Diri Wanita
Wanita,
Selemah-lemah insan,
Namun sekuat lelaki,
Hati yang tabah mengharungi pelbagai dugaan,
Walaupun mengalir setiap butir mutiara,
Wanita,
Seringkali tersungkur,
Akibat penangan cinta daripada seorang insan bernama
lelaki,
Namun mampu bangkit dengan tabahnya,
Mengharungi dugaan hidup,
Terus mencari cinta sejati,
Cinta yang kekal dihati,
itulah dia Cinta Illahi.
Wanita,
Biarpun tidak sekuat Sumayyah,
Biarpun tidak setabah Aisya Humairah,
Namun masih mencuba untuk mengikuti jejak mereka,
Seringkali tersasar jauh daripada jalan yang lurus,
Namun mampu memandu kembali ke jalan yang benar.
Wanita,
Hati bagaikan kaca,
Mudah benar menjatuhkan mutiara berharga,
Mudah benar terperdaya dengan bisikan syaitan,
Bagaikan hembusan bayu membawa daun pergi bersama,
Hanyut hilang di pekatan malam,
Tapi kembali bersama cahaya,
Menghalau pergi bisikan halus yang bagaikan racun.
Wanita,
Bukan untuk diperlekehkan,
Bukan untuk dihina,
Bukan untuk diperkecilkan,
Tapi untuk disayangi,
Dijaga kehormatan mereka,
Dibelai bagaikan permata berharga,
Hargailah seorang wanita,
Bakal menjadi seorang isteri.
Utusan daripada Illahi,
Menjadi tulang rusuk bagi seorang lelaki,
Menjadi ratu di hati lelaki,
Menjadi peneman sehidup semati,
Bagi lelaki bergelar suami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan