aku terus mencapai gaun malam dan menyarungnya di badan. Pelik. Aku tak pernah nak dengar kata-kata lelaki selain ayah dan abang aku. Tapi, lelaki ni mampu mengarah aku.
          Beberapa minit kemudian, mama dan Aril masuk ke bilik aku. Mama mendekati aku sambil tersenyum. Aku lihat Aril hanya tersenyum memeluk tubuh.
         “Now..this is just like before. Macam nilah anak mama yang dulu. Mama tak tahu mana perginya Shahrina dan bukannya Shah. It okay. Jom turun. Tetamu dah tunggu birthday girl kita ni”. Mama berlalu keluar meninggalkan aku dan Aril.
         Aku mula melangkah namun lengan aku ditarik Aril membuatkan aku berpaling memandangnya. Apa yang dia nak lagi? Aril mengikat tali reben yang berjuntai pada gaun malam.
        “Maaf sebab aku penyebab kau sebegini”. Dia berbisik di telinga ku sebaik sahaja usai mengikat tali reben di belakangku. Dia pantas sahaja berlalu pergi dengan barang make up tadi. Dia penyebab aku jadi macam mana aku sekarang?
        Apa maksud dia? Kenapa dia pula? Yang menyebabkan aku jadi begini sebab aku jatuh hati pada…
        “Awak…saya suka awak sejak saya masuk sekolah ini lagi”. Shahrina menghulurkan sebuah kotak berbentuk hati yang mempunyai isi di dalamnya.
       “Ha? Awak suka saya?”. Pelajar lelaki itu memandang lama ke arahnya.
       “Ya. Saya sukakan awak, Hakimi”. Pelajar lelaki yang bernama Hakimi itu memandang ke arah Shahrina dengan agak lama.
        “Maaf. Saya tak mampu menerima awak. Maaf ya”. Hakimi terus sahaja berlalu pergi.
        “Kau buat apa lagi tu? Datin dah panggil tu”. Aku memandang ke arah Aril yang berada di muka pintu.
        “Aku tahulah”. Aku mengangkat sedikit gaunku untuk memudahkan aku berjalan. Nama budak yang menjadi penyebab aku jadi sebegini ialah Hakimi dan bukannya Aril atau Hakimi ada nama lain? Aneh.
        Sebaik sahaja aku melangkah turun, kedengaran suara-suara katak menyanyikan lagu selamat harijadi kepada aku dan aku hanya mampu tersenyum. Malas nak cakap apa-apa. This is the last time.  Sabar Shah…sabar…
       Aku menyapa setiap tetamu yang hadir ke majlis menyambut harijadi aku itu. Termasuk kawan-kawan aku dan aku juga menjadi bahan ketawa oleh rakan-rakan aku. Argh! Aku rasa macam orang bodoh pakai gaun malam dan make up segala ni!
