Make Our Own Fantasy World

Isnin, 23 Mac 2015

InFINIte Story TIMe 1

~ INFINITE TIME ~

_LOVE IS DIFFICULT_

Watak utama :

     Lee Ji Eun                    Lee Sung Jong
Lakonan                         Lakonan
                 IU                     Sung Jong (INFINITE)


Ji Eun memandang ke luar tingkap memerhatikan seseorang yang leka bermain bola sepak bersama teman-temannya. Apa bagus sangat pasal budak lelaki tu? Muka dahlah macam perempuan je.
      “Comelkan dia tu? Nama dia Lee Sung Jong”. Ha Ni mendekati Ji Eun. Ji Eun memandang Ha Ni.
      “Aku sebenarnya tak fahamlah kenapa pelajar perempuan tergila-gilakan dia. Dia tu macam perempuan. Bukanlah gaya dia macam perempuan, tetapi rupanya”. Ji eun kembali memandang papan putih dihadapan.
       “No..no Ji Eun. Kau tak faham ni. Sung Jong ibarat putera daripada kayangan. Kebijaksanaannya tiada siapa dapat tandingi. Kecantikannya pula melebihi wanita. Ramai perempuan yang mencemburui Sung Jong namun dalam masa yang sama mereka menyukainya. Dia juga aktif dalam bersukan dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sepatutnya. Dia juga peramah”. Ini seorang lagi.Yuri, kenapalah kau tergilakan lelaki macam dia.
       “Senyuman dia juga mencairkan hati setiap wanita”. Sambung Nana.
       Ji Eun menjeling ke atas. Dia memandang Sung Jong yang mula didekati oleh rakan-rakannya. Dia memandang setiap seorang rakan Sung Jong. Oh? Yang itu hensem. Ji Eun menatap Myungsoo yang berjaya menarik perhatiannya.
      “Mereka tu pula siapa?”. Ji Eun memandang ke arah rakan-rakannya.
      “Kau memang tak tahu apa-apakan?”. Ha Ni menunjal dahi Ji Eun.
      “Mereka tu Infinite. Mereka tujuh sekawan”. Nana menunjukkan ke arah Sung Jong dan beberapa rakannya.
      “Mereka totally flower boy. Wangja (putera)”. Yuri melekapkan tangannya pada tingkap.
      Sung Jong memandang ke atas. Dia terpandangkan Ji Eun dan beberapa lagi pelajar perempuan yang berkerumun memandangnya. Dia melambai ke atas sambil tersenyum. Mereka ni menyusahkan. Dahlah tu bagi pula nama dekat aku putera kayangan.
       Rakan-rakan Ji Eun menjerit saat Sung Jong melambai ke arahnya. Ji Eun mengalihkan muka memandang kembali ke arah papan putih. Annoying!
      Terkejut Sung Jong dengan tindakan Ji Eun yang memalingkan muka setelah merenungnya dengan tajam. Pandangan apakah yang dia beri? Siapa perempuan tu? Bukankah semua perempuan menggilai aku? Sung Jong masih memandang ke arah Ji Eun.
     
***
Usai menyapu dan membersih kelas, Ji Eun mencapai begnya dan bersedia untuk pulang ke rumah. Langkahnya terhenti saat melihat dua manusia yang terdiri daripada seorang lelaki dan seorang perempuan.
        “Nan neol choahandago (Aku suka kau)”. Perempuan tersebut menghulurkan sepucuk surat kepada Sung Jong.
         “Mianhaei (maaf)…saya tak dapat menerimanya”. Sung jong menolak dengan senyuman. Palsu! Nampak sangat palsu. Ji Eun sekadar memandang Sung Jong dan perempuan yang meluahkan perasaan itu.
         “Arasseo (saya faham)”. Perempuan tersebut berlari meninggalkan Sung Jong bersama air mata yang mengalir. Tch…tch…kesian. Ji Eun memandang kembali ke arah Sung Jong. Nappeun namja (lelaki yang jahat).
        Sung Jong menghantar perempuan itu pergi dengan pandangan. Dia terasa seolah-olah seseorang sedang memerhatikannya membuatkan dia memandang ke arah hadapan. Siapa pula dia ni? Nak buat luahan juga ke?
         Oh? Dia pandang sini. Ji Eun menarik senyuman sinis dan kemudian berlalu pergi meninggalkan Sung Jong yang terpinga-pinga. Bwo (apa)? Dia senyum? Kenapa? Sung Jong pantas mendapatkan Ji Eun. Tangan Ji Eun ditariknya.
        “Buyaa (apa kau nak)?”. Ji Eun memandang ke arah Sung Jong.
        “Kenapa kau senyum macam tu kat aku?”.
         Ji Eun mendekatkan muka ke arah Sung Jong membuatkan Sung Jong berundur sedikit. Jantungnya mula berdegup kencang. Lama Ji Eun memandang ke arahnya.
        “B..bwo..bwo?!”. Sung Jong menolak bahu Ji Eun agar Ji Eun ke belakang sedikit.
        “Ah~ nampaknya kau memang cantik seperti yang diorang kata. Dan aku tak faham kenapa mereka minat kau sedangkan senyuman yang kau pamerkan adalah palsu dan muka kau juga macam perempuan”. Ji Eun menggosok kepala Sung Jong sebelum berlalu pergi.
        Dia tahu ke aku berpura-pura selama ini? Sung Jong memegang kepalanya. Kenapa perempuan ni lain daripada yang lain? Aneh dia ni.
       “Wae(kenapa) Sung Jongie?”. Sunggyu menyoal Sung Jong.
       “Eh? Oh hyung…ani (tak)…animida (tak ada apa-apa)”. Sung Jong kemudian menyeluk tangannya ke dalam poket dan berlalu pergi bersama-sama rakannya.

***
Ji Eun berjalan membawa buku. Kalau di ikutkan, jika Sung Jong ialah Putera Kayangan, Ji Eun ialah Puteri Ais kerana sikapnya yang dingin. Sung Jong popular di kalangan pelajar perempuan dan Ji Eun popular di kalangan semua kerana sikapnya yang dingin dan hanya berlaku baik kepada perempuan.
        “Ji Eun …kalau kau berpasangan dengan Sung Jong untuk Majlis Kindom Fair nanti pasti kau menang Puteri dan Putera sekolah. Lagipun kamu comel, Sung Jong juga comel”. Ha Na memberi idea.
        “Yelah Ji Eun. Pastinya kau sesuai dengan Sung Jong”. Yuri menunjukkan ibu jari kepada Ji Eun.
        “Aku tak minat lelaki cantik”. Ji Eun bangun dan keluar daripada kelas.
       Sung Jong berada di atas bumbung sekolah bersama-sama enam rakan baiknya. Dia masih memikirkan Ji Eun walaupun dia sebenarnya tidak tahu nama Ji Eun.
       “Yah! Majlis Kingdom Fair esokkan? Ah! Aku tak jumpa lagi pasangan”.Ujar Hoya mengeluh.
       “Kita semua tak ada pasangan”. Kata Sunggyu menunding ke arah semua.
       “Chakkam (sebentar). Saya ada”. Semua dengan serentak memandang ke arah Woo Hyun.
       “Yaish! Kau tak sepatutnya bersuara. Kau sememangnya kaki perempuan”. Dong Woo menunjal kepala Woo Hyun.
       Woo Hyun menggosok dahinya sambil tersengih. Sungyeol sepertinya berbual dengan Sung Jong. Manakala Myung Soo bermain game di dalam telefonnya.
       “Yah! Sejak kita masuk ke sekolah ni, korang pernah dengar nama pelajar perempuan nama Ji Eun tak?”. Soal Sungyeol.
        “Ji Eun? Oh! Puteri Ais tu kan?”. Sunggyu tersenyum memandang ke arah Sung Yeol.
        “Puteri Ais? Ada juga puteri dalam sekolah ini ya? Tidak pernah pula nampak dia. Macam mana orangnya?”. Soal Myung Soo.
        “Aku juga tidak pernah nampak. Pernah mendengar daripada kata-kata pelajar lelaki dalam kelasku”. Sung Yeol menggaru kepalanya.
        “Aku fikir hanya kita dipanggil Putera Kayangan. Tak sangka ada puteri juga. Kenapa Puteri Ais?”. Woo Hyun menyoal.
        “Dengar kata dia tu dingin. Sikap dia memang dingin terhadap lelaki dan dia juga sentiasa menolak luahan perasaan. Dia juga yang paling comel dalam sekolah ini”. Sambung Sungyeol.
       “Hyung (abang), apa namanya tadi?”. Sung Jae menyoal.
       “Ji Eun. Wae? Berminat? Pertama kali kau berminat mengenai perempuan sekolah ini”. Kata Sung Yeol.
       “Tidaklah. Aku fikir mungkin perempuan yang aku jumpa kelmarin. Sikap dia agak dingin dan dia agak comel. Dia tidak tertarik pada aku langsung. Mungkin dia Ji Eun tu tak?”. Sung Jong kembali mengingati wajah Ji Eun yang memberikannya senyuman sinis.
       “JI EUN!”. Infinite yang mendengarkan nama itu dilaung segera memandang ke arah bawah daripada atas bumbung.
       “Wae?”. Ji Eun menyoal Na Na.
       “Sunbae 3A nak jumpa kau dekat padang sekarang”. Ji Eun mengeluh. Luahan perasaan lagi.
       Ji Eun terus berlalu ke padang. Infinite memandang sesama sendiri dan kemudian menganggukkan kepalanya lalu berlari turun dan menuju ke padang. Mereka bersembunyi di sebalik semak yang berada berhampiran.
       “Wae Yong Joo Sunbae (senior)? Ia kan?”. Ji Eun menyoal.
       “Ji Eun ingat nama saya? Betullah. Sunbae dah lama sukakan Ji Eun sejak Ji Eun kembali ke sekolah ni. Sudikah Ji Eun menjadi yeojachingu (teman wanita) sunbae?”. Soal Young Joo.
       “Wae nan? Ramai lagi perempuan yang sukakan sunbae. Sunbae juga tahu yang saya tak suka luahan perasaan oleh orang yang saya tak rapat bukan? Mian…sunbae bukan orang yang saya cari”. Ji Eun menolak rambutnya ke belakang dan kemudian berlalu pergi meninggalkan Young Joo.
       “That was harsh! Sepatutnya kau pamerkan senyuman dan mengeluarkan kata-kata yang lembut”. Sung Jong melaung ke arah Ji Eun.
       “Yah Sung Jong”. Sunggyu cuba menarik tangan Sung Jong, malangnya Sung Jong melangkah laju ke arah Ji Eun.
       “Keuresseo (so)? Kau nak aku jadi macam kau yang menolak perasaan perempuan dengan senyuman palsu sedangkan ianya annoying? You know what, love are just a game. When it started, it can’t stop. When it stop by force, then one of them will hurt and cry. Guys always started it first and leave first. I hate that”. Ji Eun kembali berlalu pergi.
       “Dia memang Puteri Ais”. Myung Soo menepuk bahu Sung Jong.
       Mereka memandang Sung Jong. Sung Jong mengetap giginya dan menggenggam penumbuknya. Ah lamak! Sung Jong marah!
       “Sung Jong-ah”. Woo Hyun memanggilnya perlahan risau jika Sung Jong mengamuk.
       “Yah Ji Eun! Deo nappeun yeojaya (awak perempuan jahat)! Puteri Ais! Dingin dan kau adalah perempuan tanpa perasaan!!”. Sung Jong menjerit ke arah Ji Eun. Ji Eun memberhentikan langkahnya dan kembali berpatah balik ke arah Sung Jong.
       “De! Memang aku tiada perasaan. De! Memang aku nappeun yeoja! Kerana lelaki mengubah hidup aku! Kerana lelaki aku hilang perasaan! Kerana lelaki aku sengsara untuk 3 tahun! Kau tahu apa?! Aku bersikap dingin kerana aku takut dilukai! Aku jaga hati aku dahulu! Wae? Kau marah bukan? Kau dapat faham tak perasaan perempuan yang ditolak luahan perasaannya?! Aku ambil masa untuk recover! Bila aku bertukar cantik baru orang nak pandang?! Lelaki semua sama!!”. Ji Eun menatap ke dalam mata Sung Jong dengan pandangan yang amat tajam. Air matanya bertakung dan akhirnya menitis. Pantas Ji Eun melangkah meninggalkan mereka.
        “Deo! Deo buya?! Ji Eun tidak pernah menangis! Kami tidak kisah jika dia menolak cinta kami kerana kami tahu masa silamnya!”. Muka Sung Jong ditumbuk oleh Young Joo yang memerhatikan sedari tadi.
        “Sunbae tidak kisah? Apa maksud sunbae?”. Myung Soo menyoal Young Joo.
        “Maksud kau apa Young Joo?”. Sunggyu menyoal Young Joo.
        “Kamu orang baru dan mungkin kamu tidak tahu apa yang berlaku pada ugly duckling yang kini menjadi swan. Aku akui, aku melihatnya atas kerana kecantikannya dan ramai juga sebegitu”. Young Joo berlalu pergi.
        “Ugly duckling?”. Dongwoo menyoal.
        “Menjadi swan? Buya?”. Hoya juga pening memikirkannya.
***
Sung Jong berada di atas bumbung seperti biasa meninggalkan kelas yang sepatutnya dia hadiri. Sunggyu dan beberapa rakannya yang lain naik ke bumbung dan melabuhkan punggung bersebelahan dengan Sung Jong.
        “Apa kisah Ji Eun tu hyung?”. Soal Sung Yeol.
        “Macam ni. Kata Young Joo…Dulu Ji Eun gemuk dan menyukai seorang sunbae popular di sekolah. Sunbae itu terima dia menjadi teman wanitanya. Memberikan pelbagai hadiah dan satu hari sunbae itu memalukan dia di hadapan semua mengatakan orang gemuk sepertinya tidak layak bersamanya. Dia menggunakan Ji Eun sebagai pertaruhan. Kerana dia sanggup bercinta dengan Ji Eun selama sebulan, maka dia menang pertaruhannya sebanyak 100,000 won. Sejak daripada itu, Ji Eun tidak ke sekolah selama setahun dan kedatangannya semula mengejutkan semua orang. Para pelajar mulai menaruh hati terhadap Ji Eun, malangnya Ji Eun yang peramah, periang dahulu, sudah pun hilang. Yang kini tinggallah Ji Eun tanpa perasaan lagi”. Sunggyu menceritakan kesemua yang diceritakan oleh Young Joo.
        “Kau dikira melukakan hatinya dan kau orang pertama yang membawa kembali perasaan sedihnya”. Ujar Sunggyu lagi.
        Sung Jong memandang ke arah langit. Kejam sangatkah aku? Teruk sangatkah ayat yang aku lemparkan kepadanya? Sung Jong meraup mukanya.
        “Wah! Jae Joong sunbae! Ricky Sunbae!”. Pelajar perempuan mengerumuni membuatkan Infinite memandang ke arah bawah daripada atas bumbung.
        Mereka lantas turun ke bawah untuk mengetahui apa yang terjadi. Kelihatan Ji Eun di halang oleh rakan-rakannya.
       “Ji Eun! Jangan ke sana”. Yuri menghalang.
        “Buya? Nan baegoppa(saya lapar). Wae?”. Soal Ji Eun lembut.
       “Lebih baik kau jangan ke sana”. Ujar Ha Ni.
        Ji Eun menggeleng lalu menolak rakan-rakannya ke tepi. Air kotak yang dipegangnya kini terlepas daripada tangannya.
        “Jae…Jae Joong Sunbae”. Jae Joong memandang ke arah Ji Eun yang memanggilnya itu.
        “Uwah! Comelnya kau ni! Kenapalah aku graduate awal sangat. Kalau tidak, berpeluanglah untuk aku bertemu kau. Mungkin juga kau adalah kekasih ku sekarang”. Jae Joong menarik senyuman.
        Sung Jong mengetap giginya. Jadi inilah sunbae yang pernah melukakan hati Ji Eun dan membuatkan Ji Eun membenci lelaki? Ji Eun masih lagi kaku. Air matanya mula bertakung.
       “Sunbae…dia ni Ji Eun”. Ucap seorang pelajar perempuan.
       “Ji Eun? Heol! Comelnya! Kau berubah demi aku ke? Tak sangka perempuan yang gemuk boleh menjadi comel sebegini”. Keumane!(berhenti!) Keumane!! Someone..teoreojeoseyeo!(tolong aku!) Air mata Ji Eun mula mengalir.
        Sung Jong menepis tangan Jae Joong dan mula memeluk Ji Eun. Dia mengesat air mata Ji Eun. Ji Eun memandang ke arah Sung Jong terkejut.
        “Uljima (jangan menangis)…jangan menangis depan dia. Kau kuatkan? Bukankah kau Puteri Ais? Bukankah ayat kau bisa menyakitkan? Sakitkan kembali orang yang pernah menyakiti kau. Jebal (tolong)! Uljima…jebal Ji Eun-ah”. Ucap Sung Jong perlahan cukup untuk Ji Eun mendengarnya.
        Sung Jong menekapkan kepala Ji Eun ke dadanya lalu memandang ke arah Jae Joong. Jae Joong terkejut memandang ke arah Sung Jong.
        “Heol. Deo duguya(siapa awak)?”. Soal Jae Joong.
        “Deo Jae Joong ne? Rasanya kamu sudah lama graduate. Kenapa kembali?”. Ujar Sung Jong sambil tersenyum. Itu senyuman..bukan palsu tapi itu senyuman menyindir. Ji Eun memandang Sung Jong.
         “Aku kesini untuk melihat pelajar-pelajar yang tidak mengenaliku. Kau ini siapa?”. Soal Jae Joong.
        “Ah…aku? Aku teman lelaki Ji Eun. Wae?”. Sung Jong tetap menarik senyuman sinisnya. Para pelajar yang lain tersenyum. Mereka faham mengapa Sung Jong bersikap sedemikian. Mereka juga sebenarnya agak sakit hati terhadap sikap sunbae dahulu mereka ini.
       “Namjachigu (bf)? Deo? Mana mungkin Ji Eun sukakan orang secantik perempuan macam kau ni”. Kata Jae Joong.
       “Benar! Aku tak suka lelaki secantik perempuan macam dia ni tapi sekurang-kurangnya aku menyukai hatinya. Dia langsung tidak jatuh hati pada kecantikan aku seperti sunbae dahulu. Bwo? Badak? Dulu sunbae panggil saya badak kan? Sekarang saya dah jauh berubah. Saya bukan berubah kerana sunbae tapi atas kehendak diri agar mengelak daripada terus diejek”. Ji Eun semakin mengeratkan pelukannya.
      Jae Joong memandang ke arah Ji Eun. Dia sakit hati dengan kata-kata Ji Eun, tambah-tambah lagi apabila melihat Ji Eun memeluk erat Sung Jong. “Apa sangatlah dengan lelaki cantik macam dia ni. Langsung tak macho apatah lagi lembik semacam sahaja”. Jae Joong memerli Sung Jong. Namun Sung Jong tetap dengan senyuman sinisnya.
      “Sunbae. Untuk pengetahuan sunbae, dia ini ialah Putera Kayangan Sekolah”. Ji Eun tersenyum ke arah Sung Jong.
      “Putera Kayangan? Hahaha”. Sung Jong dan Ricky ketawa menyebabkan pelajar perempuan lain berasa sakit hati kerana mencemuh Sung Jong.
      “Dahulunya sunbae mencemuh Puteri Ais kami dan mengubahnya menjadi Puteri Ais tanpa perasaan dan kini sunbae mencemuh Putera Kayangan kami pula? Untuk pengetahuan sunbae, bukan dia seorang sahaja Putera Kayangan, malah tujuh orang kesemuanya”. Ucap salah seorang Yeohaksaeng (pelajar perempuan).
       Sunggyu, Woohyun, Dongwoo, Hoya, Myung Soo dan Sung Yeol berdiri sebaris dengan Sung Jong dan Ji Eun membuatkan Jae Joong dan Ricky terkejut. Dahulunya, Jae Joong dan Ricky yang paling popular.
       “Populariti kami sangat tinggi. Sunbae adalah kisah silam dan kami adalah kisah baru. Dipersilakan keluar sunbae”. Sung Jong menunjukkan ke arah pagar sekolah.
       Pelajar-pelajar lain membuka laluan terus menuju ke pagar sekolah. Jae Joong dan Ricky lantas keluar agar tidak di malukan dengan lebih jauh lagi. Mereka semua bersorak. Ji Eun menghadiahkan cheek kiss kepada Sung Jong membuatkan mereka lebih bersorak. Sung Jong terpaku buat seketika dan kembali tersenyum memandang ke arah Ji Eun.

***
Malam Majlis Kingdom Fair tiba jua. Ji Eun setuju untuk menjadi pasangan Sung Jong. Sung Jong benar-benar terpikat dengan Ji Eun. Ji Eun memakai pakaian seperti elsa menandakan dia ialah Puteri Ais manakala Sung Jong memakai baju kot putih bersama seluar slack putih dan dipadankan dengan boot hitam.
        Sung Jong menadah tangan dan Ji Eun menyambutnya. Sung Jong mengangkat jari telunjuk ke atas. Para pelajar kemudiannya bersiap sedia untuk pengunguman.
       “Malam ini! Prince and Princess of the school is Lee Sung Jong and Lee Ji Eun!!”. Mereka bersorak. Ji Eun memandang sekeliling. Tak sangka kata-kata Ha Na dan Yuri betul.
       Ji Eun dan Sung Jong menaiki pentas lalu dipakaikan tiara lelaki dan tiara perempuan kepada Sung Jong dan Ji Eun. Sung Jong mencapai mikrofon daripada juru acara. Dia mengenyitkan mata ke arah Sunggyu dan beberapa orang rakannya.
       “Ji Eun, aku harap kau tak menolak. Aku, Sung Jong dengan sepenuh hatinya mengatakan bahawa aku mencintai kau. Aku jatuh hati sejak kali pertama aku pandang kau di tingkap daripada bawah. Saat tu kau bagi aku jelingan maut dan seterusnya aku semakin jatuh hati bila kau memberikan aku senyuman sinis saat aku menolak luahan perasaan. Aku bertambah jatuh hati apabila melihatkan air mata kau saat kau memarahi aku dan aku yakin aku mencintai kau bila Jae Joong Sunbae datang. Aku harap kau juga mempunyai perasaan seperti aku”. Sunggyu naik ke pentas bersama sebuah kotak cincin yang mempunyai cincin permata.
       “Aku…mana mungkin aku menolak setelah kau banyak membantu aku dan kau juga mengembalikan perasaan cintaku”. Ji Eun memeluk Sung Jong. Myung Soo dan Sung Yeol menghalakan flash light ke arah Sung Jong dan Eun Ji. Hoya dan Dongwoo melepaskan taburan bunga ke arah mereka. Manakala Woo Hyun melepaskan bunga api. Nan neol saranghae, serentak mereka menyebut di dalam hati.

