Cerita ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun yang hidup atau yang sudah meninggal. Ini hanyalah rekaan semata-mata. Piece ^_^
-DIA YANG AKU
SUKA-
Dalam
kelas, aku merupakan pelajar kecoh tapi jika hanya dengan sahabat baik plus
rapat iaitu Johanna atau lebih selesa aku panggil dia ialah Jo. Nama aku pula
ialah Nabila Kaira. Selalunya rakan-rakan aku lebih selesa panggil aku Kaira.
“Weh Naim! Kaira mana?”. Aku dengan
pantas berpaling memandang ke arah suara lelaki yang menghampiri seorang rakan
lelakinya yang dipanggil Naim itu.
Aku tak fahamlah apa jenis konsep dalam
kelas aku ni. Mereka suka sangat menyatukan orang. Maybe pada mereka, itu
adalah satu gurauan tapi tolonglah…bukan pada aku. Aku jenis yang akan benci
pada orang yang dipadankan dengan aku, makanya aku amat anti plus benci pada
Muhammad Naim Qayyum.
“Kau tanya aku buat apa? Bukannya aku ada
dengan dia pun and by the way, dia bukan makwe aku pun”. Naim kemudiannya
memandang ke arah aku dan pantas memaling ke arah lain.
Betul! Buat apa kau tanya dia? Bukannya
aku ni makwe dia pun. Aku menggelengkan kepalaku dan menyambung membuat kerja
sekolah. Lebih baik abaikan. Menyusah kalau aku terus-menerus ambil kisah hal
remeh macam tu.
“Bukan eh? Aku fikir dia makwe kau. Tak
baik membenci nanti jatuh cinta. Siapa tahukan?”. Ayat tu paling aku benci.
Diulangi! PALING BENCI!
“Bodoh je lagi ayat kau. Sudahlah.
Banyak lagi kerja yang aku kena buat daripada melayan kau”. Naim berjalan
keluar daripada kelas meninggalkan rakannya itu.
Aku perasan yang dia selalu pandang aku
atau mungkin Jo? Siapa tahukan apa yang sedang bermain di dalam fikiran Naim.
Setiap kali dia pandang ke arah aku, dan bila mata kami bertembung, pastinya
dia akan mengalihkan pandangannya. Aku sebenarnya aneh dengan dia sebab
seolah-olah dia membenci aku. Apakah mungkin kerana dia menyukai Jo dan tak mahu
kantoi dek aku?
Kadang-kadang aku terfikir apakah dia
anti aku? Aku dan dia merupakan classmate tapi dia tak pernah bercakap dengan
aku ataupun bergurau dengan aku. Dia seringkali bergurau dengan kawan-kawannya
dan pelajar dalam kelas tapi malangnya bukan aku. Sebegitu bencikah dia pada
aku.
Aku tak mahu menyimpan perasaan pada dia
yang boleh menyebabkan kecederaan hati aku seperti mana pernah berlaku suatu
ketika dahulu.
“Orang kata jangan membenci sesuatu itu
sebab bermula daripada benci, boleh berubah kepada suka dan sayang. Jangan
membenci sesuatu matapelajaran itu tapi belajar mencintainya. Tak susah
sebenarnya. Bila belajar mencintai pastinya segalanya akan mudah”. Kata-kata
Cikgu Hanis mengundang kepada sebuah usikan.
“Dengar tu Naim. Jangan bencikan dia,
nanti kau akan jatuh cinta dengan dia”. Aku sekadar mengabaikan kerana mereka
tak menyatakan aku maka aku tak mahu perasan sendiri.
“Aku tak pernah benci dia tapi dia yang
benci aku”. Entah kenapa dapat aku rasa anak panah ditembak tepat mengenai hati
aku. Sakit! Macam perli aku je. Jo bencikan dia ke? Aku memandang ke arah Jo
yang fokus memandang ke arah hadapan.
“Kenapa kau pandang aku macam tu,
Kaira”. Soal Jo. Mungkin menyedari aku yang sedang memandang lama ke arah dia.
“Eh? Tak ada apa-apa. Saja pandang kau
sebab aku tengok kau fokus gila”. Tak memasal aku menerima tunjalan di dahi
aku.
“Buat kerjalah. Sibuk duk pandang aku
buat apa”. Aku kemudiannya mengangguk lemah. Aku tak pasti, kenapa dengan hati
aku ni. Aku rasa sakit sangat. Tolonglah lesap perasaan ni. Aku benci perasaan
ni.
Benda ni dah berlalu hampir setahun
lebih tapi perasaan tu baru muncul sem 3 ni. Aku benci perasaan ni sebab aku
benci tuan punya diri yang menimbulkan perasaan ini. Aku tak patut teruskan
perasaan ini atau aku bakal kecewa.
“NaimKaira”. Mereka terus-menerus
mengusik Naim dan hal ini turut membuatkan aku mendapat tempiasnya juga dan aku
tak suka!
Aku pantas bangun dan menepuk meja
dengan kuat sehingga menjadikan satu kelas diam seperti seolah-olah, aku sahaja
yang berada di dalam kelas tersebut. Mereka memandang ke arah aku dan Naim juga
turut memandang ke arah aku.
“Cukuplah!! Korang fikir aku suka
korang mengusik macam tu? Walaupun korang tujukan pada Naim tapi aku tetap
merasa. Pada korang benda tu gurauan tapi tidak pada aku! Aku benci orang
satukan aku! Cukuplah!!”. Usai aku berkata-kata, aku terus berjalan keluar
dengan beg disandang ke belakang badan.
Sudah beberapa minggu berlalu, tiada
lagi usikan nama aku dengan Naim tapi kali ini usikan Naim dengan Jo dan Naim
sendiri berasa senang dengan usikan itu malah turut mengusik Jo.
“Johanna! Nanti rehat dengan aku tau.
Naim tak kisahkan?”. Kedengaran Arif mengusik Naim dan Johanna. Johanna seperti
biasa, buat tak tahu dengan mereka.
“Apa? Eh! Tak boleh! Tak boleh!
Johanna, awak rehat dengan saya tau”. Amboi, manjanya suara kau Naim. Entah
kenapa hati ini rasa sakit dan terselit sedikit penyesalan.
“Jo…kau tak kisah ke mereka usik
begitu?”. Soalku ingin tahu.
“Biarlah mereka, aku tak ambil port
pun. Aku tak kisah apa yang mereka nak cakapkan asalkan tak kacau aku belajar
je”. Johanna kembali membaca bukunya.
Dapat aku rasakan seperti sepasang
mata sedang memandang ke arah aku. Dengan pantas aku menoleh ke arah kanan.
Seperti biasa, Naim akan memalingkan pandangannya dan berpura-pura turut sama
ketawa dengan gurauan kawannya.
Aku sekadar menundukkan kepala dan
memandang ke arah meja belajar yang beralas cantik dengan pembalut plastic dan
kain. Air mata aku tiba-tiba sahaja jatuh membasahi pipi. Kenapa? Kenapa air
mata aku mengalir?
Tiba-tiba lenganku ditarik seseorang
menyebabkan aku memandang ke arah manusia yang sedang memandang ke arah aku
dengan pandangan tajamnya.
“Farhan? Kenapa?”. Soalku.
“Ikut aku!”. Dia menarik aku bangun
dan keluar daripada kelas. Ah! Pastinya seluruh kelas akan tertanya-tanya
kenapa Farhan menarik tangan aku untuk mengikutinya.
Kami tiba di bilik rawatan. Aku
memandang ke arahnya kosong. Pasti dia dapat baca fikiran aku. Kenapalah susah
sangat nak sembunyikan perasaan aku sendiri?
“Kau suka Naim?”. Soalan Farhan
membuatkan aku ternganga. What? Aku sendiri tak faham perasaan hati aku, macam
mana aku nak jawab?
“Hah? Apa kau cakap ni? Mana mungkin…”.
Aku menafikan seperti biasa.
“Tak! Jangan cakap tak mungkin! Ianya
mungkin. Kau rasa sakitkan bila mereka satukan Johanna dengan Naim? Kenapa
sebelum ni melarang mereka menyatukan kau dengan Naim? Kau buka tak suka tapi
kau elakkan daripada Naim membencikan kau betul tak? Kau nak cakap kau bencikan
Naim? Tak mungkin kau boleh bencikan dia”. Macam mana dia tahu? Aku sendiri tak
pasti dengan perasaan aku. Macam mana dia boleh pasti?
“Pleaselah. Kau nampak pathetic sangat,
Kaira. This is so not you! Wake up girl!”.
“Aku tak nak simpan perasaan ni sebab
aku pasti Naim sukakan Johanna. Berhenti buat aku berharap, Farhan. Ia takkan
merubah apa-apa!”. Aku pantas bangun dan keluar daripada bilik rawatan dan
terlanggar seseorang.
“Kau okey?”. Aku mendongak apabila suara
tersebut menyapa gegendang telinga aku. Mataku membulat melihatkan manusia di
hadapan aku ini.
“Aku okey. Maaf”. Apa dia buat depan
bilik rawatan ni? Dengarkah dia tentang perbualan kami? Aku harap tak. Benda ni
benar-benar buat aku tertekan!
Pantas aku berjalan meninggalkan Naim.
