Make Our Own Fantasy World
Rabu, 27 Januari 2016
Dia Yang Aku Suka
Selasa, 19 Januari 2016
Andai Itu Takdir Illahi
-ANDAI ITU TAKDIR ILLAHI-
Aku jenis yang tidak suka jatuh cinta pada sahabat sendiri mahupun yang lebih muda daripada aku. Banyak hati yang kecewa disebabkan aku menolak luahan perasaan mereka dengan dingin. Bagi golongan muda daripada aku yang berani meluahkan perasaan pada aku pula, aku tolak dengan nada sinis. Aku teringatkan kata seorang junior yang muda daripada aku sebelum ini.
“Maaf, saya tak mahu bercinta dengan budak bawah umur”.
“Berlagak sangat. Mementingkan umur sahaja. Aku harap kau jatuh cinta dengan budak bawah umur kau. Baru kau tahu langit tinggi rendah”. Kata-kata budak ni seolah-olah menjadi sihir ke atas aku.
Tanpa sedar, aku terperangkap dengan kata-kata yang dituturkan oleh pelajar junior itu. Tanpa sedar aku jatuh cinta dengan junior yang dua tahun muda daripada aku. Apa yang telah hati aku lakukan? Dimanakah silapnya hati a,mkku ini?!
“Kak Husna!”. Aku pantas berpaling mencari daripada manakah gerangan suara tersebut. Seperti yang dipanggil, nama aku Nur Husnatul Mardhiah yang membawa maksud kepada cahaya kebaikan yang diredhai Allah. Tapi…aku tak semenggah nama aku.
“Kenapa Hani?”. Soalku selamba.
“Kumpulan Amin memerlukan mentor”. Ucap Hani bersungguh-sungguh.
“Habis tu kenapa kau cari akak?”. Soalku bingung. Betul-betul blur ni. Kenapa mesti cari aku? Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal.
“Ish! Kenapalah akak ni bengong sangat? Hani cari akak sebab nak suruh akak jadi mentor merekalah”. Eh budak ni. Dia bengongkan aku? Boleh tahan minah ni. Kecil-kecil cili api. Minah pendek ni namanya Hani. Kecil tapi comel plus! Berbisa. Sekali keluar dia punya perangai, bukan aku sahaja, pensyarah pun tak tahan dengan dia ni.
“Lambatlah kau Hani. Kumpulan Amin, mentor mereka dah berhenti. Jadi mereka tengah tak ada mentor dalam kumpulan mereka. Akakkan terror dalam kajian melibatkan mantera dan makhluk halus. Joinlah mereka”. Ara memandang aku dengan penuh mengharap. Rasa macam boleh nampak sparkling dalam mata dia. Dahsyat minah ni.
Aku mengecilkan mata. Tahulah Amin tu kekasih hati plus bintang pujaan kau, Hani tapi perlu ke kau libatkan aku? Alahai, masalah…masalah. Aku menggelengkan kepalaku dan melepaskan keluhan kecil.
Kau cuba senaraikan nama ahli kumpulan si Amin tengok”. Dengan malasnya aku bersuara.
“Amin, Azri, Hazim, Azrul dan Imran”. What the? Imran? Terbuntang terus mata aku. Aku memandang ke arah Hani dan Ara silih berganti.
“Imran? Imran As-Syafie?”. Aku menyoal nama tersebut sekali lagi. Siap dengan nama penuh lagi aku sebut. Okay, tak penuh mana pun, separuhlah lebih kurang.
“Yelah, orang yang akak sukakan…”. Tidak sempat untuk Hani menghabiskan ayat, aku dengan pantas menekup mulutnya. Biar betul budak ni. Tak ke naya kalau budak si Imran tu dengar.
“Akak suka Imran?”. Terkejut mendengarkan suara garau di belakang membuatkan aku mengangkat tangan memegang kepala. Tidak! Kenapa dalam banyak-banyak manusia, mesti si Amin!!
***
Amin memandang aku dengan pandangan tajam seolah-olah aku ni pesalah yang dihadapkan di dalam bilik confession sebelum dimasukkan ke dalam penjara.
“Now! Tell me! When did you fall in love with him? How? Time? At? Everything!”. Heol! Aku rasa si Amin ni layak jadi prosecutor. Gayanya sahaja membuatkan orang takut dan confess time tu juga.
“Okay! Fine! Akak suka dia masa pertama kali jumpa dia di bilik drama. Masa pertama kali dia datang jumpa akak untuk lakukan pembatalan calon. Akak…akak tak tahu macam mana akak boleh suka dia. Akak cuma jatuh hati dekat dia masa tu juga. I have no reason why I fall for with him, even if you ask me the reason”. Aku menutup muka.
“Sis, you need to forget him immediately! ASAP! By hook or by crooked. He not someone who you can fall in love with. Akak akan terluka. Dia bukan seseorang yang senang jatuh cinta terutama lagi bila akak adalah orang yang umurnya lebih tua daripada dia”. Mendengarkan kata-kata Amin membuatkan aku menundukkan kepalaku.
Dapat aku dengar keluhan berat yang keluar daripada mulut Amin sebelum dia menyambung kata-katanya. “Tapi akak boleh cuba. Cuba untuk buat dia jatuh cinta dengan akak tapi tolong….tolong jangan menangis jika dia menolak”. Kata-kata Amin mendapat bantahan daripada Hani.
“Apa abang cakap ni! Abang tahu tak, sesiapa sahaja akan terluka jika ditolak luahan perasaannya”.
“Entah kau ni. Hati perempuan ni bukan besi. It’s okay kak. Jika terluka, akak perlu bangkit semula. Jika luahan perasaan akak ditolak, cari kami, menangislah sepuasnya dan bangun menghadapi masa yang akan datang”. Aku tersenyum mendengarkan kata-kata Ara dan Hani.
“Jadi akak nak jadi mentor kumpulan saya ke tak nak ni?”. Aku mengangkat muka memandang Amin yang sedang menarik senyuman. Aku tahu dia mampu membaca emosi dan fikiran aku waktu ini. Entah mengapa, dari reaksi wajahnya dia seolah-olah menyatakan pada aku ‘bertabahlah, kay’.
“Of courselah. Akak je yang mampu layan karenah korang yang macam kanak-kanak ye tak?”. Kami sama-sama meletuskan tawa.
***
Aku memandang ke arah Amin. Argh! Asal korang pandang aku semacam? Bukannya korang tak kenal aku pun. Seorang demi seorang menjadi tatapan mata aku. Bengang pula aku pandang mereka ni. Rasa macam nak tumbuk je seorang demi seorang. Imran pula sentiasa dengan muka cool dia.
“Dah habis tenung akak? Dah macam hape lagi. Bukannya korang tak kenal aku. Aku debik sekoq-sekoq kang!”. Kata-kata aku mematikan tenungan mereka.
“Mana kau rembat akak ni? Kenapa dia lagi? Dahlah masa orientasi hari tu kita dah kena cukup-cukup”. Azri mengabaikan aku. Boleh tahan juga perangai budak ni. Aku tengok je ni.
Aku cukup allergic betul dengan si Azri dan si Azrul. Dah macam twin. Tak ke naya, sepatutnya aku yang buli mereka masa cuti hari tu tapi terbalik kuang bila mereka pula yang buli aku. Sumpah aku sakit hati gila tapi tak jadi nak marah sebab mereka ni pandai ambil hati aku.
Mesti hang pa semua pelik macam mana aku boleh rapat dengan mereka terutama sekali dengan Amin kan? Amin ni pasal aku buat tangkap basah kat dia. Eh silap, tangkap yang dia tengah berdating dengan adik angkat kesayangan aku ni. Tak sangka rupa-rupanya mamat ni tunang si Hani. Hampes punya adik angkat. Apa tujuan aku ada, tapi tak di kongsi rahsia? Kejamss. Double S kau kejam aku.
Aku pula entah macam mana boleh tangkap cintan dengan budak bawah umur padahal dulu beria-ia menafikan bahawa budak bawah umur bukan taste aku. Puih! Hipokritlah kau ni, Husna. Nampak tak? Hati pun mengutuk tuan punya diri.
Pandangan aku di alihkan ke arah Imran yang sedang rancak berbual dengan Hazim. Buat masa sekarang aku masih rapat dengan Imran. Aku perlu buang rasa suka aku ni atau hati aku akan jadi lebih parah.
“Akak Husna. Kenapa pandang saya macam tu? Ada apa-apa yang tak kena ke?”. Elok sahaja Imran menuturkan kata, semua mata memandang ke arah aku.
Azri dan Azrul dah mula mengesan benda tu kot-kot ada kat aku. Suka-suki diorang je. Hazim menarik sebuah senyuman yang entah aku sendiri tak tahu. Amin pula sudah tentu memberikan senyuman yang aku pasti tujuan senyuman itu adalah untuk menyakat aku. Daripada segi emosinya, dapat aku nyatakan yang Amin seolah-olah berkata ‘Akak…jangan tenung anak teruna orang lama-lama. Tahulah akak suka dia’. Hampes! Hampes!
“HEISH! Hampeh betul budak dua orang ni. Sudah! Akak bukan kena sampuklah. Tak adalah, akak nak tanya yang Imran ni bukankah exco disiplin barisan MPP? Macam pernah nampak sebelum ni”. Adoi! Memanglah kau pernah nampak. Diakan grup yang kau buat naya masa diorang orientasi sebelum ni.
“Ha ah. Akak ni pun. Memanglah akak pernah nampak saya. Sayakan dalam grup Amin juga masa orientasi sebelum ni”.
PAPP! Aku tampar dahi sendiri. Kan dah kena. Boleh tahan biol kau ni, Husna. Bertingkat-tingkat kebodohan yang kau tunjukkan. Aku hanya menarik sengihan.
“Akak! Kita nak buat apa ni? Tak kan nak tercangak dekat sini lagi? Kumpulan lain dah lama mula. Kami je yang masih tersangkut sebab tak ada senior nak bawakan”. Azri memandang aku. Haiyaak! Tulah. Berangan banyak-banyak lagi, Husna.
“Ok ok. Akak bahagikan tugas ye”.
***
Boleh kata hampir sebulan aku dengan mereka ni mengkaji kehidupan makhluk halus. Hampir seminggu juga aku frust tertonggeng. Bukan frust menonggeng tau. Tapi aku tak kisah sangat dah pasal Imran. There something happen that make me turn into zombie like this.
“Reason kak? Kenapakah akak jadi macam ni? Macam semangat akak melayang keluar daripada badan je”. Kata-kata Amin dibiarkan begitu sahaja.
“Akak! Adoi kak! Parah akak ni”. Ara pula cuba membangunkan semangat aku.
“Kenapa dia jadi macam ni, Hani?”. Amin bertanyakan kepada Hani setelah gagal meraih jawapan daripada aku.
“Patah hati awal-awal lagi sebab Imran tak suka wanita yang lebih tua daripada dia”. Dengan pantas aku mengangkat kepala memandang Hani. Bukan sebab tu lah! Aku kembali menundukkan kepalaku. Sure! Sure yang Amin akan membebel. Mamat tu kalau membebel kalah nenek aku.
“Hah! Padan muka! Amin dah bagi amaran dekat akak awal-awal dulu. Tak payah diteruskan lagi lah akak. Berhenti setakat ini. Akak akan jumpa yang lebih baik nanti. Sudahlah. Teruk gila muka akak sekarang ni tahu?”. Pandangan kosong aku halakan ke arah Amin.
Dapat aku lihat dia mengetap gigit menahan geram dengan sikap aku yang buat tak endah dekat dia. Dapat aku baca seolah-olah Amin berharap sangat ada cermin dekat sini. Nak sangat dia tunjuk kat aku biar aku tengok sendiri diri yang serabai ni.
Aku melepaskan keluhan. Aku tak adalah nak frust sangat pasal si Imran. Aku tak ada rasa nak menangis pun sebenarnya. Aku tahu dia tak akan boleh menerima aku sebab dia hanya pandang aku sebagai kakak. Perasaan tu aku dah buang awal-awal pun.
“Hah! Mengeluh banyak-banyak lagi. Orang suruh cerita bukan nak ceritakan”. Amin membebel lagi. Hoi! Ada kain tak? Aku nak sumbat mulut mamat ni!
“Ler! Bukan sebab Imranlah. Akak dah tak kisah pasal tu. Ini masalah akak dengan Rayyan”. Aku kembali mengeluh lagi.
“Rayyan? Abang Rayyan Iskandar? Fakulti Perundangan Mahkamah tu?”. Hani memandang ke arah aku. Aku hanya mengangguk mengiakan kata-kata Hani.
“Siapa Rayyan?”. Soal Amin memandang ke arah Hani memohon penjelasan.
“Tak silap aku Senior Rayyan tu kawan baik akak Husna sejak kecil lagi. Habis tu apa masalahnya akak? Bergaduh ke?”. Enam mata memandang ke arah aku.
“Macam ni kisahnya…”.
Seminggu lepas…
Aku mengusutkan rambutku. Bodohnya aku jatuh cinta dengan budak bawah umur! Ini semua pasal mulut masin budak lelaki yang dulu tu la. Tak puas hati sudahlah. Tak payahlah tinggalkan dengan sumpahan sekali. Memang tak berguna betul!
Tanpa sedar aku melanggar seseorang menyebabkan aku terjatuh. Orang yang aku langgar tu pula, tak jatuh langsung. Boleh tahan kukuh juga kaki dia terpacak atas tanah ni. Aku bangun dan menghadap lelaki tersebut walaupun kepala aku masih memandang ke arah lantai menahan amarah.
“Kau ni! Suka-suki kau je…eh?”. Mati kata-kata aku apabila melihatkan manusia di hadapan. Eh? Rayyan? How come?
“Rayyan..kau..kau..macam mana…kau..kat sini…”. Apa sebenarnya yang aku nak sampaikan ni? Aku sendiri pelik. Entah macam mana boleh gagap entah.
“Kau nak tanya macam mana aku boleh ada dekat sinikan? Aku pindah daripada UKM masuk ke UIA untuk ambil bidang Perundangan Mahkamah Syariah dan sekaligus untuk bertemu kau sekali. Hampir 3 tahun tak jumpakan?”. Gek? Aiyaa. Apa aku nak cakap ni? Aku hanya mampu menggaru kepalaku.
“Ha ah hampir 3 tahun. Mama macam mana? Syarul? Nana?”. Aku menyoalnya.
“Mama Alhamdulillah sihat. Nana sekarang tengah ambil STPM. Syarul pula”. Rayyan tidak sempat menghabiskan kata-katanya apabila terdengarkan deheman seseorang. Berdehem pula dia.
“Aku kat sebelah abang aku pun kau boleh tak perasaan. Apa khabar kau, kakak ipar?”. Aku mengecilkan mata memandang ke arah Syarul.
Daripada aku tingkatan 5 sampai aku umur 23 ni, kerjanya asyik memanggil aku kakak ipar sahaja. Suka-suki dia je. Dia ingat aku ni bakal kahwin dengan abang dia ni agaknya.
“Apa kakak ipar? Beragak sikit eh mulut tu. Aku cabaikan mulut kau tu baru tahu. Kau tu bila nak dapat awek kekal? Ergh! Playboy”. Syarul ketawa mendengarkan kata-kata aku. Aku memandangnya tajam. Aku ada buat lawak ke? Rasanya tak ada pun.
“Kenapa? Kau tak sudi jadi kakak ipar abang aku? Kalau macam tu jadi teman aku je la. Umur pun beza setahun je. Ye tak, abang?”. Belum sempat aku melayangkan penumbuk aku, Rayyan terlebih dahulu menyiku perut adiknya itu.
“Adoi! Sakitlah abang”. Aku ketawa kecil melihatkan Syarul yang senak memegang perutnya.
“Gurau kau ni tak akan pernah habis”. Dia menjeling adiknya itu.
“Oh ya abang. Kau dah cakap atau belum dekat Husna tentang rancangan ibu dengan mama?”. Rayyan sepertinya menggeleng dan kembali memandang aku. Aku hanya memandang mereka aneh. Rancangan ibu? Mama? Apa ni?
“Husna, mama dengan ibu nak satukan kita”. Ok! Yang ini betul-betul buat aku terkejut. What the?! Aku belum bersedia nak kahwinlah! Mamat ni hangak ke hape? Bangkanglah. Yang pergi setuju dengan ibu dan mama tu buat apa? Tahulah anak manja. Adoi!
“Aku beri masa untuk kau fikir. Lagipun, kau tahukan aku memang sukakan kau daripada kita tingkatan 3 lagi. Cuma kau sahaja tak pernah beri kata putus. Aku hanya tunggu sampai hati kau terbuka untuk aku”. Kata-kata Rayyan membuatkan hati aku rasa pedih tiba-tiba.
***
Amin, Hani dan Ara ketawa kuat. Aku hanya mengecilkan mata sambil mengetap bibir. Eh bengang je aku tengok mereka ni. Aku ada buat pertunjukan sarkas apa sampai mereka ketawa bagai nak rak ni?
“Ok…yang ini lawak. Dah lah baru patah hati dek Imran lepastu dapat pula berita pasal nak disatukan. Kesianlah akak punya kisah cerita ni”. Kata-kata Amin membuatkan aku membulatkan mataku dan menggenggam penumbuk. Nak sahaja aku layang penumbuk dekat mamat ni.
“Alah akak. Susah apa. Terima sahajalah. Cinta boleh dipupuk setelah kahwin”. Kata-kata Hani membuatkan aku rasa nak muntah hijau. Pupuk cinta aku pada si Rayyan yang merupakan kawan baik sehidup semati sehingga Jannah tu? Tak mungkin!
“Ni lah satu cara nak lupakan Imran secepat yang mungkin kak”. Memanglah betul kata Ara tu tapi…susahlah. Bukan dengan kawan baik sendiri.
“Sudahlah. Melayankan kau orang ni memang tak akan pernah habis. Akak nak pergi melantak”. Aku mula bangun daripada kerusi dan melangkah pergi.
“Akak! Betulkan dulu tudung tu. Orang tengok pun mesti fikir perempuan ni serabai gila”. Aku tersentak dan memandang ke arah Amin lalu dengan pantas aku mengeluarkan telefon bimbit pintar berjenama oppo.
Apps mirror diketik sebelum keluarnya wajah aku yang dipaparkan. Ya Allah! Teruk gila wajah aku ni. Dengan pantas aku membetulkan tudung aku. Betul serabai.
Usai membetulkan tudung yang senget-benget, aku terus menghadiahkan jelingan tajam ke arah Hani, Amin dan Ara. Lantas aku mengorak langkah berlalu meninggalkan mereka yang semakin kuat mengetawakan aku. Pergh! Memang aku tak puas hati.
Kelihatan Rayyan berjalan beriringan bersama-sama dengan Syarul. Dengan pantas aku mengalihkan langkah cuba untuk mengelak daripada bertemu dengan dia.
“Kakak ipar! Kau nak ke mana? Tak payahlah asyik nak lari je. Mama dah bertanya tu pasal kau terima ke tak nak jadi isteri…”. Husna melemparkan beg tepat ke arah muka Syarul sebelum sempat Syarul menghabiskan kata-katanya.
Dia memberikan sebuah tumbukan pada perut Syarul. Rasakan. Dah lama aku tak belasah kau macam ni.
“Ganaslah kau ni. Agaknya atas katil malam pertama pun ganas macam ni tak?”. Bukk! Sebuah lagi tumbukan hinggap diperutnya untuk kedua kalinya.
“Adoi! Wei! Sekali sudahlah”. Rayyan pula hanya mengeluarkan ketawa kecilnya melihatkan telatah kami berdua.
“Eh kau! Yang kau ketawa ni dah kenapa?”.
“Betullah ganas kau ni. Kau perempuankan? Cuba buat perangai elok sikit. Kesian dekat adik aku ni. Boleh senak perut kau tumbuk dia ni”. Dia memegang bahu adiknya itu.
“Entah kau ni. Mandul aku nanti dah tak ada siapa yang nak kahwin dengan aku nanti. Tak ada siapa nak kat aku nanti, aku cari kau jadi pengganti”. Syarul memandang aku dengan senyuman sinisnya.
“Ah tak ada maknanya nak mandul. Kahwin dengan kau? Memang tak lah. Time tu aku dah jadi isteri Rayyan. Kau cari je la orang lain”. Tanpa sedar aku menuturkan kata-kata yang tidak pernah aku sangka sama sekali.
Rayyan hanya mampu tersenyum diikuti Syarul. Aku menutup mulut aku dengan kedua-dua belah tangan. Ah! Apa aku cakap ni?!
“Satu benda yang kau patut tahu pasal Syarul ni. Dia ni merupakan student bahagian physcology. Bakal doktor pshycology ni. Jadi hati-hati bila berkata-kata dengan dia. Dia boleh tahu rahsia kau dalam sekelip mata sahaja. Okeylah. Aku ada kelas ni. Gerak dulu”. Rayyan menepuk bahu Syarul dan menarik senyuman ke arah aku sebelum dia berlalu meninggalkan kami.
“Husna, satu benda je aku nasihatkan kau. Kalau suka baik nyatakan. Kalau kau kekal dengan sifat degil kau menidakkan perasaan kau hanya kerana garisan selamat yang kau wujudkan diantara abang dengan kau, kau akan merana bila abang pergi satu hari nanti. Tidak semestinya kawan tidak mampu menjadi kekasih hati. Aku nampak apa perasaan kau sekarang ni tapi aku biarkan dulu supaya kau sedar sendiri. Believe it or not that decide on you. Bye sis. Gotta go”. Dia menarik senyuman sebelum berlalu pergi.
Perasaan aku pada Rayyan? Hanya sebagai kawan rasanya. Tak akan pernah lebih. Kan? Tanpa sedar, aku meletakkan tangan kanan aku ke dada. Merasakan debaran yang kian laju. Tak mungkin. Aku menggelengkan kepalaku sebelum berlalu menuju ke arah dewan.
***
Aku memegang dahiku sambil termenung ke arah padang bola keranjang. Kelihatan beberapa pelajar junior sedang main bola keranjang. Suhu badan aku mencapai 41 celcius. Yup! Aku demam.
“Nah”. Amin menghulurkan dua biji panadol ke arah aku bersama air mineral. What the? Euw! Ubat? No way!
“Tak apa. Akak okey je ni”. Aku menolak pemberiannya.
“Akak! Tolonglah jangan degil. Makan ubat ni”. Aku paling tak suka ubatlah! Benda paling aku allergic dalam dunia ni.
Lenganku dipegang seseorang membuatkan aku berpaling memandang ke arah kananku. Amin juga turut memandang ke arah gerangan yang berani menyentuh aku.
“Bangun. Kita ke klinik. Kau ni memang macam ni. Manja je lebih. Get up now”. Dia menarik aku bangun.
“Maaf. Tapi abang ni siapa sampai pegang-pegang Kak Husna?”. Soal Amin. Matanya tajam menikam Rayyan yang masih memandang ke arah aku.
“Don’t mind him. He is my brother and Husna bestfriend. Rayyan Iskandar. My name Syarul Ridzwan”. Syarul bersalaman dengan Amin. Amin kembali memandang ke arah Rayyan. Nak menilai Rayyan le tuh.
“I don’t want to! You want to bring me to the clinic isn’ it? You know that I hate clinic right? For what you want to bring me to the clinic?!”. Aku merentap kasar tangan aku. Kepala aku bertambah sakit. Rasa berdenyut-denyut sangat.
“For what? Don’t be a stupid person, Husna. Kau tu demam. Dah sakit buat cara sakit. Pergi klinik, ambil ubat. Tak pun ambil injection”. Aku menelan air liur mendengarkan ayat injection. Diulangi. INJECTION.
“No way! I can get better on my own self! Minum hundred plus pun dah boleh sihatkan?”. Aku menyerotkan mulutku.
“Itu hanya sementara sahaja. Tak akan boleh sihatkan kau sepenuhnya. Ah! You want to resist right? I give you a choice. Keep resisting or I will lift you on the way to my car. I don’t mind lifting you until we reached at my car. You want it?”. Kata-kata Rayyan merupakan ugutan buat aku.
Aku menelan air liur dengan rasa pahit di tekak. Bukan boleh buat main mamat ni. Kalau dia cakap tu, yang itulah dia buat. Susah betul nak lawan dia ni. Maklumlah bakal lawyer. Apa yang dia nak itu yang dia dapat. Tapi kenapa mesti aku?!
“Ok fine! Aku pergi”. Pandangan aku dihalakan kembali ke arah gelanggang bola keranjang dan kembali memandang ke arah Rayyan yang berjalan mendahului aku.
“Good girl”. Tak payah nak puji sangatlah! Aku memang tak boleh nak bergaduh dengan Rayyan sebab dia jenis yang slowtalk. Cool person. I really can’t keep up with him.
“Wow! Tak sangka abang kau boleh buat kak Husna dengar kata macam tu. This is really amazing. Finally, the tiger has been tame”. Aik kau Amin. Sengaja kuatkan volume suara apa? Saja nak bagi aku dengar gamaknya.
“Well, abang aku je boleh buat macam tu. Aku sendiri pun tak boleh nak tamed minat tuh. Bukan tiger dah minah tu. Macam Godzilla lagi adalah. Tangan dia tak akan duduk diam selagi tak lebamkan badan aku”. Wah! Sejak bila korang boleh jadi sebulu ni? Menyakitkan hati betul!
Aku terus mempercepatkan langkah ke arah kereta jenama Jaguar kepunyaan Rayyan. Apa nak hairan dengan kereta dia. Diakan kaya. Tak macam aku, pakai Proton Preve je. Kunci kereta dibuka dan aku adalah orang pertama yang meloloskan diri masuk ke dalam perut kereta.
“Amboi kau. Excited nak ke klinik ke?”. Dia memandang aku.
“Tak ada maknanya aku excited semata-mata nak ke klinik. Aku takut kena baham dengan kau je. Cepatlah. Boleh aku ambil MC and rehat kat rumah. Duduk dengan kau lama-lama boleh lemas aku”. Dia hanya ketawa kecil mendengarkan kata-kata aku. Dia gelakkan aku? Boleh tahan juga perangai penyapu ni.
***
Dah hampir seminggu juga aku terpaksa berdepan dengan Rayyan. Ni punya pasal rancangan Amin, Hani dengan Ara lah ni. Ingat aku bodoh sangat agaknya. Kau orang memang sengaja nak pasangkan akukan?! Hati aku juga tak menentu sejak seminggu ni. Aku tak pernah gagap depan Rayyan tapi kali ni tiba-tiba je gagap. Bencilah perasaan ni!
