~ INFINITE TIME ~
_A KISS FOR YOU_
Watak
Utama :
Kang Ha Ni Kim Myung Soo
Lakonan
Lakonan
Krystal (Fx) L
(Infinite)
Pandangan
Ha Ni kini dihalakan ke arah padang. Heish! Korang ni pun nak dating
agak-agaklah. Pergilah lunch dekat atas bumbung! Buat apa lunch dekat padang!
Yaish! Lee Ji Eun! Park Gyuri! Ha Ni terus sahaja bangun dan menuju ke muka
pintu kelasnya.
“Eh Ha Ni. Seorang sahajakah?”. Soal
rakannya, Seung Ah.
“Geurae…nahonja (seorang sahaja) wae?”.
Ha Ni menyoal kembali Seung Ah.
“Ah! Lupa. Mereka dah ada teman
masing-masing. Nana?”. Seung Ah menyoal tentang Nana.
“Nana? Diakan playgirl sekolah. Pastinya
dengan teman lelakinya”. Ujar Ha Ni. Seung Ah tersengih. Betul juga kata si Ha
Ni ni.
“Ha Ni. Kau tak berminat ke antara 7
putera kayangan tu?”. Soal Sunny pula.
“Adalah juga. Aku minat Sung Yeol
sunbae”. Ha Ni tersengih. Tapi aku tak mungkin dapat berpasangan dengan sunbae
sebab sunbae tak silap aku dah ada teman wanita.
“Sung Yeol sunbae? Deo michinne? Dia
bukankah bercinta dengan senior kita? Aku pun sebenarnya agak minat dia juga”.
Seung Ah menggaru kepalanya. Sunny hanya ketawa melihatkan dua rakannya itu.
“Aku minat sahaja. Tak adalah sampai
tahap suka dekat dia”. Ha Ni mengherot mulutnya.
“Tapikan Ha Ni. Hari ini kau agak bad
mood. Kalau tak selalunya kau ni hyper active”. Sampuk Juniel.
“Bwo? Deo…jjinja!”. Baru sahaja Ha Ni
hendak meluku Juniel, namanya dipanggil di muka pintu.
“Siapa Ha Ni?”. Ha Ni mengangkat tangan
dan berpaling. Dia terkejut, begitu juga rakan sekelasnya.
“Sung Yeol sunbae…sa…saya Ha..Ha Ni.
Kenapa?”. Soal Ha Ni. Pelajar di dalam kelas mentertawakan Ha Ni. Bukan senang
nak lihat Ha Ni gagap sebegitu. Ha Ni memang terkenal dengan perangai loyar
buruknya.
“Park sem nak jumpa”. Sung Yeol menarik
senyuman ke arah Ha Ni.
“De arasseo”. Sung Yeol melangkah
setelah mendengarkan jawapan Ha Ni. Ha Ni mula melangkah keluar namun dia
kembali berundur dan memandang seluruh kelas.
“Korang jangan nak buat gossip pula. Ada
nanti aku sembelih sorang-sorang kang”. Usai berkata-kata, Ha Ni melangkah
keluar mengikuti Sung Yeol. Dalam pada itu, dia dapat mendengar rakan
sekelasnya mentertawakannya.
Mereka tiba di meja Cikgu Park dan
kelihatan Myung Soo turut berada di situ sedang menghadap kertas. Khusyuknya
mamat ni menghadap kertas. Apa yang best baca benda tu? Oh ya! Tak silap aku,
dia juga Putera Ais selepas Ji Eun.
Myung Soo mengangkat muka memandang Ha
Ni dan kemudiang kembali memandang kertas tersebut semula. Wow! Dingin! Aku
rasa ais!!
“Ha Ni. Sem nak minta tolong boleh?”.
Cikgu Park memandang ke arah Ha Ni.
“Apa dia sem?”. Soal Ha Ni kembali.
“Boleh kamu gantikan tempat Sung Yeol
untuk bantu Myung Soo dalam menyediakan set khemah serta merancang tugas di
tapak perkhemahan nanti?”. Ternganga Ha Ni mendengarnya.