       Akhirnya majlis ini tamat dan aku dapat memakai kembali baju kasual aku seperti biasa. Kenalilah aku! Aku tomboy tersohor di Kuala Lumpur! Bangga pula jadi tomboi. Sure otak aku tak betul. Langkah aku pantas bawa ke luar. Hm? Aril tengah bersembang dengan mama. Gaya serupa mak nyah betul. Aku benci mak nyah pun sebab Hakimi yang pernah tolak cinta aku tu. Dia bukanlah mak nyah tapi gayanya lebih kurang. Bezanya, mak nyah ni tergedik-gedik nak mampus tapi Hakimi ni jenis yang lemah lembut. Macam tulah kisahnya. Argh! Peduli apa aku. Dia dengan mak nyah sama sahaja.
       “Apa you buat ditepi kolam ni? Nak kata kolam ni ada ikan, tak adalah pula sebab ni kolam renang. Teringatkan seseorang ke?”. Lamunan aku mati dan dengan pantasnya aku memandang ke sebelah kananku.
       “Oho. Mak nyah extra kuat. Apahal kau datang sini? Sakit mata aku pandang kau. By the way, tak payah ber I you dengan aku. Menyampah aku dengar”. Aku kembali memandang ke arah kolam.
        “Kenapa kau benci sangat dengan mak nyah?”. Aku memandang Aril yang sedang memandang aku.
        “Sebab apa eh? Perlu ke aku cerita pada orang yang aku tak kenal?”. Aku memandang dia sangsi. Kalau aku perhatikan dia ni, segak orangnya. Mata dia agak-agak warna coklat. Bibir dia merah merekah menandakan dia tidak merokok, kulit dia pun kuning langsat.
        “Aku tahu aku hensem, tak perlulah nak pandang lama-lama. Jadi, aku nak dengar cerita daripada kau sebab datin dah ceritakan separuh pada aku”. Terkejut aku mendengarkannya. Apa? Mama cerita pada dia? Biar betul? Siapa dia ni? Kenalan mama juga ke?
        “Okey aku ceritakan. Well, benda ni mula sebab aku jatuh hati pada lelaki lembut nama Hakimi. Aku suka dekat dia sebab dia seorang yang bersopan-santun, kemas dan berbeza daripada pelajar lelaki lain. Then, bila dia tolak cinta aku…aku jadi terkesima. Ramai pelajar yang mengejek aku dan menghina aku sebab tak tahu malu nak bercinta dengan pelajar cemerlang sekolah. Sejak daripada itu, aku mula berubah. Now, this is I in the future and me before are all the past. Aku tak mahu mengulang semua itu lagi”. Entah mengapa Aril ketawa tiba-tiba.
       “Hanya sebab itu kau benci mak nyah? Hakimi tu bukan lelaki lembut ke? Sama ke dengan mak nyah yang tergedik-gedik tu?”. Soalan Aril membuatkan aku berfikir sejenak. Memang betul apa kata dia. Aku juga pernah berfikiran seperti itu tapi aku tak dapat terima kenyataan.
        “Kalau kata Hakimi tu sekarang dah mula menyukai kau, apakah kau akan menerimanya?”. Mata Aril kini menjadi tatapan mataku.
       “Haha. Siapalah aku untuk orang pandang. Aku dah benci masa lalu”. Aku segera bangun dan mula untuk melangkah pergi.
        Sebuah mesej masuk. Aku dengan pantas mengeluarkan Samsung Galaxy Notes III. Hm? Daripada Muaz? Pehal dia tiba-tiba hantar? Gila apa?
     