“Ah! Baguslah tuh. Asal tak cabut terus je tudung tu. Dah serabut macam orang gila lagi aku tengok”. Aku berpaling memandang ke arah gerangan yang mendekati aku.
“Oi! Janganlah pandang aku macam tu. Aku baham kau kang tak ke naya je aku kena hentak dengan abang aku”. Dengan pantas aku menghadiahkan dia sebiji penumbuk ke arah perutnya.
“Aduh. Kau ni memang susah untuk bergurau. Sentap cepat sangat”. Aku memuncungkan mulut aku.
“Kenapa? Mesti kau fikirkan pasal abang aku kan? First time aku tengok kau serabut macam ni. Jangan menangis macam dulu dah lah”. Dia menarik senyuman ke arah aku.
“Aku…aku…aku rasa…aku rasa aku sukakan Rayyanlah. Tapi…kenapa mesti Rayyan? Dia hanyalah kawan aku sahaja. Kawan yang sepatutnya tak ada feeling lebih”. Aku menggentel hujung lengan bajuku.
“Husna, kau sebenarnya dah sukakan abang aku dah lama tapi kau je tak pernah sedar dengan perasaan kau sendiri sebabnya kau meletakkan garisan antara kau dengan dia. Garisan yang menyatakan bahawa dia hanya kawan dan selama-lamanya kawan tanpa sedar kau ended up terperangkap dalam feeling kau sendiri. Disebabkan kau nak usir perasaan tu dan kekalkan garisan tu, jadi kau cari cinta lain. Cinta yang palsu di hati kau semata-mata untuk menghilangkan cinta kau pada abang. Aku dapat tahu yang kau sukakan Imran, budak batch 99 kan? Kawan Amin kan? Jangan terlalu percaya pada perasaan suka kau tu sebab perasaan tu hanya suka. Kau tak pernah serabut macam ni bila kau sukakan Imran kan?”.
Kata-kata Syarul disambut dengan anggukan. Ya, aku tak pernah serabut macam ni masa sukakan Imran. Perhaps, feeling aku kepada Imran hanyalah sekadar suka. Tak lebih. Aku sekarang rasa sayang sangat dengan Rayyan. Susah untuk aku ungkapkan dengan kata-kata tentang perasaan aku ni.
“See…kau hanya sukakan Imran, suka sahaja dan tak lebih. Mean perasaan kau pada abang bukan lagi kawan. Ini cinta, Husna. Wake up girl. Realized with your feeling already. Kau dah biarkan abang terseksa lama kerana tunggukan kau. Kau takut terlukakan? Kau jangan risau, aku tahu kau kenal abang lebih daripada aku kenal abang biarpun aku adik dia. Kalau kau diam macam ni, one day if Rayyan berubah hati…jangan pernah menyesal. It not going to hurt if you take one step ahead. Good luck okay. Aku hanya beri nasihat. Selebihnya terpulang pada kau”. Dia menggosok perlahan kepala aku sebelum berlalu pergi.
Aku tersenyum kecil. Tak sangka Syarul yang muda setahun daripada aku mampu jadi lebih matang daripada aku. Yeah, aku memang tak reti nak menilai perasaan sendiri sehinggalah ke hari ni.
“Akak? Kenapa ni? Macam ada masalah je”. Aku berpaling memandang ke arah gerangan yang menegurku.
“Ha? Eh? Tak adalah. Tak ada apa-apa. Akak cuma lapar je. Jom pergi makan. Kau teman akak makan”. Aku menarik senyuman ke arah Imran. Hati aku rasa lapang.
“Boleh je. Tapi akak belanjalah ye?”. Imran tersenyum ke arah aku.
“Don’t mind if I stick around as well?”. Suara ni macam pernah dengar je. Dekat mana eh? Aku memandang ke arah kananku.
“Heol! Rayyan! Bukan kau ada kelas ke?”. Soalku terkejut. Aku memang terkejut pun.
“Siapa? Rayyan? Oh! Abang ni student sem 3 di perundangan Mahkamah Syariahkan?”. Soal Imran.
“Macam mana kau kenal Rayyan, Im?”. Giliranku menyoal Imran.
“Ah! Abang dah ingat! Kamu ni Imran daripada fakulti Dakwah Islamiahkan?”. Rayyan menghulurkan tangannya manakala Imran menyambut salam yang dihulurkan.
“Untunglah…jejak kasih sampai lupa aku dekat sini. Kau orang pergilah makan berdua. Jangan lupa date habis-habisan sekali”. Aku melangkah perlahan meninggalkan mereka malangnya langkah aku terhenti disebabkan Rayyan menarik beg sandang aku.
“Kau tak payah nak menggedik. Jom makan. Jom Imran, kamu ikut sekali. Lagipun minah ni belanja nanti”. Ha? Aku belanja. Wah! Ingat aku ni apa?
“Eh kau! Suka-suki je. Kalau aku belanja pun, aku belanja si Imran je. Buat apa aku nak belanja kau”. Aku menarik lengan baju Imran agar mengikuti aku.
“Wah! Kau orang ni ada hubungan apa?”. Soal Rayyan. Ai…jeles ke?
“Ni adik angkat kesayangan aku selepas Hani, Ara, dan Amin”. Aku melepaskan lengan baju Imran dan menapak laju ke cafeteria.
“Banyak gila adik angkat kau. Bagilah aku yang perempuan. Kau ambil yang lelaki je dah lah”. Rayyan berjalan bersebelahan aku.
“Banyaklah kau. Asal tak minta yang lelaki daripada perempuan. Suka-suki je. Ish! Rimaslah aku tengok kau ni”. Aku menghampukkan beg sandang aku pada badan Rayyan menyebabkan dia mengaduh kecil. Imran pula hanya mampu ketawa melihatkan perangai kami yang bergaduh tak sudah. Perasaan aku pada Rayyan, aku pasti perasaan ini cinta.
***
Aku memandang sekeliling ruang di dalam bilik tidur yang baru aku jejaki. Mesti mama dengan ibu dah letak banyak effort menghias bilik ni. Siapa sangka aku sudahpun sah bergelar isteri kepada seorang lelaki yang aku sendiri tak sangka akan menerima dia.
“Husna, boleh abang masuk?”. Aku berpaling apabila terdengarkan suara daripada arah pintu bilik. Abang? Alahai, nak kena panggil abang ke? Geli tersangkut-sangkut.
“Masuklah. Bukan bilik Husna je, bilik abang juga”. Aku merebahkan diri ke atas katil tanpa mempedulikan Rayyan yang menuju ke arah birai katil.
Sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di atas katil, dengan pantas aku bangun dan duduk menegak. Kalau nak bayangkan, boleh dikatakan macam patung dah cara duduk aku ni. Kaku je.
“Abang sebenarnya tak sangka Husna terima abang. Terima kasih”. Mendengarkan kata-kata Rayyan, membuatkan aku menundukkan kepala memandang ke arah lantai.
“Sebenarnya…Husna dah lama sukakan abang, tapi Husna tak pernah perasan dengan perasaan sendiri. Syarul yang beri nasihat pada Husna jadi Husna ambil masa untuk memahami perasaan Husna. Husna yakin dengan perasaan Husna sekarang ini dan Husna tak akan cuba mengubahnya lagi”. Kata-kata aku disambut dengan senyuman daripada Rayyan.
Dia mendekatkan wajah ke arah aku dan mengucup dahi aku membuatkan dada aku bagai terisi dengan bunga-bunga yang sedang mekar. Aku tak pernah sedar bahawa cinta yang aku cari selama ini hanya berada di hadapan mata. Aku menafikan untuk beberapa tahun dan Rayyan pula sudi menunggu aku menerima cintanya. Pandangan aku dihalakan ke arah Rayyan.
“Rasa kekok pula guna nama dan panggilan abang ni kan? Selalunya kita guna kau aku je. Teringat pula bila abang terpaksa melayan karenah Husna selama beberapa tahun ni. Yang paling tak sangka cinta Husna adalah pada kawan baik Husna sendirikan? Husna rasa teruja sangat. Rasa maca…”. Rayyan dengan pantas memelukku membuatkan aku terdiam.
“Abang mengantuk ni. Husna kalau dah bercakap tak akan berhenti. Esok kita sambung cerita ye? Malam ni tidur okay? Lagipun kita ada majlis resepsi lagi esok”. Dia berbisik perlahan pada aku membuatkan aku tersenyum.
Kesian dekat suami aku sebab terpaksa layan aku yang bagai murai tercabut ekor ni. Rasa macam cepat sangat tapi kata orang, cinta itu tak dapat diduga. A person that fall in love is a person who have a happiness in this world.
-T-A-M-A-T-
Rabu, 18 November 2015
Anehnya Cinta Ini
Apa masalah lelaki tu? Kenapa suka sangat beri pandangan tajam ke arah aku? Aku mengalihkan pandangan ke arah hadapan. Buat hilang fokus je teringatkan mamat dingin ni. Dia tak adalah dingin tapi dengan aku je. Aku sendiri tak faham kenapa.