“Kenapa saya? Dah tak ada orang lain
lagi?”. Ha Ni memandang wajah Cikgu Park dan Sung Yeol silih berganti.
“Sebab kau je yang tak ada nak
berkepit dengan orang waktu bekerja”. Myung Soo menyampuk tanpa memandang wajah
Ha Ni.
Kau kalau bercakap memang tak pandang
wajah orang ke? Aku dahlah tak ada mood hari ini, ada ke patut minta tolong
aku. Ha Ni menggeleng. Dia memandang Cikgu Park.
“Maaf sem, saya menolak”. Ha Ni mula
berjalan keluar.
“Saya dah agak kamu akan kata
sebegitu, jadi saya bawa ini!”. Ini? Apa tu ‘ini’? Ha Ni memandang ke arah
tangan Cikgu Park.
“Tiket ke Love Park!! Mahal tuh! Sem
belikan untuk saya?”. Seolah-olah mata Ha Ni bersinar. Sung yeol memandang
Cikgunya dan kemudian memandang Ha Ni semula.
Myung Soo mengecilkan matanya
melihatkan tiket itu. Senangnya nak tarik dia. Tiba-tiba wajah Ha Ni kelat.
“Yah Sem! Saya nak pergi dengan siapa
nanti? Bukannya saya ada teman lelaki pun. Saya tak mahu tolong!!”. Semakin
bengang wajah Ha Ni.
“Bwo? Chakkam! Ada lagi!!”.
“Apa lagi sem?!!”. Ha Ni semakin geram.
Cikgu Park tahu anak muridnya yang satu itu jenis sporting dan tak pernah
menolak apa yang dia minta cuma bila dia kaji sikap anak muridnya sejak pagi
tadi, dia dapat rasakan Ha Ni ada masalah jadi dia secepat mungkin membeli
sesuatu.
“Ini! Nak atau tak?”. Semnya menyoal
sambil menayangkan coklat termahal di Korea yang kini stocknya semakin sedikit
memandangkan coklat itu amat terhad.
Makin bersinar mata Ha Ni. Coklat!
Coklat jenama Grand pula tu. Sung Yeol dan Myung Soo memandang ke arah cikgu
Park. Tahulah sem kaya.
“Okay deal!”. Ha Ni mengambil coklat
tersebut daripada tangan cikgu Park. Dia baru sahaja hendak pergi dan kembali
berpatah balik lalu mengambil Love Park tiket dari tangan sem.
“Eh?”. Cikgu Park dan Sung Yeol
terkejut. Myung Soo pula sekadar mengangkat kening sebelah kanan.
“Saya ambil ni. Mana tahu saya akan
dapat teman lelaki nanti”. Akhirnya dia keluar daripada situ. Myung Soo ketawa
kecil. Sung Yeol memandang ke arah Myung Soo. Biar betul? Dia ketawa sebab
kata-kata budak tu ke? Wah.
***
Telefon
Ha Ni berdering. Pantas dilihat pada skrin. Siapa pula call aku ni? Nak jawab
ke tak eh? Entah-entah stalker. Biarkan sahajalah. Dia membiarkan telefonnya
berdering tidak berjawab. Panggilan yang sama dibuat untuk kali kedua
membuatkan Ha Ni terpaksa juga menjawabnya.
“Yeoboseyo? Duguseyeo?”.
“Deo buya? Kenapa kau tak jawab hah?”.
Eh? Eehhh??? Myung Soo sunbae? Biar betul?!
“My..myung Soo sunbae?”.
“De! Kenapa kau tak angkat tadi?”. Dia
menyoal kali kedua.
“Saya..saya ingatkan stalker. Macam mana
sunbae dapat nombor saya?”.
“Sem bagi. Apa-apa pun, aku nak kau
datang belakang sekolah sekarang. Ada banyak kerja yang kita tak selesaikan
lagi. Parli nawa!”. Telefon terus dimatikan membuatkan Ha Ni tercengang. Grrr!
Sekurang-kurangnya bagilah aku jawab ye atau tidak dulu.
Ha Ni membawa langkah menuruni anak
tangga dan menuju ke belakang sekolah. Dia terpandang Myung Soo dibawah pohon
sedang menyiapkan khemah dan peralatan untuk perkhemahan.
“Sunbae!”. Ha Ni mendekati Myung Soo.
“Packing kan barang untuk bahagian
perempuan. Bahagian lelaki aku dah hampir siapkan. Lepas ni kita kena rancang
untuk aktiviti di tapak perkhemahan nanti”. Mendengarkan arahan Myung Soo, Ha
Ni mengangguk dan pantas menuju ke arah barang-barang yang belum dikemaskan.
Alatan-alatan perkhemahan sudah
disiapkan dan kini mereka perlu bawa ke arah bas sekolah. Ha Ni membawa terlalu
banyak alatan membuatkan dia tidak nampak jalan dihadapan. Kakinya tersadung
batu membuatkan dia terjatuh.
“Aaaa!!”. Myung Soo yang kini sudah
pun berada berhampiran berpaling memandang ke arah Ha Ni.
Membulat matanya melihatkan Ha Ni yang
jatuh memegang lutut. Dia pantas melepaskan segala alatan lalu berlari ke arah
Ha Ni. Matanya tertancap pada lutut Ha Ni yang kini mengalirkan darah. Myung
Soo memandang sekeliling mencari kain yang boleh digunakan untuk berhentikan
darah daripada mengalir.
“Appo…”. Air mata Ha Ni mengalir sambil
tangannya memegang lututnya yang berdarah. Tiada pilihan lain membuatkan Myung
Soo mengoyakkan lengan baju sekolahnya lalu dibalut lutut Ha Ni.
Badan Ha Ni dicempung membuatkan Ha Ni
terkejut dengan tindakan Myung Soo. “Tahan sekejap. Kita ke bilik rawatan”.
Myung Soo dengan wajah risaunya pantas membawa Ha Ni ke bilik rawatan.
“Sunbae…ku..kumao”. perlahan sahaja Ha
Ni mengungkapkan kata-kata terima kasih dan kemudian menekupkan mukanya ke dada
Myung Soo. Myung Soo tersenyum.
Sebaik sahaja tiba di bilik rawatan dia
meletakkan Ha Ni pada katil dan membiarkan doktor Choi mengubati Ha Ni. Patut
sahaja darah Ha Ni tidak berhenti mengalir kerana kulitnya sudah pun terkoyak
besar membuatkan Doktor Choi terpaksa menjahit sebanyak 4 jahitan. Ha Ni dan
Myung Soo mengucapkan terima kasih kepada Doktor Choi sebelum kembali ke
belakang sekolah.
“Er…sunbae…kamsahamnida”. Ucap Ha Ni
memecahkan kesunyian.
“De”.
Myung Soo kembali menyusun
alatan-alatan yang dijatuhkan tadi ke dalam perut bas. Sebaik sahaja dia
berpatah balik, dia terpandangkan Ha Ni yang membawa alatan yang banyak sambil
berjalan mengheret kakinya yang luka. Myung Soo mengambil alatan daripada
tangan Ha Ni. Dia memandang Ha Ni.
“Duduk diam-diam”. Myung Soo
mengarahkan Ha Ni.
“Tapi…saya masih boleh buat kerja. Kaki
sahaja yang sakit. Tangan tak sakit pun. Kuat lagi!”. Ha Ni menarik sengihan.
“Kaki kau sakit menyusahkan kau untuk
berjalan. Jadi lebih baik kau duduk. takut luka akan bertambah besar”.
“Nan gwaenchana”.
“Duduk diam-diam”. Myung Soo memberikan
arahan.
“De…”. Ha Ni melangkah ke bawah pohon
lalu mengambil tempat duduk.