Muaz :

      Weyh, ko tahu…skolah kita yg dulu tu anjurkan reunion. Ko dtg le kli ni. Jgn lri lgi. Face it bro. ko x nak ke jmpa kesyngn yg ko puja-pujakan dulu tu? Apa slh brjmpanya lgy kan? Isnin dua minggu dari hari ni! Pukul 9.00 pagi sampai pukul 12.00 tengah hari.

Kepala aku garu menandakan aku bingung. Memang betul kata si Muaz ni. Aku dah tiga kali tak hadir ke reunion sekolah anjurkan. Aku takut nak berhadapan dengan kisah lalu. Aku rasa aku dah bersedia untuk pergi reunion kali ini. Aku yakin.

2 minggu kemudian…

Pemakaian aku seperti biasa. Kasual seperti lelaki. Aku memakai t-shirt dan hood di luar. Seluar jean fit menjadi pilihanku seperti biasa dan aku juga mengenakan topi snapback. Motor kawasakiku menjadi peneman dan aku parkirkan di tempat meletak motor lalu melangkah memasuki dewan sekolah.
       Aku rindukan tempat ini. Disinilah percintaanku bermula dan akhirnya aku hanyalah bertepuk sebelah tangan. Aku sedar bahawa aku tidak layak untuknya. Hinaan demi hinaan dijatuhkan ke atasku membuatkan aku berubah 100%.
        “Nur Shahrina Balqis!”. Sebaik sahaja namaku disebut, mereka semua memandang ke arah aku. Bengong Si Muaz ni! Nak memalukan aku ke? Kau memang nak mati.
        Mereka semua terkejut dengan penampilan aku. Rakan-rakan perempuanku yang sentiasa membelaku di waktu sekolah dahulu mendekati aku.
        “Kau ke ni Rina?”. Sarah mengajukan soalan.
       “This is me. I’m not that Nerd Rina anymore. I am Shah”. Aku menarik senyuman dengan kedua-dua belah tanganku diselukkan ke dalam seluar.
       “What happen? Why you changed yourself this much?”. Memang aku berubah. Aku berubah daripada seorang pengawas disiplin yang berkaca mata dan pendiam kepada seorang tomboi yang lasak dan ganas.
       “Selepas mereka menghukum aku. Maksud aku, meletakkan hinaan demi hinaan ke atas aku”. Aku memandang ke atas pentas.
       “I understand it”. Kata Alia pula.
       “Dah bertahun tak nampak kau orang. Wah! Alia dah makin cantik. Kau pula Sarah, daripada gemuk dah jadi kurus. Macam modellah. Kau Farhana, daripada gelap dah jadi cerah. Cantik gila kau orang”. Aku memuji mereka.
       “Kau pun tak ada kurangnya. Daripada seorang yang nerd berkaca mata dan memakai pendakap gigi sudah pun berubah menjadi seorang yang cantik sebenarnya. Cuma pemakaian kau sahaja menampakkan gaya lelaki”. Kami mula ketawa.  Aku mencari-cari kelibat Hakimi.
       “Hakimi sekarang ni kerja apa? Macam mana dia?”. Mereka berpandangan sesama sendiri dan memandang aku.
       “Wah. Kau masih suka pada dia ke?”. Aku memandang Sarah.
       “Tak adalah”. Ya. Aku masih ada perasaan pada dia walaupun sudah 5 tahun berlalu.
       “Dia sekarang adalah CEO syarikat dan dengar kata dia ada tolong ibunya dalam bidang solekan”. Kata Alia.
       Masih tetap lelaki lembut rupanya. Tak akan pernah berubah rupanya lelaki tu. Macam mana dia agaknya? Segakkah dia? Atau dia macam Aril. Aril? Ya, tanpa sedar sebenarnya aku mula mempunyai hati pada mak nyah tu. Argh! Ini semua gila. Aku tak mahu jatuh cinta dengan mak nyah!
        “Baiklah! Kita akan memulakan majlis kita dengan persembahan daripada 5 Sains 2, sketsa Aku Bukan Untuk Kau. Mempersilakan”. Karut betul si Muaz. Umur dah 22, tak macam 22 tahun.
        Bila aku tengok jalan cerita apa yang pelajar kelas 5 Sains 2 lakukan ni, mengingatkan kisah aku dengan Hakimi. Aku hanya fikir pada awalnya bahawa ini suatu kebetulan tapi lama-kelamaan bila aku mengamatinya, aku merasakan bahawa mereka melakonkan kembali babak dimana cinta aku ditolak olehnya. Tamat sahaja sketsa itu, Muaz kembali ke atas pentas.
        “Kita teruskan dengan ucapan daripada pelajar cemerlang sekolah kita dahulu,Hakimi!”. Hakimi? Hakimi? Betul ke?
        Mereka sebut Hakimikan? Kenapa Aril? Macam mana Aril boleh ada di sini? Kenapa dia muncul disini? Dia Hakimikah? Aku betul-betul bingung.
       “Assalamualaikum. Saya ucapkan tahniah yang sudi hadir pada reunion kali ke-4 ini. Terima kasih kerana sudi datang”. Aku malas nak mendengar apa yang dia katakan lagi jadi aku terus mengangkat kaki untuk pergi. Aku tak sangka dia adalah Hakimi.
        Setiba sahaja di parker, aku terus membuka kunci motor Kawasaki untuk dihidupkan enjin namun ditahan oleh seseorang. Aril?
        “Kau buat apa disini? Nak hina aku sebagaimana dia orang hina aku bagi pihak kau? Tak sangkakan, betapa kecilnya dunia. Kenapalah kau yang menjadi tukang make up aku dulu. Kalaulah aku lari daripada majlis tu waktu itu, aku akan rasa bersyukur sangat tak ditemukan dengan kau”. Aku menarik tangan aku.
        “Kenapa kau terlalu bencikan aku? Ya! Aku memang Hakimi atau nama penuh aku Tengku Aril Hakimi. Aku tak mampu terima kau pada waktu itu dengan bersebab. Kita hanya tinggal seminggu untuk menghadapi peperiksaan SPM waktu itu dan kau pula meluahkan perasaan pada aku tak kena masanya”. Aku memandang mata Aril mencari sinar kebenaran.
        “Ah sudahlah! Banyaklah kau punya ayat. Dasar penipu. Kalau kau tak suka cakap sahaja. aku sedar bahawa aku nerd, berkaca mata dan pakai pendakap gigi. Aku benci jantan sebab inilah puncanya. Aku fikir kau seorang lemah lembut, bersopan santun dan kemas tak akan memilih rupa tapi aku sedar bahawa lelaki semua sama”. Aku menarik tanganku.
        “Rin! Aku nak kau tahu bahawa aku suka kau!”. Aku kembali memandang Aril dengan wajah hairan. Huh? Apa dia merapu ni? Wayar dia putus ke?
        “Tak payah nak baik hati nak sukakan akulah!”.
        “Aku bukan sengaja nak sukakan kau tapi aku memang sukakan kau. Aku sukakan kau sejak zaman sekolah lagi. Aku minta maaf aku tak mampu terima kau demi SPM tapi sebaik sahaja periksa terakhir tamat, aku terus mencari kau di rumah untuk menyatakan perasaan aku pada kau, tapi kau dah pindah. Bila aku umur 21, aku mengenali Datin dan daripada situ, aku dapat mencari kau. I love you so much even if you hate me. Once you leave me before, but please not this time because I love you more and more. Aku harap masih ada peluang lagi untuk aku walaupun tinggal sekecil kuman ruang dihati kau. Aku benar-benar cintakan kau”. Air mata Aril menitis setitis demi setitis. Inilah masalah mak nyah. Menangis senang sangat.
          “Nah! Jangan menangis lagi. Kau tu lelaki!”. Aku menghulurkan sapu tangan ke arahnya.
         Dia mengambilnya dan mengesat air matanya. Dia memandang ke arah aku mengharapkan balsan daripada aku. Cinta aku pada kau tidak pernah padam walaupun seketika. Aku cuba melupakan kau, tapi wajah kau tetap akan terlayar di fikiran aku.
          “Aku juga cintakan kau. Aku tak pernah lupakan kau walaupun sesaat. Aku tak mampu dan aku tak sangka ini pengakhiran cinta aku”. Aku menarik senyuman.
          “Ini bukan pengakhiran tapi ini adalah sebuah permulaan bagi kisah cinta kita, sayang”. Dia menarik lengan aku. Nasib baik berlapik kau tahu!
         “Hoi! Siapa sayang kau?!”. Aku menjerkah.
         “Kaulah sayang aku. Jom!”. Mata aku mencerlung.
         “Jom pergi mana?!”. Aku menyoalnya.
         “Jom kahwinlah. I tak sabar nak masuk minang you ni. Atau you nak I angkat you masuk kereta I lepastu kita jumpa parents you. I sure parents you suka”. Gila apa mak nyah ni?!
         “Kau tu mak nyah! Mana larat angkat aku! Dasar lelaki lembut”. Aku menumbuk bahunya perlahan.
          “You ingat I tak kuat?”. Dia mencempung badan aku membuatkan aku terjerit kecil. Gila apa? Kahwin pun tak lagi oi! Haram oi!!
          “Turunkan aku lah mak nyah! Kita tak kahwin lagi! Haram!!”. Aku menepuk dadanya.
          “Kita nak pergi kahwin sekaranglah ni sayang. I mak nyah you dan you tomboi I. let’s go get married!”. Gila tak sweet betul mak nyah ni. Tapi kata orang, mak nyah dan tomboi kalau berkahwin, akan bahagia. Itu aku tak tahu. Aku bersyukur kerana cinta pertama aku kembali pada aku. By the way, dia ni bukan mak nyahkan? Dia hanyalah lelaki lembut.


-T-A-M-A-T-

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terbaik lah... hahaha

shin berkata...

terbaik ke? masih baru dalam bidang ni. anyway, teruskan mengikuti cerpen yang akan datang

siscat berkata...

SHIN....i think citer ni best dari cter minho tu.....B.T.W ctr ni best lah hahaha :-D

-GEE-

Tanpa Nama berkata...

Uuhuu..best la nyah..haha

Faree berkata...

Bestnya! Hahahahah!

Faree berkata...

Bestnya! Hahahahah!