Aku tak mampu berdepan dengan dia. Aku sakit dan sangat sakit. Perasaan dekat
hati ni sangat…sangat sakit! Terlalu!!
Aku termenung jauh ke arah luar tingkap
mencari ketenangan dalam diri dan mengusir jauh perasaan sakit ini. Perasaan
yang aku sendiri tak tahu. Aku seolah-olah keliru dengan perasaan sendiri. Ini
cintakah? Kenapa mesti pada Naim?
“Kaira”. Mendengarkan namaku dipanggil
menyebabkan aku segera berpaling ke arah kananku.
“Aku nak luahkan pada Naim yang aku suka
pada dia. Apa pendapat kau?”. Bertambah sakit di hati aku mendengarkan soalan
yang terpacul keluar daripada mulut Johanna.
“Jo…kau suka Naim?”. Aku tahu soalan itu
bakal mengundang parah di hati tapi siapalah aku untuk menghalang. Tambahan
pula dia merupakan sahabat baik aku.
Johanna mengangguk. Siapa yang sanggup
lukai perasaan sahabatnya sendirikan? Aku tak sanggup makanya aku relakan. Jika
ianya untuk kebahagiaan Johanna maka aku tak kisah jika hati aku disakiti.
Johanna masih memandang aku aneh. Mungkin kerana aku mempamerkan riak wajah
yang redup.
“Aku rasa kau patut luahkan. Kau pun
tahukan, lagi kau pendam, lagi tu lah kau sakit jadi go ahead. Go and
confess!”. Aku menarik sengihan. Siapa sangka, aku senyum di luar tapi sakit di
dalam.
Waktu hendak pulang akhirnya tiba,
Johanna memandang ke arah aku mengharapkan aku terus kekal di sisinya sehingga
waktu dia perlu menyatakan perasaannya. Aku memandang ke arah Naim.
“Naim!”. Johanna memanggil Naim
membuatkan aku turut memandang ke arah Naim.
“Ada apa Johanna?”. Dia berjalan ke
arah kami. Pandanganya yang diahalakan ke arah Johanna mula beralih ke arah
aku. Pandangan dia seolah-olah redup seredup-redupnya.
“Saya ingat nak cakap sesuatu dengan
awak. Boleh awak tunggu sekejap?’. Soal Johanna malu-malu. Well, memang tengah
malu pun. Maklumlah orang yang dia suka sedang berada di hadapannya.
Naim memandang ke arah Johanna dan
kemudiannya mengalihkan pandangannya dengan memandang ke arah aku. Kenapa kau
pandang aku? Bukan aku yang nak jumpa kau. Aku kemudiannya mengalihkan
pandangan ke arah lain.
“Assalamualaikum. Maaf mengganggu, Kak
Kaira! Dak Imran nak jumpa akak”. Melihatkan Syakir yang berada di muka pintu
membuatkan aku melangkah ke arahnya.
“Maaf babe! Aku nak kena gerak dulu. By
the way, goodluck. Jom Syakir”. Aku pantas berjalan mengekori Syakir
meninggalkan Naim dan Jo yang memandang ke arah aku.
Keesokan harinya, Johanna tidak
menghadirkan diri ke sekolah. Katanya dia tidak berapa sihat hari ni dan aku
dapat dengar suaranya yang agak serak-serak basah. Aku masih tertanya-tanya
apakah Naim dan Jo sudahpun menjadi pasangan kekasih?
Aku memandang ke arah Naim untuk
melihatkan reaksinya pada hari ini atas ketidakhadiran Johanna ke sekolah namun
reaksinya tidak berubah dan kekal seperti biasa. Dia ni tak ambil kira ke
Johanna tak datang sekolah? Tak nak bertanyakan aku ke? Eh! Mana mungkin nak
bertanyakan aku. Dia pastinya dah ada nombor telefon Johanna.
Johanna tidak datang hari ini dan
mengapa dia masih memandang ke arah aku? Kau nak cakap apa dengan aku
sebenarnya? Kau bencikan aku ke? Kenapa selalu pandang aku sebegitu? Aku tak
faham betul.
“Woah! Aku dengar semalam dak Johanna
confess dekat kau. Apa jawapan kau? Dah bagi jawapan belum? Manalah tahukan”.
Naim seperti biasa masih mendiamkan diri.
“Wuu! Naim dengan Johanna ke? Tahniah
geng. Tak sangka penyatuan kitorang benar-benar menyatukan korang”. Ujar Hazim
pula.
“Maaf. Aku tak terima dia”. Kata-kata
Naim mengundang kejutan daripada seluruh kelas. Semestinya aku juga tak
terkecuali. Kenapa?