Usai Myung Soo mengemas alatan ke
dalam bas, dia menapak ke arah Ha Ni dan duduk disebelah Ha Ni. Matanya
terpandangkan lutut Ha Ni yang berbalut.
“Mianhaei Ha Ni-ah”. Myung Soo
menundukkan kepalanya.
“Bwo? Mian? Ah! Sunbae tak buat
apa-apa pun pada saya kenapa perlu minta maaf? Saya yang jatuh sendiri. Saya
yang cuai”. Ujar Ha Ni.
“Aku salah sebab biarkan kau bawa
alatan-alatan berat tu sampaikan kau luka sebegini”. Myung Soo masih
menundukkan kepalanya.
“Ani! Anirago sunbae! Salah saya. Ah!
Saya dah okey. Rasanya kita kena rancang pelan seterusnyakan?”. Ha Ni bangun
dan mengangkat kedua-dua tangannya ke arah langit.
Badan Ha Ni ditarik ke belakang
membuatkan Ha Ni berpaling lalu bibirnya bersentuhan dengan Myung Soo. Matanya
membulat melihatkan apa yang sedang berlaku sekarang. Buya? Kisseu? Kiss?!! Buya
ige? (apa yang terjadi ni?) Sunbae kiss aku? Myung Soo melepaskan bibir Ha Ni.
“Jangan buat aku risau lagi lepas ni.
Jangan sakit”. Myung Soo meninggalkan Ha Ni terpinga-pinga. Apa yang terjadi
tadi? Sunbae memang kiss aku kan? Ha Ni meletakkan jarinya di bibir merasai
kehangatan bibir Myung Soo.
Myung Soo bersandar di didinding
sebaik sahaja tiba di lobi. Dia memegang bibirnya. Apa yang aku buat tadi?
Kenapa dengan aku ni? Tapi aku tak mampu lihat dia tersenyum walaupun dia
tengah sakit. Ha Ni-ah…
***
Ha
Ni termenung di atas bumbung. Sejak dua tiga hari ni dia tidak mampu memandang
Myung Soo kerana terlalu malu. Tindakan Myung Soo beberapa hari lalu membuatkan
dia terbayang kembali.
“Ah! Perkhemahan lagi seminggu!!”. Ha
Ni menjerit.
“Yah sunbae! Apa awak dah buat pada
saya?! Kenapa saya tak boleh lupakan awak?!”. Ha Ni melaung di atas bumbung.
“Aku dah sumpah kau”.
“Bwo?”. Ha Ni berpaling apabila
terdengarkan suara seseorang. Myung Soo berjalan ke arahnya. Mukanya mula
merona apabila teringatkan ayat yang baru dia sebut tadi. Dengarkah dia?
Kadua-dua belah tangan Myung Soo
memegang palang di belakang Ha Ni membuatkan Ha Ni terperangkap di
tengah-tengah. Muka Ha Ni semakin merona merah membuatkan Myung Soo ketawa
kecil.
“B..bb..buya?! (apanya?!)”.
“Deo cheongmal keopta, Ha Ni-ah”.
Dikucupnya Ha Ni membuatkan Ha Ni terpaku.
“Kerana ini aku jatuh hati pada kau”.
Myung Soo memeluk Ha Ni.
“Sunbae? Suka saya? Wah! Ini pastinya
mimpi!”. Ha Ni mencubit pipinya dan kemudian dia mengaduh.
“Ottoke? (macam mana?) apa kau nak
buat? Ini bukan mimpi”. Myung Soo memandang Hani dan menarik senyuman.
“Maknanya saya teman wanita sunbae?”.
Myung Soo mengangguk.
“Wah! Saya fikir saya akan bertepuk
sebelah tangan. Nadoo sunbae! Nan neol saranghae!”. Dia membalas pelukan Myung
Soo. Another couple create in the same school. Woo Hyun yang juga turut berada
di atas bumbung tersenyum melihatkan pasangan tersebut. Ah~ bilalah Nana nak
pandang aku agaknya.
-T-A-M-A-T-