-T-A-M-A-T-
     
           

_Kejujuran & Percintaan_

-KEJUJURAN & PERCINTAAN-


Aku ada seorang rakan lelaki yang amat aku sayang lebih daripada seorang kawan. Dia semestinya tidak tahu mengenai perasaan aku. Aku fikir, adalah lebih baik aku merahsiakan daripada aku menyatakan kerana aku takut disebabkan perasaan aku ini, hubungan kami sebagai rakan terputus.
        Perjumpaan aku dengan dia bermula sejak aku menghadiri study group malam di taman rakanku. Aku baru sahaja patah hati kerana Shahrizal tapi kehadiran rakan lelaki aku ni mampu membuatkan aku lupa serta-merta pada Shahrizal. Aku rasa bertuah dengan kehadiran rakanku ini.
         “Akma! Maaf terlewat”. Aku mengangkat kepalaku memandangnya.
         “Penyapu betullah kau ni, Nizam. Ni kan perpustakaan. Perlahan sikit suara kau tu”. Aku meletakkan jari telunjuk di bibirku menandakan senyap.
         “Come on lah. Pustakawan tu kamceng dengan aku kot. Lagipun, ramai yang memekak lagi kot”. Nizam menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan aku. Memanglah kau kamceng sebab taman kau.
         Dia mula menyelak buku. Aku sekadar memandang wajahnya sahaja. Telefon bimbit pintar berjenama Samsung Y, dikeluarkan dan dihalakan pada Nizam tanpa dia ketahui.
         KLIK!
         Berjaya! Aku dapat lagi gambar dia. Laptop aku penuh dengan gambarnya. Dia selalu fikir aku minat korea sangat-sangat sebab selalu hadap gambar dalam laptop padahal wajah dia yang sentiasa aku hadap. Aku menarik senyuman.
         “Tersengih..sengih. Tahulah korea kau tu hensem nak mampus. Tak payahlah tatap setiap hari”. Dia mencebik. Aku hanya mampu ketawa.
         “Kenapa? Jeles ke? Nak buat macam mana. Orang yang aku tatap ni hensem sangat”. Aku menjelir lidah ke arahnya. Lembab punya Nizam.
         “Nak tengok. Hensem manalah sangat orang korea kau tu?”. Dia mula menjenguk. Huh? Nak tengok? Dengan pantasnya aku mengalihkan pada gambar Taemin.
         “Cepatlah! Nak tengok hensem mana mamat korea tu”. Aku mencebik dan menunjukkan gambar Taemin.
         “Tak de lah hensem mana pun. Hensem lagi aku”. Perah santan pula mamat sorang ni.
         “Malam ni kau datang kelas tak?”. Aku pandang Nizam.
         “Yup. Mestilah aku datang. Kau ada, aku ada”. Aku menarik sengihan. Pandangan aku jatuh pada jam dinding di dalam perpustakaan. Alamak! Dah pukul 4.30. aku terus bangun dan mencapai beg.
          “Aku nak kena balik. Aku janji dengan mak aku yang aku bawa balik motor pukul 4.30. gerak dulu”. Dia ternganga terpandangkan aku.
          “Eh? Aku baru sampai kot!”.
          “Kau baru sampai tapi aku dah lama sampai”. Aku melambai padanya dan bergerak keluar daripada perpustakaan.

Malamnya…

Motor yang aku bawa, aku letakkan di hadapan surau. Langkah aku bawa masuk ke surau. Kami ni belajar di tempat ibadat. Dapat pahala kalau niat untuk belajar itu betul tambahan pula belajar di surau, lagilah dapat pahala.
           Bezanya, malam ni aku tak datang seorang diri sebab kali ini aku datang dengan rakan aku daripada Sekolah Menengah Tinggi Perempuan, Kuala Lumpur atau lebih popular dengan nama lain iaitu Highschool. Budak highschool cun. Aku tahu, risiko kalau aku bawa kawan aku ni. Bukan apa, takut Nizam terpikat dengan dia. Member aku ni cantik and also budak popular Highschool. Aku? Aku ni apalah sangat. Pandang sebelah mata pun orang tak nak.
          “Assalamualaikum!”. Aku memberi salam diikuti rakan aku ni.
          “Waalaikumussalam. Kau seperti biasa eh? Awal”. Haha! Kau bukan tak kenal aku, Nizam.
          “Woo…kau bawa awek baru”. Lepas sahaja Nizam cakap macam tu, yang lain pun apa lagi, pakat bersorak.
          “Sudah..sudah. tahu le seronok ada awek cun. Nama dia ni Hannah. Hannah, ini beruk-beruk sedunia. Yang tu ketua beruk, nama dia Nizam”. Aku ketawa. Budak-budak lain juga ketawa.
          “Aku juga jadi ketua beruk?”. Nizam menunding ke arah dirinya sendiri.
          “Memang patut pun. Dalam kalangan ni, kau paling bising”. Usai je aku bercakap, dengan serta-merta meletus tawa kami semua.
          Malam tu, Nizam asyik melayan Hannah. Aku? Aku apalagi, jeles teramat. Aku takut, Nizam akan ke Hannah dan meninggalkan aku. Bila aku fikir balik, aku cumalah rakannya sahaja.

***

Malam esoknya…

Hannah masih lagi mengikuti kelas malam dengan aku. Aku dengar seolah-olah, sebelah hati aku berkata “Kalau kau takut Nizam pergi, kau kata sahaja yang kau sukakan dia. Bukan tengok dan diam macam orang bodoh”. Dan sebelah hati aku lagi berkata “Jangan! Nanti dia jauhkan diri. Mana tahu dia tak sukakan kau dan bila kau luahkan perasaan, dia tak dapat terima dan hubungan korang akan jadi awkward dan akhirnya menjauhkan diri!”.
          Semestinya aku tak mampu beritahu pada Nizam perasaan sebenar aku. Aku takut kalau dia tidak menerima aku, dia akan mula menjauhi aku.
         “Hannah…Nizam tu comelkan?”. Aku menyoal Hannah.
         “Hmm? Bolehlah. Kenapa? Kau ada hati pada dia ke?”. Hannah menyoal aku kembali.
         “Yup. Aku suka dia sejak pertemuan pertama kami lagi. Aku sangat sayangkan dia dan aku tak mahu kehilangan dia”. Aku menyatakan perasaanku.
         “Ouh”. Itu sahajalah ayat terakhirnya.
        Tiba-tiba aku mendapat satu idea. Aku mengeluarkan telefon bimbitku berjenama Samsung Y dan membuka wechat. Aku mula menghantar chat kepada Nizam.
         “Zam! Malam ni kau pakai baju warna merah wei!”.
         “Okay”. Dengan pantas dia membalas.
         Aku tersenyum gembira namun kegembiraan aku tidak lama apabila aku melihatkan pakaian yang dipakai oleh Hannah. Aku lupa yang Hannah juga memakai baju warna merah. Bodohnya!!
         Know what? Malam itu, Nizam sentiasa berkepit dengan Hannah. Aku dapat rasakan mereka dah bercinta. Aku benar-benar rasa mahu menangis namun disebabkan Hannah adalah rakan aku, maka aku terus-menerus tarik senyuman palsu.

***

Keesokannya, aku pergi ke perpustakaan seperti biasa. Perpustakaan memang sudah menjadi tempat untuk aku lepak. Keadaan dalam perpustakaan tenang dan aku pun tenang.
      “Bro!”. aku terkejut dan terus mengangkat kepala. Pehal mamat ni datang sini?
      “Apa mimpi kau datang sini?”. Aku menyoal dia.
      “Aku ada firasat kau ada dekat sini”. Karut betul Nizam ni.
      “Banyaklah kau punya firasat. Firasat kau tak boleh pakai”. Aku menarik sengihan walaupun sengihan tu hambar sangat-sangat.
      “Wei, malam tadi tu…kau suruh aku pakai baju warna merah sebab nak sepadan dengan kaukan?”. Dia menyoal aku.
      “Huh? Haha. Kau buat lawak eh? Aku suruh tu sebab…sebab..hah! sebab Hannah kan pakai baju warna merah malam tadi? Sepadan kau dengan dia”. Aku ketawa yang dibuat-buat. Dia memandang aku semacam.
      “Kau nak padankan aku dengan Hannah ke?”. Alamak! Seriusnye muka mamat ni.
      Aku hanya mampu diam. Wajah aku berubah sangat-sangat. Apa kau lembab sangat ni? Hish! Bukan. Salah aku juga sebab tak mampu jujur dengan dia.
       “Okay. Kalau itu yang kau mahukan”. Aku memandangnya terkejut.
       “Haha. Baguslah. Bertuah Hannah. Kau comel, baik dan friendly. Sesuailah kau dengan Hannah”. Aku terus sahaja menutup buku dan bangun. Aku berpura-pura melihat jam di tangan aku.
        “Uish! Lama dah aku kat sini. Tak pasal-pasal sekejap lagi aku kena marah. Balik dulu kay. Malam ni kelas!”. Aku terus mengangkat beg dan berlalu keluar. Air mata aku menitis. Tak sangka aku akan terluka buat kali ketiga.
        
***
Malam ini aku tak pergi ke kelas dan hanya menghantar Hannah. Alasan aku ialah sebab aku sakit perut. Aku cuma tak boleh tahan melihatkan Hannah dan Nizam sentiasa berkepit. Setiap cerita yang ada happy ending tu hanyalah rekaan semata-mata. Ini baru kisah sebenar. Kisah cinta aku berakhir dengan sedih.
         Aku menatap gambar Nizam. Air mata aku menitis setitis demi setitis. Aku nak kau tahu aku sayangkan kau lebih daripada seorang kawan. Tepat pukul 11.00 malam, aku gerak untuk pergi ambil Hannah.
         Sedang aku tunggu Hannah di motor, Nizam datang ke arah aku. Aku mengeluarkan Samsung Y dan berpura-pura menaip sesuatu.
        “Kenapa kau tak datang tadi?”. Aku mengangkat kepala memandangnya.
        “Kenapa? Oh! Aku sakit perut tadi. Sorry, tak dapat datang”. Aku menarik sengihan.
        “Betul kau sakit perut atau kau nak mengelak daripada aku?”. Eh? Mana dia tahu ni? Adoilaa.
       “Asal pulak aku nak mengelak daripada kau? Macam tak ada kerja pula. Amacam kau dengan Hannah?”. Aku menyikunya.
       Dia memandang aku tersentak. Aku memandangnya juga, kenapa dia ni? Soalan macam tu pun boleh terkejut ke? Rasa sakit pula hati ni. Tak pe hati…Hannah kawan kau, doakan kebahagiaannya sahaja.
       “Kami dah kapel”. Aku terkejut tapi masih lagi mengawal emosi wajah.
       “Bodoh”. Tanpa sedar aku mengeluarkan kata-kata yang sepatutnya aku kata di dalam hati.
       “Apa?”. Dia memandang aku.
       “Hah? Eh? Tak ada apa-apa. Aku cuma katakan tahniah. Haha! Baguslah tu. Alang-alang kau dah dapat awek baru, so cuba-cuba lupakan awek lama kau dulu tu tau. Hah! Bini kau dah sampai. Nak gerak ni”. Aku mula menunggang motosikal.
       Sebaik sahaja Hannah menaiki motosikal, aku terus sahaja menghidupkan enjin dan berlalu pergi daripada situ. Hati aku terhiris apabila aku lihat mereka melambai sesama sendiri. Saat itu hati aku berbicara ‘Kau hanya kawan dia sahaja, Akma. Sedar diri tu’.

***

Hampir dua minggu aku tidak berhubung dengan Nizam. Aku rasa, aku yang menjauhkan diri daripadanya. Aku akhirnya ambil keputusan untuk keluar daripada rumah dan bergerak ke library.
       Sebaik tiba di sana, tanpa disangka Nizam sudah pun berada di perpustakaan bersama rakan-rakannya untuk menjalankan aktiviti study group. Aku mengambil meja bersebelahan mejanya kerana meja lain sudah pun dipenuhi. Lantas, aku mengeluarkan Samsung Y dan menelefon seseorang.
      “Fadhil, datang ke perpustakaan jom. Aku dekat perpustakaan desa. Tempat aku selalu pergi tu”. Usai berkata-kata aku terus meletakkan telefon.
      Dua minit selepas itu, Fadhil muncul. Aku hanya duduk melepak dengan dia sahaja. Fadhil tahu, kalau aku panggil dia bermakna aku memerlukan dia saat itu. Dia rakan baik aku seorang lagi yang sentiasa menyelesaikan masalah aku. Teman wanita dia juga adalah rakan baikku.
       “Apa masalah kau kali ni?”. Dia menyoal aku.
       “Huh? Tak ada apa-apa. Kenapa?”. Aku masih lagi menatap buku.
       “Akma…aku ni bukan kenal kau sehari dua. Aku kenal kau dah lama. Muka kau sentiasa menyatakan apa yang kau cuba sorokkan”. Aku memandang Fadhil.
       “Aku tak nak cakap apa-apa sekarang ni. Aku cuma nak relax je”. Aku kembali menatap buku semula.
       “Aku pinjam telefon kau sekejap eh?”. Fahil mencapai telefon aku. Aku hanya mampu mengangguk.
        “Weyh! Ni siapa? Siap jadi front pic lagi. Orang yang kau sayang ke? Aku ingatkan kau tak boleh lupakan Shahrizal sebab tu kau ajak aku datang sini”. Aku terkejut. Aku mengambil telefon daripada tangannya. Aku pantas memusingkan badan ke belakang. Huh! Dia masih belajar. Nasib baik dia tak dengar. Mampus aku nanti kalau dia tahu aku letak gambar dia sebagai front pic.
        “Ya. Orang yang aku sayang sangat-sangat dan akan pergi jauh daripada aku suatu hari nanti”. Aku menyimpan telefonku kembali.
        “You’ll meet someone you wish someday”. Dia mengusap kepalaku perlahan.
        “Thanks”. Aku hanya mampu tersenyum dengan air mata yang mula berlinang.

***

Aku kini melepak di belakang dewan selepas bertemu dengan Fadhil. Sini juga adalah kenangan aku dengan dia selain di surau. Aku ada satu lagi kenangan waktu aku nak ke rumah guru tuisyen aku untuk memanggil Mira. Disebabkan aku takut gelap dan juga anjing, jadi aku ajak Nizam. Nizam teman aku dan dia seolah-olah bodyguard aku waktu tu. Itu juga kenangan buat aku.
        “Apa kau buat disini?”. Aku terkejut lalu memandang sisi kananku.
        “Nizam”. Dia tersenyum lalu duduk di sebelah aku.
        “Apahal kau datang belakang ni?”. Aku menyoal dia kembali.
      “Tadi aku nampak kau pergi belakang ni jadi aku ikutlah. Kau tahu, belakang dewan ni bahaya tau. Ada anjing dan satu lagi ada pernah jadi sesuatu dekat sini”. Aku masih memandangnya.
       “Apa dia? Kau ni menakutkan aku lah!”. Aku menolak bahunya.
       “Yelah pernah jadi sesuatu”. Dia memandang aku.
       “Jadi apa? Ada orang kena rogol ke?”. Aku menyoalnya.
       “Tak lah, kes jatuh. Hakim pernah jatuh motor masa dia nak buat aksi bahaya”. Terus sahaja dia ketawa. Aku punyalah fikirkan apalah.
       “Karut betul kau ni!”.
       “Siapa orang yang kau sayang sangat-sangat dan akan menjauhi daripada kau satu hari nanti?”. Dia memandang aku.
       “Hah? Just someone”. Aku bangun daripada tempat dudukku.
       “Okaylah. Aku nak gerak ni. Bye”. Aku mula berjalan.
       “Kau nak lari daripada aku lagi ke?”. Aku berpaling memadangnya.
       “Hah? Apa kau karutkan? Bila masa aku larikan diri daripada kau?”. Aku menyoalnya dan berpura-pura ketawa.
        “Kenapa kau tak jujur je?”. Dia menatap aku.
        “Apanya? Nak jujur apa?”. Aku masih lagi ketawa yang dibuat-buat.
        “Aku nampaklah. Susah sangat ke kau nak berlaku jujur? Apalagi yang kau sorokkan?”. Dia mendekati aku.
        “Betul! Kau le orang yang aku sayang sangat-sangat tu! Aku memang sukakan kat kau! So kau nak apa lagi?! Aku jauhkan diri pun ada sebab! Kau dah ada orang lain dah. Kau nak ke terima aku kalau aku jujur awal-awal?! Tak akan kan? Andai kata aku ucapkan dan kau kata tak dan kau mula jauhi aku?! Aku fikir tu dulu!! Sudahlah Nizam, aku harap kita akan kekal kawan je lah. Aku rela jadi kawan”. Aku mula bergerak. Dia berjalan menghalang jalan aku.
        “Kalau aku kata aku terima? Kau nak kata apa? Kalau aku kata aku pun suka kau, kau nak kata apa? Kau masih akan fikir aku akan jauhkan diri daripada kau?”. Hah? Apa ni? Tipu!
        “Kau jangan tipu akulah. Aku bukan Hannah tau tak! Kau nak sedapkan hati aku sahajakan?”. Air mata aku mula mengalir. Aku tak nak terluka lagi, Nizam. Aku sakit kau tahu tak?
        “Aku sukakan kau sebagai kawan dan lebih daripada itu juga. Hannah punya idea untuk berpura-pura kapel sebab dia nak tunjukkan perasaan sebenar kau dekat aku. Aku tak sanggup nak tunggu untuk kau terus jujur. Tak sangka kau hilang dua minggu macam tu”. Dia memandang aku.
         “Aku tak sangka kau akan terima aku. Aku suka kau sejak firsttime kita jumpa tapi aku takut benda akan berulang sebab aku sedar diri”. Aku mengelap air mataku.
         “Nah!”. Dia memberikan aku sehelai kertas dengan tulisan diatasnya dan kemudian berlalu pergi ke perpustakaan.
         ‘Aku sukakan kau dan aku sayang kau sebagaimana kau sayang aku’. Aku tersenyum saat itu. Sebuah chat masuk dan aku membukanya. ‘Thank sebab menyayangi aku. So apa jawapan kau?’. Dia hantar ayat dan gambar? Mana dia dapat gambar aku tangkap ni?
         ‘Mana dapat gambar kau yang aku ambil ni?’. Aku menghantar padanya.
         ‘Masa kau tertidur di surau waktu study group. Aku buka so waktu tu aku tahu kau suka aku’. Aku menutup mulut.
         ‘Jahat…but that the reason why I love you.’ Aku menutup telefon dan turut sama bergerak ke perpustakaan.

-T-A-M-A-T-

Isnin, 2 Februari 2015

He Is My Flower Boy







Ternganga aku melihatkan lelaki yang menunggang Kawasaki Super Charge ke perkarangan Universiti Teknologi Mara. Apa dia fikir dekat sini tempat berlumba ke? Bawalah perlahan sedikit. Apa jenis lelakilah! Hampir sikit je lagi nak langgar aku. Aku menggeleng kepala dan bangun daripada jatuhku akibat mengelak daripada di langgar.
      
          “Seronok ke duduk tengah jalan ni?”. Oh mi gosh. Tak sangka aku, terpaksa juga nampak tiga ulat bulu dalam keadaan aku terjatuh.
     
          “Kenapa bangun? Duduklah lama lagi”. Salah seorang daripada mereka cuba menolak aku kembali jatuh namun aku dengan pantasnya mengelak. Cuba teka apa jadi?
      
Ulat bulu tu jatuh. Sendiri yang malu. Padanlah dengan muka kau. Penyapu betul. Tak boleh ke kalau tak kacau aku pagi-pagi yang tak aman macam ni. Dengan bengang yang masih bersisa, aku melangkah menuju ke kampus. Kau yang jatuh, pandai-pandailah kau bangun sendiri.
      
GEDEBUK!
      
Allah! Tak memasal aku langgar orang pula. Itulah dia. Cepat sahaja balasan Allah kena dekat aku. Apa salah hambaMu ini Ya Allah? Mungkin sebab aku terlupa nak telefon mak kat kampong kot.

           “Saya minta maaf sebab terlanggar awak”. Aku apalagi? Secepat yang mungkin memohon maaf sebab main suka-suki langgar orang.

Beb! Memang terbaiklah muka lelaki yang aku langgar tu. Aku pandang dia tak berkedip tapi dia bagi pandangan dingin dekat aku. Muka ada iras-iras Choi Minho. Aku ni dah macam Gu Jae Hee dalam To The Beautiful you pula. Gila hensem, comel, cantik dia ni!
   
Gek?! Cakap pun tidak dengan aku lepas tu terus blah. Muka je hensem nak buat apa? Aku campak juga mamat tu masuk laut kang. Today really not my lucky day. Sedih betul hidup aku macam ni.

***
Aku melangkah menuju ke tempat parker kereta. Pada mulanya, aku niat nak masuk dalam kereta Myvi aku dan terus balik tapi niat aku mati sebab aku nak tengok rupa penunggang motorbike Kawasaki tu. Geramlah aku!
       
              “HOL!! Daebak!”. Tu lelaki yang aku terlanggar pagi tadi. Muka hensem je pun tak cukup kalau sikap tak seindah rupa! Langkah aku bawa mendekati pemuda yang sedang menghidupkan enjin motobikenya itu.

Kunci motobikenya aku cabut. Dia agak terkejut dengan kelakuan aku itu. Aku menjeling ke arah tag namanya. Ahn Daniel? Nama macam orang luar sahaja. pedulikan semua itu.
          
              “Hoi! Kau dah apahal? Dah lah pagi tadi langgar aku. Sekarang cabut kunci motorbike aku pula. Apa kau nak?!”.
Laa…ada suara rupanya. Aku ingatkan bisu pagi tadi. Dengan beraninya aku mengangkat kepala bertentang mata dengannya. Apa? Kau ingat aku takut dengan kau. Muka dah lah macam perempuan.

              “Bwo? Deo miccheoseo?! Siapa langgar siapa? Kau cakap sekarang. Kira baik aku langgar kau semasa aku sedang berjalan. Ikutkan hati, kalau aku tahu yang hampir langgar aku dengan Kawasaki ni ialah kau dah lama aku langgar kau balik dengan kereta. Biar mampus!”. Aku berjengket sedikit.

Tinggi sangatlah pula mamat ni. Muka toya aku buat dan mula berpeluk tubuh. Kuncinya masih lagi di genggaman aku. Tiba-tiba dia ketawa.

              “Pehal kau ketawa? Gila?”. Eii!! Benganglah aku dengan mamat ni!
              “Haha…kau ni uniklah”. Unik? Aku? Kau ingat aku ni binatang ada jenis-jenis unik ni hah?!
              “Aku declare kau teman wanita aku mulai sekarang sebab aku tak pernah jumpa sesiapa yang berani melawan aku”. Aku menggaru kepalaku yang tidak berkutu ni.
            
              “Gila apa? Siapa nak jadi teman wanita kau? Orang gila nak lah. Aku tak nak! Muka je hensem tapi sikap macam apa je. Dah lah tu, muka macam perempuan. Asal tak jadi Mak Nyah je. Hish! Buang terbiat kau ni. Nah! Ambil balik kunci kau ni”.

Gila betul lelaki ni. Aku terus sahaja berpaling dan berlalu pergi meninggalkan lelaki itu. Ahn Daniel? Mamat tu memang tak betul. Janganlah aku jumpa dia lagi.

***
Headphone berjenama Beat menjadi pilihan untuk aku mendengar lagu kumpulan K-POP kegemaran aku tanpa mengganggu orang yang sedang berada di dalam perpustakaan itu. Aku terasa seolah-olah seseorang sedang duduk dihadapanku namun aku tetap membaca buku tanpa mengendahkan manusia dihadapanku.

Selepas dua jam menghadap buku, terus sahaja aku mengangkat kepala sambil tanganku lincah menutup buku yang aku baca tadi.
        
               “OMO!”. Aku benar-benar terkejut kerana manusia yang duduk di hadapan aku ini ialah mamat sewel semalam.

Tahniahlah buat kau kerana senyuman yang kau pamerkan sekarang ini mampu mencairkan hati wanita. Dush! Bukan untuk aku. Aku cuba menghalau fikiran yang berkaitan percintaan daripada mengganggu aku.
    
                “Apa kau buat di sini? By the way, senyuman kau menakutkan”. Aku mengangkat buku yang aku baca lalu meletakkan pada raknya semula.

                “Wah! Lamanya kau hadap buku sampai langsung tak perasan aku depan kau. Dua jam aku tunggu kau”.
                “Siapa suruh kau tunggu aku”. Kesianlah pula. Maaf sebab aku tak perasan kau.
                “Maaf anda di terima”. Pandangan aku dihalakan ke arahnya serta-merta. Terkejut dengan kata-katanya.

Kau ni mastermind ke? Kenapa kau tahu apa yang aku fikirkan? Kau ni menakutkanlah. Pelik. Gilalah kalau perempuan jadi teman wanita kau ni.
  
                 “Janganlah buat muka macam tu. Aku tahu kau sebenarnya nak minta maaf sebab langsung tak perasan aku kan? Muka kau terlalu menunjukkan segala-galanya”.

Kata-kata dia membuatkan aku lega sebentar. Sekejap! Kenapa mamat ni sanggup tunggu aku? Apa yang dia mahukan daripada aku?
  
                 “Kau nak apa?”. Aku mula menyoal.
              
                “Aku nak kau jadi teman wanita aku”. Huh! Jawapan yang terlalu pantas.

                “Kenapa mesti aku? Kenapa bukan perempuan lain? Lagipun aku tak kenal kau ni. Kita pun baru gaduh semalam. Kenapa tiba-tiba sahaja nak minta aku jadi teman wanita kau?”. Aku menyoal bertubi-tubi.

                “Sebab kau lain daripada yang lain. Kau tak macam mereka yang mahukan paras rupa aku semata-mata. Kalau perempuan lain jumpa aku pasti mereka menggedik dan minta nombor segala. Tapi kau lain. Kau marah aku dan balas dendam dekat aku dengan mencabut kunci motorbike aku secara tiba-tiba”. Dia ketawa.
              
                “Busowo? (kau ketawa?)”. Apa jenislah lelaki ni. Pelik campur hensem.

                Dia memandang aku. Oish! Aku tak boleh betul lelaki pandang aku lama-lama macam ni. Boleh parah hati aku macam ni.

                “Aku tak suka kau dan aku tak nak jadi teman wanita kau”. Aku melangkah keluar daripada perpustakaan.

                “Aku akan buat kau jatuh hati pada aku. Itu janji aku!”. Oh mi gosh. Aku menggelengkan kepalaku dan berlalu pergi.

***
Sudah dua minggu dia cuba mendekati aku. Kemana sahaja aku pergi, semestinya dia akan ada sekali. Hati aku pula seolah-olah mahukan dia tapi mulut aku menidakkan. Perbuatan aku lain daripada apa yang hati aku mahukan. Hati kata Ya tapi otak kata Tidak. Sejak tiga hari lepas dia sudah tidak mengganggu aku. Aku sendiri tidak tahu kenapa.

               “Kau ni memang tak tahu malukan? Menggoda lelaki je kerja kau”. Ternganga aku mendengar kata-kata Hana si ketua ulat bulu ni.

              “Kau tak sedar diri ke? Tengoklah daripada atas sampai ke bawah tak ada apa yang menarik langsung. Skema je aku tengok”. The Hell?! Boleh aku bagi tapak kat muka dia ni tak?

              “Betul tu. Lainlah macam kita orang ni. From top to toe. Everything is perfect. Cantik, bergaya and everyone envy us”. Aku nak muntah. Baldi! Baldi!

Mata aku memandang mereka seorang demi seorang. Berlagak nak mampus. Aku kasi tapak nanti baru ingat dunia agaknya. Pakai pakaian macam tak cukup kain lepastu sendat sana-sini. Ingat korang je yang boleh berlagak? Aku pun bolehlah. Tangan aku disilang ke dada dan memandang mereka dengan muka toya.

              “What? Aku yang goda dia? Well…should I said that Daniel is my boyfriend? Korang kata apa? Aku skemakan? Tak sempurna, betul tak? Kalau aku tak sempurna, tak adanya dia nak pilih aku”. Mereka mula mengetap bibir.

Perempuan ni lain sedikit. Kalau dah kalah nak melawan memang sekejap lagi dia main tarik-tarik rambut. Kau tarik tudung aku, kau mati. Aku ni tali penggang hitam dalam taekwondo. Ada makan side kick sekejap lagi ni. Hana mengangkat tangan dan cuba menampar aku tapi sempat aku menahan tangannya yang sipi nak mendarat di atas pipi aku yang cantik ni. Eceh! Puji diri sendiri pula.

               “Oh~ Disebabkan kau dah kalah lawan mulut, sekarang ni nak tampar akulah? Bagus idea kau ni. Kau cakap dekat aku. Kau nak side kick atau double puch?”. Aku menarik senyuman sinis.
  
               “Kau tak layak dengan dia! Perempuan hodoh!”. Heish! Ada makan kaki juga ni!

               “Enough! Hana! Get away from her!”. Terpempan aku seketika dengan kehadiran Daniel di situ.

Daniel menolak Hana ke belakang. Aku masih lagi terpaku. Sebenarnya aku tak tahu nak kata apa. Berapa lama dia di sini? Malunya! Oh mi gosh! Segan!!

                “Betul ke you dengan perempuan ni bercinta? Bohongkan?”. Hana memandang Daniel dengan wajah yang cuba di comelkan.

                “For your information, aku yang selalu kejar dia. Aku yang goda dia. Aku juga akhirnya diakui teman lelaki oleh wanita yang aku sayang”. Daniel memandang aku sambil tersenyum.

Aku agak terkejut tapi kemudiannya aku menarik senyuman. Apa drama yang kau cuba buat di sini Daniel? Senyuman kau itulah yang sentiasa membuatkan jantung aku berdegup laju dan kuat.

                 “Kenapa mesti dia, Daniel? Kenapa bukan I?”. hana cuba mencapai tangan Daniel.

Aku pantas menarik Daniel ke belakang. Aku kini berada di hadapan Daniel, berhadapan dengan Hana. Aku mengetap bibir memandangkan aku. Kau nak pegang tangan pula. Nak buat apa? Nak goda flower boy aku? Tak tahu haram halal agaknya.

               “Let me say this to you and hope you…no…I hope everyone here don’t ever disturb me and Daniel anymore. He is my flower boy and always a flower boy just to me. Dream off girl!”. Aku menarik senyuman sinis dan menarik lengan baju Daniel agar mengekori aku.

Sebaik sahaja jauh daripada mereka, aku terus mencangkung dan menekup muka. Malunya! Mana ada perempuan yang kata sebegitu. Sepatutnya lelaki yang cakap bukannya perempuan.

                “Daniel is my boyfriend?”. Aku mengangkat kepala memandang Daniel apabila Daniel bersuara.

                “Since when? Since when I were your boyfriend that make you recognice me as your boyfriend?”. Dia memandang aku sinis.

Kau dah kenapa nak cari pasal dengan aku? Kau benci aku sebab aku kata sebegitu? Kenapa mengaku aku bercinta dengan kau? Aku mula jatuh hati dekat kau sejak kau selalu mendekati aku dan aku rasa kehilangan bila tiga hari kau tiada di kampus.

                 “Since you stole my heart. Since you always try to make me fall in love with you. When I fall in love with you, you were disappeared for three days. Why you make my life so complicated. Aku tak pernah rasa sebegini tapi bila kau selalu sangat mendekati aku, hati aku rasa bahagia. Bukankah itu yang kau mahukan?”. Mutiara jernih mula menitis di kiri dan kanan pipiku.

                “Eh? Janganlah nangis. Nampak serius sangat ke aku? Aku tak marah kaulah. Aku saja je. Lagipun, aku gembira sebab kau akhirnya terima aku”. Di menghulurkan sapu tangannya ke arah aku.

Aku mencebik dan mencapai sapu tangannya. Geram betul aku dengan kau ni. Tumbuk kau seratus kali baru kau tahu.

               “Kita kahwin nak?”. Dengan pantasnya pandangan aku teralih pada dia.
           
               “Hoi! Kau gila apa!”. Dia menjelirkan lidah dan berlalu pergi meninggalkan aku sambil ketawa.

Biol betul dia ni. I’m glad because he is my flower boy. Saranghaeyo. Nan deo choahandago! Pembaca faham tak? Tak faham try search di google ya. Eh? Jauh pula Daniel ni tinggalkan aku. Pantas aku membawa langkah mengejar flower boy aku. My flower boy.

-T-A-M-A-T-