Maksudnya Johanna tak datang sekolah
hari ini sebab dia menangis ke? Sebab dia patah hati? Aku tak sangka. Kerana
takut nak tahu jawapan daripada mulut Johanna, aku tidak mengetahui kekecewaan
di hati Johanna. Lantas aku bangun dan berjalan ke arah Naim.
“Kau! Aku tak faham kenapa kau tolak
Johanna. Well, dia dah perfectkan? Even kau pun suka mengusik dia kan?
Memberikan dia salah faham. Sekarang korang nampak tak kenapa aku tak suka cara
korang mengusik? Sebab ia membawa kepada salah faham! Ini soal hati dan
perasaan tahu tak! Aku benci kau Naim!”. Aku menghempas mejanya sebelum berlalu
keluar meninggalkan kelas.
Aku bukannya benci dia gila-gila cuma
aku terlalu pentingkan perasaan sahabat aku daripada pentingkan perasaan dan
hati aku sendiri. Aku rasa sahabat yang paling penting. Mereka sahaja yang
tidak dapat diganti dengan sesuka hati. Cinta dan teman lelaki ini sekejap
sahaja. Tak akan pernah kekal. Dapat diganti juga suatu hari nanti.
Langkah aku dibawa ke belakang
bangunan sekolah yang agak using. Disitu aku melepaskan tangisan. Bodohnya aku!
“Aku tak benci tapi aku benci! Ah!
Macam mana ni? Aku suka dia tapi aku benci dia. Aku sayangkan Johanna.
Perasaannya lebih penting. Kalau aku fikir ini adalah kesempatan aku untuk
meluahkan rasa cinta aku pada Naim, bermakna aku mementingkan diri sendiri”.
Air mata aku terus-menerus mengalir membasahi pipi.
“Kau suka aku?”. Mendengar suara
seseorang yang tidak lagi asing pada aku membuatkan aku dengan pantasnya
berdiri dengan riak yang amat terkejut.
“Naim! Kau buat apa disini?”. Soalku.
“Kau sukakan aku tapi kau diam? Kau
rela tolong kawan kau daripada diri kau sendiri? Kau rela sakitkan hati kau
demi kawan kau? Sepatutnya kau jaga hati kau sendiri. Kenapa setiap kali aku
pandang kau, kau mesti jelling aku? Kenapa aku rasa seolah-olah kau membenci
aku?”. Soalan dia mematikan pergerakan aku untuk berlari.
“Sebab dia kawan aku. Sebab dia
sahabat aku. Sebab dia satu-satunya sahabat yang tiada ganti. Aku rela sahabat
aku bahagia sebelum aku. Aku tak rela pijak atas perasaan sahabat aku sendiri.
Kau tak akan faham”. Aku memandang ke arah lantai.
“Ye! Aku memang tak akan faham. Aku
tak akan faham cara kau yang cuba untuk cari kebahagiaan kawan kau tapi bukan
diri kau! Kau nak aku buat apa? Kau nak aku terima kawan kau padahal aku
sukakan kau?! Macam tu? Kau tak pernah nampak perasaan akukan? Kau pernah tahu
tak yang aku dan Jo bekerjasama untuk lihat perasaan kau?”. Kerjasama? Naim?
Jo? Apa ni?
“Tak kan? Bila Jo sengaja nyatakan
yang dia nak luahkan perasaan pada aku, sedikit pun kau tak pamerkan riak cemburu.
Aku fikir kau membenci aku. Berkemungkinan kau langsung tak pernah sukakan aku.
Jo tak pernah sukakan aku dan dia banyak membantu aku. Aku suka kau, Kaira.
Tolonglah jangan tolak perasaan ikhlas aku”. Makin laju air mata aku mengalir.
“Aku…aku tak pernah bencikan kau tapi
aku fikir kau anti sangat dekat aku. Kau tak pernah tegur aku. Kau sukar nak
bergurau dengan aku. Kau buat aku macam musuh kau seorang dalam kelas padahal
kau mampu bergelak ketawa dengan rakan-rakan yang lain. Aku tak pernah faham
kau. Aku juga sukakan kau”. Kata-kata aku mengundang senyuman di bibirnya.
“Dah. Mulai esok aku layan kau baik
okay? Berhenti menangislah. Buruk muka tu nanti. Jom masuk kelas. Nanti mereka
fikir apa pula”. Naim berjalan mendahului aku membuatkan aku yang mengekorinya
ini berasa teramat gembira. Cinta aku sudah berbalas. Mungkin aku sepatutnya
melangkah setapak kehadapan tapi aku tak mampu kerana aku takut. Kini segalanya
telah selesai. Aku sayang kau, Naim.
-T-A-M-A-T-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan